Friday 1 June 2018

Novel: Tidak Kuduga Cintamu Bab 5

BAB 5


DOVEY FLORIST, awal-awal pagi lagi sudah dipenuhi dengan pelanggan. Pelbagai jenis bunga menghiasi kedai yang berwarna ungu dan hijau ini. Pelbagai jenis ragam pelanggan juga boleh dapat dilihat di kedai tersebut.
Can I help u, monsieur?” Ramah Dyana bertanya. Dia tersenyum sambil membongkokkan sedikit badannya.
Lelaki tua dalam lingkungan awal 50-an itu mula mengangkat wajahnya. Dia tersenyum lantas matanya tertumpu ke arah wajah Dyana yang mesra itu. “Can I have a bouquet of roses? Red rose only,” ujarnya sambil membetulkan kotnya yang berwarna coklat itu.
Dyana hanya mengangguk faham lantas jambangan bunga ros yang telah siap itu diambil daripada peti sejuk. “Monsiuer, here you go.” Jambangan bunga ros itu dihulurkan kepada lelaki tersebut. “A bouquet of red roses.”
Lelaki tersebut menyambut huluran jambangan bunga ros merah itu. Diciumnya bau ros merah yang segar dan harum itu. Sungguh menusuk ke dalam jantung dan kalbunya. “My wife will love this.” Sambil tersenyum girang dia mula melangkah mendekati kaunter.
Dyana hanya tersenyum senang. Dia ternyata puas apabila pelanggannya gembira. Memang target mereka begitu. Matanya hanya menyorot langkah tua lelaki itu keluar dari kedainya selepas membuat pembayaran di kaunter.
Dovey Florist telah lama bertapak di bumi Paris ini. Kedai yang berwarna ungu dan hijau ini ternyata telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada penduduk di bumi Paris.   
Hudson memarkir motosikalnya di hadapan kedai Dovey Florist. Dia menanggalkan topi keledarnya sambil membetulkan gaya rambutnya. Cukup handsome, macho dan bergaya di matanya. Dia tersenyum lantas turun daripada motosikalnya. Matanya menyorot ke arah kekasih hatinya yang sedang berada di kaunter kedai tersebut.
Syafiella hanya tersenyum kecil tatkala menyedari Hudson melangkah mendekati kedainya itu. Wajah Hudson yang macho itu menggetarkan jiwanya. Tubuhnya yang berotot sana sini membuai raganya. Senyuman Hudson yang bersahaja itu mampu menjadi igauannya.
Siapa yang tidak mengenali Hudson Smith di kota Paris ini? Sebut sahaja nama keramat itu pasti ramai yang mengenali empunya nama tersebut.
Morning, my sweetheart,” sapa Hudson sambil membetulkan sedikit jaketnya yang komot itu. Dia meraih dagu Syafiella sambil tersenyum penuh makna.
Pipi Syafiella pantas sahaja merona merah apabila diperlakukan sebegitu rupa oleh kekasihnya. Dia menundukkan sedikit wajahnya. “Morning.” Dia sekadar membalas sambil mengangkat wajahnya semula.
Hudson yang menyedari pipi Syafiella merona merah, hanya tersenyum nakal. Pantas jarinya yang berada di dagu Syafiella dialihkan. “I brought you…” Dia menyelok kocek jaketnya. “…breakfast!” Beg kertas McDonald dikeluarkan dari kocek jaketnya dan dilayang-layangkan di hadapan Syafiella. Dia tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang tersusun elok.
Syafiella hanya tertawa kecil. Lucu dia melihat perangai comel kekasihnya itu. “Oh, Hudson!” Mulutnya ditekup. Tidak tahan dia melihat perangai comel kekasihnya itu.
You are so sweet and…” Sempat dia mengerutkan dahinya sebelum menyambung kata-katanya. “…quite cute.” Terhambur tawanya.
Tawa Hudson juga turut meledak. Beg kertas McDonald yang berisi makanan itu diletakkan di atas meja kaunter.
Dyana yang melihat hanya bercekak pinggang. “Hish, diorang berdua ni. Nak sweet-sweet pun janganlah dalam kedai aku.” Bibirnya diketap sambil dia menggelengkan kepalanya. Dia kemudiannya berdehem. Dehemannya kedengaran agak kuat.
Hudson dan Syafiella yang mendengar deheman yang agak kuat daripada Dyana, pantas memberhentikan tawa. Mereka berdua serentak memandang tepat ke arah Dyana yang sedang berpeluk tubuh sambil memegang penyembur.
Dyana mula memberikan isyarat menyuruh agar mereka keluar dari kedai tersebut. Dia memang agak tegas jika membabitkan hal berkaitan kedainya. Dia takut adegan mesra antara Syafiella dan Hudson itu akan mengganggu pelanggannya.
Hudson yang memahami hanya menganggukkan kepalanya. Dia kemudiannya memandang wajah Syafiella semula. “Fie, come with me. I want have a chat with you for a while.” Lengan Syafiella sudah dipegangnya.
Syafiella mengerutkan dahinya. Dia memandang wajah Hudson dengan riak wajah yang perlukan penjelasan. Sebelah keningnya kelihatan terangkat.
Just come with me, Fie.” Hudson mula mengajak. “Jangan buat muka macam tu. Aku ada benda nak cakap dengan kau.” Pegangan tangannya tidak dilepaskan.
Syafiella menghela nafas panjang. “Okay.” Dia mula keluar daripada tempat kaunter tersebut.
Ten minutes only!” Dyana yang menyedari Hudson dan Syafiella mahu keluar, mula bersuara lantang. Kelihatan terbongkok-bongkok dia menyembur air bunga orchid itu. “She’s on duty!” Bersahaja dia berkata-kata.
Okay!” Hudson pantas membalas sambil dia membawa Syafiella keluar dari kedai tersebut. Dia pantas melangkah ke satu sudut kedai tersebut sahaja.
Syafiella meleraikan pegangan tangan Hudson. “Kau… nak beritahu apa pada aku?” Dia mendongak, memandang wajah kekasihnya. Disebabkan tinggi Hudson 1.8 meter, dia terpaksa mendongak setiap kali mahu bercakap dengan jejaka tersebut. Sakit tengkuk dan lehernya.
Hudson menghela nafasnya seketika. Dia mencerunkan pandangannya. Memandang lantai kaki lima yang kosong itu. “Aku… sebenarnya nak cakap…” Lambat-lambat dia menuturkan kata-kata.
“Kalau kau nak cakap pasal lamaran tu, aku tak ada jawapannya. Maaf.” Disebabkan Hudson lambat mengeluarkan kata-kata, Syafiella terlebih dahulu bersuara. Pantas sahaja dia memotong. Kedua-dua belah tangannya diangkat. Lagaknya seperti orang yang tidak bersalah sahaja.
Hudson pantas memegang kedua-dua belah lengan Syafiella. “No.” Kepalanya digelengkan. “I don’t want talk about it yet.” Dahinya berkerut.
Syafiella pantas menurunkan kedua-dua belah tangannya itu. “Habistu pasal apa?” Sebelah keningnya terangkat. “Come on, Hudson. Make it quick.”
Okay.” Hudson menganggukkan kepalanya. “Macam ni.” Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mengeluarkan kata-kata. “My mother want to meet you.”
“Hah?!” Membulat mata Syafiella jadinya. Terkejut dia apabila mendengarkan kata-kata Hudson sebentar tadi. “Is it true?” Sekali lagi dia cuba bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Yes.” Hudson menganggukkan kepalanya. “Butdon’t worry, Fie. She just want to know you.” Dia mula tersenyum.
Syafiella mula menggelabah. Dia diam sahaja. Pandangannya ditundukkan. Peluh-peluh dingin mula keluar daripada ubun-ubun kepalanya. Jantungnya berdegup kencang. ‘Matilah aku,’ gerutu hatinya sambil berkerut-kerut dahi.
“Fie, just relax.” Hudson mula memujuk. Dia tahu kekasih hatinya itu sedang takut dan nervous. Kedua-dua belah bahu Syafiella mula dipegangnya. “She will not harm you. Trust me. I’ve told her about our relationship, you and about my proposal towards you. She just want to know you. Her future daughter in-law.” Panjang lebar kata-kata pujukannya itu.
Syafiella hanya menghela nafas pendek. Sedikit sebanyak dia terpujuk dengan kata-kata Hudson itu tadi. Tambahan pula, dia teringat kata-kata Dyana tempoh hari.  
“Kalau macam tu kau kena buat keputusan lepas kau jumpa keluarga dia ataupun lepas jumpa mak dia. Daripada situ kau boleh simpulkan keluarga dia jenis yang macam mana. Sama ada kuat agama ataupun tak. Daripada situ baru kau boleh buat keputusan.”

Masih terngiang-ngiang dan melekat di sekitar gegendang telinganya. ‘Mungkin… inilah masanya untuk aku buat keputusan.’ 

Novel: Tidak Kuduga Cintamu Bab 4 (part 3)

DR Lukman Hakim mengerutkan dahinya. Dia memandang wajah isterinya. “Macam mana ni, Zah? Wedding planner kita dah tempah. Kad jemputan kita dah mula edarkan. Tiba-tiba anak kesayangan awak tu putuskan pertunangan dia. Habistu macam mana sekarang ni?”
Puan Faezah mengeluh lemah. Dia menundukkan pandangannya seketika. “Tak tahu, bang.” Kepalanya digelengkan.
Dr Lukman Hakim yang mendengar jawapan daripada isterinya itu, mula mengetap gigi menahan geram. “Tak tahu, tak tahu.” Nadanya kedengaran keras. “Habis apa yang awak tahu? Awak tak jaga anak awak ke, Zah? Sepatutnya awak tahu perkara ni terlebih dahulu daripada saya.”
Puan Faezah mengangkat wajah. Memandang wajah suaminya. “Kenapa abang nak salahkan saya pulak?” Giliran dia membela diri.
“Anak abang tu orang bukannya lembu. Kalau lembu bolehlah saya ikat. Ini orang. Takkanlah saya nak tambat dia kat tiang seri tu pulak?” Suaranya yang agak lembut itu tidak menampakkan yang dia sedang marah. Hanya kata-katanya sahaja yang berbisa.
Dr Lukman Hakim mula bangun daripada duduknya. “Orang nak kahwin dia pun nak kahwin. Orang nak bertunang dia pun nak bertunang.” Dia mula berpeluk tubuh sambil wajahnya dipaling daripada menghadap isterinya.
“Suruh bertunang dengan pilihan kita, dia tak nak. Bila dah bertunang dengan pilihan hati dia…” Dia memandang wajah isterinya. “…macam ini pulak jadinya. Ish, serabut kepala saya dengan perangai anak kesayangan awak ni!” Kepalanya pantas digelengkan. Pening dia memikirkan masalah anaknya itu.
Puan Faezah menjelingkan matanya sedikit. “Macamlah abang tak tahu anak kesayangan abang tu.” Mulutnya dimuncungkan. “Suka hati dia buat keputusan sendiri. Kalau dia dah tak nak, waktu tu juga dia cakap yang dia tak nak.”
Kedengaran deruman enjin kereta masuk ke perkarangan rumah teres dua tingkat itu. Puan Faezah dan Dr Lukman Hakim berpandangan sesama sendiri. Mata masing-masing mula membulat.
“Zah, budak bertuah kesayangan awak tu dah balik.” Dr Lukman Hakim pantas mengambil tempat duduk semula di atas sofa bersebelahan dengan isterinya. “Saya nak brainwash dia cukup-cukup.”
Sabrina menguak daun pintu. Kasut tumit tinggi 5 inchi itu ditanggalkan dan diletakkan di dalam rak kasut yang telah disediakan. Rambutnya berwarna blonde dan panjang itu disebakkan ke belakang.
“Baba dengan mama tak tidur lagi?” Dia mula menyapa ibu bapanya yang sudah sedia menunggunya di ruang tamu. Dia mula tersenyum.
Dr Lukman Hakim menyorot susuk tubuh anaknya itu. Dress pendek atas lutut yang ketat membaluti tubuh anaknya itu. Ketat, sendat dan padat jadinya.
Jika ada mata jejaka yang menyorot ke arah Sabrina, pasti jejaka itu akan meleleh air liurnya dek liuk tubuh anaknya yang menggoda itu. ‘Memang belanja habis dia ni,’ getus hati kecilnya.
Dia kedengaran berdehem seketika sebelum memulakan kata-kata. “Kamu pergi mana?”
Sabrina menutup daun pintu tersebut. Dia tersenyum herot saat mendengar pertanyaan daripada bapanya itu. “Baba takkan tak tahu?” Dia memandang wajah Dr Lukman Hakim. “Rina pergi enjoy dengan some of my few friends yang baru balik dari Ireland, London, Aussie.” Kedengaran dia ketawa kecil.
Dr Lukman Hakim tidak mahu bertentang mata dengan anaknya itu. “Kamu… pergi night club?” Dia mula berpeluk tubuh. Serius kedengaran nada suaranya.
Puan Faezah pula hanya diam membisu. Dia tidak mahu berkata apa-apa. Biarlah suaminya yang menguruskan anaknya yang liar itu.
“Baba…” Sabrina mula melangkah mendekati bapanya. “Kenapa hari ni baba banyak sangat tanya? Selalu baba tak pernah tanya pun pada Rina. Baba tak ambil peduli pun pada Rina. So, suka hati Rina nak pergi mana. Night club ke kelab dangdut ke pusat snooker ke…”
“Dr Nur Sabrina Danisha binti Dr Lukman Hakim!” Bergema suara Dr Lukman Hakim disegenap ruang tamu rumah tersebut. “I’m asking you, Rina!” Dia memandang wajah Sabrina. “Boleh tak Rina jawab elok-elok? Doktor jenis apa kamu ni?”
Pantas riak wajah Sabrina berubah. Masam mencuka. “Oh, okey. Sekarang baba nak pertikaikan kelulusan Rina pulak?” Dia mula berpeluk tubuh. “Okey, tak apa. Rina tahu. Baba jadi macam ni mesti sebab kes Rina putuskan pertunangan Rina dengan Afiq? Betul tak?” Sebelah keningnya kelihatan terangkat. Ada senyuman sinis di hujung katanya.
Dr Lukman Hakim hanya diam membisu. Ternyata anaknya itu bijak meneka. Kepalanya dianggukkan. “Ya, Rina.”
Sabrina pantas tersenyum herot. “Dah agak dah.”
“Kenapa Rina putus dengan Afiq?” Giliran Puan Faezah mula bersuara. “Baba dengan mama dah upah wedding planner, catering semua.”
Sabrina ketawa kecil. “Come on, baba, mama.” Wajah kedua-dua ibu bapanya itu dikerlingnya sekilas. “Kami tak ada jodoh lagipun Afiq dah tak cintakan Rina.” Dia mula melangkah mendekati anak tangga.
“Senang kamu cakap, Rina.” Puan Faezah mula mengetap giginya menahan geram. “Semua perisapan tu nak buat apa?” Dia mula mengalihkan pandangannya ke arah anaknya yang berada di muka anak tangga.
Sabrina yang mendengar hanya ketawa kecil. “Yang baba dengan mama buat persiapan semua tu kenapa?” Dia memandang ibu dan bapanya yang berada di sebelah kirinya. “Ada Rina suruh? Tak ada, kan? Jadi, baba dengan mama uruskan semua tu. Rina nak naik atas nak tidur.” Dia mula memanjat anak tangga.
Dr Lukman Hakim mengetap gigi menahan geram. Anaknya ini sudah melampau! “Rina, weekend ni kita pergi Kelantan, kampong Afiq. Kita bincang baik-baik. Kalau putus pun… putus secara baik.” Dia cuba mengawal suaranya agar tidak terlalu tinggi. Dia tidak mahu menengking anaknya. Namun, ada getaran pada suaranya.

Sabrina yang mendengar hanya menjulingkan matanya ke atas seketika. “Whatever, baba.” 

Novel: Tidak Kuduga Cintamu Bab 4 (part 2)

HUDSON menuruni anak tangga. Dia yang hanya berseluar pendek dan bersinglet itu pantas tersenyum tatkala melihat ibu kesayangannya sudah berada di meja makan.
Madam Catherine yang sedang enak menjamu selera itu pantas menoleh ke arah anak tangga. Bibirnya turut menguntum senyuman. “Morning, my son.” Dia mula menyapa anak kesayangannya itu. “Awal my son bangun.”
Hudson yang masih mamai itu hanya tergelak kecil. “I’m hungry, mother.” Dia sudah mengambil tempat di hadapan ibunya.
Madam Catherine yang sedang menyapu jem di atas roti hanya mengerutkan dahinya. “My son tak kerja hari ini?”
Pelik dia melihat penampilan anaknya itu pagi ini. Hanya bersinglet dan berseluar pendek sahaja. Kebiasaannya, waktu-waktu begini Hudson pasti sudah berjaket kulit bersama topi keledar di tangannya. Berlainan pula hari ini.
Hudson mengambil sekeping roti yang berada di atas piring itu. “I nak rest kat rumah hari ni. Penat. Lama sangat tak rehat.” Dia mula tersengih sambil tangannya laju mencapai jem berperisa stawberi itu.
Madam Catherine hanya mengangguk kecil. “By the way, Hudson…” Dia memandang wajah anaknya itu terlebih dahulu sebelum menyambung kata-katanya.
Do you get enough sleep last night?” Sebelah keningnya diangkat. “Mother tengok kamu ni macam… tak cukup tidur. Tak cukup rehat.” Roti yang telah disapu jem tadi disuakan ke dalam mulutnya.
Hudson yang sedang leka menyapu jem pada roti terhenti seketika tatkala dia mendengar kata-kata ibunya. Pantas pandangan matanya tertumpu ke arah wajah Madam Catherine. “Howhow do you know?” Dahinya kelihatan mula berlapis. Pisau yang digunakan untuk menyapu jem itu masih erat berada di tangannya.
Madam Catherine menelan roti tersebut. Dia hanya tersenyum nipis. “Hudson.” Secawan kopi yang masih panas itu diambilnya. “How come I don’t know?” Kedengaran dia ketawa kecil. Cawan tersebut mula didekatkan ke bibirnya.
I’m you mother, Hudson. Of course I know you so well, my son.” Perlahan-lahan kopi yang masih berasap itu dihirupnya.
Hudson terdiam seketika. Air liurnya ditelan. Nafasnya dihela lemah. Roti yang telah disapu jem itu diletakkan di atas piringnya. “Mother.”
Pantas Madam Catherine mengangkat wajahnya. Dia tahu anak kesayangannya itu pasti mempunyai masalah besar sekarang. “What is it, my son?” Cawan tersebut pantas diletakkan di tempatnya semula. “Tell me.” Nadanya seolah-olah memujuk.
Hudson mencerunkan pandangannya seketika. Dia sedang merangka ayat untuk dikeluarkan menjadi kata-kata buat ibunya. Lama dia mendiamkan diri. “Actually, mother…” Sempat dia menghela nafas sebelum menyambung kata-katanya. “…I want to get married soon.”
Madam Catherine pantas bertepuk tangan sambil tersenyum gembira. Seronok dia jadinya. “Really? Oh, dear who’s that lucky girl?” Dia dapat membayangkan pasti gadis pilihan anaknya itu cantik jelita. Lihat sahajalah anaknya itu. Kacak, macho dan bergaya. Saling tak tumpah seperti mendiang suaminya dulu.
Hudson mengeluh lemah. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya. Dia berasa bersalah kerana memberitahu perkara tersebut kepada ibunya. “Wefall in love since two and a half years ago. Ipropose her but…”
But what?” Pantas Madam Catherine memotong kata-kata anaknya. Belum pun sempat Hudson menghabiskan katanya, Madam Catherine pantas mencelah. Nampaknya dia yang tidak sabar-sabar menerima menantu dan kehadiran orang baru di dalam rumah ini.
Tell me.” Bersinar-sinar kelihatan matanya. Tubuhnya didekatkan dengan meja makan agar dia dapat mendengar dengan jelas bait-bait kata yang keluar daripada mulut anaknya.
But she doesn’t accept it. Sheneed some time to think.” Lemah kedengaran suara Hudson. Keningnya mula berkerut.
Riak Madam Catherine pantas sahaja berubah. Riak wajahnya yang sebelum ini teruja kini kelihatan berkerut-kerut. Seperti berjuta soalan sedang bersarang dalam benaknya. “Why?”
Hudson mengambil sekotak jus oren lalu dituangnya ke dalam gelas. Bibirnya dicebikkan. “I tak tahu. Mungkin dia perlukan masa untuk fikirkan perkara ni. Lagipun I propose dia awal sangat.” Gelas tersebut didekatkan ke bibirnya.
Madam Catherine hanya ketawa kecil. “Naughty, anak mother ni.” Tubuhnya cuba dijarakkan daripada meja makan. “Hudson propose dia awal sangat sebab itu dia terkejut.” Dia mula bersandar.
Hudson meletakkan kembali gelas tersebut di atas meja setelah diteguknya jus oren itu. “It’s not about… terlalu awal sahaja.” Roti yang masih berada di dalam piringnya itu diambil. “Melibatkan soal agama juga, mother.” Serius kedengaran suaranya.
“Agama?” pantas Madam Catherine bersuara. Dia cuba menyoal. Keningnya mula berkerut. ‘Is she a Muslim? No, no, no! It can’t be. Tapi… kalau betul macam mana?’ gerutu hatinya sendirian. “Maksud Hudson?” Sengaja dia bertanya untuk menyedapkan hatinya.
Hudson menelan cebisan roti tersebut yang sedari tadi dikunyahnya. “Our religion is different. Totally different.”
Is she an aties?” Sekali lagi Madam Catherine bertanya. “Or a protestant?” Laju dia mengutarakan soalan buat anaknya.
Hudson yang mendengar pantas menggeleng kecil. “No.” Dia kemudiannya tergelak kecil. “She isa Muslim.” Ringkas sahaja jawapannya.
Madam Catherine terdiam seketika. Ternyata gerak hatinya benar sekali. “Ouh, she is a muslim!” Dia cuba berlagak tenang namun, dalam hatinya tiada sesiapa pun yang tahu. “Whois she?” Dahinya mula berkerut.
“Syafiella Farhani. From Malaysia,” balas Hudson pendek.
Madam Catherine menghela nafas pendek. “Hudson.” Dia memandang tepat ke dalam mata anaknya itu. “I want to see her. Bawa dia jumpa mother.” Serius kedengaran nadanya. Berdasarkan riak wajahnya tiada secalit pun senyuman muncul di bibirnya.
Hudson pantas sahaja tersenyum. “Wow, mother!” Dia ketawa kecil kerana tidak menyangka yang ibunya itu sudi berjumpa dengan Syafiella. “I thought you’re…” Ternyata tawanya masih bersisa. “Never mind. Bila mother nak jumpa dia?” Dia berbalik kepada topik yang asal.
As soon as possible.” Madam Catherine mula mengambil cawan yang berisi air kopi itu. “Kalau boleh mother nak kamu bawa dia jumpa dengan mother weekend ni.” Cawan tersebut didekatkan dengan bibirnya.
“Hah?! Weekend ni!” Hudson yang sedang menghirup air kopi itu hampir sahaja tersembur dek terkejut dengan kata-kata yang baru dikeluarkan oleh ibunya sebentar tadi.
Why? Is it too early?” Pantas sahaja soalan meluncur keluar daripada kerongkong Madam Catherine.
No.” Hudson yang sedang terbatuk-batuk itu pantas menggelengkan kepalanya. “Okay, mother. Weekend ni I bawa dia jumpa dengan you.” Cawan tersebut diletakkan semula di atas meja sambil wajah ibunya dikerling sekilas.
Madam Catherine tersenyum sinis. “Okay, then. I’ll take it as a promise. Tapi… mother ada syarat sebelum Hudson bawa dia jumpa mother.”
“Syarat?!” Membulat terus mata Hudson tatkala mendengarkan pernyataan daripada Madam Catherine. “What is it, mother?” Dia memang kenal dengan ibunya ini. Pasti ada perkara yang tersembunyi yang diselindungkan daripada mata kasar.
Madam Catherine hanya tersenyum sinis. Matanya meliar melihat sekeliling jika ada seseorang yang mencuri dengar perbualan mereka itu. Wajah Hudson kemudiannya dipandang tepat. “Syaratnya…”

Novel: Tidak Kuduga Cintamu Bab 4 (part 1)

BAB 4


WAJAH tuanya kelihatan masam mencuka. Nafasnya turun naik. Dadanya kelihatan berombak. “Budak bertuah tu mesti diajar!” Bibirnya diketap atas dan bawah sebagai tanda dia sedang menahan geram. Api kemarahannya mula mendidih.
“Pandai-pandai buat keputusan sendiri. Bukan nak fikir perasaan orang tua. Buat keputusan ikut kepala otak dia. Kepala otak kita nak letak mana?” Nampaknya kemarahannya tidak dapat dibendung lagi.
“Marina! Marina!” Suara tua itu mula bergema di sekitar rumah kampung dua tingkat tersebut. Membingitkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
“Ya, Kak Yam!” Pantas sahaja wanita yang bernama Marina itu menjawab. “Kak Yam toksoh duk nepik-nepik panggil saya. Saya ni tak pekok lagi.” Kelihatan wanita yang berumur lingkungan 50-an itu keluar dari dapur sambil menatang dulang. Loghat Kelantannya jelas kedengaran.
“Kak Yam bukannya apa, Mar. Kak Yam geram dengan anak Kak Yam ni. Buat keputusan tak fikir orang lain.” Puan Maryam mula membebel. Pandangannya dilontarkan ke arah adiknya yang sedang berjalan menghampirinya sambil membawa dulang.
Puan Marina hanya tersenyum herot. “Mar ingatkan apa tadi?” Dia mula meletakkan dulang tersebut di atas meja kopi. “Sapo anok Kak Yam tu? Si Afiq ko Nani?” Teh panas itu dituang ke dalam cawan.
Puan Maryam mendiamkan dirinya seketika. Malas rasanya dia mahu menyebut nama anak bertuah yang telah menyakitkan hatinya. “Afiq,” jawabnya pendek.
Puan Marina yang sedang menghidangkan kuih cek mek molek itu pantas mengerutkan dahinya. “Afiq?” Wajahnya pantas memandang wajah kakaknya. “Afiq ado buat gapo ko Kak Yam sampai Kak Yam marah staro tu?” Secawan teh tersebut disuakan buat si kakak yang sedang panas hati itu. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa bersebelahan dengan kakaknya.
Puan Maryam mengeluh lemah. “Tak tahu nak oyak lagu mano doh, Mar.” Cawan yang berisi teh panas itu disambutnya. Teh panas itu dihirup perlahan-lahan untuk menghilangkan dahaga yang telah lama bersarang di dalam kerongkongnya. “Dia putus tunang.”
Hampir tersembur kuih cek mek molek yang dimakan Puan Marina saat kata-kata daripada Puan Maryam itu dihadamnya.
“Hah?! Putus tunang?!” Terbatuk-batuk dia jadinya. Pantas sahaja air teh panas itu menjadi penawarnya. Sepantas kilat dia memandang wajah kakaknya.
Bakpo boleh putus?” soalnya ingin tahu.
Puan Maryam hanya mendiamkan dirinya seketika. Cawan yang berada di tangannya itu diletakkan di atas meja kopi. Kepalanya digelengkan. “Kak Yam tak tahu, Mar.” Dia memandang wajah adiknya.
“Habistu macam mana Kak Yam tahu?” Laju sahaja mulut Puan Marina ini meluncurkan soalan. Ada sahaja perkara yang dia ingin ketahui. “Maksud Mar, macam mana Kak Yam tahu yang Afiq tu putus tunang? Sumber daripada mana?”
Puan Maryam mula membetulkan duduknya. “Kak Yam dapat tahu daripada mak Sabrina.” Nafasnya dihela lemah.
“Tapi… betul ke apa yang Kak Yam dengar tu? Mano la tahu kot-kot fitnah.” Puan Marina yang sedang mengunyah itu laju berkata-kata.
“Yalah, mana tahu dia sengaja buat cerita. Mana kita tahu, Kak Yam? Oghe loni tokleh cayo sangat. Lagi-lagi oghe kayo supo keluarga Sabrina tu.” Terherot-herot mulutnya menuturkan bicara.
“Itulah, Mar. Kak Yam pun tak pasti sama ada betul ataupun tidak.” Puan Maryam mengangkat kedua-dua belah bahunya sebagai tanda dia tidak pasti dengan jawapannya itu.
Puan Marina mendiamkan dirinya seketika. Otaknya sedang ligat berfikir. “Kak Yam dah call Afiq? Tanya sama ada berita ni betul ke tak?” Sebelah keningnya kelihatan terangkat sedikit.
Puan Maryam membuang pandang ke arah kuih cek mek molek yang terletak elok di atas piring itu. “Dah tapi…” Dia memandang ke arah adiknya sebelum menyambung kata-katanya.
“…satu panggilan daripada Kak Yam langsung dia tak jawab. Geram Kak Yam tengok budak bertuah tu.” Keluhan kecil keluar daripada mulutnya.
“Apa kata Kak Yam call lagi.” Laju sahaja Puan Marina memberikan cadangan. “Mungkin tadi Kak Yam call dia tengah kerja.” Sebaris senyuman mula dihadiahkan buat si kakak yang sedang susah hati itu.
Puan Maryam mendiamkan dirinya seketika. Dia sedang menimbang-nimbang cadangan daripada Marina itu tadi. Telefon yang berada di atas meja kopi itu segera dicapainya. Nombor telefon anak sulungnya itu pantas sahaja didail.
Puan Marina tersenyum lega saat dia menyedari kakaknya itu menurut cadangannya. Kuih cek molek itu sekali lagi selamat masuk ke dalam mulutnya. Kuih tersebut menjadi kegemarannya sejak dia menetap di Kota Bharu, Kelantan dua puluh tahun yang lalu.
Puan Maryam pula diimport dari Kuala Lumpur untuk menjadi penemannya di rumah ini sejak setahun yang lalu. Masing-masing ibu tunggal dan masing-masing punyai anak yang tinggal berjauhan.
Afiq yang leka membelek-belek DSLR miliknya, tersentak saat iPhone 7 bergetar di dalam kocek seluar jeansnya. Kamera kesayangannya itu diletakkan di atas meja lalu iPhone 7 yang sedang bergetar itu dikeluarkan daripada kocek seluarnya. Skrin telefon pintar tersebut dikerlingnya sebelum panggilan tersebut dijawab.
Glup! Afiq menelan liur saat dia melihat nama pemanggil pada skrin telefon pintarnya. “Mak.” Seram! Bulu romanya pantas sahaja berdiri. Mahu tak mahu, panggilan tersebut dijawabnya. Perlahan-lahan jarinya menyentuh answer pada skrin telefon pintarnya itu.
“Helo! Assalamualaikum, mak.” Takut-takut Afiq menjawab panggilan daripada ibu tercinta. “Ma… Mak, sihat?” Sengaja dia bertanya khabar dahulu agar hati sang ibu sejuk. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.
“Waalaikumussalam.” Keras kedengaran Puan Maryam menjawab salam daripada anak sulungnya itu. “Abang tak payah tanya-tanya mak kat sini sihat ke tidak. Abang tahu tak abang dah buat mak sakit kepala?” Lantang kedengaran suaranya.
Afiq menjarakkan sedikit telefon pintarnya dengan telinganya. Bingit kedengaran suara si ibu di sebelah sana.
“Mak, apa yang abang dah buat pada mak?” Dia cuba bertanya.
Puan Maryam mendengus marah. Dia membuang pandang ke arah Puan Marina yang sedang memerhatikannya.
“Abang cakap abang tak tahu!” Dia mula bangun daripada duduknya. Geramnya dilempiaskan pada si anak ini. “Yang abang pandai-pandai putuskan tunang dengan Sabrina kenapa?”
Afiq diam seketika. Bang! Tepat mengena ke kepalanya. Dia tahu dia salah. Sepatutnya ibunya diberitahu sebelum dia membuat keputusan ini. Dia culas. Ada hati tua yang wajib dijaga.
“Kenapa diam, abang?” Puan Maryam yang menyedari pemanggil di sebelah sana mendiamkan diri, pantas menyoal. “Patutlah mak call banyak kali tadi tak jawab. Mak tahu abang yang salah dalam hal ni. Sebab itu, mak tanya pun abang tak boleh nak jawab.” Ayat sentap sudah dikeluarkan oleh empunya nama penuh Puan Siti Maryam binti Haji Mokhtar.
Afiq menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Dahinya dipicit-picit. Pening dia jadinya. “Mak, tadi abang ada photoshoot. Abang ada kerja. Mak tak ingat ke kerja abang? Kerja abang memang tak boleh diganggu mak.” Dia mula menjelaskan keadaan yang sebenar. “Pasal putus tunang tu… ya, abang mengaku abang salah. Abang sepatutnya beritahu pada mak tapi…”
“Dah!” Pantas Puan Maryam memotong kata-kata anaknya itu. Belum pun sempat Afiq menghabiskan kata-katanya, dia pantas memotong. “Tak payah nak berdolak-dalik dengan mak lagi. Mak tak kira weekend ni abang mesti balik Kelantan. Jumpa dengan mak bincang dengan mak.” Dia mula memberikan kata putus.
Kedengaran Afiq berdecit sedikit. “Mak, abang ada kerja weekend ni. Abang jadi photographer untuk majlis perkahwinan kat Kuala Selangor. Mak, abang minta maaf. Abang tak boleh balik Kelantan weekend ni.”
Puan Maryam menghela nafas panjang. “Abang ganti dengan photographer yang lain. Mak nak weekend ni abang mesti ada kat rumah ni. Faham!” Pantas sahaja dia membuat keputusan.
“Assalamualaikum.” Perbualan segera dimatikan.
“Mak, mana boleh macam ni. Mak, ni kerja abang. Mak! Helo, mak! Mak!” Afiq memangil-manggil Puan Maryam yang nampaknya sudah mematikan talian telefon tersebut.
“Dah, letak pulak.” Dia berdecit sedikit sambil meletakkan iPhone 7 itu di atas meja.
“Siapa tu? Mak kau?” Azri, rakan sekerja merangkap rakan baik Afiq mula bertanya. Punggungnya dilabuhkan di hadapan rakan baiknya itu.
Afiq hanya mengangguk lemah. “Mak aku paksa aku balik Kelantan weekend ni.” DSLR yang berada di atas meja itu pantas dicapai.
“Eh, weekend ni bukan ke kau jadi photographer untuk wedding kat Kuala Selangor tu?” Azri mengerutkan dahinya. Tidak silap dia, Afiq memang ada kerja pada hari minggu ini.
“Itulah yang menjadi masalah sekarang.” Afiq memasukkan DSLR tersebut ke dalam begnya. “Mak aku paksa aku balik Kelantan. Tak boleh ubah keputusan dia.” Kepalanya digelengkan.
Azri diam seketika. Dahinya mula mengerut. Pandangannya dicerunkan. “Bro, aku gantikan tempat kau weekend ni. Kau baliklah Kelantan. Mesti mak kau nak bincang pasal kau dengan Rina tu.” Dia mula memberikan cadangan.
Afiq menimbang-nimbang cadangan Azri itu. Otaknya sedang ligat berfikir sama ada ingin menerima atau menolak cadangan rakan baiknya itu.
Puan Marina pantas mendekati Puan Maryam. “Lagu mano ni, Kak Yam?” Sebelah keningnya terangkat.

Puan Maryam menggenggam erat telefon bimbitnya. “Dia balik Kelantan weekend ni. Confirm!”