Saturday 7 February 2015

Penulisan2u

Hai!!!! Assalamualaikum!!! Jumpa lagi tak sampai berapa minit laa hahahah. Aku sebenarnya dah penat ni tapi still nak tulis something jugak dekat blog kesayangan aku ni. Bila korang nampak tajuk ni mesti korang tertanya-tanya, kan? Apa lahh Cik Naz ( cewahhhh) nak bebel ni. Haish sebenarnya aku nak cakap pasal cerpen dan novel aku yang keluar dekat penulisan2u.
Since tahun lepas lagi novel aku bab 1-6 dah keluar tapi cerpen yang aku hantar dah nak dekat setahun baru keluar bulan Januari hari tu. Lama, kan? Tak tahulah kenapa lama sangat.

Sempat lah aku screenshot cerpen aku daripada penulisan2u tu. Tapi bukan pasal cerpen aku nak cakap tapi pasala benda lain. Nampak tak komen kat situ. Haa... pasal komen tulah yang aku nak cerita sekarang ni.






Nampak tak semua komen-komen nya tu? Haa... apa korang akan rasa bila dapat komen yang negatif macam ni? Aku tanya ni hmmm
Mesti korang akan rasa down kan? Tak pun macam ada rasa marah sikit. Samalah macam aku. Aku rasa macam down pun ada, nak marah pun ada tapi..... nak buat macam mana kenelah terima segala kritikan.
Memang aku akui cerpen ni bosan sebab aku buat untuk orang-orang tertentu sahaja dan orang-orang tu sahaja yang akan faham makna cerpen tersebut. Orang lain yang baca memang akan kata BOSAN dan SYOK SENDIRI. Memang silap aku sebab hantar cerpen ni kat penulisan2u untuk disiarkan. Aku hmmm.... minta maaf kat semua pembaca sebab terpaksa baca cerpen aku yang serba BOSAN dan SYOK SENDIRI ni. Aku nak ucapkan terima kasih jugak kepada para KOMENTAR yang sudi KOMEN walaupun banyak komen yang negatif. Thank you. Aku akan jadikan benda ni pengajaran. AND aku nak pesan kepada PARA KOMENTAR, try TULIS cerpen dulu, baru anda tahu betapa susahnya nak menjadi seorang PENULIS. Dan pada masa yang sama anda akan tahu macam mana perasaan kalau dapat KOMEN yang negatif. Aku bukan nak salahkan KOMENTAR cuma aku nak cakap, apa perasaan anda kalau anda berada di tempat macam ni?
Fikir-fikirkanlah wahai pembaca-pembaca sekalian.
Pembaca memang ada hak nak bersuara tapi tahulah yang penulis juga susah nak puaskan hati pembaca. Susah nak puaskan hati pembaca. Tapi aku takkan putus asa. Aku akan pastikan yang Novel Cintaku Hanya Untukmu akan terbit jugak....
Cuma aku perlukan sokongan daripada korang semua....






Ini adalah novel dan cerpen aku yang keluar kat penulisan2u. Kalau ada masa rajin-rajinlah jenguk dan komen.
AKU PERLUKAN KOMEN YANG MEMBINA BUKAN MENJATUHKAN
bye, assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment