Sunday 13 September 2015

Awesome SPAIS 3



 Hai Assalamualaikum readers yang yang Miss Nazz paling sayang. Sihat tak??!! Maklumlah sekarang ni kan dah musim jerebu. Jerebu teruk pulak tu. Even aku yang kat Tapah ni pun suffer jugak jerebu teruk ni. Harapnya pembaca-pembaca blog Miss Nazz sihat semuanya. Okey, nampak tak gambar kat atas tu? Haaa... nampak kan?! Tu semua gambar kawan-kawan Cik Nazz yang cun-cun dan kacak belaka.
Mesti semua tertanya-tanya kenapa aku letak gambar dulu. Selalu atas-atas mesti Cikk Nazz membebel sampai 20 perenggan (Over ekkk) baru ada gambar itu pun dua tiga ketul je. Hahahhahah kali ni Cikk Nazz nak buat yang rare sikit. Bagi teaser gambar dua tiga keping dulu baru membebel. Alaaa... PEOPLE CHANGE (Harap terasa)
Okey, first thing aku nak minta maaf sebab lately ni sangat kurang update. Mintaa maaf sangat-sangat sebab sekarang ni aku tengah busy. Tak ada masa nak update. Sebenarnya ade je masa tapi masa tu semua aku gunakan untuk join event kat uni. Masuk uni kalau tak join mana-mana event kau takkan rasalah yang study kat uni. Anyway, Novel Cintaku Hanya Untukmu pun tak siap lagi edit sebab itulah kekangan masa.

Okey, back to our entry above. Aku sebenarnya nak cerita pasal event yang join ni sebenarnya. Event ni under PERDAIS. PERDAIS ni stand for Persatuan Diploma Accountant Information System. Under aku punye program ni la. Kira macam family day lah kan. Semua students kene attend event ni dari Part 1 sampai Part 5. Ade banyak game sebenarnya tapi aku tak ingat sangatlah nama dia apa. Antaranya The Mummy Return, Supermodel, Selfie Melfie and Fear Factor. Best laaa game dia ni. Enjoy laaa jugak. Release streess ape semua. Semua memang sporting habis la dari Part 1 sampai Part 5.
Aku masuk game Supermodel. Mula-mula aku tak nak masuk game ni sebab aku ingat kene jadi macam model tu kan. Jalan atas runaway.. Malu lah aku tapi takkk. Kena jadi make up dan fesyen designer model. Best giler yang game ni. Model nya lelaki. Classmate aku. FAQIS. Dia memang model yang berbakat laaa aku cakap. Tengok gambar dengan video dia sat lagi. Hahahha.
Game Supermodel laaa satu-satunya game yang Kelas kami menang. Game lain semua kalah. Hahahhaha kesian.
Opps lupa pulakkk! SPAIS ni berlangsung sebelum merdeka haritu. Tak ingat berapa haribulan. 23 Ogos 2015 kalau tak silap. Hari Ahad malam. SPAIS tu tak ingat stand for what. So, nak spam gambar ni.... Tataplah ya puas-puas.



Kami dengan hamper

    Lepas ni gambar di sebalik tabir game Supermodel pulak









hahahha teruk giler kan muka dia. Habis dia satu badan kami kerjakan. Dia yang rela jadi model. hahahha catwalk la kau kat situ. Jap selongkar video dia.

Okayy What's next ?? Ni haa ceq nak habaq mai. Sebnaqnya si Paqis ni hahah dia memang suka bab-bab macam ni sebab tu laaa dia rela jadi model walaupun teruk kami kerjakan dia... Sori laaa video tu bising sangta sebab semua orang teruja tengok Paqis catwalk. Especially, pompuan. Biasalah pompuan bile nampak laki tulen mcm pompuan dia punye jerit mengalahkan Mrs Pon hahahha.

okey yang ni video classmate aku jadi The Mummy. Nasib baik dia kecikk. So, diorang balut je laaa Effa tu. Hahahhaha.. tapi malangnya kitorang kalah sebab mcm kalut kot. hahahha. Tak pe la janji kitorang semua enjoy.









Hasil kemenangan Paqis dikongsi bersama dengan semua
Lepas kitorang penat main game, ada jamuan sikit. Alaaa jamuan raya gitu sebab kitorang tak de jamuan raya. Gantilah dengan event ini. Lepastu, Afif nyanyi sikit lagu Potret atas permintaan ramai.
Overall, event ni memang sangat-sangat best sebab sempoi gile. Kite happy je tak perlu formal. Harap dapat buat lain kali event mcm ni. Seriously, memang harap sangat event macam ni daripada Dinner yang agak boring. Lagipun pengarah projek untuk event ini, Afif batch kami.
Okey, keyboard off now. Bye..... Assalamuaikum

Saturday 1 August 2015

Novel: Cintaku Hanya Untukmu bab 36



BAB 36


PAGI mula menerjah hari yang sangat istimewa. Burung-burung pula riang berkicau bagai meraikan mempelai yang bakal disatukan tidak lama lagi. Cuaca pula cerah dan elok sahaja.
        Suasana di dalam rumah banglo tersebut riuh-rendah. Paling sibuk ialah Datin Noora dan Dato’ Johan. Dulang-dulang hantaran yang dihias indah mengikut tema sudah terletak cantik di ruang tamu hadapan. Semua gadis yang menjadi pengangkat dulang hantaran telah bersiap sedia dengan berpakaian baju kurung Pahang berwarna biru
tiffany.
        Beberapa buah khemah juga menghiasi perkarangan rumah banglo milik keluarga Dato’ Johan. Upacara akad nikah bakal berlangsung tidak lama lagi.
        Di dalam bilik pengantin pula Fairuz sedang menahan debar sambil disolek oleh jurusolek yang ditempah khas. Baju kurung moden berwarna putih bersih menghiasi tubuhnya yang langsing itu. Dia duduk diam sahaja di hadapan meja soleknya.
        Wajahnya yang sedang ditatarias itu tidak nampak serinya. Wajahnya yang sudah sedia cantik dan jelita itu pucat bagaikan tiada darah. Jantungnya berdebar menunggu saat yang dia tidak inginkan.
        Hatinya tidak tenteram. Riak wajahnya jelas mempamerkan perasaannya yang sedang berkecamuk itu. Bibirnya diketap atas dan bawah. Dia biarkan sahaja wajahnya ditatarias. Kamar tidurnya yang dihias cantik dengan warna biru dan hijau
tiffany juga tidak dapat mengubah fikirannya.
        Sepatutnya senyuman manis terukir di sekitar bibirnya pada hari ini. Sepatutnya wajahnya yang cantik dan jelita itu berseri. Namun, semuanya tidak berlaku pada dirinya. Tiada senyuman manis pada bibirnya bahkan bibirnya bagaikan telah mati dengan senyuman.
        Bibirnya juga bagai telah lupa bagaimana untuk mengukir senyuman. Seri pengantin di wajahnya tidak kelihatan langsung. Yang kelihatan hanyalah wajah gusar dan kelam.
        Kotak memorinya terus memproses satu peristiwa indah yang berlaku kira-kira tiga tahun dahulu. Sewaktu majlis pertunangannya dengan Hilmi berlangsung.
        “Rombongan lelaki dah sampai!” jerit seseorang dari bawah.
        Fairuz yang mendengar semakin laju kencangan jantungnya. “Nia, macam mana ni? Hilmi dah sampai.” Kerutan di dahinya makin kelihatan. Wajah risaunya terpampang jelas.
        Rania yang duduk di birai katil bersebelahan dengan Fairuz cuba meraih jari-jemari perempuan rakannya itu. “Yuz, relaks. Relaks, okey. Ini baru tunang belum menikah lagi.” Rania cuba menenangkan rakannya yang nampak sangat berdebar-debar itu.
        Fairuz memegang dadanya yang sedang hebat bergoncang. “Okey, Nia.” Nafasnya ditarik dan kemudian dihembus kembali. Perbuatan tersebut diulang beberapa kali sehingga perasaan debar yang bersarang di dada beransur-ansur hilang.
        “Sekarang, aku dah okey.” Dia memandang wajah Rania dengan secalit senyuman di hujung bibirnya.
        “Ha, macam itulah. Relaks. Tak ada apa-apa pun yang akan berlaku. Semuanya akan okey.” Rania membawa tubuh langsing Fairuz ke dalam pelukannya. Ketawa kecil terdengar di antara mereka berdua.
        Kedengaran daun pintu kamar tidur Fairuz dikuak menyebabkan pelukan kedua-dua mereka terlerai. Tersembul wajah ceria Syafiella. “Kakak.” Dia tersenyum sambil melangkah mendapatkan kakaknya.
        “Kak,
what’s in your mind? Nervous?” tanya Syafiella dengan nada mengusik. Punggungnya pantas dilabuhkan di sebelah kiri kakaknya.
        Fairuz hanya mendiamkan dirinya sahaja.
        “Kakak kau ni Fiella
nervous sangat. Macam orang nak akad nikah. Padahal baru bertunang.” Rania menyampuk sambil ada nada berseloroh di hujung katanya. Gelak tawa mula menghiasi segenap ruang kamar tidur tersebut. Syafiella turut ikut menghamburkan tawanya.
        “Mana ada. Pandai je Nia buat cerita.” Pantas Fairuz memangkah kata-kata Rania sambil ketawa di hujung katanya.
        Ketukan pintu dari luar bertalu-talu menyebabkan tawa mereka terhenti serta-merta. Tombol pintu dipulas lantas daun pintu dikuak. Tersembul susuk tubuh Datin Noora yang elegan berturbin serta memakai abaya berwarna biru laut.
        “Yuz, turun. Dah nak sarung cincin tunang.” Datin Noora mula mengajak Fairuz.
        Fairuz memandang wajah Rania dan Syafiella silih berganti sebelum dia bingkas bangun. Dia yang anggun memakai
dress labuh berwarna ungu violet mula keluar dari kamar tidurnya. Perlahan-lahan dia menarik nafas dan menghembuskannya.
        Datin Noora memegang lengan Fairuz manakala Rania dan Syafiella hanya mengekori mereka dua beranak dari belakang.
        Wajah Fairuz yang hanya mengenakan solekan nipis itu sedaya-upaya cuba untuk membuang perasaan gementarnya. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga. Semua mata memerhatikannya tidak berkelip. Yang paling ketara sekali ialah sepasang mata yang amat dicintai oleh Fairuz.
        Walaupun majlis berlangsung hanya dihadiri oleh sanak saudara dan sahabat handai yang terdekat sahaja namun, tetap juga meriah. Selesai sesi menyarungkan cincin tibalah pula sesi fotografi. Hilmi yang segak memakai kemeja berwarna sedondon duduk bersebelahan dengan Fairuz. Bagai merpati dua sejoli mereka berdua itu. Bagai pinang dibelah dua juga.
       
You look so gorgeous today, Yuz.” Hilmi membisikkan pujian melambung kepada Fairuz. Dia merenung Fairuz tidak jemu-jemu.
        Fairuz yang menerima pujian itu hanya tersenyum malu. “
You too.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Fairuz kala ini.
        Namun, semuanya hanya tinggal kenangan. Ikatan pertunangan itu hanya kekal selama dua bulan sahaja.
        Hilmi yang selama ini manis memberikan kata-kata dalam diam menduakannya. Hilmi yang selama ini berjanji untuk kekal setia di sampingnya dalam diam mencintai gadis lain. Semuanya menjadi kenangan paling pahit yang terpaksa ditelan oleh Fairuz.
        “Yuz, aku minta maaf. Aku lambat.” Kedengaran suara Rania yang termengah-mengah dan tersembul di muka pintu. Suara Rania itu menyedarkan Fairuz ke alam nyata.
        Rania yang cantik berbaju kurung bersama
shawl yang terletak sahaja di kepalanya mula mendekati Fairuz yang sedang ditatarias. “Yuz, aku minta maaf. Aku kena hantar sepupu aku ke hospital tadi. Tiba-tiba aje dia astma. Aku minta maaf, okey?” Rania mula melulut di tepi Fairuz. Jari-jemarinya mula meraih jari-jemari Fairuz.
        Fairuz bagaikan patung cendana. Diam tidak berkutik. Pandangan matanya tepat memandang ke arah cermin yang berada di hadapannya. Tidak berkelip langsung.
        Rania yang pelik dengan sikap rakannya itu mula berdiri. Dahinya dikerutkan. Jurusolek yang bernama Hazreena itu dikerling sekilas. Hazreena pantas menggeleng dan mengangkat bahunya. Dua orang gadis yang sedang menjadi pembantu jurusolek juga kelihatan menggelengkan kepala sahaja.
        Rania bergerak ke tepi Fairuz. Hazreena pantas memberhentikan segala aktiviti menatarias bakal pengantin. Bahu Fairuz digoncang perlahan.
        “Yuz, kau okey tak? Yuz.” Kerutan di dahi Rania makin jelas kelihatan.
        Tiba-tiba sahaja wajah Fairuz menoleh ke arah Rania. Air mata yang bergenang di sekitar tubir matanya perlahan-lahan menuruni lekuk pipinya yang kemerah-merahan akibat solekan tadi.
        Tubuh Rania terus sahaja didakap. “Nia, aku tak boleh buat.” Dalam sedu-sedan Fairuz mula merintih.
        Dahi Rania makin terserlah kerutannya. Dia lantas mengusap-usap belakang badan Fairuz untuk menenangkannya sambil membawanya ke bilik air. Pintu bilik air dikunci rapat oleh Rania. Lantas tubuh Fairuz yang hampir longlai itu dipegang.
        “Yuz, kau kena percaya dengan diri kau. Kau boleh buat. Kau boleh hadapinya.” Rania mula memberikan semangat kepada Fairuz.
        Air mata Fairuz laju menuruni pipinya yang gebu itu. Solekannya turut rosak. “Aku tak sanggup nak lakukan. Aku… aku… asyik teringatkan dia. Aku tak boleh lakukannya, Nia.” Bahunya terhinjut-hinjut kerana tangisannya semakin lebat.
        Rania meraih dagu Fairuz untuk merenungnya. “Yuz, kau kena lakukan juga. Pernikahan ini atas kehendak
parents kau. Kau kena hadapinya, Yuz. Aku sentiasa ada di samping kau.” Rania mula membawa tubuh Fairuz yang lemah dan longlai itu ke dalam pelukannya.
        Semakin hebat tangisan Fairuz. “Nia, terima kasih,” ucap Fairuz dalam nada sedu-sedan yang tertahan.
        Senyuman lega terukir di bibir Rania. “Yuz.” Rania meleraikan pelukan mereka. “Aku yakin yang kau kuat.” Jari-jemari Fairuz digenggam untuk mendapatkan semangat.
        Fairuz mula menguntum senyuman. “Nia,
thanks a lot.” Fairuz membalas genggaman jari mereka. Air mata yang memenuhi pipinya pantas dibersihkan dengan tisu.
        Mereka melangkah keluar dari bilik air. Kelihatan Hazreena sudah bersedia dengan alat soleknya sambil tersenyum memandang Fairuz. Fairuz dan Rania membalas senyumannya.
        “Saya minta maaf sebab dah rosakkan
make up awak dengan air mata saya.” Fairuz melabuhkan punggungnya di meja soleknya.
        Hazreena hanya tersenyum sambil mengesat pipi Fairuz yang masih basah itu dengan kain lap. “
It’s okay. Saya faham debaran bakal pengantin. Tak apa, Cik Yuz. Saya tinggal touch up sikit je.” Hazreena memandang wajah Fairuz pada biasan cermin.
        Fairuz hanya tersenyum hambar. Wajahnya yang sengaja diceriakan itu tidak mampu menutup isi hatinya.

“DAH sedia?” tanya Datin Noora sebaik sahaja dia menguak daun pintu kamar pengantin.
        Fairuz yang sedang berdiri sambil melihat penampilannya buat kali terakhir segera memandang wajah mamanya. Senyuman cuba diukir di sekitar bibirnya. Nafas ditarik perlahan-lahan sebelum mengangguk kecil. “Mama, Yuz dah sedia.”
        Pantas Datin Noora tersenyum lega. Wajahnya jelas menunjukkan wajah ceria. “Okey, mama tunggu kat bawah. Semua dah siap nak ke masjid.” Pintu kamar ditutup dan susuk tubuh yang memakai jubah berwarna biru
tiffany bersama turbin di kepala perlahan-lahan menuruni anak tangga.
        Fairuz menarik nafas lega. Pandangan matanya dialihkan pada rakannya yang sedang bersiap-siap.
        Rania yang menyedari pandangan mata rakannya menyorot dirinya segera membalas pandangan tersebut. “Yuz, dah. Jom.” Lengan rakannya itu dipegang sambil senyuman cuba diberikan buat rakannya sebagai penenang jiwa.
        Fairuz yang sudah sedia anggun memakai busana baju kurung moden berwarna putih bersih bersama tudung berwarna senada mula melangkah keluar dari kamar tidurnya. Hatinya tidak setenang wajahnya. Hatinya tidak seceria senyumannya.
        Pintu kamar ditutup dan kelihatan beberapa orang gadis yang membawa dulang hantaran sudah menaiki limosin.
        “Yuz,” panggil Rania lembut.
        Fairuz tersedar daripada lamunannya. Pandangannya segera dialihkan kepada rakannya yang setia berada di sisi.
        “Jom, semua orang dah tunggu kau.” Lengan Fairuz segera ditarik menuruni anak tangga. Susuk tubuhnya yang langsing itu mengikut sahaja langkah kaki Rania. Hatinya kosong bagai tiada apa-apa yang penting akan berlaku dalam hidupnya.
        “Yuz.” Langkah kakinya terhenti sebaik sahaja gegendang telinganya mendengar seseorang memanggil namanya. Pandangannya bertaut kepada susuk tubuh tua yang sedang terkocoh-kocoh mendapatkannya.
        “Yuz, hati-hati ye.” Mak Saleha sempat berpesan kepada anak majikannya. Air mata mula kelihatan bergenang di sekitar tubir matanya yang tua itu.
        Mulut Fairuz bagaikan terkunci. Anggukan kecil sahaja yang mampu dilakukan oleh Fairuz.
        Rania yang setia berada di sisinya mula bersuara. “Mak Sal tak ikut sekali?” tanya Rania cuba memecahkan keheningan yang sedang membelenggu suasana.
        Mak Saleha pantas menggeleng. “Tak. Mak Sal sibuk di dapur.” Mak Saleha cuba mengukir senyuman di hujung bibirnya yang tua itu walaupun hatinya sedang bersarang seribu satu perasaan yang tidak diketahui. Hati tuanya amat memahami perasaan Fairuz.
        “Mak Sal ke dapur dulu,” pinta Mak Saleha lantas memboloskan dirinya ke bahagian dapur. Hati tuanya tidak tega melihat Fairuz yang sedang berperang dengan perasaan sendiri.
        Langkah kaki Fairuz disambung kembali menuju ke arah pintu utama. Kasut tumit tinggi yang berwarna senada dengan bajunya disarungkan ke kakinya. Kelihatan kereta Peugeot milik papanya sudah sedia menunggu dirinya bersama Rania untuk masuk ke dalam perutnya.
        “Kakak.” Suara yang menegurnya dari arah belakang menyebabkan langkahnya dan Rania mahu menuju ke kereta Peugeot terhenti. Serentak Fairuz dan Rania menoleh ke belakang.
        Syafiella sedang berlari-lari anak cuba untuk mendapatkan Fairuz. Tubuh langsing Fairuz terus sahaja didakap erat. Rania dan Fairuz berpandangan sesama sendiri.
        Kedengaran tangisan daripada Syafiella. “Kak, Fiella harap kakak tak buat keputusan yang salah.” Air mata bercucuran mengiringi kata-katanya.
        Fairuz mengerutkan dahinya. Rania juga begitu namun, pantas dia mendiamkan diri. Malas dia mahu menyampuk urusan mereka adik-beradik. “Apa yang Fiella cakap ni? Kakak tak faham.” Kepala Fairuz laju digelengkan.
        Syafiella meleraikan pelukan erat mereka. Air mata pantas dikesat. “Kak, Fiella harap perkahwinan kakak dengan Nazmi adalah satu keputusan yang betul. Fiella harap kakak tak akan kecewa lagi.” Senyuman cuba diukir di bibirnya. Wajahnya memandang wajah kakaknya.
        Fairuz mencerunkan pandangannya. Keluhan kecil juga kedengaran. Dia hanya mendiamkan diri. Tiada sebarang kata-kata keluar daripada mulutnya.
        Syafiella yang manis berbaju kurung berwarna biru
tiffany itu mula meraih jari-jemari perempuan kakaknya untuk digenggam. “Kak, Fiella tak sanggup nak tengok kakak kecewa lagi. Jadi, harapnya kali ini kakak tak buat keputusan yang salah. Masih belum terlambat untuk kakak ubah fikiran lagi.”
        Fairuz pantas meleraikan genggaman jari-jemarinya. Dia malas mahu mengatakan soal dia dan Nazmi. Keputusan yang dilakukan bukanlah untuknya tetapi untuk mama dan papanya. Wajahnya diangkat memandang wajah adiknya yang berbekas air mata itu.
        “Fiella, kakak pergi dulu. Fiella tak ikut ke?” tanya Fairuz cuba untuk menukar topik.
        Syafiella mengetap bibirnya atas dan bawah. Nampaknya rancangannya kali ini untuk meracuni fikiran kakaknya tidak menjadi. Otaknya ligat mahu memberi alasan yang kukuh kepada kakaknya.
        “Kak, Fiella tak boleh pergi. Fiella tengah uzur. Senggugut sangat-sangat.” Kedua-dua belah tangannya menekan perutnya. Dahinya berkerut-kerut menahan kesakitan.
        “Kalau macam itu tak apalah. Kakak pergi dulu.” Fairuz dan Rania menyambung langkahnya kembali.
        Kelihatan Fairuz dan Rania telah memboloskan diri mereka ke dalam perut kereta. Tidak sampai lima minit kereta Peugeot meluncur laju meninggalkan rumah banglo itu.
        Syafiella membersihkan air mata palsunya. Dia sengaja berlakon uzur bagi meyakinkan kakaknya. Dia tidak mahu melihat upacara pernikahan kakaknya dengan jejaka idamannya. Giginya diketap geram. Rancangannya kali ini tidak menjadi. Ternyata kakaknya tidak termakan dengan kata-katanya kali ini.
        “Tengoklah, aku akan rampas hak aku daripada kau walau dengan apa cara sekalipun.”

Novel: Cintaku Hanya Untukmu bab 35



BAB 35


FAIRUZ menekan pedal brek keretanya perlahan-lahan. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum enjin keretanya dimatikan. Malam itu dia sampai di rumah keluarganya. Entah apa yang bakal terjadi dia pun tidak tahu.
        Pintu bahagian pemandu kelihatan terkuak. Fairuz keluar daripada perut kereta sambil menghela nafas panjang. Langkahnya diatur menuju ke pintu utama banglo milik keluarganya.
        Di dada langit kelihatan bintang-bintang bertaburan. Seolah-olah menemani langkah Fairuz.
        Langkahnya terhenti apabila berada di hadapan pintu utama. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Ternyata dia telah mengumpul kekuatan untuk menghadapi kedua-dua orang tuanya. Perlahan-lahan tangannya mendekati pintu utama tersebut.
        Ketukan pintu dari luar ternyata mengejutkan Mak Saleha yang sedang membersihkan dapur. Datin Noora dan Dato’ Johan yang sedang menonton televisyen di ruang atas turut terdengar ketukan tersebut. Jari-jemari Syafiella yang sedang menari di atas papan kekunci l
aptopnya terus sahaja terhenti apabila gegendang telinganya menangkap ketukan pintu tersebut.
        Semua orang di dalam banglo tersebut bagai menunggu bunyi ketukan pintu tersbut. Sememangnya bunyi ketukan pintu itu ditunggu-tunggu olah semua ahli keluarga.
        Mak Saleha segera berlari-lari anak mendapatkan gerangan yang sedang mengetuk pintu itu. Datin Noora dan Dato’ Johan pula berpandangan sesama sendiri sebelum kedua-duanya menuruni anak tangga. Syafiella pula menempelkan dirinya di tepi pintu kamar tidurnya yang terkuak sedikit.
        Pintu utama dibuka dan kelihatan susuk tubuh wanita yang ditunggu-tunggu kepulangannya di luar rumah.
        Sambil tersenyum hambar Fairuz memandang wajah tua Mak Saleha. “Ya, Allah! Yuz!” katanya separuh menjerit kerana terkejut. Mak Saleha terus sahaja mendakap susuk tubuh langsing Fairuz.
        Dato’ Johan dan Datin Noora terus sahaja berlari mendapatkan Fairuz. “Yuz! Kamu dah balik, nak!” Terus sahaja tubuh Fairuz didakap oleh mama kesayangannya.
        “Yuz! Papa risaukan kamu!” Giliran Dato’ Johan pula mendakap tubuh Fairuz. Air mata Datin Noora yang bergenang di sekitar tubir matanya diseka.
        Mak Saleha mengesat air mata yang membasahi pipinya dengan hujung lengan bajunya.
        Fairuz segera meleraikan dakapan erat mamanya. “Mama, papa.” Pandangannya silih berganti antara Datin Noora dan Dato’ Johan.
        Fairuz menarik nafas dalam-dalam sebelum mengeluarkan kata-kata. “Yuz minta maaf sebab Yuz pergi macam tu aje tak beritahu pada mama dan papa. Yuz minta maaf juga sebab buat mama dengan papa risau. Yuz minta maaf.” Dia segera menyalami kedua-dua belah tangan orang tuanya.
        Datin Noora dan Dato’ Johan hanya menganggukkan kepala.
        “Tapi papa dengan mama jangan risau sebab Yuz akan teruskan juga perkahwinan Yuz dengan Nazmi nanti.” Fairuz cuba meyakinkan papa dan mamanya. Hakikatnya hatinya sendiri tidak rela.
        Dato’ Johan mengusap-usap kepala anak sulungnya itu.
        Syafiella hanya bersembunyi di sebalik tangga sahaja. Mendengar perbualan antara Fairuz dan kedua-dua orang tuanya. Giginya diketap geram. Hatinya hancur kerana kakaknya akan meneruskan juga perkahwinannya dengan Nazmi.

FAIRUZ melangkah ke dalam kamar tidurnya. Langkahnya longlai dan lemah. Tidak lama lagi dia bakal diijab kabulkan dengan seorang jejaka yang dia benci. Tidak lama lagi hidupnya bakal bertukar. Statusnya juga bakal bertukar.
        Kedengaran bunyi Blackberry Z30 menjerit meminta diangkat. Bunyi nyaring daripada Blackberry Z30 itu mengejutkannya daripada lamunan. Lantas telefon bimbitnya yang berada di birai katil dicapai. Nama pemanggil dilihat sekilas.
        ‘Budak Gila’. Ternyata Nazmi yang memanggilnya malam-malam begini. Dia merengus kasar sebelum perkataan
answer pada skrin Blackberry Z30 disentuhnya.
        “Helo. Assalamualaikum.” Kedengaran suara lembut Nazmi di hujung talian.
        Fairuz melabuhkan punggungnya di atas birai katil. “Waalaikumussalam. Awak nak apa
call saya malam-malam ni?” Matanya dijelingkan.
        Nazmi yang sedang bersandar di keretanya mula tersenyum. “Saya nak jumpa awak, boleh?” pinta Nazmi.
        Fairuz terus sahaja mendengus kasar. “Nak buat apa jumpa saya malam-malam ni? Awak nak cakap apa pada saya, Nazmi? Tak cukup-cukup ke awak jumpa saya petang tadi di
mall?” Dahinya mula berkerut.
        Nazmi mengeluh kecil. “Awak,
please… sekejap je. Tak lama pun.” Nazmi mula memujuk.
        “Awak ni memang tak faham ke apa yang saya cakap?! Saya tak nak jumpa awak! Faham!” Fairuz mula meninggikan suaranya.
        Nazmi tetap bersabar apabila gegendang telinganya menangkap suara Fairuz yang agak tinggi itu. “Awak, saya dah ada kat depan rumah awak ni. Sekejap je. Tolong turun. Saya nak jumpa awak.”
        Fairuz tersentak seketika. Dia bingkas bangun lalu menuju ke tingkap kaca. Langsir dikuak dan kelihatan Nazmi sedang bersandar pada kereta Mitsubishi Lancer. Langsir kembali ditutup. Bibirnya diketap atas dan bawah.
        “Okey, saya akan jumpa awak tapi sekejap je.” Fairuz memberikan kata putus.
        Nazmi pula tersenyum gembira. Talian terus sahaja dimatikan oleh Fairuz.
        “Yuz! Ada orang nak jumpa Yuz!” Kedengaran suara Mak Saleha memekik dari bawah.
        “Ya, Mak Sal! Yuz turun ni.” Fairuz mempercepatkan langkahnya menuruni anak tangga.
        Pintu utama dibuka dan kelihatan Nazmi sedang bersandar pada keretanya. Fairuz menghela nafas panjang. “Apa sajalah budak ni nak?” Dia mengerutkan dahinya.
        Langkahnya mula diatur menuju ke arah susuk tubuh jejaka comel itu. “Awak nak apa?” soal Fairuz dengan kasar sebaik sahaja dia berada di hadapan jejaka itu.
        Nazmi membetulkan sandaran tubuhnya pada kereta. “Saya nak tanya pada awak. Kenapa awak nak larikan diri?”
        “Saya tak larikan diri. Saya cuma nak tenangkan diri sahaja. Itu pun takkan awak nak tahu?” Laju sahaja Fairuz membela diri. Dia mula berpeluk tubuh.
        Nazmi mengeluh kecil. “Awak, tak perlulah awak nak buat sampai macam tu sekali. Papa dengan mama awak risaukan awak, tau.
Diorang sayang sangat pada awak.”
        “Kalau
diorang sayang sangat pada saya kenapa diorang paksa saya untuk kahwin dengan awak? Kenapa tak pernah faham perasaan saya?” Fairuz memandang tepat ke arah anak mata Nazmi.
        “Kahwin adalah perkara yang tak pernah terfikir dalam kepala otak saya.” Giginya diketap geram. Nafasnya turun naik.
        “Pilihan keluarga itu adalah yang terbaik untuk anak-anak.
Diorang lagi lebih makan garam daripada kita.” Nazmi sedaya upaya memujuk Fairuz.
        “Kalau
diorang lagi lebih makan garam daripada kita kenapa diorang sanggup nak jodohkan saya dengan awak?! Jodohkan saya dengan budak mentah macam awak?!” Jari telujuknya menunjuk tepat ke arah Nazmi. Matanya mencerlung memadang wajah Nazmi.
        “Budak mentah macam awak tak layak nak cakap soal jodoh pada saya.” Jelingan maut dihadiahkan khas buat Nazmi. Dia mula mengatur langkah meninggalkan Nazmi.
        Sambil berpeluk tubuh Nazmi memerhati langkah kaki Fairuz. “Tapi sekurang-kurangnya budak mentah macam saya ni tak buat perkara bodoh macam yang awak buat semalam. Larikan diri daripada masalah.” Kata-kata yang agak sinis itu terkeluar daripada mulut Nazmi.
        Langkah Fairuz terus sahaja terhenti apabila kata-kata daripada Nazmi itu menerjah gegendang telinganya. Marahnya pada sang jejaka itu bertambah. Pintu utama dibuka dan dia segera memboloskan dirinya ke dalam rumah.
        Nazmi pula masuk ke dalam kereta Mitsubishi Lancer. Enjin kereta dihidupkan. Wajahnya diraup sebelum pedal minyak ditekan. Tidak sampai lima minit enjin kereta Mitsubishi Lancer laju membelah kegelapan malam.