BAB 36
PAGI mula menerjah hari
yang sangat istimewa. Burung-burung pula riang berkicau bagai meraikan mempelai
yang bakal disatukan tidak lama lagi. Cuaca pula cerah dan elok sahaja.
Suasana di dalam rumah banglo tersebut riuh-rendah. Paling sibuk ialah Datin Noora dan Dato’ Johan. Dulang-dulang hantaran yang dihias indah mengikut tema sudah terletak cantik di ruang tamu hadapan. Semua gadis yang menjadi pengangkat dulang hantaran telah bersiap sedia dengan berpakaian baju kurung Pahang berwarna biru tiffany.
Beberapa buah khemah juga menghiasi perkarangan rumah banglo milik keluarga Dato’ Johan. Upacara akad nikah bakal berlangsung tidak lama lagi.
Di dalam bilik pengantin pula Fairuz sedang menahan debar sambil disolek oleh jurusolek yang ditempah khas. Baju kurung moden berwarna putih bersih menghiasi tubuhnya yang langsing itu. Dia duduk diam sahaja di hadapan meja soleknya.
Wajahnya yang sedang ditatarias itu tidak nampak serinya. Wajahnya yang sudah sedia cantik dan jelita itu pucat bagaikan tiada darah. Jantungnya berdebar menunggu saat yang dia tidak inginkan.
Hatinya tidak tenteram. Riak wajahnya jelas mempamerkan perasaannya yang sedang berkecamuk itu. Bibirnya diketap atas dan bawah. Dia biarkan sahaja wajahnya ditatarias. Kamar tidurnya yang dihias cantik dengan warna biru dan hijau tiffany juga tidak dapat mengubah fikirannya.
Sepatutnya senyuman manis terukir di sekitar bibirnya pada hari ini. Sepatutnya wajahnya yang cantik dan jelita itu berseri. Namun, semuanya tidak berlaku pada dirinya. Tiada senyuman manis pada bibirnya bahkan bibirnya bagaikan telah mati dengan senyuman.
Bibirnya juga bagai telah lupa bagaimana untuk mengukir senyuman. Seri pengantin di wajahnya tidak kelihatan langsung. Yang kelihatan hanyalah wajah gusar dan kelam.
Kotak memorinya terus memproses satu peristiwa indah yang berlaku kira-kira tiga tahun dahulu. Sewaktu majlis pertunangannya dengan Hilmi berlangsung.
“Rombongan lelaki dah sampai!” jerit seseorang dari bawah.
Fairuz yang mendengar semakin laju kencangan jantungnya. “Nia, macam mana ni? Hilmi dah sampai.” Kerutan di dahinya makin kelihatan. Wajah risaunya terpampang jelas.
Rania yang duduk di birai katil bersebelahan dengan Fairuz cuba meraih jari-jemari perempuan rakannya itu. “Yuz, relaks. Relaks, okey. Ini baru tunang belum menikah lagi.” Rania cuba menenangkan rakannya yang nampak sangat berdebar-debar itu.
Fairuz memegang dadanya yang sedang hebat bergoncang. “Okey, Nia.” Nafasnya ditarik dan kemudian dihembus kembali. Perbuatan tersebut diulang beberapa kali sehingga perasaan debar yang bersarang di dada beransur-ansur hilang.
“Sekarang, aku dah okey.” Dia memandang wajah Rania dengan secalit senyuman di hujung bibirnya.
“Ha, macam itulah. Relaks. Tak ada apa-apa pun yang akan berlaku. Semuanya akan okey.” Rania membawa tubuh langsing Fairuz ke dalam pelukannya. Ketawa kecil terdengar di antara mereka berdua.
Kedengaran daun pintu kamar tidur Fairuz dikuak menyebabkan pelukan kedua-dua mereka terlerai. Tersembul wajah ceria Syafiella. “Kakak.” Dia tersenyum sambil melangkah mendapatkan kakaknya.
“Kak, what’s in your mind? Nervous?” tanya Syafiella dengan nada mengusik. Punggungnya pantas dilabuhkan di sebelah kiri kakaknya.
Fairuz hanya mendiamkan dirinya sahaja.
“Kakak kau ni Fiella nervous sangat. Macam orang nak akad nikah. Padahal baru bertunang.” Rania menyampuk sambil ada nada berseloroh di hujung katanya. Gelak tawa mula menghiasi segenap ruang kamar tidur tersebut. Syafiella turut ikut menghamburkan tawanya.
“Mana ada. Pandai je Nia buat cerita.” Pantas Fairuz memangkah kata-kata Rania sambil ketawa di hujung katanya.
Ketukan pintu dari luar bertalu-talu menyebabkan tawa mereka terhenti serta-merta. Tombol pintu dipulas lantas daun pintu dikuak. Tersembul susuk tubuh Datin Noora yang elegan berturbin serta memakai abaya berwarna biru laut.
“Yuz, turun. Dah nak sarung cincin tunang.” Datin Noora mula mengajak Fairuz.
Fairuz memandang wajah Rania dan Syafiella silih berganti sebelum dia bingkas bangun. Dia yang anggun memakai dress labuh berwarna ungu violet mula keluar dari kamar tidurnya. Perlahan-lahan dia menarik nafas dan menghembuskannya.
Datin Noora memegang lengan Fairuz manakala Rania dan Syafiella hanya mengekori mereka dua beranak dari belakang.
Wajah Fairuz yang hanya mengenakan solekan nipis itu sedaya-upaya cuba untuk membuang perasaan gementarnya. Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga. Semua mata memerhatikannya tidak berkelip. Yang paling ketara sekali ialah sepasang mata yang amat dicintai oleh Fairuz.
Walaupun majlis berlangsung hanya dihadiri oleh sanak saudara dan sahabat handai yang terdekat sahaja namun, tetap juga meriah. Selesai sesi menyarungkan cincin tibalah pula sesi fotografi. Hilmi yang segak memakai kemeja berwarna sedondon duduk bersebelahan dengan Fairuz. Bagai merpati dua sejoli mereka berdua itu. Bagai pinang dibelah dua juga.
“You look so gorgeous today, Yuz.” Hilmi membisikkan pujian melambung kepada Fairuz. Dia merenung Fairuz tidak jemu-jemu.
Fairuz yang menerima pujian itu hanya tersenyum malu. “You too.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Fairuz kala ini.
Namun, semuanya hanya tinggal kenangan. Ikatan pertunangan itu hanya kekal selama dua bulan sahaja.
Hilmi yang selama ini manis memberikan kata-kata dalam diam menduakannya. Hilmi yang selama ini berjanji untuk kekal setia di sampingnya dalam diam mencintai gadis lain. Semuanya menjadi kenangan paling pahit yang terpaksa ditelan oleh Fairuz.
“Yuz, aku minta maaf. Aku lambat.” Kedengaran suara Rania yang termengah-mengah dan tersembul di muka pintu. Suara Rania itu menyedarkan Fairuz ke alam nyata.
Rania yang cantik berbaju kurung bersama shawl yang terletak sahaja di kepalanya mula mendekati Fairuz yang sedang ditatarias. “Yuz, aku minta maaf. Aku kena hantar sepupu aku ke hospital tadi. Tiba-tiba aje dia astma. Aku minta maaf, okey?” Rania mula melulut di tepi Fairuz. Jari-jemarinya mula meraih jari-jemari Fairuz.
Fairuz bagaikan patung cendana. Diam tidak berkutik. Pandangan matanya tepat memandang ke arah cermin yang berada di hadapannya. Tidak berkelip langsung.
Rania yang pelik dengan sikap rakannya itu mula berdiri. Dahinya dikerutkan. Jurusolek yang bernama Hazreena itu dikerling sekilas. Hazreena pantas menggeleng dan mengangkat bahunya. Dua orang gadis yang sedang menjadi pembantu jurusolek juga kelihatan menggelengkan kepala sahaja.
Rania bergerak ke tepi Fairuz. Hazreena pantas memberhentikan segala aktiviti menatarias bakal pengantin. Bahu Fairuz digoncang perlahan.
“Yuz, kau okey tak? Yuz.” Kerutan di dahi Rania makin jelas kelihatan.
Tiba-tiba sahaja wajah Fairuz menoleh ke arah Rania. Air mata yang bergenang di sekitar tubir matanya perlahan-lahan menuruni lekuk pipinya yang kemerah-merahan akibat solekan tadi.
Tubuh Rania terus sahaja didakap. “Nia, aku tak boleh buat.” Dalam sedu-sedan Fairuz mula merintih.
Dahi Rania makin terserlah kerutannya. Dia lantas mengusap-usap belakang badan Fairuz untuk menenangkannya sambil membawanya ke bilik air. Pintu bilik air dikunci rapat oleh Rania. Lantas tubuh Fairuz yang hampir longlai itu dipegang.
“Yuz, kau kena percaya dengan diri kau. Kau boleh buat. Kau boleh hadapinya.” Rania mula memberikan semangat kepada Fairuz.
Air mata Fairuz laju menuruni pipinya yang gebu itu. Solekannya turut rosak. “Aku tak sanggup nak lakukan. Aku… aku… asyik teringatkan dia. Aku tak boleh lakukannya, Nia.” Bahunya terhinjut-hinjut kerana tangisannya semakin lebat.
Rania meraih dagu Fairuz untuk merenungnya. “Yuz, kau kena lakukan juga. Pernikahan ini atas kehendak parents kau. Kau kena hadapinya, Yuz. Aku sentiasa ada di samping kau.” Rania mula membawa tubuh Fairuz yang lemah dan longlai itu ke dalam pelukannya.
Semakin hebat tangisan Fairuz. “Nia, terima kasih,” ucap Fairuz dalam nada sedu-sedan yang tertahan.
Senyuman lega terukir di bibir Rania. “Yuz.” Rania meleraikan pelukan mereka. “Aku yakin yang kau kuat.” Jari-jemari Fairuz digenggam untuk mendapatkan semangat.
Fairuz mula menguntum senyuman. “Nia, thanks a lot.” Fairuz membalas genggaman jari mereka. Air mata yang memenuhi pipinya pantas dibersihkan dengan tisu.
Mereka melangkah keluar dari bilik air. Kelihatan Hazreena sudah bersedia dengan alat soleknya sambil tersenyum memandang Fairuz. Fairuz dan Rania membalas senyumannya.
“Saya minta maaf sebab dah rosakkan make up awak dengan air mata saya.” Fairuz melabuhkan punggungnya di meja soleknya.
Hazreena hanya tersenyum sambil mengesat pipi Fairuz yang masih basah itu dengan kain lap. “It’s okay. Saya faham debaran bakal pengantin. Tak apa, Cik Yuz. Saya tinggal touch up sikit je.” Hazreena memandang wajah Fairuz pada biasan cermin.
Fairuz hanya tersenyum hambar. Wajahnya yang sengaja diceriakan itu tidak mampu menutup isi hatinya.

“DAH sedia?” tanya Datin
Noora sebaik sahaja dia menguak daun pintu kamar pengantin.
Fairuz yang sedang berdiri sambil melihat penampilannya buat kali terakhir segera memandang wajah mamanya. Senyuman cuba diukir di sekitar bibirnya. Nafas ditarik perlahan-lahan sebelum mengangguk kecil. “Mama, Yuz dah sedia.”
Pantas Datin Noora tersenyum lega. Wajahnya jelas menunjukkan wajah ceria. “Okey, mama tunggu kat bawah. Semua dah siap nak ke masjid.” Pintu kamar ditutup dan susuk tubuh yang memakai jubah berwarna biru tiffany bersama turbin di kepala perlahan-lahan menuruni anak tangga.
Fairuz menarik nafas lega. Pandangan matanya dialihkan pada rakannya yang sedang bersiap-siap.
Rania yang menyedari pandangan mata rakannya menyorot dirinya segera membalas pandangan tersebut. “Yuz, dah. Jom.” Lengan rakannya itu dipegang sambil senyuman cuba diberikan buat rakannya sebagai penenang jiwa.
Fairuz yang sudah sedia anggun memakai busana baju kurung moden berwarna putih bersih bersama tudung berwarna senada mula melangkah keluar dari kamar tidurnya. Hatinya tidak setenang wajahnya. Hatinya tidak seceria senyumannya.
Pintu kamar ditutup dan kelihatan beberapa orang gadis yang membawa dulang hantaran sudah menaiki limosin.
“Yuz,” panggil Rania lembut.
Fairuz tersedar daripada lamunannya. Pandangannya segera dialihkan kepada rakannya yang setia berada di sisi.
“Jom, semua orang dah tunggu kau.” Lengan Fairuz segera ditarik menuruni anak tangga. Susuk tubuhnya yang langsing itu mengikut sahaja langkah kaki Rania. Hatinya kosong bagai tiada apa-apa yang penting akan berlaku dalam hidupnya.
“Yuz.” Langkah kakinya terhenti sebaik sahaja gegendang telinganya mendengar seseorang memanggil namanya. Pandangannya bertaut kepada susuk tubuh tua yang sedang terkocoh-kocoh mendapatkannya.
“Yuz, hati-hati ye.” Mak Saleha sempat berpesan kepada anak majikannya. Air mata mula kelihatan bergenang di sekitar tubir matanya yang tua itu.
Mulut Fairuz bagaikan terkunci. Anggukan kecil sahaja yang mampu dilakukan oleh Fairuz.
Rania yang setia berada di sisinya mula bersuara. “Mak Sal tak ikut sekali?” tanya Rania cuba memecahkan keheningan yang sedang membelenggu suasana.
Mak Saleha pantas menggeleng. “Tak. Mak Sal sibuk di dapur.” Mak Saleha cuba mengukir senyuman di hujung bibirnya yang tua itu walaupun hatinya sedang bersarang seribu satu perasaan yang tidak diketahui. Hati tuanya amat memahami perasaan Fairuz.
“Mak Sal ke dapur dulu,” pinta Mak Saleha lantas memboloskan dirinya ke bahagian dapur. Hati tuanya tidak tega melihat Fairuz yang sedang berperang dengan perasaan sendiri.
Langkah kaki Fairuz disambung kembali menuju ke arah pintu utama. Kasut tumit tinggi yang berwarna senada dengan bajunya disarungkan ke kakinya. Kelihatan kereta Peugeot milik papanya sudah sedia menunggu dirinya bersama Rania untuk masuk ke dalam perutnya.
“Kakak.” Suara yang menegurnya dari arah belakang menyebabkan langkahnya dan Rania mahu menuju ke kereta Peugeot terhenti. Serentak Fairuz dan Rania menoleh ke belakang.
Syafiella sedang berlari-lari anak cuba untuk mendapatkan Fairuz. Tubuh langsing Fairuz terus sahaja didakap erat. Rania dan Fairuz berpandangan sesama sendiri.
Kedengaran tangisan daripada Syafiella. “Kak, Fiella harap kakak tak buat keputusan yang salah.” Air mata bercucuran mengiringi kata-katanya.
Fairuz mengerutkan dahinya. Rania juga begitu namun, pantas dia mendiamkan diri. Malas dia mahu menyampuk urusan mereka adik-beradik. “Apa yang Fiella cakap ni? Kakak tak faham.” Kepala Fairuz laju digelengkan.
Syafiella meleraikan pelukan erat mereka. Air mata pantas dikesat. “Kak, Fiella harap perkahwinan kakak dengan Nazmi adalah satu keputusan yang betul. Fiella harap kakak tak akan kecewa lagi.” Senyuman cuba diukir di bibirnya. Wajahnya memandang wajah kakaknya.
Fairuz mencerunkan pandangannya. Keluhan kecil juga kedengaran. Dia hanya mendiamkan diri. Tiada sebarang kata-kata keluar daripada mulutnya.
Syafiella yang manis berbaju kurung berwarna biru tiffany itu mula meraih jari-jemari perempuan kakaknya untuk digenggam. “Kak, Fiella tak sanggup nak tengok kakak kecewa lagi. Jadi, harapnya kali ini kakak tak buat keputusan yang salah. Masih belum terlambat untuk kakak ubah fikiran lagi.”
Fairuz pantas meleraikan genggaman jari-jemarinya. Dia malas mahu mengatakan soal dia dan Nazmi. Keputusan yang dilakukan bukanlah untuknya tetapi untuk mama dan papanya. Wajahnya diangkat memandang wajah adiknya yang berbekas air mata itu.
“Fiella, kakak pergi dulu. Fiella tak ikut ke?” tanya Fairuz cuba untuk menukar topik.
Syafiella mengetap bibirnya atas dan bawah. Nampaknya rancangannya kali ini untuk meracuni fikiran kakaknya tidak menjadi. Otaknya ligat mahu memberi alasan yang kukuh kepada kakaknya.
“Kak, Fiella tak boleh pergi. Fiella tengah uzur. Senggugut sangat-sangat.” Kedua-dua belah tangannya menekan perutnya. Dahinya berkerut-kerut menahan kesakitan.
“Kalau macam itu tak apalah. Kakak pergi dulu.” Fairuz dan Rania menyambung langkahnya kembali.
Kelihatan Fairuz dan Rania telah memboloskan diri mereka ke dalam perut kereta. Tidak sampai lima minit kereta Peugeot meluncur laju meninggalkan rumah banglo itu.
Syafiella membersihkan air mata palsunya. Dia sengaja berlakon uzur bagi meyakinkan kakaknya. Dia tidak mahu melihat upacara pernikahan kakaknya dengan jejaka idamannya. Giginya diketap geram. Rancangannya kali ini tidak menjadi. Ternyata kakaknya tidak termakan dengan kata-katanya kali ini.
“Tengoklah, aku akan rampas hak aku daripada kau walau dengan apa cara sekalipun.”