BAB 2
SYAFIELLA
turun daripada motosikal tersebut dengan wajah yang cemerut. Topi keledar yang
dipakainya pantas sahaja ditanggalkan. “I’ve
told you,
Hudson.” Topi keledar tersebut diletakkan di atas motosikal dengan kasar.
“Jangan bawa laju-laju. Aku takut.” Jelingan yang agak tajam sempat
diberikan kepada si kekasih hati sambil jarinya ligat membetulkan rambutnya
yang sudah serabai itu.
Hudson yang baru turun daripada
motosikal itu hanya tergelak kecil. “Janganlah
takut, Fie. You must trust
me.” Dia mula
memujuk Syafiella.
“You
must trust me.”
Syafiella mengajuk semula kata-kata Hudson sambil membuat mimik muka yang
menjengkelkan. “Kalau dah bawa moto macam hantu, macam ghost rider, sampai bila-bila pun aku tak percaya.”
Dia mula berpeluk tubuh. Kali
ini jelingan maut dihadiahkan khas buat Mr Hudson Smith. Wajahnya dipalingkan.
Enggan menghadap wajah kekasihnya.
Hudson hanya tersenyum. Kelihatan
dia tenang sahaja menangani Syafiella yang kuat merajuk ini. “Fie, kau jangan
pandang rendah pada aku. Kau tengok je aku bawa moto macam ghost rider tapi sebenarnya ride aku tahap Valentino Rossi tau.”
Dia mula membangga diri. Jaket kulit yang dipakainya mula dibetulkan sambil
menyebak rambutnya ke belakang agar kelihatan lebih macho.
Syafiella yang mendengar hanya
tersenyum herot. “Aku rasa Valentino Rossi pun malu nak mengaku kau kawan dia
kalau dia tengok cara kau ride tadi.” Berdekah-dekah dia
ketawa. Giliran dia pula mengenakan kembali Hudson.
Hudson yang mendengar hanya
mendiamkan diri. Nampaknya sang kekasih hati sudah mengenakannya kembali. Dia
mula melangkah mendekati Syafiella yang separuh mati mentertawakannya. “Funny?” soalnya tatkala dia sudah berada di hadapan
Syafiella.
“Hah? Of course funny.” Syafiella ketawa lagi. “Kalau tak kelakar, aku
takkan gelak separuh mati macam ni.” Selamba sahaja dia mengenakan Hudson.
Seronok betul dia hari ini. Dapat juga dia membalas dendam.
Hudson pula yang panas hati. Dia
hanya menjeling sahaja melihat ‘keseronokan’ Syafiella mentertawakannya. “Whatever, Fie.” Wajahnya dipalingkan seketika. Malas dia mahu
melihat Syafiella yang separuh mati mentertawakannya. “By the way, I’ve good news
to tell you,”
beritahunya cuba untuk mengalih topik.
Serta-merta tawa Syafiella
terhenti. “Good news?” Snowcapnya dibetulkan sambil
sebelah keningnya kelihatan terangkat. “What
is it, dear?” soalnya penuh minat.
Hudson mendiamkan dirinya
seketika. Otaknya ligat memikirkan ayat. Kedengaran dia berdehem seketika
sebelum memulakan bicara. “Guess what, Fie?” Dia memandang wajah
Syafiella.
“What?” Syafiella pantas bertanya.
Nampaknya dia sudah tidak sabar mahu mendengar berita daripada Hudson. “Tell me, Hudson.” Lengan Hudson dipegangnya tanda dia teruja
mahu tahu berita gembira tersebut.
Bibir Hudson mengukir sedikit
senyuman nipis. “I’ve got an
offer. A job offer.” Tersekat kata-katanya di situ.
“Then?” Syafiella pantas memotong.
“Aku… diberi pilihan sama ada
Indonesia, Filipina dan Malaysia.” Hudson menelan liurnya seketika. Sengaja dia
memasukkan unsur-unsur suspen dalam katanya. “And… I’ve
choose Malaysia.”
Melopong mulut Syafiella jadinya
tatkala mendengar kata-kata daripada Hudson sebentar tadi. “Malaysia?” soalnya
ragu-ragu.
Hudson pantas menganggukkan
kepalanya. “Yes, Malaysia.” Dia tersenyum
memandang Syafiella.
“Congrats, dear.” Syafiella pantas mengucapkan
tahniah kepada Hudson. “You deserve it.” Kelihatan dia tersenyum
gembira. Dia juga tumpang seronok dengan berita daripada kekasihnya itu. “So, bila kau start?”
Hudson menjelingkan matanya ke
tepi seketika sebagai tanda dia sedang mengingati tarikh bermula dia akan
bekerja di Malaysia. “About… two
more weeks.”
Dia kembali memandang wajah Syafiella.
“Okay, then.” Syafiella sudah bertepuk
tangan. Sepertinya dalam otaknya ligat merencanakan sesuatu buat si kekasihnya.
“Jom kita celebrate. Now. Let’s
go.”
Pergelangan tangan Hudson sudah
dipegang. “Kau cakap je kau nak makan apa, hari ini aku belanja kau.” Pantas
sahaja Hudson ditariknya. Dia mahu meraikan berita baik ini bersama Hudson.
“Wait.” Hudson bersuara sebelum
Syafiella sempat mengheretnya ke café dan restoran yang berdekatan.
Syafiella pantas meleraikan
pegangannya. Dia memandang wajah Hudson. “Why?” Keningnya mula berkerut.
Hudson memasukkan tangannya ke
dalam kocek seluarnya. Sepertinya dia ada sesuatu yang dia mahu keluarkan
daripada koceknya. Perlahan-lahan dia mengeluarkan sesuatu daripada kocek
seluarnya.
Syafiella menunggu dengan penuh
debar. Direnungnya sahaja perbuatan Hudson itu. Dia menjadi tertanya-tanya.
Bibirnya diketap atas dan bawah. Takut pula dia jadinya. Pandangannya
dicerunkan.
Sebentuk cincin berada di dalam
genggaman Hudson. Dia kemudiannya memandang cincin tersebut dengan senyuman
penuh makna. “Fie,” panggilnya dengan panggilan manja.
Pantas Syafiella mengangkat
wajah. Memandang wajah Hudson. Kerutan di dahinya kelihatan jelas.
Bibir Hudson masih lagi mengukir
senyuman. Dia mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Syafiella. “Fie, aku nak… kau
ikut aku ke Malaysia.” Tangan kiri Syafiella sudah dipegangnya.
“Aku nak… kau sentiasa ada di
samping aku selepas ni.” Dia cuba bermain dengan kata-katanya. Pandangannya
dicerunkan, memandang tangan kiri si kekasih hati.
Syafiella semakin pelik jadinya.
Dahinya kelihatan berlapis-lapis. “What…” Air liurnya ditelan. “What do you mean, Hudson? Aku…
tak faham.” Dia cuba untuk meminta penjelasan.
Hudson hanya tersenyum.
Pertanyaan daripada Syafiella itu tadi dibiarkan berlalu tanpa jawapan. “Aku…”
Dia mula melutut sambil tangan kiri Syafiella erat dalam pegangannya.
Syafiella berdebar. Jantungnya
berdetak lebih hebat daripada biasa. Dahinya mula berpeluh dingin. Otaknya
kosong. Dia tidak boleh berfikir. Cuma matanya sahaja yang mampu bergerak
melihat Hudson yang sedang melutut di hadapannya.
“…perlukan seseorang untuk
sokong aku waktu di Malaysia nanti. So, I
choose you,
Fie.” Hudson memandang dalam-dalam anak mata Syafiella.
“Syafiella Farhani…”
Kata-katanya terhenti seketika di situ. Nafasnya dihela kemudian ditarik
dalam-dalam untuk meraih kekuatan diri. Debar dalam dadanya cuba dikawal. “Will you… will you marry
me?” Cincin
yang berada di dalam genggamannya disuakan di hadapan Syafiella.
Syafiella terkedu seketika. Dia
bagaikan kehilangan kata-kata. Lidahnya kelu. Dia tidak menyangka yang Hudson
akan melamarnya pada hari ini. Dia bagaikan patung. Diam, kaku di situ. Lama
dia mendiamkan diri.
“Fie, what is your answer?” Setelah lama suasana
menghening, Hudson mula bertanya. Malu juga dia lama-lama melutut di hadapan
gadis ini. Maklumlah, tempat ini merupakan tumpuan pengunjung. Paris, bandar
yang tidak pernah sunyi dengan pengunjung. “Yes
or no?” Sebelah
keningnya sudah terangkat.
Syafiella mengetap bibir atas
dan bawah. “I… I… I…” Terketar-ketar dia mahu
menjawab. “The answer is…”
‘Please
say yes, Fie.
Fie, please say yes. Oh
God! Please say yes.’ Jauh di sudut hati Hudson dia mengharapkan
jawapan positif daripada Syafiella. Matanya dipejamkan seketika.
Syafiella menarik nafas
dalam-dalam sebelum mengeluarkan kata-kata. “The
answer is… no.” Nafasnya dihela.
“No!” Terkejut Hudson jadinya
tatkala mendengarkan jawapan yang negatif daripada Syafiella. Dia pantas
berdiri. “Why?” Dahinya berlapis. Dia
memandang wajah Syafiella.
Syafiella pantas menggelengkan
kepalanya. “No. I
mean the answer is not no.” Dia sendiri tidak sedar apa yang baru sahaja dia cakapkan tadi. Disebabkan
terlalu gementar sehinggakan dia berada di bawah separuh sedar.
Hudson pantas menarik nafas
lega. Dadanya diurut berkali-kali. Lega sedikit dia. Sekurang-kurangnya
lamarannya tidak ditolak mentah-mentah oleh kekasih sendiri. “So, the final answer?”
“I
cannot give you the answer now. I need to think.” Syafiella pantas memusingkan
badannya dan mula mengatur langkah pergi dari situ.
“Why, Fie?” Hudson mula meminta
penjelasan. Dia yang menyedari tindakan Syafiella itu, mula mengejarnya.
“Tunggu dulu, Fie.” Sempat pergelangan tangan Syafiella disambarnya.
Syafiella pantas menghentikan
langkahnya. Dia diam seketika. “We are different, Hudson. We are different.” Dia memusingkan badannya menghadap Hudson.
“Different?” Hudson mula bertanya. “Apa
yang lainnya? Kau manusia. Aku pun manusia. Kenapa?” Dahinya berkerut.
Syafiella mengeluh lemah. “Our religion, our race is
different,
Hudson.” Dia memandang wajah Hudson dengan wajah yang sayu. “I’m Muslim and you are…” Pandangannya terarah kepada
lambang salib yang berada di dada Hudson. “…Catholic.” Nafasnya dihela.
Hudson yang menyedari pandangan
mata Syafiella terarah kepada lambang salib yang berada di dadanya, mula
menyorokkan lambang salib tersebut di sebalik jaketnya. “Okay, I know that but… I
can change my religion. I can convert
into Muslim. Right?” Bersungguh-sungguh dia nampaknya mahu memperisterikan
Syafiella.
Syafiella diam seketika. Berat
dia mahu menjawab. Perlahan-lahan dia menggangguk kecil. “Yes, you can but… it’s
hard to say. In Islam you cannot simply change your religion
without knowing anything about our religion. You must learn.”
“Okay, I’ll
learn about Islam.”
Laju sahaja Hudson memberikan jawapan. “I
promise.”
Sebelah tangannya sudah diangkat sebagai tanda dia sudah berjanji.
“I’m
not ready yet,
Hudson. I’m not ready yet to get married. It’s
too early for me.”
Syafiella sengaja mencipta alasan.
Hudson berdecit sedikit. “It’s been almost two and a half year, we’re together. Love
each other.
Takkan itu pun kau kata awal. Aku nak kita akhiri hubungan kita dengan
perkahwinan, Fie.” Giliran dia pula memberikan penjelasan.
Syafiella mula berpeluk tubuh.
Dia memandang tepat anak mata Hudson. “I
know that,
Hudson but…”
“Stop
it, Fie!” Belum
sempat Syafiella menghabiskan kata-katanya Hudson pantas memotong. Jari
telunjuknya diangkat sebagai tanda menyuruh Syafiella untuk berhenti
berkata-kata. “You give such
nonsenses excuses to me.” Kepalanya digelengkan. “Aku tahu… kau dah tak cintakan aku kan,
Fie?” Dia cuba menduga isi hati kekasihnya.
Syafiella pantas menggelengkan
kepalanya. “No, bukan macam tu.” Pantas
jari-jemari Hudson diraih untuk digenggam. “I
still love you,
Hudson.” Dia menggenggam erat jari-jemari Hudson. Dia diam seketika.
Pandangannya dicerunkan.
Memandang jemari wanitanya dan jemari kekasihnya bersatu dalam satu genggaman.
“Just Hudson…” Dia mengangkat wajah memandang wajah
Hudson. “Please give me some time to think. I
need you to understand.”
Hudson diam seketika. Dia cuba
berfikir. Pandangannya dicerunkan sedikit. Nafasnya dihela lemah. “Okay, I’ll give you
time to think.”
Matanya memandang wajah Syafiella. Genggaman jari-jemari tadi dileraikan.
Tangan Syafiella diraih. “Take this.” Cincin tadi diletakkan di dalam genggaman tangan
Syafiella. “Aku tahu kau perlukan ini waktu berfikir nanti.” Perlahan-lahan
bibirnya menguntum senyuman penuh makna.
Syafiella hanya mendiamkan dirinya. Anggukan
kecil menjadi balasan.