Thursday 27 July 2017

Novel: Tidak Kuduga Cintamu Bab 3 (part3)

MALAM itu Hudson tidak dapat melelapkan matanya. Dia resah. Setiap kali dia kelopak matanya tertutup, bayangan wajah Syafiella pasti berlegar-legar di sekitar ruangan matanya. Kelopak matanya kembali terbuka. Dia memandang sekeliling. Gelap. Badannya dipusingkan ke sebelah kanan.
Kali ini Hudson mencuba sekali lagi. Perlahan-lahan kelopak matanya cuba untuk ditutup. Lama dia menutup kelopak matanya itu.
Dear, I love you.” Syafiella mengenyit mata ke arah Hudson. Dia juga kelihatan memberikan flying kiss khas buat Hudson.
Oh, my God!” Terus sahaja Hudson membuka kelopak matanya. Dia segera bangun daripada pembaringannya. Wajahnya diraup seketika. Entah mengapa malam ini bayangan Syafiella sentiasa mengganggunya.
Hudson menghela nafas panjang. “Fie, why you’re always running in my mind?” Dia bersandar pada kepala katil. “Are you a runner or what?” Dahinya berkerut. Rambutnya disebakkan ke belakang.
“Atau… aku yang banyak sangat fikir pasal dia ke?” Hudson mula tertanya-tanya sendirian. Dia mendiamkan dirinya seketika. Sebagai tanda dia sedang berfikir. “Ah, stop it Hudson!” Dia mula mengambil bantal peluknya. “Kau terlalu sayang dan cintakan dia.” Dia berbaring semula di atas katil.
Hudson memeluk bantal tersebut erat-erat. Bayangan kekasih hatinya masih melekat dalam benaknya. “Fie, kenapa kau tak terima lamaran aku terus? Kenapa kau perlukan masa untuk berfikir?” Dahinya berkerut.
Dia mula berfikir sebab kekasih hatinya itu memerlukan masa untuk berfikir lamarannya siang tadi.  “Orshe had someone else in her heart?” Bibirnya diketap atas dan bawah.
Segala persoalan tersebut mula bersarang dalam benak Hudson. Dia jadi resah. Hatinya tidak tenang. Mungkin si kekasih hati bakal dikebas oleh orang lain?
“Ah, tak mungkin!” Dia pantas menepis perasaan negatif tersebut jauh-jauh. Selama hampir dua tahun setengah dia berpacaran dengan Syafiella, belum pernah si kekasih hati curang terhadapnya. Jauh sekali bermain kayu tiga di belakangnya.
“Hudson, you must think positive!” Hudson pantas menenangkan hati dan jiwanya yang mulai resah itu. “Kau tak perlu risau. Mungkin betul apa yang Fie cakap tu. Dia perlukan masa untuk berfikir. It is too early for her.” Bahu sebelah kanannya yang dicacah tatu berbentuk salib itu digarunya.
Give her some time and relax.” Hudson menghela nafas. Dia tidak perlu mendesak Syafiella untuk menerima lamarannya. Dia juga perlu belajar erti sabar bermula dari sekarang. Seeloknya, dia yang perlu belajar Islam jika benar-benar ingin menjadikan Syafiella yang halal buatnya.
Yes, you can butit’s hard to say. In Islam you cannot simply change your religion without knowing anything about our religion. You must learn.”
Okay, I’ll learn about Islam. I promise.”       
Tiba-tiba sahaja Hudson teringatkan satu janjinya siang tadi. Jantungnya berdebar. Dia menelan liur. “Damn, I have promise to her!” Dahinya ditepuk seketika. Mungkin perkara ini yang membataskan Syafiella untuk menerima lamaran daripada Hudson. Perbezaan agama.
Dalam kesamaran cahaya lampu, Hudson merenung tasbih salib dan kitab bible yang berada di atas meja sisinya. Dia mengeluh lemah. ‘Boleh ke aku…?’ getus hati kecilnya. ‘Boleh ke aku buang semua ni nanti?’ Rantai salib yang setia tergantung di lehernya sejak kecil lagi digenggamnya erat.
Antara cinta dan agama. Sukar untuk dia membuat keputusan. Memang sejak kecil lagi ibunya menerapkan unsur-unsur keagamaan dalam kehidupan seharian.
Gereja memang menjadi rumah kedua buat mereka sekeluarga. Tasbih salib sentiasa berada di tangannya. Kitab bible juga menjadi bahan bacaan lazim buatnya. Malah, pernah suatu hari dia bercita-cita mahu menjadi Paderi suatu hari nanti. Namun, itu semua dulu.
Kini, dia harus memilih haluan hidupnya sendiri. Dia hanya layak memilih salah satu. Sama ada Syafiella ataupun Catholic

Novel: Tidak Kuduga Cintamu Bab 3 (part2)

SYAFIELLA merenung dalam-dalam cincin yang bertatahkan berlian itu. Dia masih dalam dilema. Sama ada menerima lamaran daripada Hudson ataupun dia perlu menolak sahaja lamaran tersebut. “Terima ke tak? Terima ke tak?” Berulang-ulang kali soalan tersebut meniti di bibirnya.
Syafiella pantas bangun daripada pembaringannya. Cincin tersebut masih erat berada di dalam genggamannya. “Hudson Smith, kenapalah kau lamar aku sekarang? Tak boleh ke kau lamar aku minggu depan ke tahun depan ke?” Kedenagran dia berdecit sedikit. “Susahlah aku nak buat keputusan macam ni.” Cincin tersebut diletakkan di atas katil.
Syafiella pantas mengambil bantal untuk dipeluk. Dia sudah bersila bulat di atas katil. Kepalanya didongakkan ke atas atas, memandang siling dengan pandangan yang kosong. “Hudson, aku sayangkan kau. Aku cintakan kau tapi… aku…” Kepalanya yang tidak gatal itu digaru. “Hish, susahlah aku nak buat keputusan macam ni.”
Syafiella menyembamkan wajahnya pada bantal. “Hudson, kenapa kau buat aku macam ni?” Pening dia memikirkan lamaran daripada Hudson siang tadi. Kusut dia jadinya.
“Fiella.” Kelihatan Dyana sudah berada di muka pintu kamar tidur Syafiella. “Kau ni kenapa?” Dahinya berkerut tatkala dia melihat Syafiella yang bagaikan manusia kurang siuman itu.
Syafiella yang menyedari kehadiran Dyana itu, mula mengangkat wajah. Pantas pandangannya terarah kepada Dyana yang sudah berdiri bagaikan patung cendana di muka pintu kamarnya.
“Dah macam Mak Esah je aku tengok kau ni, Fiella.” Dyana mula mengatur langkah mendekati katil Syafiella. “Dengan rambut kau serabai. Muka macam nasi basi. Kau ni kenapa?” Dahinya berkerut. Dia memandang Syafiella.
Syafiella hanya mendiamkan dirinya sahaja. Bibirnya dicebikkan sedikit.
Sampai cebikkan bibir macam budak kecik, kau dah kenapa?” Dyana melabuhkan punggungnya di atas birai katil. Ada nada prihatin di hujung katanya.
Syafiella mencerunkan sedikit pandangannya. “Hudson lamar aku.” Cincin yang berada di atas katil itu diambilnya.
Membulat mata Dyana tatkala kata-kata Syafiella itu menyusup masuk ke dalam gegendang telinganya. “Seriously? Hudson lamar kau?” Sekali lagi dia bertanya untuk mendapatkan kepastian. Takut-takut dia tersalah dengar.
Syafiella pantas menganggukkan kepalanya. “Ya, Hudson lamar aku.” Cincin tersebut disuakan kepada Dyana sebagai bukti. “Ini buktinya.”
Dyana yang melihat cincin tersebut, mula mengambilnya. “Bila?” Dibeleknya cincin yang cantik itu.
Syafiella menghela nafas seketika. Pandangannya dicerunkan. “Siang tadi.”
Dyana hanya menganggukkan kepalanya sambil mulutnya membulat membentuk huruf ‘O’. “Habistu kau terima lamaran dia?” Pandangannya beralih ke arah Syafiella. Cincin tersebut diberikan kembali kepada gadis yang berkulit cerah ini.
Syafiella mendiamkan dirinya seketika. Cincin diberikan Dyana itu diambil lalu diletakkan di atas meja sisi. “Aku… entahlah.” Nafasnya dihela lemah.
“Dee, kalau kau jadi aku.” Dia memandang wajah Dyana. “Kau terima tak lamaran daripada Hudson tu?” Dia cuba meminta pendapat.
“Kalau aku jadi kau…” Kata-kata Dyana terhenti di situ. Dia mendiamkan dirinya seketika sebagai tanda dia sedang berfikir. “…aku akan terima lamaran dia, kot.” Nampaknya Dyana masih ragu-ragu dengan pendapatnya. “Tapi… aku tak pastilah dengan pendapat aku, Fiella.” Dia memandang wajah Syafiella.
“Samalah macam aku, Dee.” Syafiella mula mendekati gadis yang bertubuh gempal dan berkulit kuning langsat itu. “Aku tak pasti sama ada aku nak terima lamaran dia ataupun tak.” Rambutnya yang panjang separas pinggang dan serabai itu mula diikatnya.
“Habistu kau cakap apa kat dia?” tanya Dyana ingin tahu.
“Aku cakap aku perlukan masa untuk berfikir.” Syafiella menguak anak rambutnya. “Tapi… aku tak bagi lagi jawapan aku. Aku cuma cakap yang aku perlukan masa. Kau rasa kan Dee, boleh pakai ke alasan aku tu?” Sebelah keningnya mula terangkat.
Dyana mencebikkan bibirnya seketika tanda dia sedang berfikir. Pandangannya dibuang ke arah sudut kamar tidur tersebut. “Entahlah, Fiella.” Kedua-dua belah bahunya kelihatan terangkat. “Munasabah je alasan kau tu. Boleh diterima tapi…”
Dia terlebih dahulu memandang wajah Syafiella sebelum menyambung kata-katanya. “…tak ada sebab untuk kau tolak lamaran dia, kan?” Jari telunjuknya lurus menunjuk ke arah rakannya itu.
Syafiella diam seketika. Keluhan kecil kedengaran keluar daripada mulutnya sebelum dia mengeluarkan kata-kata. “Ada…” Lemah kedengaran suaranya.
“Aku dengan dia berlainan agama. Dia Catholic. Aku Islam. Kau tahu kan kalau agama Catholic tu macam mana? Pegangan agama diorang kuat. Aku takut bila kitorang dah kahwin nanti, aku tak boleh bimbing dia. Silap-silap aku boleh terpesong nanti.”
“Ada betulnya apa yang kau cakap tu, Fiella.” Ternyata Dyana juga menyokong kata-kata rakannya itu tadi.
So, sekarang aku tak tahu nak buat keputusan. Aku masih cintakan dia tapi…” Kedengaran sayu nada suara Syafiella.
“…itulah perbezaan agama dan budaya. Budaya, cara hidup tu aku boleh terima lagi. Tapi kalau dah melibatkan bab agama itu yang menyebabkan… aku berbelah bahagi.” Kepalanya digelengkan sedikit sebagai tanda dia sukar untuk membuat keputusan.
“Fiella, dia ada tak cakap sebab dia nak kahwin dengan kau selain daripada cinta?” Dyana cuba menebak.
“Ada.” Syafiella menganggukkan kepalanya. “Dia cakap dia nak kahwin dengan aku sebab lepas ni dia nak bawa aku ke Malaysia. Dia dapat tawaran kerja kat situ.”
“Kau dah jumpa keluarga dia? Sekurang-kurangnya, jumpa mak dia?” Laju sahaja soalan meluncur keluar daripada mulut Dyana.
“Belum lagi.” Syafiella menggelengkan kepalanya. “Dia tak cakap apa-apa pulak pasal tu.”
“Bagus.” Dyana mula tersenyum gembira. “Kalau macam tu kau kena buat keputusan lepas kau jumpa keluarga dia ataupun lepas jumpa mak dia. Daripada situ kau boleh simpulkan keluarga dia jenis yang macam mana. Sama ada kuat agama ataupun tak. Daripada situ baru kau boleh buat keputusan.” Panjang lebar hujah si Dyana Marzuki ini. Bagaikan Doktor Pakar Cinta sahaja dia memberikan pendapat dan nasihat.
Kelihatan Syafiella mengangguk-anggukkan kepalanya sebagai tanda setuju dengan kata-kata Dyana itu tadi. “Bagus idea kau, Dee.” Dia mula tersenyum. “Terima kasih, Dee.” Tubuh Dyana itu mula dirangkul. “Sebab itulah aku sayang kau lebih.”
Dyana hanya ketawa kecil. “Sama-sama, Fiella. Aku bagi pendapat ni pun sebab aku sayangkan kau. Aku nak hidup kau nanti bahagia.” Dia meleraikan rangkulan Syafiella. “Kau tu fikir masak-masak dulu sebelum buat keputusan. Ini melibatkan masa depan kau. Jangan buat keputusan terburu-buru.”

“Baik, bos!” Siap bertabik lagi Syafiella. Serta-merta meledak ketawa mereka berdua. 

Novel: Tidak Kuduga Cintamu Bab 3 (part1)

BAB 3


HELLO! You lambat lagi ke nak sampai?” tanya Sabrina sebaik sahaja pemanggil di sebelah sana menjawab panggilannya. Matanya melilau melihat pelanggan yang berada di dalam restoran itu. “Oh, jalan jam?!” Tubuhnya disandarkan. “Okey, I tunggu you. Cepat sikit. I ada kerja nak buat ni. Bye.” Pantas panggilannya dimatikan. Telefon pintarnya dimasukkan semula ke dalam tas tangan.
Kedengaran Sabrina berdecit sedikit. “Lambat betullah dia ni. Aku dahlah ada banyak kerja. Ramai lagi patient yang aku kena rawat dekat klinik tu,” omelnya sambil mengacau-ngacau jus tembikai yang berada di hadapannya dengan menggunakan straw.
Sudah hampir setengah jam Sabrina menunggu namun, kelibatnya tidak juga muncul-muncul. Dia sudah mula tidak sabar. “Mana dia ni?” Jam tangan yang terlilit di pergelangan tangannya dikerling sekilas. “Typical Malay betullah dia.” Matanya dijelingkan sedikit sambil dia berpeluk tubuh.
“Maaf, lambat,” kata Afiq sebaik sahaja dia sampai di meja makan tersebut. Dia yang sedikit termengah-mengah itu cuba untuk mengukir senyuman. Dia mengambil tempat di hadapan Sabrina yang sudah lama menunggu.
“Sampai pun.” Sabrina memberikan jelingan kepada Afiq. “Kenapa lambat sangat? Dah lebih setengah jam I tunggu you.” Gelas yang kosong itu diketepikan.
Sorry, Rina. I tahu I lambat.” Afiq mula meminta maaf. Dia tahu dirinya bersalah. “Jalan jam. Parking pun tak ada. Ini pun I terpaksa park kereta I jauh.” Dia mula menjelaskan perkara sebenar.
Sabrina memandang wajah Afiq. “Okey, kali ni I terima alasan you.” Anak rambutnya dikuak.
Bibir Afiq mula menguntum senyuman. Dia memandang wajah tunangnya itu. “You kenapa nak jumpa I waktu-waktu macam ni?” Kedua-dua belah tangannya mula diletakkan di atas meja. Dahinya berkerut. “Macam esok tak ada pulak.”
Sabrina diam seketika. Pertanyaan daripada tunangnya itu cuba dihadam sebaiknya. “Oh, I ada hal penting nak beritahu you!”
“Hal penting?” Afiq pantas bertanya. “Hal penting apa?” Sebelah keningnya kelihatan terangkat sedikit.
“Sebenarnya…” Sabrina mula menyeluk tas tangan berwarna ungu gelap yang berada di atas ribanya. Ada sesuatu yang berada di dalam tas tangan tersebut yang perlu ditunjukkan kepada Afiq.
Afiq hanya menanti dengan penuh sabar. Dia mendiamkan dirinya sahaja. Pandangannya dibuang ke arah pelanggan lain yang berada di dalam restoran tersebut.
I ada benda nak beri pada you.” Sabrina mula mengeluarkan sesuatu daripada tas tangan tersebut. Bekas kecil yang diperbuat daripada kaca sudah berada di dalam genggamannya. “Nah…” Bekas tersebut sudah diletakkan di atas meja. “I nak pulangkan semula benda ni pada you.” Senyuman sinis terselit di hujung katanya.
“Pulangkan?” tanya Afiq dengan nada yang pelik. Dia memandang wajah tunangnya dan bekas kecil yang berada di atas meja itu silih berganti. “Pulangkan apa ni you? I tak faham.” Kepalanya digelengkan beberapa kali. Berdasarkan riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia mahukan penjelasan daripada Sabrina.
Sabrina pantas menyuakan bekas kaca tersebut kepada Afiq. “You tak payah pura-pura tak faham. You bukalah bekas tu. Tengok isi dalamnya. Lepastu baru you faham apa yang I cakap sekarang ni,” jelasnya dengan nada sinis.
Afiq yang masih tidak faham itu perlahan-lahan mengambil bekas kaca tersebut. Dia membuka penutup bekas tersebut untuk mengetahui isi dalamnya.
Terdapat sebentuk cincin bertatahkan batu berlian terletak elok di dalam bekas tersebut. “Cincin?” Pantas dia bertanya sambil sejuta kerutan di dahi jelas terbentuk.
Yes, it is a ring.” Sabrina menganggukkan kepalanya. Dia mula bersandar pada kerusi.
So?” Afiq menutup kembali bekas kaca tersebut. Dia memang tidak faham apa yang berlaluk sekarang ini. Otaknya bercelaru. Terlalu banyak sangat perkara yang dia fikirkan hari ini sehinggakan dia masih tidak faham kaitan cincin tersebut dengan tunangnya.
“Dr Nur Sabrina Danisha binti Dr Lukman Hakim, please explain to me. I still don’t get it.” Keningnya juga kelihatan berkerut.
Sabrina mengeluh lemah. Dia mula mendekatkan dirinya dengan meja. “You masih tak faham lagi ke?” Rambutnya yang berwarna blonde itu disebakkan ke belakang.
“Cincin tu cincin pertunangan kita. Jadi, bila I pulangkan cincin tu pada you tandanya I nak minta putus. Full stop.”
Afiq kelihatan tersenyum herot. Bekas kaca yang berada di dalam genggamannya itu diletakkan semula di atas meja. “You nak minta putus?” Sekali lagi dia bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Sabrina menghela nafas panjang. Dia memalingkan wajahnya seketika. Enggan dia melihat wajah Afiq. “Yup.” Dia kemudiannya memandang kembali wajah Afiq.
I tahu you dah tak ada perasaan pada I.” Ada senyuman sinis di hujung katanya. “Sebab itu I minta kita putuskan pertunangan kita ni. Buat apa kita nak teruskan hubungan kita ni kalau you pun dah tak cintakan I?”
Afiq hanya tertanya kecil. “Hebatlah you ni, Rina. You boleh tahu I dah tak ada perasaan pada you.” Dia tidak menyangka yang Sabrina akan memutuskan pertunangan mereka dahulu. “Mana you tahu?”
Guess what? I have supernatural power.” Meledak tawa Sabrina.
“Hah?! You biar betul?!” Terkejut Afiq saat dia mendengarkan kata-kata Sabrina itu tadi. Tertinggi suara pula dia jadinya. Biar benar bekas tunangnya ini mempunyaI kuasa yang sebegitu rupa. ‘Impossible,’ detik hatinya.
No, just joking.” Ternyata tawa Sabrina masih bersisa. “I tahulah. Cara layanan you pada I, cara you cakap dengan I jelas menunjukkan yang you memang dah tak ada perasaan pada I. You memang dah tak cintakan I.
Afiq tersenyum. “Hebat betullah you ni. Tak boleh simpan rahsia langsung.” Kepalanya digelengkan.
Sabrina hanya tertawa kecil. “I tak kisah kalau you putuskan pertunangan kita.” Anak rambutnya dikuak. “I takkan meroyan macam perempuan kat drama tv tu. I anggap kita tak ada jodoh. Walaupun kita dah bercinta hampir dua tahun, kalau you bukan jodoh I buatlah apa cara sekalipun pasti you takkan kahwin dengan I.” Kakinya sudah disilangkan.
Afiq menganggukkan kepalanya. Sebagai tanda dia bersetuju dengan kata-kata bekas tunangnya itu. “Betullah apa yang you cakap tu, Rina.” Memang benar apa kata Sabrina itu. Jodoh rahsia Yang Maha Berkuasa. Tiada siapapun makhluk di bumi ini yang mengetahui siapakah jodoh mereka. 

Novel: Tidak Kuduga Cintamu Bab 2

BAB 2


SYAFIELLA turun daripada motosikal tersebut dengan wajah yang cemerut. Topi keledar yang dipakainya pantas sahaja ditanggalkan. “I’ve told you, Hudson.” Topi keledar tersebut diletakkan di atas motosikal dengan kasar.
Jangan bawa laju-laju. Aku takut.” Jelingan yang agak tajam sempat diberikan kepada si kekasih hati sambil jarinya ligat membetulkan rambutnya yang sudah serabai itu.
Hudson yang baru turun daripada motosikal itu hanya tergelak kecil. “Janganlah takut, Fie. You must trust me.” Dia mula memujuk Syafiella.
You must trust me.” Syafiella mengajuk semula kata-kata Hudson sambil membuat mimik muka yang menjengkelkan. “Kalau dah bawa moto macam hantu, macam ghost rider, sampai bila-bila pun aku tak percaya.”
Dia mula berpeluk tubuh. Kali ini jelingan maut dihadiahkan khas buat Mr Hudson Smith. Wajahnya dipalingkan. Enggan menghadap wajah kekasihnya.
Hudson hanya tersenyum. Kelihatan dia tenang sahaja menangani Syafiella yang kuat merajuk ini. “Fie, kau jangan pandang rendah pada aku. Kau tengok je aku bawa moto macam ghost rider tapi sebenarnya ride aku tahap Valentino Rossi tau.” Dia mula membangga diri. Jaket kulit yang dipakainya mula dibetulkan sambil menyebak rambutnya ke belakang agar kelihatan lebih macho.
Syafiella yang mendengar hanya tersenyum herot. “Aku rasa Valentino Rossi pun malu nak mengaku kau kawan dia kalau dia tengok cara kau ride tadi.” Berdekah-dekah dia ketawa. Giliran dia pula mengenakan kembali Hudson.
Hudson yang mendengar hanya mendiamkan diri. Nampaknya sang kekasih hati sudah mengenakannya kembali. Dia mula melangkah mendekati Syafiella yang separuh mati mentertawakannya. “Funny?” soalnya tatkala dia sudah berada di hadapan Syafiella.
“Hah? Of course funny.” Syafiella ketawa lagi. “Kalau tak kelakar, aku takkan gelak separuh mati macam ni.” Selamba sahaja dia mengenakan Hudson. Seronok betul dia hari ini. Dapat juga dia membalas dendam.
Hudson pula yang panas hati. Dia hanya menjeling sahaja melihat ‘keseronokan’ Syafiella mentertawakannya. “Whatever, Fie.” Wajahnya dipalingkan seketika. Malas dia mahu melihat Syafiella yang separuh mati mentertawakannya. “By the way, I’ve good news to tell you,” beritahunya cuba untuk mengalih topik.
Serta-merta tawa Syafiella terhenti. “Good news?” Snowcapnya dibetulkan sambil sebelah keningnya kelihatan terangkat. “What is it, dear?” soalnya penuh minat.
Hudson mendiamkan dirinya seketika. Otaknya ligat memikirkan ayat. Kedengaran dia berdehem seketika sebelum memulakan bicara. “Guess what, Fie?” Dia memandang wajah Syafiella.
What?” Syafiella pantas bertanya. Nampaknya dia sudah tidak sabar mahu mendengar berita daripada Hudson. “Tell me, Hudson.” Lengan Hudson dipegangnya tanda dia teruja mahu tahu berita gembira tersebut.
Bibir Hudson mengukir sedikit senyuman nipis. “I’ve got an offer. A job offer.” Tersekat kata-katanya di situ.
Then?” Syafiella pantas memotong.

“Aku… diberi pilihan sama ada Indonesia, Filipina dan Malaysia.” Hudson menelan liurnya seketika. Sengaja dia memasukkan unsur-unsur suspen dalam katanya. “AndI’ve choose Malaysia.”
Melopong mulut Syafiella jadinya tatkala mendengar kata-kata daripada Hudson sebentar tadi. “Malaysia?” soalnya ragu-ragu.
Hudson pantas menganggukkan kepalanya. “Yes, Malaysia.” Dia tersenyum memandang Syafiella.
Congrats, dear.” Syafiella pantas mengucapkan tahniah kepada Hudson. “You deserve it.” Kelihatan dia tersenyum gembira. Dia juga tumpang seronok dengan berita daripada kekasihnya itu. “So, bila kau start?”
Hudson menjelingkan matanya ke tepi seketika sebagai tanda dia sedang mengingati tarikh bermula dia akan bekerja di Malaysia. “Abouttwo more weeks.” Dia kembali memandang wajah Syafiella.
Okay, then.” Syafiella sudah bertepuk tangan. Sepertinya dalam otaknya ligat merencanakan sesuatu buat si kekasihnya. “Jom kita celebrate. Now. Let’s go.”
Pergelangan tangan Hudson sudah dipegang. “Kau cakap je kau nak makan apa, hari ini aku belanja kau.” Pantas sahaja Hudson ditariknya. Dia mahu meraikan berita baik ini bersama Hudson.
Wait.” Hudson bersuara sebelum Syafiella sempat mengheretnya ke café dan restoran yang berdekatan.
Syafiella pantas meleraikan pegangannya. Dia memandang wajah Hudson. “Why?” Keningnya mula berkerut.
Hudson memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya. Sepertinya dia ada sesuatu yang dia mahu keluarkan daripada koceknya. Perlahan-lahan dia mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluarnya.
Syafiella menunggu dengan penuh debar. Direnungnya sahaja perbuatan Hudson itu. Dia menjadi tertanya-tanya. Bibirnya diketap atas dan bawah. Takut pula dia jadinya. Pandangannya dicerunkan.
Sebentuk cincin berada di dalam genggaman Hudson. Dia kemudiannya memandang cincin tersebut dengan senyuman penuh makna. “Fie,” panggilnya dengan panggilan manja.
Pantas Syafiella mengangkat wajah. Memandang wajah Hudson. Kerutan di dahinya kelihatan jelas.
Bibir Hudson masih lagi mengukir senyuman. Dia mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Syafiella. “Fie, aku nak… kau ikut aku ke Malaysia.” Tangan kiri Syafiella sudah dipegangnya.
“Aku nak… kau sentiasa ada di samping aku selepas ni.” Dia cuba bermain dengan kata-katanya. Pandangannya dicerunkan, memandang tangan kiri si kekasih hati.
Syafiella semakin pelik jadinya. Dahinya kelihatan berlapis-lapis. “What…” Air liurnya ditelan. “What do you mean, Hudson? Aku… tak faham.” Dia cuba untuk meminta penjelasan.
Hudson hanya tersenyum. Pertanyaan daripada Syafiella itu tadi dibiarkan berlalu tanpa jawapan. “Aku…” Dia mula melutut sambil tangan kiri Syafiella erat dalam pegangannya.
Syafiella berdebar. Jantungnya berdetak lebih hebat daripada biasa. Dahinya mula berpeluh dingin. Otaknya kosong. Dia tidak boleh berfikir. Cuma matanya sahaja yang mampu bergerak melihat Hudson yang sedang melutut di hadapannya.
“…perlukan seseorang untuk sokong aku waktu di Malaysia nanti. So, I choose you, Fie.” Hudson memandang dalam-dalam anak mata Syafiella.
“Syafiella Farhani…” Kata-katanya terhenti seketika di situ. Nafasnya dihela kemudian ditarik dalam-dalam untuk meraih kekuatan diri. Debar dalam dadanya cuba dikawal. “Will youwill you marry me?” Cincin yang berada di dalam genggamannya disuakan di hadapan Syafiella.
Syafiella terkedu seketika. Dia bagaikan kehilangan kata-kata. Lidahnya kelu. Dia tidak menyangka yang Hudson akan melamarnya pada hari ini. Dia bagaikan patung. Diam, kaku di situ. Lama dia mendiamkan diri.
“Fie, what is your answer?” Setelah lama suasana menghening, Hudson mula bertanya. Malu juga dia lama-lama melutut di hadapan gadis ini. Maklumlah, tempat ini merupakan tumpuan pengunjung. Paris, bandar yang tidak pernah sunyi dengan pengunjung. “Yes or no?” Sebelah keningnya sudah terangkat.
Syafiella mengetap bibir atas dan bawah. “III…” Terketar-ketar dia mahu menjawab. “The answer is…”
Please say yes, Fie. Fie, please say yes. Oh God! Please say yes.’ Jauh di sudut hati Hudson dia mengharapkan jawapan positif daripada Syafiella. Matanya dipejamkan seketika.
Syafiella menarik nafas dalam-dalam sebelum mengeluarkan kata-kata. “The answer isno.” Nafasnya dihela.
No!” Terkejut Hudson jadinya tatkala mendengarkan jawapan yang negatif daripada Syafiella. Dia pantas berdiri. “Why?” Dahinya berlapis. Dia memandang wajah Syafiella.
Syafiella pantas menggelengkan kepalanya. “No. I mean the answer is not no.” Dia sendiri tidak sedar apa yang baru sahaja dia cakapkan tadi. Disebabkan terlalu gementar sehinggakan dia berada di bawah separuh sedar.
Hudson pantas menarik nafas lega. Dadanya diurut berkali-kali. Lega sedikit dia. Sekurang-kurangnya lamarannya tidak ditolak mentah-mentah oleh kekasih sendiri. “So, the final answer?”
I cannot give you the answer now. I need to think.” Syafiella pantas memusingkan badannya dan mula mengatur langkah pergi dari situ.
Why, Fie?” Hudson mula meminta penjelasan. Dia yang menyedari tindakan Syafiella itu, mula mengejarnya. “Tunggu dulu, Fie.” Sempat pergelangan tangan Syafiella disambarnya.
Syafiella pantas menghentikan langkahnya. Dia diam seketika. “We are different, Hudson. We are different.” Dia memusingkan badannya menghadap Hudson.
Different?” Hudson mula bertanya. “Apa yang lainnya? Kau manusia. Aku pun manusia. Kenapa?” Dahinya berkerut.
Syafiella mengeluh lemah. “Our religion, our race is different, Hudson.” Dia memandang wajah Hudson dengan wajah yang sayu. “I’m Muslim and you are…” Pandangannya terarah kepada lambang salib yang berada di dada Hudson. “…Catholic.” Nafasnya dihela.
Hudson yang menyedari pandangan mata Syafiella terarah kepada lambang salib yang berada di dadanya, mula menyorokkan lambang salib tersebut di sebalik jaketnya. “Okay, I know that butI can change my religion. I can convert into Muslim. Right?” Bersungguh-sungguh dia nampaknya mahu memperisterikan Syafiella.
Syafiella diam seketika. Berat dia mahu menjawab. Perlahan-lahan dia menggangguk kecil. “Yes, you can butit’s hard to say. In Islam you cannot simply change your religion without knowing anything about our religion. You must learn.”
Okay, I’ll learn about Islam.” Laju sahaja Hudson memberikan jawapan. “I promise.” Sebelah tangannya sudah diangkat sebagai tanda dia sudah berjanji.
I’m not ready yet, Hudson. I’m not ready yet to get married. It’s too early for me.” Syafiella sengaja mencipta alasan.
Hudson berdecit sedikit. “It’s been almost two and a half year, we’re together. Love each other. Takkan itu pun kau kata awal. Aku nak kita akhiri hubungan kita dengan perkahwinan, Fie.” Giliran dia pula memberikan penjelasan.
Syafiella mula berpeluk tubuh. Dia memandang tepat anak mata Hudson. “I know that, Hudson but…”
Stop it, Fie!” Belum sempat Syafiella menghabiskan kata-katanya Hudson pantas memotong. Jari telunjuknya diangkat sebagai tanda menyuruh Syafiella untuk berhenti berkata-kata. “You give such nonsenses excuses to me.” Kepalanya digelengkan. “Aku tahu… kau dah tak cintakan aku kan, Fie?” Dia cuba menduga isi hati kekasihnya.
Syafiella pantas menggelengkan kepalanya. “No, bukan macam tu.” Pantas jari-jemari Hudson diraih untuk digenggam. “I still love you, Hudson.” Dia menggenggam erat jari-jemari Hudson. Dia diam seketika.
Pandangannya dicerunkan. Memandang jemari wanitanya dan jemari kekasihnya bersatu dalam satu genggaman. “Just Hudson…” Dia mengangkat wajah memandang wajah Hudson. “Please give me some time to think. I need you to understand.”
Hudson diam seketika. Dia cuba berfikir. Pandangannya dicerunkan sedikit. Nafasnya dihela lemah. “Okay, I’ll give you time to think.” Matanya memandang wajah Syafiella. Genggaman jari-jemari tadi dileraikan.
Tangan Syafiella diraih. “Take this.” Cincin tadi diletakkan di dalam genggaman tangan Syafiella. “Aku tahu kau perlukan ini waktu berfikir nanti.” Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman penuh makna.
Syafiella hanya mendiamkan dirinya. Anggukan kecil menjadi balasan. 

Novel: Tidak Kuduga Cintamu Bab 1 (part2)

AFIQ melabuhkan punggungnya di atas bangku. “Dah lama sampai?” Dia mengalihkan pandangannya memandang wajah Fairuz. Kelihatan bibirnya menguntum segaris senyuman mesra.
“Lama tu taklah juga.” Fairuz memandang wajah Afiq. Sekuntum senyuman diberikan kepada Afiq sebagai balasan. “Adalah dalam lima belas minit aku tunggu kau.” Dia kemudiannya ketawa kecil.
Afiq juga turut ketawa. “Maaf, Yuz. Maaflah buat kau tertunggu-tunggu.” Kepalanya yang tidak gatal itu digaru.
“Aku dah tahu dah alasan kau.” Fairuz membetulkan shawl yang terlilit di kepalanya itu. “Masak dah aku dengan perangai kau ni, Fiq. Dari dulu tak berubah-ubah.” Kepalanya digelengkan serentak dengan tawa halus menghiasi kata-katanya.
“Kalau macam tu susahlah aku nak cipta alasan untuk bagi kau percaya.” Afiq cuba untuk berseloroh. Berdekah-dekah kedengaran tawa mereka berdua.
Fairuz pantas menghentikan tawanya. “Fiq, kau jumpa aku ni mesti ada apa-apa kan?” Sebelah keningnya kelihatan sudah terangkat.
Tawa Afiq mati serta-merta tatkala soalan daripada Fairuz itu dihadam sebaiknya. “Sebelum tu, Reza tahu kau jumpa aku kat sini?” Dia mula bertanya untuk mengalih topik buat sementara waktu.
Fairuz kemudiannya meluruskan pandangannya. Memandang kanak-kanak yang sedang leka bermain gelongsor, buaian dan jongkang-jongket dengan riangnya. Anggukan kecil menjadi jawapan kepada soalan Afiq itu tadi.
“Pasal Reza tu kau tak payah risaulah. Aku dah cakap dah dengan dia yang kau nak jumpa aku kat sini.” Dia memandang kembali wajah rakan baiknya itu. “Lagipun… aku memang nak datang sini bawa Anas main. Kebetulan, kau pula ajak jumpa.”
Kelihatan Afiq mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham dengan kata-kata Fairuz itu tadi. “Kalau macam tu baguslah.” Dia membuang pandang ke arah kanak-kanak yang riang bermain gelongsor. “Karang tak pasal-pasal lebam biji mata aku kena penumbuk Reza tu.” Dia ketawa kecil sambil memandang wajah Fairuz yang berada di sebelahnya.
“Kau ni Fiq, ada-ada je.” Fairuz juga tergelak kecil. Lucu barangkali kata-kata yang keluar daripada mulut Afiq sebentar tadi. “Kau ni datang jumpa aku…” Kata-katanya mati seketika di situ sambil dia membetulkan duduknya agar lebih selesa. “…mesti ada sesuatu, kan?” Dia cuba menduga. Ditenungnya Afiq dengan pandangan mata yang agak tajam.
Afiq mencerunkan sedikit pandangan matanya. Dia hanya mendiamkan dirinya sahaja.
Fairuz mengerutkan dahinya. Dia memang sudah masak dengan perangai rakan baiknya itu. “Kau… ada masalah?” Sebelah keningnya sudah terangkat. Sengaja dia menduga isi hati jejaka berkulit cerah ini.
Afiq menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara. “Yuz…” Dia mengangkat wajah. Memandang wajah Fairuz.
“Kenapa?” balas Fairuz pendek.
“Aku… sebenarnya…” Afiq menghela nafas panjang. Sepertinya dia berat mahu menceritakan perkara tersebut kepada Fairuz.
“Kenapa kau ni, Fiq?” Fairuz terlebih dahulu bertanya. Laju sungguh soalan meluncur keluar daripada mulutnya. Dahinya mula berkerut. “Cakap tersekat-sekat. Ada apa-apa ke?” Dia pula yang tidak sabar mendengar ‘luahan perasaan’ daripada rakannya.
Afiq mengeluh berat. Dia diam seketika. Cuba untuk merangka ayat buat si rakan baik yang tidak sabar ini. Dia mula bermain dengan kunci kereta yang berada di jarinya. “Kalau…” Dia memulakan bicara namun, terhenti seketika di situ. “…aku nak minta pendapat kau, boleh?”
Fairuz mula tersenyum senget. “Boleh. Apa salahnya?” Dia mula berpeluk tubuh. “Selama ni kau tak pernah minta izin pun dengan aku, kau nak minta pendapat ke apa ke? Selalu kau main cakap je dengan aku.” Dia mula mendekatkan dirinya dengan Afiq. “Kau beritahu aku cepat kau ada masalah apa?”
Afiq berdehem seketika sebelum memulakan bicaranya. “Aku rasa aku macam…” Tersekat sekali lagi bicaranya. Berat sungguh nampaknya dia mahu menceritakan perkara ini kepada Fairuz. Nafasnya dihela seketika sebelum dia menyambung kata-katanya. “…macam aku nak putuskan pertunangan aku dengan Rina.”
“Hah? Putus?” Terbeliak mata Fairuz tatkala mendengar kata-kata daripada Afiq itu tadi. ‘Biar benar diorang berdua ni?’ desis hatinya. “Kau biar betul, Fiq? Nak putuskan pertunangan kau dengan Rina?” Sekali lagi dia mengutarakan soalan kepada empunya badan untuk mendapatkan kepastian.
Afiq memang sudah mengagak reaksi yang akan diberikan oleh Fairuz. Dia diam seketika. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.
Fairuz hanya menggelengkan kepalanya tatkala anggukan Afiq menjadi jawapan buat soalannya tadi. “Astaghfirullah hal azim.” Dia beristighfar panjang. “Kau dah habis fikir ke, Fiq? Dah tak ada jalan lain selain daripada putus tunang?”
Afiq mula bangun daripada duduknya. “Dah.” Anak rambutnya dikuak. “Aku rasa macam… aku tak boleh teruskan hubungan aku dengan Rina.” Badannya dipusingkan menghadap Fairuz. “Daripada aku bercerai masa kahwin nanti, lebih baik aku putuskan pertunangan dulu.” Dia mula berpeluk tubuh. “Sekurang-kurangnya tak adalah malu nanti.”
Fairuz memalingkan wajahnya seketika. “Apa salah Rina? Apa salah Rina sampai kau nak putuskan pertunangan kau dengan dia?” Dahinya mula berkerut. Dia memandang wajah Afiq.
Afiq mencebikkan bibirnya. “Rina? Rina tak salah apa-apa.” Kepalanya kelihatan digeleng-gelengkan. “Cuma… aku yang salah. Salah membuat pilihan.” Dia tersenyum sinis.
“Rina bukannya pilihan keluarga. Kau dengan dia bertunang bukan paksaan ataupun desakan daripada keluarga.” Fairuz tajam memandang anak mata rakan baiknya itu. “Korang berdua bertunang pun atas dasar cinta. Kenapa tiba-tiba kau nak putus ni?” Dahinya berlapis. Pening dia memikirkan masalah rakannya yang seorang itu.
“Entahlah.” Afiq mengangkat kedua-dua belah bahunya. “Mungkin… perasaan cinta dan sayang aku pada Rina dah hilang. Dah tak ada. Kosong.” Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar jeansnya. “People change, bak kata orang. Perasaan berubah mengikut masa.”
“Mudah alasan kau, Fiq.” Fairuz menghela nafas panjang. “Habistu Rina tahu tak pasal perkara ni?” Dia membetulkan duduknya agar lebih selesa.
Afiq menggelengkan kepalanya. “Rina tak tahu tentang perkara ni.” Dia melabuhkan punggungnya semula. “Tapi… In Shaa Allah aku dengan dia akan berjumpa dan kami akan berbincang secara baik. Kalau kami putus pun kami akan putus secara baik,” ujarnya cuba untuk menyedapkan hati Fairuz.
“Fiq, aku tak boleh nak buat apa-apa. Sekarang ni keputusan ada pada tangan kau dan Rina. Aku hanya boleh beri nasihat pada kau je.” Fairuz cuba untuk memberikan nasihat buat sang jejaka tinggi lampai dan berkulit putih ini.
“Seeloknya, kau fikirlah masak-masak dulu sebelum nak putuskan pertunangan ni. Fikir baik-baik. Aku takut kau buat keputusan terburu-buru lepastu menyesal tak sudah.” Perut Fairuz yang semakin membesar itu menyebabkannya tidak selesa untuk duduk. “Jangan jadi macam kes aku sudahlah. Aku tak nak kau jadi macam aku nanti.”
Afiq hanya mengganggukkan kepalanya sahaja. “Baiklah, mak buyung. Aku ikut cakap kau,” selorohnya sambil meledak tawa.
“Kau ni.” Fairuz menampar lembut lengan Afiq. “Jangan main-main dengan perkara ni, Fiq. Ambil serius.” Dia cuba mengingatkan rakan baiknya yang suka sangat mengambil enteng perkara yang serius.
“Kalau aku jadi Rina dah lama aku tumbuk muka kau ni.” Dia kelihatan sudah mengepal penumbuk. “Geram aku tengok kau ni.” Bibirnya diketap sambil dia menahan tawa.
Afiq sudah terlebih dahulu meledak tawa. “Ya, Yuz. Aku akan fikir masak-masak. Aku ingat semua pesanan kau tu,” beritahunya cuba untuk meyakinkan Fairuz.
“Kalau macam tu aku nak balik dulu.” Fairuz mula meminta izin untuk beredar dari situ. “Tak larat aku nak duduk dengan perut macam belon ni lama-lama kat sini.” Tawanya kedengaran di hujung katanya.
“Anas, jom kita balik. Lain kali kita datang sini lagi.” Dia mula melaung memanggil nama anak lelakinya yang sedang enak bermain di taman permainan itu.
Afiq mengganggukkan kepalanya. “Hati-hati jalan tu. Dah berapa bulan?” Sebelah keningnya terangkat sebagai tanda dia sedang bertanya kepada Fairuz.
Fairuz mula bangun daripada duduknya sambil matanya melihat susuk tubuh kanak-kanak lelaki sedang berlari mendapatkannya. “Enam bulan dah.” Dalam kepayahan dia cuba bangun sambil perutnya yang membulat itu dipegangnya. “Anas, cepat sikit.”
Afiq hanya memerhatikan sahaja Anas, anak kepada Redza dan Fairuz yang sedang berlari-lari anak mendapatkan ibunya. Comel sungguh Anas ini. Wajahnya saling tak tumpah seperti Fairuz. Tubuh badannya pula seperti Redza. Molek sahaja.
‘Dapat ke aku merasa semua ni? Dapat ke aku merasa ada anak, ada isteri nanti?’ Jauh di suduh hati Afiq dia inginkan keluarga yang dibinanya sendiri. Dia juga seperti manusia biasa. Nalurinya sama. Mahu berkahwin dan membina kehidupan keluarga yang bahagia. Namun, dia masih belum bertemu jodoh lagi sehingga kini. Masih mencari-cari calon isteri yang sesuai.

Dari kejauhan, Fairuz memimpin tangan anaknya masuk ke dalam perut kereta. Tidak sampai lima minit, kereta Citroen laju menderum merentasi jalan raya.