Friday 3 July 2015

Iftar Yang Sangat Memorable

Assalamualaikum dan hai wahai pembaca blog ceriitumerah.blogspot. Sorry laa sebab lately lack of upadate sebab aku dah mula sibuk dekat universiti. Maklumlah aku kan dah masuk sem 3 so, makin sibuklah. Tambahan pula, (cehhh dah jadi cikgu BM kau Jah) sekarang kan bulan Ramadan. Aku nak fokus study dulu. Oh by the way ( dah jadi omputih pleak die ni) novel aku dah siap just tinggal edit je tapi aku tak post kat sini. Maybe sampai bab 30 je kot aku post kat sini. Kalau aku terbukak ati nak post lagi tengoklah tapi... tak janji tau! Korang jangan tagih pulak. Kesian korang tunggu. Aku just cakap awal-awal je. Aku nak korang doakan novel aku diterima oleh publisher sebab aku akan publishkan novel aku ni tak lama lagi.

Okey, penat sangat bebel harini. Back to our tittle above, IFTAR YANG SANGAT MEMORABLE. Since da masuk 17 Ramadan aku masih belum terlambat kot aku nak cakap selamat berpuasa untuk seluruh umat Islam yang ada kat muka bumi ni. Sorry laa lambat wish kat korang... hehehhe :D.

Sebenaqnya, ( kah, utagha kau jahhhh) aku nak citer pasal iftar ni. Firstly, adalah sorang classmate aku ni (Faqis) cakap yang dia ada niat nak berbuka dengan anak-anak yatim. Dah lama dah kot dia cakap kat kitorang. Kat grup wasap. "Ish, mamat ni! Biar betul?!" First impression aku bila baca kat wasap grup. Aku pike si Paqis ni main-main. So, aku ignore jela mamat ni nak cakap ape kan. Sebab mamat ni suka main-main.

Tapi, tetiba dia kata kat grup wasap ari Khamis (18/6/15) ada benda penting dia nak bincang lepas kelas ELC esok so, maksudnya ari Jumaat laaa. "Dah pulakkk si Faqis ni kenapa?" Pelik aku bila baca wasap tu. Berdebar pun ada. Aku ingat kan nak cakap pasal kelas Sir Taufik sebab Sir Taufik dengan dia dah jadi member dah sekarang. Hahahaahha. So, esoknya aku datang kelas macam biasalah.

Esoknya pulak, lepas habis kelas ELC tu Faqis suroh ktorang tunggu kejap ade benda nak bincang. "Korang, yang pasal berbuka kat rumah anak yatim tu aku dah cari dah rumahnya. Rumah tu ada kat Ipoh jauh sikit. Lepastu dia kata sampai 30/6 je kosong. Bulan 7 start full." Time dia cakap tu aku sumpah terkejut. Ingat dia main-main je rupanya serius. Baiknya dia ni haishhh. Lepastu kitorang start bincang-bincang pasal kete sewa, menu nak bawa pegi rumah tu apa semua kan. Lama gak laa bincang tuu... tapi tak capai kata sepakat lagi. Yang si Faqis ni asyik sibuk call. Faqis kata jgn confirm kan lagi semua benda tu. So, kitorang balik bilik.

Malam tu, kitorang dapat tahu yang budak-budak lelaki kelas aku pergi overnight kat Ipoh. Ala... biasalah lelaki kan? Diorang memang selalu overnight kalau jumaat sabtu tu. Best, kan? Jeles gile. Kitorang? Dak pompuan ni? Buat apa? Mereput sambil tengok movie laa ape lagi? Lagipun pompuan bahaya kalau overnight macam tu. Lagipun esoknya, kitorang pompuan nak pergi tengok rumah sewa.

Esoknya, tetibe dak laki suroh wakil beberapa dak pompuan turun kat Pusat Pelajar sebab nak bincang pasal hal tu. So, aku pun dgn dak2 pompuan yang lain turun laaa. Kitorang bincang-bincang and akhirnya capai kata sepakat. So, kitorang pilih tarikh 30/6/2015 bersamaan Hari Selasa petang sebab esoknya kitorang ada kelas petang je. Hahahahah... pandai tak pilih tarikhhh?????? Ni ha ada sekeping gmbar selpie kitorang masa tengah berbincang.

Khusyuk tak kitorang bincang ahahahah

Lepastu, rupa-rupanya dak2 laki tu overnight sebab nak cari rumah anak yatim yang sesuai. So, diorang jumpalah rumah ni. Jap ada gambar.


So, inilah rumah yang kitorang pergi ni

Mereka ni anak-anak yatim yang tahfiz. Ada dua orang ustaz kot tak silap aku yang handle pusat ni. Tapi aku tak pastilah bilangan anak-anak yatim tahfiz ni yang duduk dalam rumah ni. Rasanya macam 34 kott??? Tak pastilah...
Then, kitorang start laaa our journey to that orphanage home. (Ahahah bantailah bahasa inggeris tu) Satu kete Citra, 4Myvi start the journey kol 2.30 petang. Kitorang senanye ade kelas kol 2.15 tu tapi mintak excuse dgn sir taufik sebab nak buat amal jariah sikit ahahahha.
Aku naik kete citra tu. Ya Allah! Bising nak mati kat dalam kete Citra tu. Mana taknya tujuh org sumbat dalm kete Citra tu. Sume mulut yang tak reti nak diam. Dengan panasnya lagi haishhh... tapi best laa jugak dpt sekereta dengan dorg. Sudahlah driver die tu Naff. Laju kot dia bawak tapi... mcm org pro laaa bawak. Tapi yang paling tak tahannya dia bawakkk mcm nak drift. Time selekoh tu kitorang da terpelanting. Astagaaaa!!!!! Kate kawan Sabah aku ahahha.

Dengan sesat-sesatnya akhirnya tepat jam 6.30 petang kitorang pon selamat sampai kat sana. Alhamdulillah, layanan diorang baikkkk cuma aku je yang segan sebab diorang sume laki and berkopiah. Faham-fahma laaa kan kalau tahfiz tu guano? Malas nak bebel nahhh tengokkk laaa gambar2 ni....



Nasi tomato, ayam masak merah, kuih apam, karipap and air Kak Timah buat sangat sedap

Para Muslimah sediakan makanan

SELFIE laaa ape lagii


Tunggu Syawal jadi Imam untuk Tarawih

Girls memang suka bergambar

Orang kata aku (tudung purple) anak yatim juga

Satu kelas berselfie with ratu selfie

Tak tahu nama budak ni... aku main sambar je budakkk

Cehhh matching katanye ahahah

Khusyukkk Abe Naff layan bebudak ni... dia sogok Oppo laa ape lagi?

Girls kebuluq buka puasa



Manusia yang baju purple ni laaa yang handle event ni... Faqis name dia

Abam-abam yang penyayang bergambar ahahah

Kononnya candid


Serius nampaknya Syawal (Imam Terawih) kita ni bercerita

Sempat lagi berSELFIE dgn kamera HD Bella masa kat Tesco beli barang
Kite first time pakai tudung bawal crepe ni pelik sikit kottt

AC1203B
Aku just nak cakap event yang dihandle oleh Faqis dan dapat kerjasama daripada kitorang sangatlaaa BEST and AWESOME!!! Harap dapat buat lagi tahun depan. Serius! Aku tak tipu! Best sangat! Kitorang sederhana sahaja sambut diorang ni sebab kitorang pun student lagi. So, kitorang bantulah apa-apa yang termampu. Ikhlas tak ikhlas tu Allah yang punya kerja. Yang penting apa yang kita mampu kita bantu. Insyaallah akan diulangi lagi event gini.
Tangan pun dah penat menaip soo, aku nak pen off dulu. Opppsss! Bukan pen off! Keyboard off! Ahahhahahha bye! Assalamualaikum and Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri. Jumpa lagi di lain entry.

Yang sentiasa menyayangi pembaca ceriitumerah.blogspot
CIK NAZSUHA FAIZILA :)