Saturday 7 February 2015

Penulisan2u

Hai!!!! Assalamualaikum!!! Jumpa lagi tak sampai berapa minit laa hahahah. Aku sebenarnya dah penat ni tapi still nak tulis something jugak dekat blog kesayangan aku ni. Bila korang nampak tajuk ni mesti korang tertanya-tanya, kan? Apa lahh Cik Naz ( cewahhhh) nak bebel ni. Haish sebenarnya aku nak cakap pasal cerpen dan novel aku yang keluar dekat penulisan2u.
Since tahun lepas lagi novel aku bab 1-6 dah keluar tapi cerpen yang aku hantar dah nak dekat setahun baru keluar bulan Januari hari tu. Lama, kan? Tak tahulah kenapa lama sangat.

Sempat lah aku screenshot cerpen aku daripada penulisan2u tu. Tapi bukan pasal cerpen aku nak cakap tapi pasala benda lain. Nampak tak komen kat situ. Haa... pasal komen tulah yang aku nak cerita sekarang ni.






Nampak tak semua komen-komen nya tu? Haa... apa korang akan rasa bila dapat komen yang negatif macam ni? Aku tanya ni hmmm
Mesti korang akan rasa down kan? Tak pun macam ada rasa marah sikit. Samalah macam aku. Aku rasa macam down pun ada, nak marah pun ada tapi..... nak buat macam mana kenelah terima segala kritikan.
Memang aku akui cerpen ni bosan sebab aku buat untuk orang-orang tertentu sahaja dan orang-orang tu sahaja yang akan faham makna cerpen tersebut. Orang lain yang baca memang akan kata BOSAN dan SYOK SENDIRI. Memang silap aku sebab hantar cerpen ni kat penulisan2u untuk disiarkan. Aku hmmm.... minta maaf kat semua pembaca sebab terpaksa baca cerpen aku yang serba BOSAN dan SYOK SENDIRI ni. Aku nak ucapkan terima kasih jugak kepada para KOMENTAR yang sudi KOMEN walaupun banyak komen yang negatif. Thank you. Aku akan jadikan benda ni pengajaran. AND aku nak pesan kepada PARA KOMENTAR, try TULIS cerpen dulu, baru anda tahu betapa susahnya nak menjadi seorang PENULIS. Dan pada masa yang sama anda akan tahu macam mana perasaan kalau dapat KOMEN yang negatif. Aku bukan nak salahkan KOMENTAR cuma aku nak cakap, apa perasaan anda kalau anda berada di tempat macam ni?
Fikir-fikirkanlah wahai pembaca-pembaca sekalian.
Pembaca memang ada hak nak bersuara tapi tahulah yang penulis juga susah nak puaskan hati pembaca. Susah nak puaskan hati pembaca. Tapi aku takkan putus asa. Aku akan pastikan yang Novel Cintaku Hanya Untukmu akan terbit jugak....
Cuma aku perlukan sokongan daripada korang semua....






Ini adalah novel dan cerpen aku yang keluar kat penulisan2u. Kalau ada masa rajin-rajinlah jenguk dan komen.
AKU PERLUKAN KOMEN YANG MEMBINA BUKAN MENJATUHKAN
bye, assalamualaikum

Video Induction Episod Pertama

Assalamualaikum seperti yang telah dijanjikan aku akan letakkan video sketsa aku dan classmates aku silakanlah tengok. Tengok ikut urutan ye yang aku dah susun

Cerita 1





hahahahahXD lawak sangat bila tengok balik lakonan kitorang tu. Kayu habis nak mati... Akulah pengarah cerita satu ni.
Next, cerita  yang kedua....enjoy it







 ha korang mesti tergelak-gelak kan tengok video sketsa kitorang. Hambar pun ada gak tapi sikit je. Ape-apepun aku happy sangat sebab dapat luangkan lebih masa dengan classmates yang lain. Byeee..... tggu post yg lain pulak ye.

p/s: sorry ye kepada korang yang tak boleh tengok video ni ada masalah sikit. Mintaa maaf 

Awesome Induction Episod Kedua

Hai Assalamualaikum semua pembaca dan peminat ( peminat?! Ade ke peminat kau?! Jangan nak perasanlah) Nazsuha Faizila!!!!! Dah lama aku tak merajinkan diri menaip, kan? Maklumlah aku ni as a DAIS Student ni busy. Tests and quizes menggunung-gunung so aku kenelah dahulukan perkara-perkara tu dulu. Kalau korang jadi aku pun mestilah korang dahulukan study dulu.
 Okay, back to our tittle up there ( cehhh, speaking pulak dia padahal grammar banyak yg berterabur. HahahaXD) aku nak cerita pasal inducton aku. Ye aku tahu mende ni dah lama. Since 2014 lagi tapi aku nak cerita jugak. Sorryla ketinggalan sikit sebab aku kan busy. Tulis novel, cerpen study lagi hmmm... mane sempat. ( Nasib tak kawen lagi, kalau tak tengok laptop pun dah tak sempat) 
Okey, haritu aku ada cerita pasal induction yang episod pertama kan? Yang ini episod yang kedua. Rajin, kan senior kitorang buat semua benda ni? Biasalah senior-senior PERDAIS UiTM Tapah ini sayangkan kami junior-junior part 2 ( HahahahXD perasan betul kau ni haish) Tak adalah. Actually kitorang kan transit dari UiTM Seri Iskandar waktu part 1. Part 2 kitorang baru datang UiTM Tapah Terchenta ni so, diorang nak kenal-kenal dengan kitorang. Maka, jadilah induction dua kali. Induction yang first tu indoor yang second ni pulak outdoor.
Sorilah banyak sangatlah aku bebel hari ni. Maklumlah dah lama dah tak bebel kat sini. Dah lama dah tak buat korang annoying hahahhaXD.
Back to our point. Tak tahulah macam mana nak cerita sebenarnya..... sebab aku tak ingat sangatlah tarikh berlaku induction ni. *Garu kepala sambil sengih-sengih* tapi tak apa aku akan cerita jugak.
Ha waktu tu hari rabu malam kot induction ni. Hujan pulak tu. Aku dengan gegirls yang lain semuanya berjalan dari Blok Beta ( hostel kitorang) ke Blok Alpha sebab inductionnya held kat area-area situ. Tengah berjalan tu adalah mende bodoh yang kitorang buat. Macam budak-budak sumpah! Aku tak tipu. Kitorang gegirls yang satu kelas ni semua gila-gila. Ada je benda yang kitorang buat. Benda bodoh pulak tu lepastu gelak bagai nak mati.
Ah lantaklah bukan ada calon suami pun kat sini" Ayat tulah yang selalu aku guna kalau buat benda bodoh a.k.a tak senonoh dilakukan oleh gegirls.
Okey, sampai je kat court badminton tu basah. Sudahlah lantai court tu kaler hijau memang sedaplah seluar, kasut tu warna hijau. Aish! sabar jelah aku! Nak maki macam tak elok je....sabar jelah yang mampu.
Sampai aku cakap, "Kalau ******* aku basah nanti aku pinjam ***** class rep. Pedulik apa aku?! Naff kene tanggungjawab." HahahahXD bengong kan aku?! Tak adelah sampai macam tu sekali. Gila! Aku nak buat macam tu?! Tak pepasal kecoh satu Malaysia. Eh, salah! Kecoh satu UiTM Tapah ni.
Lepastu, lama jugak kitorang tunggu arahan daripada senior-senior ni nak mulakan game. ( Alahh.... biasalah janji Melayu. Kata pukul 8.30 start tapi pukul 9.30 baru start.) Sebelum main tu kitorang kene buat ice-breaking. Aku dapat satu grup dengan classmate yang best. ( Fuhh! Nasib baik sebab kalau aku main game ni mesti slek) Aku tak ingatlah berapa banyak game yang kitorang main tapi yang pasti banyaklah. Game dahlah merepek tapi nasib best kalau hambar memang aku suruh senior tu main sensorang lepastu kitorang balik ( HahahahahXD padan muka) *Muka jahat sambil bercekak pinggang*
Salah satu game yang aku main aku tak ingatlah namanya tapi cara mainnya aku ingat. Main dia macam ni, minum air tapi janga telan sambil nyannyi. Lepastu ahli grup yang lain kene teka lagu apa yang kita tengah nyanyi. Ya Allah! Sumpah aku rasa macam sakai weiii! Tak terbayang macam mana rupa aku macam tu. Nasib tak ada gambar. Burokkkk nak mam....
Kat sini sempatlah aku selitkan gambar sikit buat tatapan kome-kome ( Perok dahhh haish!)  harap-harap silalah sudi tengo ye








Time ni semua muka berseri lagi. Belum main lagi benda-benda yang kotor.
Nanti tengoklah betapa burokknya muka masing-masing hahahahha


 Seee, kan dah main tepung tu! Hahahah masing-masing muka putih tapi yg gegirls dah bersihkan muka budak lelaki lahh yang over main tepung ni.

Bersedia nak tengok yang lebih dahsyat lagi?! Preparee!!!!





Kan aku dah cakap dahsyat kan? Diorang ni memang... suka sangat main tepung. Ape-apepun dorang berdua ni memang terbaiklahhh! BROTHERHOOD! Wa salute sama lu, Bro Kelate. Anak Jate hahahah. 
Sebenarnya diorang berdua ni main game. Ape entah gamenya. Game datin-datin make up gitulah hahah. Ade videonya. Nanti aku bagi korang tengokkk....

So, harap korang enjoylah ye baca blog aku ni. Okey dah sampai masa untuk aku blah... bye Assalamuaikum. Sampai jumpa lagi....Muahhhh