Friday 6 March 2015

Down, Down, Down and Up Comments

Assalamuailaikummm..... Hai pembaca!
Penat dah tak tahu nak cakap apa... sooo back to our entry above... nak share laaa pasal komen para PEMBACA cerpen yang aku post kat Penulisan2u tuuuu

see nampak tak dah 22 komen yang pada asalnya hanya 12 komen... rajin betul diorang ni komen pasal cerpen aku

Okey macam biasalah komen dia negatif pun ada positif pun ada... nak tengok? 




Okay terima kasih kerana anda sudi memberikan komen kepada cerpen saya yang tak seberapa tu. Terima kasih juga kerana sudi membaca sampai habis cerpen aku yang sangat bosan tu. Terima kasih juga kerana bagi komen yang negatif kepada saya yang telah menyebabkan saya sedar.
Apapun anda sebagai PEMBACA ada hak untuk memilih dan memberikan KOMEN. Terima kasih kerana berikan respon kepada cerpen saya. Saya hargai dan terima dengan hati yang terbuka.
Walaupun kadang-kadang aku DOWN nak siapkan NOVEL and Cerpen yang lain sebabkan beberapa PIHAK yang suka mengutuk ORANG LAIN tanpa dia sedar yang dia tidak berada di situ, aku kuatkan juga semangat aku. Demi sebuah cita-cita aku nekad.
Banyak kali aku menangis sebab ada beberapa PIHAK yang masih mengutuk CERITA and NOVEL MELAYU yang jiwang dan melalut. Aku sebagai penulis yang baru merangkak dan belum bertatih lagi ni terasa sangat-sangat DOWN dengan kutukan tersebut. Bayangkan kalau PIHAK tersebut berada di tempat aku. Bayangkan!
Stoplaa... tolonglah jangan menjatuhkan semangat orang yang nak berjaya... Pleasee... kalau iyapun tak suka NOVEL MELAYU janganlah kutuk sampai buat page kt FB. Pleasee... NOVEL MELAYU ada NILAI dan PEMINAT dia sendiri.
Kalau korang tak suka korang boleh pilih NOVEL yang lain. Please... PENULIS sangat bekerja keras untuk KARYA dia dan imaginasi dia hanya setakat itu sahaja.
Sekali lagi aku merayu kepada PIHAK ini janganlah suka SANGAT MENJATUHKAN semangat ORANG LAIN. Kalau anda tak suka anda diam dan anda boleh buat PILIHAN LAIN. Banyak lagi PILIHAN LAIN.
Kita ada banyak PILIHAN masa sekarang ni. Janganlah bandingkan NOVEL MELAYU dengan NOVEL BARAT sebab PENULISNYA berbeza sama sekali dan imaginasinya berlainan sama sekali.
Kalau rasa meluat denan NOVEL MELAYU boleh baca NOVEL BARAT yang imaginasinya lebih TINGGI.
Kalau anda masih tak berpuas hati dengan NOVEL MELAYU sudah tiba masanya untuk anda menjadi PENULIS pula. TULISLAH cerita yang anda nak TULIS. Aku CABAR! Percayalah PENULIS bukan senang. MENULIS bukannya macam Tulis ABC....

Sorry, teremosi pulak... terluahkan perasaan... okay, enough for today.... thank you, bye.
Assalamualaikum....

Jemput Baca

Assalamualaikum
Hai! Jumpa lagi!
Okay aku nak terus straight to the point je. Tak moh bebel lagi tau.
Aku sebenarnya nak jemput korang baca novel and cerpen aku dekat penulisan2u. Walaupun ada antara korang yang dah baca kat dalam blog ni apa salahnya korang luangkan masa baca pulak kat penulisan2u tu. Kalau korang support aku korang bacalah... and kalau boleh letak komen lagi sebab maybe kalau lah ada rezeki novel aku akan terbit.... insyaallah bergantung kepada respon pembaca.

Sempatlah aku screenshot sikit. Korang... bacalah ye...komen sekali.... komen yang membina tau.... ini linknya http://www.penulisan2u.my/index.php?s=NAZSUHA+FAIZILA
Klik je kat situ semua novel and cerpen aku ada... korang just pilih bab mana and baca....

Setakat ni yang paling latest adalah bab 7. Aku hantar novel ni pun sebab ada permintaan. Ada pembaca kat penulisan2u tu minta aku bab yang seterusnya....

see that comment?
Apapun aku hargai komen tersebut. Terima kasih sebab kau dah bagi aku semangat untuk terus hantar novel and cerpen aku yang lain...
Okay bye Asslamualaikum

Hollywood Glam Night!

Assalamualaikummm..... Hai! Pembaca-pembaca blog aku yang JELITA, KACAK serta AWESOME! Sihat hendaknya semuaa!!!!!!
Okay, tengok title aku yang kat atas tu. CLASS tak? Hah?! Bukan CLASS yang tempat belajar tu laaa.... haishhh ini CLASS yang GLAMOR. Macam CHE TA tu hahhaha.
Class kan? Ha tu laa aku dah cakap... aku ni memang Class.... biasalahhhhh.... cehhhh
Sebenaqnya ( Mat Lutfi kau hahahah) itu tema untuk DINNER DAIS iaitu DINNER kitorang......................................................................................................................................
Apsal aku buat pnjang-pnjang titik tu? Tahu tak kenapa? Sebab DINNER tu sangatlahhhh HAMBAR and BORING! serius aku cakap weiiii HAMBAR!!!!!
Mula-mula kitorang semua tak nak pergi DINNER tu sebab sem lepas ada yang dah pergi termasuk aku lahh tu and kitorng pun kekurangan bajet untuk beli baju and bayar untuk yuran dinner tu tapi kena paksa....................... hmmmmm....................................................
Bagus!!! Ini yang aku SUKA ni! PAKSA!!!!!!! Baguslah sangat PAKSA orang pergi DINNER yang tak seberapa tuuuu............................
Sorry laaa, aku memang MOODY lah time DINNER tu.... haishhh.......
Classmate MAJORITI pergi DINNER tu sebab kitorang kesiankan CLASS REP kitorang NAFF a.k.a MOHD. ASHRAF MOKHTAR ( sorry Naff kalau aku eja salah nama kau) kene marah dengan koordinator kitorang.
Sape koordinatar tu? Aku rasa tak payahlah nak mention nama dia kat sini. Tak elokkkk....
Aku pun pergi sebab kesiankan NAFF tu kalau tak jangan haraplah aku nak pergi.... kami semua pergi pun sebab kesiankan Naff tu... hmm.... terpaksalah pergi.... Pakai baju pun, baju yang lusuh and sememeh. Pakai baju apa yang ada je... tak elok membazir, kan? orang kata.....
Time Dinner tu aku datang lambat... lepastu tak ada tempat duduk.... dengan kebuluqnya ( haish Mat Lutfi lagi) kena tunggu sebab tak dapat makanan lagi.... so sabar jela.... tunggu punya tunggu dapatlah makan nasi goreng dengan chicken chop.... okaylahhh tuuu.... asalkan dapat makan...
Walaupun tak ikhlas datang DINNER but me and my classmates happy. We enjoy ourselves. Ambil gambar sama-sama...
Oh, lupa pulak nak cakap! Dinner tu berlaku 26 Februari 2015. Tengah hari tu kan aku ada majlis dekan lepastu malamnya pulak ada dinner. Pehhh.... memang penat sangat-sangat lahhh aku cakap. Esoknya kelas pukul 8 pagi. Balik daripada dinner tu dah dekat pukul 12 malam. Balik tu aku tak rupa orang dah weiii sebab kaki aku dah melecet gila babeng. Aku balik dengan berkaki ayam je weiii...
Esoknya kelas pukul 8 pagi masing2 penat. Ada yang datang lambat and ada yang tak datang. Aku time tengah belajar tu jangan cakaplah... macam tak rupa orang... Ngantukkk gila babunnnn....
Okay banyak gambar sebenaqnya ( Nampak sangat aku dah selalu tengok video Mat Lutfi)  aku nak tunjuk.... okeyyyy prepare....
UiTM Tapah, Perak
Diploma Account Information System
DAIS, AC120
Okay promote diri sendiri sikit belajar kat mana and amek kos ape


Dari depan kiri (lapisan first) : Effa, Tina, Fatin
Dari kiri lapisan kedua ( belakang lapisan first): Wani, Atika, Aku, Hasmira
Berdiri dari kiri ( belakang lapisan kedua): Khaira, Shasha, Azlin, Aina, Alia, Sophea, Cha, Fatimah, Bella, Farah
Belakang sekali dari kiri : Syawal, Azim, Ashraf, John, Faqis






Abam-abam 'Hot' hakhak. Jarang abam-abam ni bergambar sesama
Dari kiri: Faqis, Azim, Syawal, Adriel, Ashraf, John
Yang kat tengah tu bajet Dato' pahal?

Btw love their brotherhood






Meet my Gegirls yang JELITA




Dari kiri: Wani, Aku, Ain. Afrina, Sophea

Dari kanan: Miha, Ain, Wani, Sophea, Aku, Alia





Guess who is behind the mask?

Jejaka Paling Hot kat Malaysia
Ashraf Mokhtar a.k.a Naff

Naff aku dah tunaikan permintaan kau. Nak sangat kan nama kau terpampang kat blog aku? Ha aku dah bagi dah... siap berpakej lagi. Ada gambar sekali. Lepasni kalau kau tak baca siap kauuu.... hahahha
Actually aku letak gambar mamat ni sebab nak ucapkan terima kasih sebab rajin sangat-sangat baca novel aku yang panjang berjela tu and dialah antara pengunjung yang terajin blog aku... Thank you so much, bro. Thanks for your support. Teruskan support aku. And kepada Classmates yang lain juga Thank you sebab sudi support aku di kala banyak komen negatif kena kat cerpen aku. Thanks sebab dengar luahan isi hati aku pada sesapa yang ada aku terluahkan tu.
Aku luahkan pun sebab aku tak puas hati sebab ada orang tak paham hati seorang penulis macam mana.
You guys are TOTALLY AWESOME like TOTALLY SPIES....

First time pakai make-up kat mata tu. Jangan gelakkan ye. Hakhak
Hampir tertinggal video performance BAND IAMNEETA ni... btw artis jemputan kt dinner kami tu IAMNEETA... soo enjoy it


Okayyy.... aku rasa itu je kot? Dah banyak sangat kot?
Sum up, sebenarnya kitorang happy jugak time dinner.... walaupun agak hambar pada mulanya. Dengan adanya CLASSMATES YANG AWESOME dinner yang hambar jadi besttt....
Time for me to go.... bye.... Assalamualaikum dan jumpa lagi..............

Majlis Anugerah Dekan

Assalamualaikum..... hai! Salam sejahtera dan SALAM SATU MALAYSIA! ( dah kenapa tiba-tiba jadi macam Dato' Seri Najib ni? hahahah) Sihat tak semua pembaca blog Cik Naz ni?  Harapnya sihatlah ye? Aku pun kadang-kadang tak sihat jugak. Biasalah sekarang cuaca tak menentu. Kekadang panas, kekadang hujan. Panas dia tu lain macam, kan?
Cakap pasal panas ni aku ada satu cerita nak cerita kat korang semua ni. Sorry, lari tajuk sekejap. Tak apa, kan? Kalau korang tak bagi pun aku tetap nak cerita jugak. Aku rasa minggu lepas kot tapi tak pastilah berapa tarikhnya and hari apa.
Tiba-tiba aku bangun pagi nak pergi kelas ni, TAK ADA ELEKTRIK weiiiiiiiii bilik aku!!! Pehhhhh!!! PANAS NAK MAMPUS weiiiiii!!!! Ya Allah! Memang aku hmmm.... (Paham-paham lah ye) Lepastu aku pun mandi and bersiap nak ke kelas. Aku fikir bilik aku je yang tak ada elektrik rupanya bilik lain pun sama. Satu aras dengan aku. Adalah bilik classmate aku yang lain. Hmmm... tak apalah. Reda. Nak buat macam mana, kan? Kalau aku pandai betulkan bolehlah aku betulkan. Ini sepatah haram pasal elektik pun aku tak tahu. Even TRANSISTOR and KAPASITOR tu pun aku tak tahu macam mana rupanya. Padahal time Form 3 or Form 2 dulu dah belajar.
Okey sambung balikkk... Balik kelas tu pun aku buat aduan sebab aku tak tahan. Aku ni memang selalu buat aduan. Orang lain hmmm haram nak buat aduan. Tak prihatin langsung. Aku tak tahan panasnya sebab aku takut malamnya aku nak tidur GUANO? ( dah KELATE PULOK aku ni haishh) takkan nak tidur sambil bukak pintu, tingkap semua. Hishhh.... seram aku! Tak pepasal free2 je OMI datang RATAH aku... hishhh!!!! TAK NAKKKK!!!!!
Alhamdulillah... maghrib tu ada PEKERJA GFM tu datang and betulkan. Rupa-rupanya salah satu lampu kat bilik aku tu rosak... so kiranya bilik aku lah yang puncanya.. tak pelah... asalkan kipas boleh hidup. And sampai sekarang aku dengan roomate aku tak berani nak bukakk lampu yang select tu even dah dibetulkan sebab takut perkara yang sama berulang kembali.

Okay, back to my tittle above. Agak lamalah juak aku tak post something kat blog ni sebab aku kan student sooo memang busy lah. Mana nak kejar testnya, quiznya, kelasnya and assingments yang menggunung-gunung banyaknya. So, hari ni baru ada kesmpatan.
Aku tulis blog pun sebab ada lahh CLASSMATES aku ni bising. Suruh aku dokkk update blog. Tanya bagai haishhh....
"Lela, bila nak update blog?" "Lela, dah update blog ke belum?" "Lela, nanti masukkan nama aku tau."
Beria betullah budak-budak ni suruh aku update blog. Gila popular betul diorang ni haishhh.... hahahah.... bangga lah MUKA and NAMA korang terpampang kat blog aku, kat google semua tu? Hah? Bangga? hahahha Gurau jeee....
Okay, back to our story. Sorry laa, aku banyak membebel and melalut hari ni. Maklumlah dah lama tak melalut hahahha
Majlis Anugerah Dekan (MAD) ni berlangsung pada hari Khamis, 26 Februari 2015. Pukul 11 pagi sampai pukul 1 tengah hari. Dia ada beberapa sesi tapi kitorang budak-budak DAIS, AC120 dari FAKULTI PERAKAUNAN ni dapat sesi yang kedua.
MAD ni buat kat AUDITORIUM FASA 1. Pehhh!!! Jauh aku menapakkk. Sudahlah panas. Tak bawak payung pulak tu. Daripada bilik dah bermake-up sampai je Audi( macam kereta Audi lah pulak tapi bukan kereta Audi tau hahaha)  tu dah cair make up sebab panas hahaha ( tapi aku tak pakai make up ye! Aku natural! Hakhakhak)
Aku sampai Audi tu dengan berpeluh-peluhnya satu badan dengan sakit kepala sebab panas dengan peningnya sebab tak sarapan lagi, duduklah dalam aircond tu. Duduk diam-diam ( tak diam sebenarnya gelak-gelak dengan classmate yang lain) sambil berkira-kira tak nak datang kelas ELC pukul 2 petang nanti. HaH! Nampak tak jahatnya! Walaupun dah dapat dekan still jahat lagi. Well biasalah KAMI bukannya MALAIKAT hahahha
Malas aku nak bebel lagi korang tengok lah gambar yang sempat DIKUTIP ( dikutip! Hahahhah tak boleh blahhh) masa majlis tu hmmm...


Meh sini biar aku kenalkan sorang-sorang. Dari kanan yang berdiri: Alia, Tina, Amalina, Aina.
Dari kiri yang berdiri: Qila, Fatin, Effa. Dua kt belakang tu yang pakai tudung merah (dari kanan): Shasha dan Intan ( budak kelas lain). Yang duduk pulak: Dari kiri: Azizah, AZIM, ASHRAF and aku
Acah-acah candid semua ni. Poyo... padahal tak tahu nak buat gaya apa


 Inilah muka-muka budak-budak dekan kelas aku sem lepas, AC1202B. Hope sem depan dekan lagi. Amin





Dari depanng: Effa, Tina Aku (Terselit), Azim (pakai spek), Ashraf (suka selit waktu gadis-gadis nak selfie)



Dari kiri: Ashraf, Effa, Aku, Alia, Azim
Depan: Fatin





With GEGIRLS YANG AWESOME and YANG JELITA

muka bahagia dapat nasi free heheh


Lilitan shawl hasil daripada tgok tutorial dekat youtube

Ini HADIAH untuk PEMBACA, PEMINAT SETIA serta PENYOKONG NOVEL, CERPEN and BLOG AKU, ceriitumerah.blogspot.com. Ini juga HADIAH untuk PARENTS aku, BONIRA BINTI MESUMAN and PAIDI BIN MUSTANGIN


Okay, aku rasa cukuplah setakat ini sahaja. Doakan kejayaan kami semua and yang lainnya. Terima kasih kerana sentiasa menyokong and membaca tanpa jemu blog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih juga kerana sudi singgah dan baca blog seorang yang baru merangkak dalam bidang penulisan ni. Jangan lupa terus sokong aku dari belakang. Doakan aku dapat siapkan NOVEL CINTAKU HANYA UNTUKMU and seterusnya dapat diterbitkan suatu hari nanti.
TERIMA KASIH SEMUANYA. Aku SAYANG korang sangat-sangat.
Assalamuaikum......