Monday, 14 July 2014

Novel: Cintaku Hanya Untukmu bab1

BAB 1


FAIRUZ melangkah keluar dari rumah banglo itu dan menuju ke garaj kereta. Kereta Audi miliknya sudah sedia menunggu untuk dipandu. Kelihatan kereta Peugeot milik bapanya sudah dihidupkan enjinnya oleh pemandu peribadi bapanya.
        “Selamat pagi Pak Man.” Fairuz sekadar berbahasa.
        Lelaki yang separuh abad itu sudah tersenyum penuh hormat. Fairuz membalasnya dengan senyuman yang sungguh mesra. Fairuz sememangnya seorang yang mesra dengan pekerja yang berada di rumah banglo milik keluarganya. Fairuz segera masuk ke dalam keretanya itu dan menghidupkan enjin.
        “Awalnya Yuz nak pergi kerja.” Kelihatan Dato’ Johan telah tersembul di muka pintu dengan memakai t-shirt berkolar berwarna putih.
        “Hari ni Yuz ada meeting penting pukul sembilan.” Fairuz sudah keluar daripada keretanya.
        “Yang papa ni nak ke mana pagi-pagi? Handsome macam ni. Jangan-jangan…papa dah pasang lagi satu ek?”
        Fairuz mula berseloroh sambil tersenyum memandang papa kesayangannya. Dato’ Johan sudah mula membetulkan kolar t-shirtnya sambil tersenyum penuh makna.
        “Mana ada. Kamu ni mengarutlah. Hari ni papa nak main golf dengan Tan Sri Mansor.” Dato’ Johan sudah mendekati kereta Peugeot miliknya.
        “Papa tak pergi office ke?” tanya Fairuz inginkan kepastian. “Lepas papa main golf nanti papa pergi office. Main golf dengan Tan Sri Mansor pun sebab nak bincang pasal projek dekat Country Heights tu.” Dato’ Johan bersandar di tepi kereta Peugeot miliknya.
        “Okey papa. Yuz pergi dulu.” Fairuz masuk kembali ke dalam kereta miliknya.
        Tidak sampai lima minit kereta Audi sudah meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah banglo itu. Dato’ Johan hanya tersenyum melihat anak sulungnya itu.
        “Rajin betul anak aku yang seorang ni.” Dato’ Johan menggelengkan kepala sambil membuka pintu kereta.

“ADUH, masa macam nilah kereta ni nak rosak. Aku ada meeting penting pagi ni,” omel Fairuz sambil membuka bonet hadapan keretanya. Kelihatan asap keluar apabila dia membuka bonet keretanya.
        “Alamak! Macam mana ni?” Fairuz sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
        Mengenangkan nasibnya yang sudah dirundung malang pagi-pagi lagi. Sudahlah dia akan menghadiri meeting pada pagi ini, keretanya pula bermasalah. Apa yang patut aku buat?
        Fairuz bingung memikirkannya. Dia sudah memegang erat telefon bimbit miliknya sambil bersandar di tepi keretanya itu. Mahu menelefon papanya sudah tentu papanya sedang sibuk bermain golf. Mahu telefon Pak Man sudah tentu dia sedang berada bersama papanya.
        Apa yang dia boleh buat? Hanya tunggu sahaja seseorang yang baik hati untuk menolongnya. Fairuz hanya memandang sayu sahaja kereta kesayangannya itu.
        Dari jauh kelihatan pemandu kereta Mitsubishi Lancer sudah memperlahankan kenderaannya untuk berhenti. Mungkin pemandunya melihat kereta milik Fairuz yang tersadai di tepi jalan. Tidak sampai lima minit kereta itu sudah berada di hadapan Fairuz. Perlahan-lahan bibir mungil Fairuz menguntum senyuman.
        Kelihatan juga seorang jejaka telah keluar apabila pintu bahagian pemandu dibuka. Fairuz terkedu seketika apabila melihat jejaka tersebut namun, dia dapat mengawal perasaannya saat ini.
        Jejaka yang memakai seluar jeans berwarna biru dan berbaju t-shirt lengan pendek berkolar berwarna hitam itu sudah berjalan perlahan menuju ke arah Fairuz. Jejaka yang sederhana tinggi itu mula membuka kaca mata hitam yang dipakainya. Mata mereka bertatapan.
        Terpana seketika tatkala melihat wajah dan susuk tubuh Fairuz. Lama dia mengamati wajah Fairuz. Fairuz yang sedar jejaka tersebut mengamati setiap inci wajah dan susuk tubuhnya, hanya mampu melarikan pandangannya.
        ‘Cantik sangat ke aku ni?’ Dahi Fairuz sudah berkerut.
        Ya, dia memang cantik. Memakai blaus pendek bersama skirt labuh bawah lutut yang potongannya mengikut bentuk badan sudah cukup membuatkan dia nampak agak muda berbanding usia sebenar. Rambut yang dibiar lepas separas bahu membuatkan dia nampak begitu cantik. Memiliki warna kulit kuning langsat tidak membataskan dia untuk mengenakan solekan nipis.
        “Are you an angel?” kata jejaka tersebut separuh berbisik namun mulutnya nampak terkumat-kamit mengatakan sesuatu.
        Ternyata jejaka tersebut begitu kagum dengan kecantikan yang dimiliki oleh Fairuz. Fairuz sudah tidak sedap hati. Jejaka yang berada di hadapannya amat mirip dengan seseorang. Wajahnya dan susuk tubuhnya juga mirip dengan seseorang yang begitu rapat dengannya.
        ‘Tak mungkin dia.’ Fairuz cuba membuang perasaannya jauh-jauh.
        “Cik, kereta rosak?” Jejaka tersebut cuba mendekati Fairuz.
        Fairuz hanya mengangguk sambil menuju ke bonet keretanya. Jejaka itu juga perlahan-lahan mengikuti langkah Fairuz.
        “Nampaknya kereta awak kena ke workshop.” Jejaka tersebut menutup bonet hadapan kereta Fairuz.
        “Apa? Ke workshop?! Habis macam mana saya nak ke pejabat? Sam…sampai bila?” Fairuz sudah cemas. Dia juga sudah menunjukkan keresahan di wajahnya.
        “Tak apa. Jangan risau nanti saya hantar awak ke pejabat. Nanti saya call kawan saya suruh bawak kereta awak ke workshopnya.”
        Jejaka tersebut mula memujuknya. Fairuz yang sedang bersandar di tepi kereta mula mengangkat wajahnya.
        “Emm…terima kasih.” Hanya itu yang dapat diucapkan oleh Fairuz di kala ini. Dia tidak mampu mengucapkan yang lebih-lebih atas kebaikan seorang jejaka yang tidak kenalinya itu.
        “Terima kasih sebab sudi hantar saya ke office. Who are you gentleman?” Fairuz memandang wajah comel jejaka yang kini sedang memandu menuju ke pejabatnya.
        “Oh…saya Nazmi Faiz. Awak?” Nazmi memandang sekilas wajah cantik Fairuz.
        Fairuz hanya mengangguk dan tersenyum. “I’m Fairuz Farisha.”
        Dia memandang kembali wajah ceria Fairuz sambil memberikan senyuman yang paling manis buat gadis yang baru dikenalinya itu.
        Senyumannya membuatkan Fairuz terkesima seketika. ‘Senyumannya juga sama.’ Sekali lagi hatinya berkata-kata. Fairuz cuba mengalihkan pandangannya kepada jalan raya.
        Suasana hening mula menyelubungi mereka. Hanya kedengaran lagu-lagu yang berkumandang daripada corong radio sahaja. Mungkin mereka tidak tahu apa yang ingin dibualkan. Masing-masing lebih selesa mendiamkan diri.
        “Kalau awak tak kisah, boleh saya jadi supir awak sampai kereta awak siap dibaiki?” pinta Nazmi.
        Fairuz terkejut lantas menoleh ke arah Nazmi yang sedang memegang stereng kereta itu.
        “Apa awak cakap? Tak payah susah-susah lagipun I have my own driver.” Fairuz tergelak kecil mendengarkan permintaan Nazmi. Lucu barangkali.
        “Kenapa gelak? Kelakar sangat ke?” Nazmi menjeling ke arah Fairuz.
        “Tak. Okay, I’m sorry.” Fairuz cuba memujuknya.
        “Kenapa awak perlu susahkan diri awak sampai nak jadi driver saya. Kereta saya rosak bukan sebab awak.” Fairuz mengerling ke arah Nazmi.
        “Lagipun kita baru tahu nama sahaja. Saya tak tahu siapa awak dan awak tak tahu siapa saya. Awak tak ada kaitan dengan saya. Awak pun…bukan boyfriend saya or husband saya,” sambungnya lagi.
        Nazmi melepaskan keluhan. Ternyata dia begitu ingin mendekati gadis manis yang baru dikenalinya itu.
        “Tapi…saya cuma nak tolong awak sahaja dan tak lama lagi…saya akan ada kaitan dengan awak.”
        Dia menggenggam erat stereng keretanya sambil keningnya dikerutkan. Fairuz seakan-akan dapat menangkap maksud kata-kata Nazmi itu. Dia hanya mendiamkan diri sahaja.
        “Kalau awak cuma nak tolong, saya hargai niat awak itu. Tapi…awak tak perlu sampai nak jadi driver saya, okey?” pintanya.
        Fairuz melepaskan keluhan.
        “Jadi…kalau saya nak…kawan dengan awak, boleh?” Nazmi mula mengukir senyuman.
        Fairuz mula mengerutkan sedikit dahinya. Mungkin memikirkan soalan yang keluar daripada mulut jejaka comel yang baru dikenalinya itu.
        Lama Fairuz mendiamkan diri. Soalan yang susah bagi dirinya untuk memberikan jawapan.
        Nazmi mengerling sekilas wajah Fairuz di sebelah kirinya. Dia melepaskan sedikit keluhan sebelum mula mengeluarkan kata-kata.
        “Susah sangat ke soalan saya tadi?”
        Fairuz segera memandang wajah Nazmi tatkala gegendang telinganya menangkap soalan yang keluar daripada mulut jejaka comel tersebut.
        “Kalau awak tak sudi tak apa. Saya tak paksa awak nak te…”
        “Tak bukan macam tu. It’s too early for me to be friend with you. Saya…saya susah sikit nak beri keputusan ni. Tapi walau bagaimanapun saya hargai niat baik awak untuk berkawan dengan saya.”
        Fairuz mula menundukkan wajahnya sebelum kembali menyambung kata-katanya.
        “Saya perlu berhati-hati semenjak kejadian dua tahun lalu…”
        Kedengaran nada suara Fairuz sedikit merendah.
        “Kejadian apa tu?” tanya Nazmi inginkan kepastian.
        “Oh, nothing. Just forget about it.”
        Fairuz mula mengangkat wajahnya sambil tersenyum ceria. Berdasarkan riak wajahnya dia cuba menyembunyikan sesuatu yang tidak diketahui ramai.
        “Jadi apa keputusannya?”
        Nazmi menjongketkan sedikit sebelah keningnya. Tangannya masih erat memegang stereng kereta. Fairuz melemparkan pandangannya pada bahu jalan sebelum kembali memandang wajah jejaka yang berada di sebelah kanannya.
        “Emm…okey…” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Fairuz.
        ‘Yes.’ Hati Nazmi sudah terlalu gembira kala ini.
        “But just a friend not more than that, okay,” sambung Fairuz.
        Kata-katanya lebih kepada sebuah peringatan. Nazmi hanya mengangguk tanda bersetuju dengan keputusan yang diberikan oleh Fairuz.
        ‘Ya, mungkin hari ni kita hanya sebagai seorang kawan dan tak lebih daripada itu.’
        “Helo, Yuz! Kau kat mana?” Kedengaran suara Rania, setiausahanya di hujung talian.
        Fairuz memandang sekilas ke arah Nazmi. Ternyata Nazmi fokus dengan pemanduannya.
        “Nia, I’m on my way.” Ringkas sahaja jawapan Fairuz.
        “Kau lama lagi ke nak sampai? Ada lagi setengah jam sebelum meeting penting tu bermula.” Rania mula resah.
        “Emm…tak lama lagi aku sampai. Okay, bye.”
        Fairuz segera mematikan talian. Dia tidak mahu rakannya itu bertanya apa-apa lagi tentang dirinya saat ini. Fairuz juga sudah mulai resah memikirkan meeting tersebut. Pandangannya dilemparkan ke arah jalan raya.
        “Fairuz, boleh saya minta nombor telefon awak? Yela nanti senang saya nak call awak bila kereta awak siap nanti,” tanya Nazmi sebaik sahaja sampai di perkarangan pejabat Maya Holding.
        “Oh, ini business card saya. Don’t forget to call if my car siap nanti.”
        Fairuz memberikan kad tersebut kepada Nazmi. Nazmi menyambutnya sambil bibirnya menguntum senyuman. Fairuz mengerling sekilas pada jam tangan miliknya.
        “Alamak! Saya dah lambat. I have to go now. Once again, thank you.”
        Fairuz sudah melangkah keluar daripada kereta tersebut. Dia segera bergegas menuju ke pejabat milik keluarganya tanpa sempat menoleh ke arah Nazmi.
        ‘Ya, aku tak pernah lupa nak lupa call kau sayangku, Fairuz.’ Nazmi tersenyum sambil dia kembali menyambung pemanduannya.
        Walaupun dengan pertemuan yang singkat hati lelakinya sudah cukup bergetar melihat wanita yang baru dikenalinya itu. Pertemuan yang tidak disengajakan itu telah menyemai benih-benih cinta dalam hati Nazmi. Fairuz, wanita yang telah membuat jiwa lelakinya bergetar, berbunga dan bertaman indah.
        Namun, adakah Fairuz sudi menjadikannya lebih daripada seorang kawan sebagaimana Nazmi? Mungkin juga perasaan Fairuz terhadap Nazmi sangat berbeza berbanding perasaan Nazmi terhadap Fairuz.  

0 comments:

Post a Comment