Thursday 24 July 2014

Novel: Cintaku Hanya Untukmu bab 12

BAB 12


FAIRUZ sedang mengemas barang-barangnya sebaik sahaja selesai mesyuarat dengan sebuah syarikat yang terkemuka di Singapura. Syarikat tersebut sedang mempertimbangkan projek baru yang bakal diambil alih oleh Maya Holding di kota singa tersebut. Ini adalah salah satu stratergi yang diatur bijak oleh Dato’ Johan untuk mengembangkan lagi sayap perniagaannya.
        Selesai berkemas Fairuz segera melangkah menuju ke biliknya. Kerja bertimbun sedang menunggunya di bilik. Dia perlu meyakinkan Dato’ Johan bahawa dia layak menjadi CEO di Maya Holding dalam usia yang muda.
        Dia enggan menjadikan Dato’ Johan selaku papanya sebagai alasan untuk dia dinaikkan pangkat sebagai CEO dengan membabi buta sahaja. Dia lebih rela berusaha sendiri dan membuktikan bahawa dirinya layak menjadi seorang CEO Maya Holding suatu hari nanti. Itulah diri sebenar Fairuz Farisha binti Dato’ Johan.
        Daun pintu biliknya dibuka perlahan-lahan kerana tangannya penuh dengan barang-barang pejabatnya. Sampai sahaja di mejanya telefon terus berdering menandakan Rania sedang menelefonnya. Segera dia mengangkat gagang tersebut.
        “Hello, Nia. Kenapa?” Segera Fairuz bertanya apabila menyedari suara Rania sedang berada di talian.
        “Tak ada apa, Yuz. Aku cuma nak ajak kau makan lunch dengan aku,” ajak Rania sedikit ceria.
        Fairuz segera mengerling sekilas pada jam di tangannya. Pukul 1:10 petang. Bermakna waktu rehat bagi perkerja di dalam bangunan Maya Holding.
        Fairuz tersentak tatkala melihat waktu pada jam tersebut. Dia begitu leka dengan kerjanya sehingga terlupa waktu rehat dan makan tengah harinya.
        Rania yang menyedari Fairuz mendiamkan diri mula memanggilnya. “Helo, Yuz! Kau dengar tak?” panggilnya separuh menjerit.
        Panggilan daripada Rania itu menyebabkan Fairuz tersedar daripada lamunannya. “Ya, Nia. Aku dengar apa yang kau cakap.”
       Fairuz mula melabuhkan penggungnya sembil mula mengukir sedikit senyuman ceria. “Aku ingatkan kau nak beritahu perkara penting, Nia. Rupa-rupanya kau cuma nak ajak aku lunch aje. Nak separuh gugur jantung aku. Gayanya macam penting sahaja.”
       Kedengaran Rania mula mengekek ketawa. “Eh, pentinglah untuk aku Yuz. Aku dah lapar ni. Jom.” Rania mula merengek.
        Fairuz mula ketawa kecil. “Kau ni macam budak kecil aje. Merengek bagai. Okay, lima minit lagi aku dah tercongok depan meja kau.” Fairuz kembali tersenyum lagi.
        “Kenapa lima minit? Tak lima saat? Aku dah lapar, Yuz,” desak Rania. Sekali lagi nampaknya dia merengek.
        “Kau gila ke lima saat? Aku ambil beg aku jalan dua langkah dah lima saat. Tak sempat nak sampai ke meja kau. Sabar, sabarlah Cik Nia, oi.” Fairuz mula meledak ketawa.
        “Okey, okey. Aku sabar. Dahlah, nanti lambat pulak. Bye.” Talian dimatikan oleh Rania.
        Fairuz hanya menggelangkan kepalanya sahaja tatkala gagang telefon diletakkan semula. Dia mula mengemaskan mejanya sedikit sebelum meningggalkan biliknya.
        Kedengaran Blackberry Z30 miliknya menjerit minta diangkat. ‘Mesti Nia. Ish, tak sabar betul kawan aku ni,’ anggap Fairuz.
        Dia segera menjawab panggilan tersebut.
        “Helo, awak!” Sapa suara tersebut tatkala Fairuz berada di talian.
        Ternyata tanggapan Fairuz salah sama sekali. Bukan Rania tetapi bakal suaminya, Nazmi Faiz. Dahi Fairuz mula berkerut sambil hatinya mula panas.
        Tanpa menjawab sapaan daripada Nazmi Fairuz terus bertanya kepada Nazmi dengan kasar.
        “Awak nak apa call saya ni?” Nada suaranya kedengaran keras sekali.
        Berlainan pula dengan nada suara Nazmi yang lembut dan lebih mesra.
        “Nak ajak bakal isteri saya lunch dengan bakal suaminya ini.” Selamba sahaja jawapan daripada Nazmi. Nazmi mula menguntum senyuman.
        Fairuz mula berpeluk tubuh sambil menjelingkan matanya. “Tak boleh. Saya ada lunch date dengan orang lain. Dengan Rania, kawan saya,” ucapnya dengan nada seperti acuh tak acuh.
        “Lunch date? Awak nak biarkan bakal suami awak ni makan lunch seorang diri, kesepian, kesunyiaan,” rayu Nazmi cuba meraih simpati daripada Fairuz. Nada suaranya seakan mengiakan rayuannya sebentar tadi.
        ‘Harap-harap menjadi kali ini,’ doa Nazmi dalam hati.
        Hati Fairuz sudah terbakar kala ini. Bencinya pada Nazmi makin bertambah. Fairuz berdecit sedikit sebelum menghamburkan kata-kata khas buat Nazmi.
        “Peduli apa saya awak nak kesunyiaan ke, keseorangan ke, kesepiaan ke. Ada saya kisah? Saya tak kisah pun sama sekali. Awak kan ada team bola sepak. Pergilah lunch dengan diorang. Yang awak nak ajak saya kenapa?”
        Kata-kata tersebut bagai sembilu menusuk tepat ke jantung Nazmi. Pedih terasa sekali apabila gegendang telinganya mendengar kata-kata yang kasar itu daripada Fairuz, bakal isterinya itu sendiri.
        Namun, Nazmi tidak semudah itu mengalah. Dia tetap mahu memberikan cintanya pada seorang perempuan bernama Fairuz Farisha. Dia juga tetap mahu memelik sekeping hati seorang perempuan yang sangat keras dan sangat susah untuk dimiliki. Nazmi sanggup menerima segala amarah daripada Fairuz khas buat dirinya.
        Sekejapan dia menutup mata dan membukanya kembali. Nafasnya ditarik dalam-dalam untuk meraih kekuatan diri.
        “Saja. Teringin nak lunch dengan my wife to-be.”
        Kata-katanya selamba sahaja membuatkan Fairuz makin menghangat. Matanya dijulingkan manakala bibirnya dicebikkan.
        ‘Wife to-be konon. Kau aje anggap aku macam tu. Aku? Jangan haraplah,’ gumamnya jauh dalam lubuk hatinya.
        “Tak nak. Saya dah ada lunch date dengan Rania, kesian dia. Saya dah janji dengan dia.”
        Dan kata-kata Fairuz pantas dibalas dengan rayuan daripada Nazmi.
        “Ala…bolehlah. Sekejap aje. Kita makan lepastu balik. Saya janji,” pujuk Nazmi.
        Namun, pujukannya itu tidak diendahkan sama sekali oleh Fairuz.
        “Saya tetap dengan keputusan saya tadi. NO!” tegas Fairuz sambil tangannya membimbit tas tangan miliknya dan mula melangkah keluar dari biliknya.
        “Bolehlah, please…” Kali ini suara Nazmi lebih mendayu-dayu.
        “NO!” Terus talian dimatikan oleh Fairuz. Dia segera menyimpan Blacberry Z30 di dalam tas tangan.
        Tatkala matanya tertumpu pada tas tangan kakinya terus menghayun melangkah meninggalkan biliknya manakala tangannya menolak daun pintu biliknya. Tiba-tiba tolakan pintu itu seakan tertahan.
        Wajahnya segera diangkat. Matanya terbuntang tatkala pandangannya sedang bertemu dengan pandangan bakal suaminya, Nazmi yang sedang menahan tolakan daun pintu daripada Fairuz.
        Sambil tersenyum mesra dia mula melangkah masuk ke dalam bilik Fairuz. Fairuz memberikan jelingan maut buat dirinya. Dia berpaling sambil melangkah menuju ke mejanya.
        “Yang awak sibuk datang office saya ni kenapa? Awak tak ada training football ke?” tanya Fairuz terselit sedikit keprihatinannya.
        Langkah Fairuz diikuti oleh Nazmi.
        “Tak. Hari ni kitorang rehat.” Senyumannya tetap tidak pudar juga walaupun hatinya berkecamuk dengan pelbagai perasaan yang melanda kini.
        ‘Sabar, Nazmi. Kau kena banyak bersabar dengan bakal isteri kau, ni,’ pujuk hatinya.
        Fairuz mula berpeluk tubuh sambil membuang pandang ke arah luar tingkap. Mungkin memandang pemandangan kota metropolitan lebih baik dan menenangkan daripada memandang wajah bakal suami sendiri.
        “Dah tu cari saya buat apa? Sampai datang office saya buat apa?” tanya Fairuz seakan marah akan sikap Nazmi itu. Dia mula bergerak menghampiri tingkap.
        Sekali lagi kata-kata daripada Fairuz itu menusuk ke dalam jantung dan hatinya.
        Namun, cepat-cepat sahaja Nazmi membuang perasaannya. Nazmi mula mendekati Fairuz yang nampaknya semakin sebal.
        “Rindu. Saya jumpalah awak. Dah lama saya tak jumpa dengan awak lagipun saya busy dengan training bola sepak saya.” Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Fairuz yang sedikit pun tidak mengalihkan pandangannya itu.
        “Saya datang sini sebabnya nak ajak awak lunch sama dengan saya. Yelah, tak pernah saya lunch dengan awak. Saya nak jugaklah makan sama dengan awak.”
        Suaranya semakin mendayu-dayu. Meminta agar Fairuz memenuhi permintaannya. Tubuh badannya semakin menghampiri tubuh badan Fairuz.
        Fairuz mengetap gigi menahan rasa geram yang amat sangat namun, pandangan matanya tetap juga tidak dialihkan.
        “Yuz, dah lama aku tung….”
        Suara daripada Rania itu membuatkan Fairuz dan Nazmi serentak memandang ke arah daun pintu bilik Fairuz yang terbuka luas.
        Rania tersengih sambil memandang ke arah Fairuz. “Sorry, Yuz.”
        Fairuz hanya mengangguk sambil tersenyum hambar.
        Rania pula menjuihkan bibirnya ke arah Nazmi yang sedang berpura-pura membuang pandang ke arah almari yang dipenuhi oleh fail di sudut bilik. Kelihatan kening Rania ternaik sedikit.
        Fairuz yang menyedari isyarat daripada Rania mula menjegilkan matanya.
        “Sorry, Yuz. Aku ganggu korang ke?”
        Rania mula melangkah ke arah Fairuz yang sedang mematungkan dirinya. Fairuz hanya menggeleng.
        Rania memandang Nazmi yang berbaju t-shirt kelabu tanpa kolar bersama seluar jeans kelabu. Cap berwarna biru setia tersarung di kepalanya manakala kaca mata hitam disisip di leher baju t-shirtnya dan sneakers tersarung di kakinya. Matanya kembali terarah kepada Fairuz yang mula melabuhkan punggungnya.
        “Kau ada luch date dengan dia ke?” tanya Rania.
        “Emm…”
        “Ya.” Belum pun sempat Fairuz menjawab pertanyaan daripada Rania, Nazmi terlebih dahulu menjawab pertanyaan tersebut.
        Nazmi mula melemparkan senyuman kepada Rania. Fairuz hanya menjeling tajam ke arah Nazmi sambil mengetap gigi.
        ‘Budak ni kecik, besar, kecik, besar aje aku tengok,’ gerutu hatinya.
        “Oh, kalau macam tu aku pergi dulu. Aku malas nak ganggu privacy BAKAL PENGANTIN ni.”
        Kedengaran perkataan BAKAL PENGANTIN itu sengaja ditekankan.
        Rania mula melangkah menuju ke muka pintu. Fairuz pula laju mengejar langkah Rania.
        “Eh, tak apa ke kau pergi makan sorang?”
        Kerutan di dahi Fairuz mula kelihatan. Sengaja dia menunjukkan kerisauan di hadapan rakannya itu. Badannya mula didekatkan pada tubuh badan Rania.
        Sambil berbisik dia berkata, “Nia, aku tak nak lunch dengan dia. Kau kena tolong aku. Please…” rayu Fairuz.
        Rania mula tersenyum sambil membalas bisikan Fairuz. “Aku tak nak ganggu kau.”
        Rania mula melangkah meninggalkan Fairuz yang sedang terpinga-pinga. Nazmi yang mencuri-curi dengar perbualan mereka mula tersenyum meleret.
        “Oh, Yuz. Enjoy your lunch.” Rania sempat mengenyitkan sebelah matanya sebelum berlalu pergi.
        Mata Fairuz mencerlung memandang ke arah Nazmi yang sedang menjongketkan sebelah keningnya.
        “Jangan fikir kali ni awak dah menang saya dah kalah.” Fairuz menuju ke mejanya dan mengambil tas tangannya.
        ‘Yes.’ Nazmi sudah mengukir senyuman. Langkah Fairuz laju menuju ke arah pintu.
        Nazmi mengekori langkah laju Fairuz sambil memakai kaca mata hitamnya. Sempat Fairuz menoleh ke belakang sambil tangannya menolak daun pintu.
        “Saya drive kereta saya sendiri.” Nada suaranya kedengaran tegas.
        Nazmi yang mendengar kata-kata daripada Fairuz mula menanggalkan kaca mata hitamnya. Kerutan di dahi jelas kelihatan sambil serta-merta senyumannya mati.
        Namun, belum pun sempat Nazmi mengeluarkan kata-kata Fairuz terlebih menyoalnya.
        “Atau awak nak saya tukar fikiran?” Dan langkahnya laju meninggalkan Nazmi yang sedang terpinga-pinga.            


Novel: Cintaku Hanya Untukmu bab 11

BAB 11


DATIN Noora perlahan-lahan menolak daun pintu bilik Fairuz. Kelihatan Fairuz sedang duduk bersandar pada kepala katil sambil membaca sebuah novel. Datin Noora segera menghadiahkan sebaris senyuman apabila Fairuz mengangkat wajahnya sebaik menyedari Datin Noora memasuki bilik tidurnya.
        “Boleh mama masuk?”
        Datin Noora mula meminta izin untuk masuk ke dalam bilik tidur anak sulungnya itu. Fairuz tersenyum hambar.
        “Mama dah masuk pun.” Datin Noora tergelak kecil lalu menutup daun pintu tetapi terkuak sedikit.
        Perlahan-lahan Datin Noora mengambil tempat duduk di atas katil sebelah Fairuz. Fairuz menutup novelnya dan meletakkan di atas meja kecil di tepinya.
        “Boleh mama tanya sesuatu pada Yuz?” Datin Noora mula merenung wajah Fairuz. Fairuz membalas renungan penuh makna mamanya.
        “Boleh.” Fairuz pantas mengangguk. Datin Noora menarik nafas dan kemudian menghembuskannya perlahan-lahan.
        “Betul ke Yuz terima perkahwinan yang dirancang ini seikhlas dan setulus hati Yuz?”
        Fairuz pantas mengalihkan pandangannya daripada terus-terusan memandang wajah mamanya. Air mata mula bertakung di sekitar tubir matanya.
        “Apa boleh buat kalau Yuz kata Yuz tak terima?”
        Fairuz pantas menyeka air mata yang sudah bertakung di sekitar tubir matanya. Datin Noora mula meraih jari-jemari anak sulungnya itu untuk digenggam.
        “Yuz, mama mengaku memang tak boleh buat apa-apa kalau Yuz kata tak terima. Papa memang berkeras nak Yuz kahwin dengan Nazmi Faiz.”
        Fairuz melepaskan sedikit keluhan sebelum mengeluarkan kata-kata.
        “Nak tak nak Yuz kena hadapi semua ni, ma. Yuz terpaksa juga kahwin dengan Nazmi walaupun tiada sebarang cinta dalam hati ini untuk dia.”
        “Tapi Yuz kena ikhlas dengan semua benda yang sudah terjadi. Yuz kena reda.”
        Datin Noora mula memujuk anak sulungnya itu. Fairuz memandang wajah mamanya.
        “Macam mana nak ikhlas kalau Yuz sendiri tak terima perkahwinan ni? Macam mana nak reda kalau Yuz sendiri tak rela? Yuz terpaksa terima perkahwinan ni demi papa dan mama. Yuz tak nak papa halau Yuz. Sebagai anak sulung Yuz terpaksa buat apa yang mama dan papa nak. Yuz tak nak dikatakan anak yang derhaka.”
        Datin Noora melepaskan sedikit keluhan.
        “Mama dengan papa hanya nak yang terbaik untuk Yuz.”
        Datin Noora seolah memujuk.
        “Tapi mama dengan papa sendiri tahu apa yang terbaik untuk Yuz? Papa dengan mama tahu yang perkahwinan ni akan membawa kebaikan pada Yuz? Mama tahu? Atau papa yang tahu?” tanya Fairuz dengan nada seakan tidak berpuas hati akan ‘perkahwinan dirancang’ ini.
        Datin Noora mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang hendak diperkatakan lagi.
        “Sudahlah, ma. Yuz malas nak fikir pasal benda ni lagi. Mungkin Allah memang tentukan perkara ni.”
        Fairuz mengangkat bahu tanda mungkin ketentuannya memang begitu. Datin Noora mula bangun dan ingin keluar dari bilik tidur Fairuz.
        “Mama,” panggil Fairuz.
        Panggilan tersebut mematikan langkah Datin Noora. Dia berpaling memandang anak sulungnya itu.
        “Yuz serahkan semua urusan perkahwinan ni pada mama.”
        Fairuz mula mengukir senyuman walaupun agak hambar. Perlahan-lahan Datin Noora menguntum senyuman.
        “Mama akan pastikan wedding Yuz jadi yang paling terbaik dalam sejarah.”
        Datin Noora melangkah keluar dengan hati yang lega. Barangkali lega dengan keputusan yang dibuat oleh Fairuz, bersetuju berkehwin dengan Nazmi Faiz.
        Fairuz menggigit bibir sambil air mata mula bertakung. Jauh dalam lubuk hatinya dia tidak mahu perkahwinan ini berlaku. Dia tidak mahu Nazmi Faiz menjadi suaminya mahupun lelaki lain kerana hatinya telah tertutup untuk menerima cinta daripada kaum sang Adam.     


Novel: Cintaku Hanya Untukmu bab 10

BAB 10


FAIRUZ mula bergerak ke sinki sambil membawa gelas kaca lutsinar untuk dicuci. Paip air di sinki tersebut dipulas lemah. Fairuz mengeluh lemah tatkala teringatkan keluarga Nazmi datang bertandang ke rumahnya bersama rombongan meminang beberapa minggu lalu. Otaknya kini teringat akan perkara tersebut. Perkara yang harus diterima olehnya ketika ini. Terus ingatannya melayang.
        Kereta Audi meluncur laju memasuki perkarangan banglo mewah milik Dato’ Johan sekeluarga. Dahinya dikerutkan sedikit tatkala sepasang matanya tertancap pada dua buah kereta yang turut berada di perkarangan rumah banglo itu. Salah sebuah kereta itu amat dikenalinya. Perasaan hairan kian memuncak.
        ‘Takkan papa beli kereta lagi? Ah, mungkin kawan lama papa.’ Dia mula menyedapkan hatinya.
        Tanpa membuang masa dia keluar daripada kereta sambil membawa beg bimbit dan tas tangannya. Sebelum melangkah masuk ke dalam banglo tersebut sempat dia melihat penampilannya terlebih dahulu.
        Rambutnya yang sedikit serabai disisir rapi, blaus berlengan pendek berwarna biru lembut bersama seluar slack berwarna biru gelap dibetulkan kedudukannya. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya dia mula mengatur langkah memasuki banglo milik keluarganya.
        “Walaupun dah tahu tentang perkara ini kami tetap juga mengikut adat. Maklumlah kita ini orang Melayu. Penuh dengan adat istiadat.”
        Suara tersebut mematikan langkah Fairuz. Segera dia memberhentikan langkahnya.
        ‘Apa adat ni?’ Hatinya berkata sesuatu.
        Kepalanya kini ligat memproses perkara yang sedang dibincangkan oleh papanya. Berbagai persoalan bermain dalam benaknya kini namun, dibuang jauh-jauh.
        Ingin mengetahui lebih lanjut tentang perbincangan papanya segera dia menyambung langkahnya untuk masuk ke dalam banglo milik keluarganya.
        Sebaik sahaja kakinya melangkah setapak ke dalam banglo tersebut, Fairuz sudah pun dikejutkan oleh suara Datin Noora, mama kesayangannya.
        “Inipun tuan punya badan dah balik. Apa-apapun kita kena tanya tuan punya badan.”
        Belum pun sempat Fairuz memberikan salam buat semua tetamu yang berada di situ Datin Noora terlebih dahulu memperkenalkan Fairuz kepada tetamu tersebut. Disebabkan suara mamanya yang terlebih ramah memperkenalkannya di hadapan semua tetamu Fairuz terus berpaling ke arah semua tetamu tersebut.
        Hampir terlopong mulutnya tatkala melihat tetamu tersebut. Masakan tidak keluarga Nazmi Faiz juga menjadi salah seorang tetamu tersebut. Oleh sebab terkejut Fairuz hanya berdiri kaku di situ.
        “Apa yang tercegat kat situ marilah duduk sekali. Boleh kita bincang sama-sama.”
        Dato’ Johan sudah menepuk-nepuk sofa kosoang bersebelahan dengan Nazmi.
        ‘Bincang? No! Jangan cakap pasal….’ Tidak habis-habis lagi Fairuz membuat andaian.
        “Kami nak bincang pasal perkahwinan kamu dengan Nazmi Faiz. Cepatlah duduk sekali,” arah Datin Noora.
        Seakan mengetahui andaian Fairuz, Datin Noora segera mengarahkan Fairuz yang sedari tadi berdiri kaku di situ. Fairuz segera memberikan senyuman yang sedikit hambar buat tetamu tersebut.
        Sambil meletakkan beg bimbit di tepi sofa tersebut Fairuz segera bergerak menuju ke sofa seperti yang telah diarahkan oleh papanya. Duduk di sebelah Nazmi Faiz, bakal pengantin lelaki dan bakal suaminya.
        “Assalamualaikum, semua.” Fairuz sekadar berbahasa sambil memberikan senyuman yang agak hambar.
        Tatkala punggungnya ingin dilabuhkan, pandangan matanya bertemu pandangan mata bakal suaminya itu.
        Pandangan mata Nazmi seakan menguntum senyuman manis buat bakal isterinya dan seakan berkata, “Hai, bakal isteriku. Awak nampak cantik hari ni.”
        Memang benar pandangan mata Nazmi menyatakan yang dia ingin sekali memiliki hati gadis ini.
        Tidak pula pandangan mata Fairuz. Pandangan mata Fairuz seakan membenci bakal suaminya dan berkata, “Kau ni siapa? Aku tak nak kahwin dengan kau.”
        Pantas Fairuz melarikan pandangan matanya ke arah dua orang lelaki dan dua orang perempuan itu.
        Dahinya dikerutkan sedikit kerana dia langsung tidak mengenali tetamu tersebut. Menyedari kerutan di dahi Fairuz, segera Dato’ Johan memperkenalkannya pada Fairuz.
        “Yang ini Mak Cik Ton, pembantu rumah. Yang sebelah dia pulak, Ameera Fateha, tunang abang Nazmi. Yang sebelah dia tu, Nazirul Fahmi, abang Nazmi. Dan akhir sekali, Tan Sri Mansor, papa Nazmi.”
        Seorang demi seorang Dato’ Johan memperkenalkan tetamu tersebut kepada anak sulungnya itu.
        Fairuz segera bersalaman dengan Mak Cik Ton dan Ameera Fateha. Dia hanya tersenyum dan bertanyakan khabar pada Nazirul Fahmi dan Tan Sri Mansor. Maklumlah bukan muhrim.
        “Sekarang kita kena tanya juga pada empunya badan. Walaupun kita dah tahu jawapan mereka tapi kita kena tanya juga sekali lagi pada empunya badan. Mana tahu tukar fikiran pula. Setuju atau tidak?”
        Mak Cik Ton sudah bertanyakan soalan yang menyebabkan Nazmi dan Fairuz berpandangan sesama sendiri.
        Nazmi tersenyum sedikit dan kemudian dia mengalihkan pandangannya pada Mak Cik Ton, Tan Sri Mansor, Ameera, Nazirul, Datin Noora dan Dato’ Johan. Perlahan-lahan dia menarik nafas sebelum memberikan jawapan yang pasti ingin didengari oleh semua tetamu yang berada di sini.
        ‘Tolong, Nazmi jangan katakan setuju.’
        Fairuz sudah berdoa supaya Nazmi tidak bersetuju dengan ‘perkahwinan dirancang’ ini.
        “Pa, adik tak tukar fikiran. Adik setuju dengan perkahwinan ni,” kata Nazmi sambil tersenyum.
        “Alhamdulillah.” Hampir serentak mereka mengucapkan syukur ke Hadrat Illahi.
        ‘Aduh, kenapa setuju?’ Fairuz sudah menepuk dahi tanda tidak senang dengan jawapan yang diberikan oleh Nazmi sebentar tadi.
        Nazmi yang sedar akan perubahan air muka Fairuz mula berbisik ke telinganya.
        “Hei, awak tak suka ke saya nak jadi suami awak?” tanya Nazmi.
        Fairuz mula merenung tajam ke arah Nazmi.
        “Awak rasa?! Fikirlah sendiri. Saya malas nak jawab.”
        Fairuz menarik muka daripada terus-terusan menghadap wajah jejaka yang bakal menjadi suaminya itu.
        ‘Naik menyampah aku dengan budak ni,’ gerutu hatinya.
        Nazmi melepaskan sedikit keluhan. ‘Nampaknya aku kena berusaha keras,’ detik hatinya.
        “Yuz, macam mana?” Kini giliran Dato’ Johan pula bersuara.
        Semua mata memandang ke arah Fairuz. Menanti jawapan yang akan keluar daripada mulut bakal pengantin perempuan.
        Fairuz menundukkan sedikit wajahnya. Dengan teragak-agak dan dalam keterpaksaan Fairuz hanya mengagguk kecil.
        “Baguslah kalau macam tu. Empunya badan dah setuju senanglah kerja kita nak buat perancangan.” Nazirul mula tersenyum lega.
        ‘No. This is not good at all. I’ll suffer a lot.’ Fairuz sudah mulai resah.
        Memikirkan ‘perkahwinan dirancang’ yang bakal berlangsung. Dahinya mula berkerut-kerut seribu.
        “Eh, Yuz. Kamu ni okey ke? Berkerut aje mama tengok.” Datin Noora yang menyedari kerutan di dahi anak sulungnya itu mula menegurnya.
        Fairuz memandang wajah Datin Noora sambil tersenyum hambar.
        “Emm…Yuz okey, mama. Betul Yuz okey. Teruskan perbincangan tadi,” ucap Fairuz sambil kembali berlagak bersahaja.
        Datin Noora hanya mengangguk.
        “Bila tarikh nak langsungnya majlis ni?” tanya Dato’ Johan kepada tetamu yang berada di situ.
        “Kalau boleh dua bulan lagi. Sebabnya Nazmi ni sibuk. Main bola tak kira masa,” cadang Tan Sri Mansor.
        Cadangan Tan Sri Mansor dibalas dengan anggukan oleh Dato’ Johan dan Datin Noora.
        “Dua bulan lagi? Cepatnya!” celah Fairuz seakan tidak berpuas hati.
        “Papa kata benda baik kenalah buat cepat-cepat. Tak elok kalau kita tangguh-tangguh. Am I right, papa?”
        Nazirul cepat sahaja membidas kata-kata bakal adik iparnya sambil memandang Tan Sri Mansor.
        Tan Sri Mansor hanya mengangguk dan memberikan senyuman buat anaknya itu. Menandakan kata-kata Nazirul itu benar.
        ‘Perkahwinan aku ni benda baik ke?’ Hatinya seakan tidak berpuas hati.
        “Okey, kalau macam tu kita tetapkan tarikhnya. Bila Nazmi free? Tak terikat dengan sebarang jadual perlawanan dan latihan?”
        Mak Cik Ton mengerling sekilas wajah Nazmi.
        ‘Tak boleh jadi ni.’ Fairuz memandang wajah Nazmi.
       “Wait. I need to talk to him for a while.” Fairuz laju memaut lengan Nazmi sambil bangun daripada duduknya.
        Nazmi tersentak lantas memandang wajah Fairuz.
        “Hah?!” Keningnya kelihatan terjongket sedikit.
        “Jom. Kita bincang kat luar sekejap.”
        Fairuz menarik lengan Nazmi menyebabkan Nazmi segera bangun.
        “Sekejap, ye,” pinta Fairuz sambil tersengih.
        Datin Noora dan Dato’ Johan hanya menggelengkan kepala. Fairuz berjalan laju sambil menarik lengan Nazmi menuju ke perkarangan rumahnya.
        “Awak nak bincang apa lagi?” tanya Nazmi ingin tahu.
        Fairuz pula melepaskan pegangan lengan Nazmi dengan kasar.
        “Kalau iyapun tak suka tak payahlah macam ni.” Nazmi mengusap-usap lembut lengannya yang dipegang kejap oleh Fairuz.
         “Saya nak tanya. Kenapa awak setuju?” tanya Fairuz sambil merenung tajam wajah Nazmi.
        “Setuju? Mestilah saya setuju sebabnya saya memang nak kahwin dengan awak.”
        Nazmi membalas renungan Fairuz dengan secalit senyuman. Fairuz mula berpeluk tubuh.
        “Saya tak kira. Awak kena batalkan juga perkahwinan kita ni,” tegas Fairuz sambil matanya mencerlung memandang Nazmi.
        Sepantas kilat kerutan di dahi Nazmi bertambah.
        “Kenapa nak kena batal pulak. Bukan ke awak pun setuju sama?” Fairuz menghela nafasnya.
        “Saya setuju sebabnya papa saya. Kalau saya tak setuju masaklah saya…”
        “Kena marah? Macam tu?” Fairuz mengendurkan sedikit kemarahannya itu.
        “Kalau macam tu awak nak suruh saya batalkan. No way, man,” sambungnya.
        Nazmi sudah menunjukkan isyarat jari yang dia tidak akan sesekali membatalkan perkahwinan tersebut. Fairuz menggigit bibir menahan rasa geram.
        “Kalau awak tak nak tak apa.” Fairuz menjeling tajam ke arah Nazmi.
        “Saya boleh pergi batalkan sendiri. Saya tak peduli. Saya nak batalkan juga!” Nada suaranya mula meninggi.
        Fairuz mula melangkah masuk ke dalam rumahnya. Nazmi yang menyedari Fairuz meninggalkannya cuba untuk menyambar pergelangan tangannya.
        “Tunggu, Fairuz.” Panggilan Nazmi tidak diendahkan oleh Fairuz.
        Dia tetap juga melangkah laju masuk ke dalam rumahnya. ‘Ish, degil betul perempuan ni,’ detik hatinya.
        “Tunggu.” Sekali lagi Nazmi memanggilnya namun, tidak diendahkan langsung oleh Fairuz. Nazmi mengeluh kecil.
        “Fairuz Farisha, I said wait.”
        Serta-merta langkah laju Fairuz terhenti dan serentak itu pergelangan tangannya dipegang erat olah Nazmi. Kelihatan Nazmi menghela nafas lega.
        “Awak jangan buat keputusan terburu-buru. Nanti…”
        “Saya tak kisah. Yang penting saya tak nak perkahwinan ni berlaku. Nazmi, let me go.”
        Laju sahaja kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Fairuz.
        “No, saya tak akan lepaskan selagi awak kata awak TAK NAK BATALKAN perkahwinan kita.”
        Kedengaran perkataan TAK NAK BATALKAN itu ditekankan sedikit. Perkataan tersebut telah menyebabkan Fairuz semakin menggelegak marahnya. Dia menggigit bibir sambil cuba untuk melepaskan pegangan erat pergelangan tangannya.
        “Nazmi, lepaskan saya. Saya tak kira saya nak…”
        “No, I wouldn’t let you go.” Sekali lagi Nazmi bertegas tidak mahu ‘perkahwinan dirancang’ ini dibatalkan oleh Fairuz.
        Semakin marah Fairuz nampaknya apabila diperlakukan begitu oleh Nazmi. Sepantas kilat dia berpaling menghadap wajah Nazmi. Matanya bertemu mata Nazmi. Belum pun sempat dia bersuara Nazmi terlebih dahulu mengeluarkan kata-kata.
        “Awak kena fikir betul-betul sebelum…”
        “Saya dah lama fikir benda ni dan jawapannya tidak and Nazmi, I said let me go!”
        Nada suaranya mula bergetar. Matanya mencerun memandang pergelangan tangannya yang dipegang kejap oleh Nazmi.
        “Kan saya dah cakap saya ta…”
        “Yes, you would.” Matanya membulat memandang wajah Nazmi.
        “No, I wouldn’t,” tegas Nazmi.
        “Yes, you would.” Pandangan matanya memanah anak mata Nazmi.
        “No, I wouldn’t.” Nazmi cuba melarikan anak matanya daripada terus-terusan memandang mata Fairuz.
        “Yes, you would!” tegasnya.
        Fairuz sudah menarik kasar pergelangan tangannya menyebabkan Nazmi terpaksa meleraikan pegangan erat pergelangan tangan Fairuz.
        Sempat juga Fairuz memberikan jelingan maut buat Nazmi sebelum dia berpaling. Fairuz kembali mengatur langkahnya menuju ke dalam rumahnya.
        “Okey, tapi awak kena fikirkan baik-baik sebelum buat keputusan ini.”
        Langkah lajunya terhenti sebaik sahaja gegendang telinganya menangkap suara Nazmi.
        “Awak kena fikirkan apa akibatnya yang akan awak terima bila awak buat keputusan ni.” Tenang sahaja kedengaran suara Nazmi itu.
        Lama Fairuz mendiamkan diri. Mungkin sedang memikirkan kata-kata yang dikeluarkan oleh Nazmi tadi.
        “Haish, kamu berdua ni. Apa yang dibincangnya lagi? Mai masuk dalam. Semua orang dah lama tunggu kamu berdua ni.”
        Kedengaran suara Mak Cik Ton menempelak gegendang telinga mereka berdua. Mak Cik Ton sudah bercekak pinggang di muka pintu sambil melambaikan tangan tanda memanggil Nazmi dan Fairuz masuk.
        “Emm…tak ada apa Mak Cik Ton.”
        Nazmi segera mencapai pergelangan tangan Fairuz dan ditariknya menuju ke arah Mak Cik Ton. Fairuz yang terkejut dengan tindakan bakal suaminya mula menjeling tajam.
        “Apa yang tak adanya. Cepat masuk dalam,” arah Mak Cik Ton.
        Nazmi hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
        “Mak Cik Ton pergilah masuk dulu. Nami…Nami ada benda nak cakap sikit dengan dia. Sekejap je…janji.”
        Nazmi sudah mengangkat sebelah tangannya isyarat yang dia berjanji manakala sebelah tangannya memegang kejap pergelangan tangan Fairuz. Mak Cik Ton hanya menggelengkan kepalanya sambil bergerak meninggalkan mereka berdua. Menyedari kelibat Mak Cik Ton sudah hilang Fairuz segera merentap pergelangan tangannya daripada terus-terusan dipegang oleh Nazmi.
        “Tak payah nak over sangat depan Mak Cik Ton.” Fairuz mula berpeluk tubuh.
        “Kita bukan mahram,” sambungnya sambil berpeluk tubuh.
        “Apa yang awak nak cakap dengan saya?” sambungnya lagi.
        “Oh, macam mana?” Nazmi sudah mengangkat sebelah keningnya sambil mendekatkan wajahnya pada wajah Fairuz.
        Fairuz mula menarik nafas dalam-dalam untuk mencari kekuatan diri. Lama Fairuz mendiamkan diri dan akhirnya dia mula memberikan keputusannya.
        “The result is…saya TAK AKAN BATALKAN perkahwinan kita.” Nazmi menarik nafas lega sambil mengurut-urut dadanya yang bidang itu. 
        Terasa tubir matanya panas tatkala mengeluarkan kata-kata tersebut. Hampir sahaja empangan air matanya itu pecah namun, dek ego perempuannya menguasai diri dia tabahkan juga. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki yang bernama Nazmi Faiz itu. Air liur yang ditelan kini dirasakannya kelat.
        “Puas hati awak?” Fairuz segera melangkah masuk ke dalam rumahnya itu.
        ‘Yes, dapat jugak aku kahwin dengan dia. Susah betul nak dapatkan dia. Tak apalah kalau dia tak suka. Sekurang-kurangnya antara dia dan aku dah ada ikatan yang kuat.’
        Nazmi mula tersenyum-senyum sendiri. Fairuz yang menyedari Nazmi berkelakuan begitu mula menjulingkan matanya ke atas.
        ‘Fikir aku suka dengan benda ni? Jangan haraplah.’
        “Oh, another thing Mr. Nazmi Faiz Mansor, the football player.”
        Kata-kata Fairuz itu menyebabkan lamunan Nazmi terhenti. Dia segera mengangkat wajah dan memandang Fairuz yang berpaling menghadapnya.
        “Awak akan terima akibatnya nanti.”
        Segera kerutan di dahi Nazmi bertambah. Fairuz tidak menghiraukan kerutan yang berada di dahi Nazmi dan segera melangkah menuju ke ruang tamu tempat perbincangan tersebut.
        “Yuz, kenapa membazir ni?” Teguran Mak Saleha mematikan terus lamunan Fairuz. Akhirnya dia kembali ke alam nyata.
        Paip air yang sedari tadi terbuka ditutup oleh Mak Saleha. Fairuz mengesat air mata yang mulai memenuhi tubir matanya seraya memandang Mak Saleha yang sedang sibuk menyusun pinggan mangkuk ke dalam rak.
        “Gelas yang kat tangan kamu tu dah basuh ke belum?” Fairuz tersentak dengan pertanyaan daripada Mak Saleha. Matanya terus sahaja mencerun memandang gelas dan sedari tadi berada di tangannya.
        “Oh, sudah.” Fairuz memberikan gelas tersebut kepada Mak Saleha.
        Terasa tubir matanya semakin menghangat. Dia pantas menyeka air mata yang cuba untuk menyentuh pipinya itu. Sekali lagi dia mengeluh lemah.
        “Mak Sal tengok kamu asyik termenung je. Kenapa, Yuz?”
        Mak Saleha memberhentikan tugasnya menyusun pinggan mangkuk dan merenung wajah yang agak bungkam Fairuz. Fairuz yang menyedari pembantu rumah itu merenung wajahnya mula menghadiahkan sedikit senyuman.
        “Emm…tak. Tak ada apa-apa, Mak Sal,” beritahu Fairuz.
        Wajah tua Mak Saleha seakan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Fairuz. Kerutan di dahi tuanya mula kelihatan.
        Sambil menghela nafas dia berkata, “Mak Sal kenal Yuz dah lama. Dari Yuz sebesar tapak tangan Mak Sal sampai besar Mak Sal jaga Yuz. Jaga makan minum Yuz dan keluarga Yuz. Jangan nak bohong Mak Sal, Yuz. Mak Sal lebih banyak makan garam daripada kamu. Mak Sal dulu pernah jadi macam kamu. Mak Sal tahu mesti Yuz ada masalah. Cuba beritahu Mak Sal.”
        Jari-jemarinya yang berkedut itu mula menggenggam jari perempuan Fairuz. Anak matanya mula merenung anak mata Fairuz. Pandangan yang redup daripada seorang wanita tua seakan mengerti yang Fairuz sedang dibelenggu masalah.
        Fairuz menundukkan wajahnya sedikit. Lama dia mendiamkan diri dan akhirnya dia mula bersuara.
        “Mak Sal…” panggil Fairuz. Kedengaran suaranya sedikit perlahan.
        Mak Saleha terus sahaja memandang wajah Fairuz yang nampaknya sudah diangkat sedikit.
        “Mak Sal pernah lalui tak perkara yang sama Yuz lalui? Kahwin dengan pilihan keluarga?” Fairuz menguak anak rambutnya yang menutupi dahi.
        Mak Saleha meleraikan genggaman erat jari-jemarinya. Dia mula melangkah menuju ke kerusi. Fairuz hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Mak Saleha. Dia melabuhkan punggungnya sebelum wajahnya bertemu wajah Fairuz.
        “Dulu keluarga yang menentukan jodoh kita. Mak bapak yang pilih jodoh kita. Mak Sal dulu pun kahwin atas pilihan keluarga. Pada mulanya Mak Sal tak terima tapi setelah arwah abah dan mak Mak Sal pujuk baru Mak Sal terima. Suami Mak Sal baik orangnya. Kami bahagia sampailah…”
        Mak Saleha tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila kelihatan butir-butir jernih mula membasahi pipinya. Fairuz segera menarik sebuah kerusi dan melabuhkan punggung berdekatan dengan Mak Saleha.
        Kelihatan Mak Saleha mengesat air matanya dengan menggunakan hujung lengan Baju Kurung Kedahnya. Fairuz mula mengusap-usap belakang badan Mak Saleha.
        “Mak Saleha cuma teringatkan arwah suami.”
        Kelihatan butir-butir jernih tidak lagi keluar daripada tubir matanya.
        “Pasal kes Yuz ni sama macam Mak Sal. Lebih kurang aje.”
        Jari-jemari tuanya sekali lagi meraih jari-jemari perempuan Fairuz untuk digenggam. Kemudian dia kembali meyambung kata-katanya.
        “Yuz, terima sahaja pilihan mama papa.” Nadanya seakan memujuk.
        Fairuz menoleh ke kiri sambil menggigit bibirnya. ‘Kenapa semua suruh aku terima budak Nazmi tu? Baik sangat ke dia?’ gumam hatinya seakan tidak berpuas hati. Kemudian dia kembali memandang wajah tua Mak Saleha.
        “Memang Yuz cakap pada diorang Yuz terima tapi…”
        Fairuz tidak dapat meneruskan kata-katanya. Rasanya tidak sanggup untuk dia mengatakannya sekali lagi. Entah kali ke berapa dia mengatakannya itu. Wajahnya ditundukkan sedikit. Lama dia mendiamkan diri dan akhirnya dia mengangkat wajah.
        “…hati Yuz tetap tak boleh nak terima dia. Mulut sahaja kata terima tapi…hati tetap tak terima. Rasa cinta tak ada untuk dia, Mak Sal. Apatah lagi rasa sayang? Jauh sekali.”
        Wajahnya yang mulai keruh ditatap oleh Mak Saleha. Tangannya yang tua itu mula mengusap-usap lembut lengan Fairuz. Sambil menggelengkan kepala dia mula mengeluarkan kata-kata.
        “Yuz, memang sekarang Yuz kata tak terima tapi lama-kelamaan pintu hati Yuz akan terbuka untuk terima dia sebagai suami. Kalau ikutkan hati Yuz sekarang ni semua benda tak akan jadi. Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.”
        Dia kembali mengeratkan genggaman jari-jemarinya dan dibawa ke paha tuanya.
        ‘Lama-kelamaan aku akan terima dia? No way, man. Never in a million years.’ Sekali lagi hatinya membidas kata-kata dan nasihat Mak Saleha.
       “Ingat pesan Mak Sal, Yuz.” Mak Saleha cuba memberi ingatan kepada Fairuz.
        Oleh sebab tidak mahu mengecewakan Mak Saleha dia hanya mengangguk kecil. “Bagus, Yuz.” Kepala Yuz diusap lembut.
        Rasa sayang dan kasih terhadap wanita tua itu tidak berbelah bahagi. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan semua orang Fairuz sanggup menerima Nazmi Faiz sebagai suaminya walaupun jauh di sudut hatinya dia amat tidak menyukai jejaka tersebut.               


James Rodriguez ke Real Madrid?!

Hai!!!!Assalamualikum dan good night to all of you yang sudi singgah blog ceriitumerah. Hahahaha (walaupun sikit je yang SUDI SINGGAH) okey sihat tak semua? Mestilah sihat, kan? Nak raya dah. Maklumlah 25 Ramadan dah. Semua dah menghitung hari bila nak raya ni. Bila dapat makan rendang, lemang, ketupat dan segala bagai tu. Aku ni pulak tengah menghitung hari bila nak balik KUALA SELANGOR!!!!!!!Aku ni sekarang dah jadi perantauan. Belajar kat UITM SERI ISKANDAR, PERAK. Dah jadi warga Perak dah aku ni haish...(ayat klise) Lupakan pasal raya kita balik kepada tajuk kita yang kat atas tu. Korang tahu tak siapa James Rodriguez tu? Kenal tak? Hah jiran sebelah rumah? Sepupu? Hahaha jangan nak tipulah. Cakap jelah yang korang tak kenal mamat ni, kan.





Okey biar aku bagitahu kat korang pasal mamat mat salleh ni. Korang tengok WorldCup 2014 tak? Kalau korang tengok mesti korang kenal siapa mamat ni. Dia nilah yang menang kasut emas sebab jadi penjaring gol terbanyak kat WC tu. Dia jaringkan enam gol sepanjang WC tu. Terer tak? Terer, kan? Hahahah biasalah scandal aku (perasan betul). Dia ni mewakili pasukan Colombia.

 

Aku terkejut jugak bila dapat tahu yang dia ni nak berpindah ke Real Madrid. Tapi baguslah dia masuk kelab tu. Dapatlah dia kongsi padang dengan pemain terbaik dunia. Cristiano Ronaldo. Boleh sama-sama main satu padang dengan Bale, Di Maria. Hebat tu!!! Aku respect kot dengan dia ni.



Inilah gambar dia dengan jersi baru dia ni. No. 10 jersi ni last dipakai oleh Mesut Ozil. Lepastu dah tak ada orang pakai lagi dah. Untunglah....lepas ni bolehlah tingkatkan lagi prestasi kat atas padang nanti.

       

Perpindahan dia ke Real Madrid antara yang termahal kot. Yang paling mahal Bale, kedua mahal Cristiano Ronaldo, tak silap aku James ni keempat termahal. Harganya, 3.47 JUTA US DOLLAR KOT!!!!!!!!!!!!! Ha tak ke mahal nak mampus ni. Aish, dia ni memang terbaikla. Masa Worldcup tu dia perform baik samapi Real pun sanggup beli dia mahal-mahal.

Nah tataplah puas-puas gambar dia yang sangat handsome ni........................................

   

     



Okey cukuplah korang tatap gambar dia ni. Nanti kalau rajin try google ye. Bye!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Wednesday 23 July 2014

Novel: Cintaku Hanya Untukmu bab 9

BAB 9


“KENAPA awak selalu mengelak bila saya ajak awak keluar?” tanya Nazmi setelah mereka berada di jalan raya.
        “Saya sibuk.” Fairuz melemparkan pandangannya ke arah jalan raya. Nazmi melepaskan keluhan sambil mengerling sekilas wajah Fairuz.
        “Kalau nak dikira saya lagi sibuk daripada awak. Saya main bola ke sana ke mari. Tak kira waktu tapi saya tetap ada masa untuk awak.”
        Dia mengeratkan genggaman pada stereng. Fairuz diam. Malas dia mahu berdebat lagi.
        Memang benar hubungan mereka semenjak dua menjak ini makin dingin. Fairuz selalu mencipta alasan setiap kali Nazmi mengajaknya keluar. Dia mahu menjauhkan dirinya daripada Nazmi.
        “Awak tak suka kahwin dengan saya?” Nazmi kembali bersuara setelah beberapa ketika suasana menghening.
        “Ada lagi peluang ke untuk saya kata tak?” Serius nada Fairuz. Nazmi mengerutkan dahi.
        “Saya tak kata awak tak ada peluang untuk kata tak tapi…”
        “Tapi papa saya tak beri peluang untuk saya kata tak pada perkahwinan kita.” Fairuz pantas memotong kata-katanya.
        “Jadi…awak kahwin dengan saya sebab terpaksa?” tanya Nazmi ingin kepastian.
        “Ya. Saya kahwin dengan awak atas dasar paksaan dan bukan atas dasar cinta.” Nazmi memicit-micit dahinya.
        “Tapi…cinta itu akan lahir selepas kita kahwin nanti. Bukan ke itu yang lebih elok?”
        Nazmi memandang wajah Fairuz. Fairuz tetap berpaling dan langsung tidak memandang Nazmi.
        “Tak! Cinta takkan lahir dalam hati saya untuk awak!” tegas Fairuz. Nazmi melepaskan keluhan berat.
        “Kalau awak tak cintakan saya tak apa. Tapi saya akan buat awak jatuh cinta pada saya.”
        Fairuz terkejut lantas memandang wajah Nazmi. Tatkala itu senyuman nakal terukir pada bibir Nazmi. Fairuz terkesima seketika tatkala melihat Nazmi. Dia pantas melarikan pandangannya ke bahu jalan.
        ‘Aku tak kisah kalau kau tak cintakan aku, Fairuz tapi aku akan buat kau jatuh cinta pada aku.’

RANIA mengatur langkah menuju ke bilik majikannya merangkap rakan baiknya, Fairuz. Dia erat memegang sejambak bunga ros merah yang memang kebiasaanya untuk Fairuz.
        Rania menolak daun pintu bilik Fairuz. Rania melepaskan keluhan sambil menggelengkan kepalanya apabila melihat Fairuz sedang termenung sambil menongkat dagu.
        ‘Ish, dia ni tak habis-habis lagi ke fikir pasal masalah tu?’ Rania mula mendekati Fairuz yang sedang melayani fikirannya itu sendiri.
        “Nah, bunga ros untuk kau.” Rania meletakkan jambangan bunga ros merah itu di hadapan Fairuz.
        Fairuz tersedar daripada lamunannya lantas segera memandang wajah rakannya yang sudah duduk di hadapannya itu.
        “Aku tengok semenjak dua menjak ni kau asyik termenung. Kau ada problem lagi ke selain daripada yang hari tu?”
        Rania merenung wajah bungkam rakannya itu. Fairuz mengambil jambangan bunga ros merah itu dan diletakkan di tepi mejanya. Rania melepaskan sedikit keluhan.
        “Tak,” jawab Fairuz sepatah.
        “Habis tu apa?” Rania mengerutkan dahi.
        “Aku takut, Nia. Nazmi setuju pasal perkahwinan ni, Nia.” Fairuz kembali memandang wajah Rania.
        “Baguslah kalau macam tu. Kau tak perlu risau pasal dia. Apa yang kau nak takutkan?” tanya Rania.
        Fairuz menghela nafas sebelum kembali berkata-kata.
        “Aku takut kalau dia betul-betul sayangkan aku, cintakan aku. Nanti dia tak boleh nak lepaskan aku.”
        Fairuz mula meraih jari-jemari perempuan Rania untuk digenggamnya.
        “Kau nak minta dia lepaskan kau ke? Jangan, Yuz. Aku dah cakap dengan kau haritu jangan minta dia lepaskan kau. Nanti mama dengan papa kau marah.” Rania mula mengeratkan genggaman jari-jemarinya.
        “Aku tak boleh bagi cinta aku pada dia. Dia kata dia nak buat aku jatuh cinta pada dia, Nia. Kalau sampai aku jatuh cinta pada dia, habislah aku. Aku takut aku akan dikecewakan untuk kali yang kedua. Aku tak sanggup, Nia. Aku tak sanggup,” rintih Fairuz.
        “Yuz, kau dengar sini. Tak semua lelaki dalam dunia ni macam bekas tunang kau tu. Mungkin Nazmi Faiz ikhlas cintakan kau. Kau tak perlu risau, Yuz.”
        Rania mula menguntum senyuman.
        “Sekarang kau kena tolong aku.”
        Fairuz mula meleraikan genggaman erat jari-jemarinya itu tadi. Rania menjongketkan sedikit keningnya.
        “Tolong apa?” tanya Rania inginkan kepastian.
        “Tolong aku fikirkan jalan supaya aku tak kahwin langsung dengan Nazmi ataupun dengan mana-mana lelaki lain.”
        Fairuz mulai berdiri sambil berjalan-jalan mengelilingi mejanya.
        “Yuz, kau ni degil betul. Kau kahwin je dengan Nazmi tu. Kau tak payah nak cari jalanlah, apalah.”
        “Tak. Aku tetap tak nak kahwin dengan dia atau dengan mana-mana lelaki lain, Nia. Aku dah serik, Nia. Aku dah serik.”
        Laju Fairuz memintas kata-kata Rania.
        “Kau tahu tak apa akibatnya kalau kau tak nak kahwin dengan dia?” tanya Rania mengingatkan Fairuz.
        “Tahu,” jawab Fairuz sepatah. Rania mula berdiri sambil mendekati Fairuz.
        “So, aku tak nak kau susah nanti. Nak tak nak kau kena ikut jugak cakap papa kau. Kahwin dengan Nazmi Faiz tu.”
        Fairuz menggigit bibir mendengar kata-kata Rania.
        “Tak apalah, Yuz. Aku pergi sambung kerja aku dulu. Nanti tak pasal-pasal papa kau nampak mati aku. Sekejap, kau fikir-fikirkanlah dulu sebelum nak buat keputusan nanti. Aku tak nak hidup kau susah, Yuz.”
        Rania mula mengatur langkah meninggalkan bilik Fairuz.
        “Nia, tunggu,” panggil Fairuz.
        Langkah yang diatur oleh Rania terhenti seketika tatkala Fairuz memanggilnya. Dia menoleh memandang Fairuz.
        “Aku…aku terima nasihat dan cadangan kau. Aku akan kahwin dengan Nazmi Faiz walaupun aku terpaksa.”
        Fairuz mula mengukir senyuman hambar. Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Fairuz namun, amat bermakna buat Rania.
        Rania menarik nafas lega.
        ‘Alhamdulillah. Terima juga nasihat aku kalau tak, aku tak tahu nak buat apa lagi.’
        “Baguslah.” Sepatah sahaja jawapan yang diberikan oleh Rania namun, penuh bermakna. 
        Rania turut membalas senyuman Fairuz itu tadi. Dia kembali mengatur langkah menuju ke biliknya pula.
        Sebaik sahaja Rania menarik daun pintu tersebut sempat dia menoleh ke belakang.
        “By the way, congratulations on your wedding.” Sempat dia mengenyit mata di hujung kata. Fairuz hanya mampu mengukir senyuman yang dia rasakan sendiri agak kelat.


Novel: Cintaku Hanya Untukmu bab 8

BAB 8


“PAPA, betul ke adik nak kahwin?” tanya Nazirul Fahmi, anak ketiga Tan Sri Mansor merangkap abang Nazmi sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik papanya. Kelihatan dia sangat terkejut tentang berita perkahwinan adik bongsunya itu.
        Tan Sri Mansor menganggukkan kepalanya. Nazirul menarik nafas dan kemudian menghembuskannya dengan kasar.
        “Pa, kenapa papa tak tanya alang dulu sebelum buat keputusan ni?”
        Nazirul mengetap gigi menahan geram. Tan Sri Mansor memandang wajah anaknya yang sedang berdiri dihadapannya itu.
        “Perlu ke papa tanya alang dulu sedangkan adik yang nak kahwin bukannya alang?” jawab Tan Sri Mansor dengan tenangnya.
        Nazirul pantas menoleh memandang wajah papanya.
        “Perlulah, pa. Papa, kenapa papa suruh adik kahwin dulu sedangkan alang ni tak kahwin lagi? Macam ni mana boleh, pa. Ini langkah bendul namanya.”
        Nazirul sudah berpeluk tubuh dan mula bergerak menuju ke tingkap. Tan Sri Mansor hanya mampu tersenyum melihatkan reaksi yang ditunjukkan oleh anaknya itu.
        “Bukan soal langkah bendul. Papa cuma teringin nak jodohkan anak papa dengan anak kawan papa tu. Semua anak papa dah berpunya cuma tinggal adik je.”
        “Jadi sekarang ni adik mangsa keadaan?”
        Laju sahaja Nazirul bertanyakan soalan itu pada papanya. Tan Sri Mansor bersandar pada kerusi pejabatnya.
        “Tak. Sekarang ni tak ada siapa-siapa jadi mangsa keadaan, lang.”
        Tan Sri Mansor melepaskan sedikit keluhan sebelum kembali menyambung kata-katanya.
        “Sebenarnya papa dah lama nak menantu perempuan. Alang tu bila nak masuk meminang Meera? Dah dekat tiga tahun bertunang tapi tak kahwin-kahwin lagi. Bila nak kahwin, alang?”
        Tan Sri Mansor ketawa kecil.
        “Papa, alang tunggu Meera habis belajar. Hujung tahun ni dia habis belajar. Nanti alang masuk meminanglah, pa.”
        Nazirul merenung wajah ceria papanya.
        “Ha, lagi satu sebab yang alang tak setuju pasal adik nak kahwin ni. Adik tu muda lagi, pa. Baru umur 22 tahun. Dia boleh ke pikul tanggungjawab sebagai seorang suami? Lainlah alang ni. I’m 27.”
        Nazirul mula bergerak ke meja papanya.
        “Alang, soal boleh pikul tanggungjawab ni tak semestinya based on our age. Berlambak je orang yang dah tua bangka tu lepas tanggungjawab dia sebagai seorang suami. Tapi adik tu lain. Papa rasa adik tu boleh pikul tanggungjawab yang berat ni, lang.”
        “Tapi pa, adik tu kan busy je. Main bola ke sana ke mari. Kadang-kadang tak ada masa untuk family. Papa rasa adik tu boleh ke manage masa dia untuk isteri?”
        Nazirul mengerutkan dahinya. Mungkin dia berasa bimbang akan masa depan adiknya itu.
        “Perkahwinan ni sebenarnya membuatkan kita menjadi lebih bertanggungjawab dan matang. Jadi perkahwinan ini nanti akan membuatkan adik lebih bertanggungjawab dan mungkin adik lebih pandai manage masa dia untuk family.”
        Tan Sri Mansor menongkat dagu. Nazirul berdecit sambil melabuhkan punggung di hadapan papanya.
        “Alang bukannya apa, pa. Alang risau dengan adik. Betul ke adik setuju, pa?” tanya Nazirul sambil merapatkan badannya pada meja.
        “Betullah. Adik seronok sangat bila dapat tahu dia kahwin dengan Fairuz Farisha, anak Dato’ Johan,” jawab Tan Sri Mansor bersahaja.
        Nazirul menjauhkan sedikit jarak badannya pada meja papanya. Dia mengerutkan sedikit keningnya.
        “Mummy dengan along kat Sydney tu tahu tak pasal ni?” tanya Nazirul ingin tahu.
        “Tahu. Tapi mummy dengan along tak dapat datang.”
        “Angah yang kat Johor tu?” tanya Nazirul lagi.
        Tan Sri Mansor melepaskan sedikit keluhan.
        “Tahu,” jawab Tan Sri Mansor sepatah.
        “Pa, perkahwinan adik ni bila?”
        Nazirul memandang wajah papanya.
        “As soon as possible. Kalau boleh dua bulan lagi.”
        Nazirul hampir terlopong mendengarkan jawapan daripada papanya itu.
        “Pa, cepatnya,” katanya separuh terkejut.
        Tan Sri Mansor kembali memandang wajah anaknya yang nampaknya sedang terkejut itu.
        “Benda baik ni elok kita buat cepat-cepat. Tak elok kita tangguh-tangguh.”
        Tan Sri Mansor mula mengukir senyuman penuh makna.
        “Eh, papa ni macam nak perli alang!” kata Nazirul sambil ketawa kecil.
        “Papa tak perli sesiapa. Tapi siapa yang makan cili terasalah pedasnya.” Tan Sri Mansor ketawa diikuti oleh Nazirul.