Saturday, 12 July 2014

Cerpen 4 Ihsan 2012

REUNION

Palace Of The Golden Horses. Tempatnya gah segah namanya juga. Itulah tempat yang akan diadakan reunion bekas-bekas pelajar tingkatan 4 IHSAN. Tempat yang aku sewa untuk diadakan majlis reunion. Rindu yang menggunung terhadap rakan-rakanku dahulu mendorong aku untuk mengadakan majlis reunion tersebut. Kukira mungkin mereka juga rindu saat-saat manis bergelar pelajar 4 IHSAN.
        Apa agaknya khabar mereka? Dapatkah mereka mencapai impian mereka? aku tertanya-tanya di dalam lubuk hatiku.
        Pertanyaanku mungkin akan terjawab tidak lama lagi. Suka, duka, gelak, tawa, senyum, tangis semua kami lakukan bersama tidak lama dulu. Kini, kami sudah berumur 29 tahun. Maknanya sudah 12 tahun lamanya kami tidak bersua muka. Aku duduk menongkat dagu sambil mengimbau kembali kenangan lalu.

AKU mengerling ke arah jam tangan milikku. Baru pukul 10:00 pagi, getus hati kecilku. Aku bersabar menanti kehadiran mereka. Sebentar lagi mereka akan sampai, pujuk hatiku.
“Hai, SUHAILA!” Suara tersebut manyapaku dari jauh menyebabkan aku menoleh ke arah suara tersebut.
        Kelihatan dua susuk tubuh menuju ke arahku. Sepertinya aku amat kenal dengan dua orang itu.
        “Oh, kau AFIQ NORAZMAN! Eh, yang ini mesti isteri kau, NABILA HUSNA!” Aku menyapa mereka membuatkan mereka tersenyum lebar.
        “Wah, kau dah handsome dan makin segak bergaya! Kau juga dah makin tinggilah.”
        Pujian itu membuatkan AFIQ NORAZMAN tersenyum bangga.
        “Mestilah. Isteri aku ini pandai jaga aku,” katanya sambil memeluk mesra isteri kesayangannya itu.
        NABILA HUSNA hanya menguntum senyuman yang manis. Aku menjemput mereka berdua untuk duduk di meja yang telah disediakan. Itulah dia AFIQ NORAZMAN atau nama panggilannya FRANK. Akhirnya dapat juga dia mencapai impiannya berkahwin dengan NABILA HUSNA. Dahulu AFIQ NORAZMAN adalah Ketua Umum di sekolah. Dia selalu menghiburkan kami di kelas. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan.  

AKU masih menunggu mereka dengan penuh kesabaran. Ekor mataku dapat menagkap satu lambaian daripada seorang wanita. Aku menoleh ke arah lambaian tersebut lalu kubalas lambaiannya dengan penuh senyuman.
        “Ah, NADIHA rupanya,” sapaku lalu kupeluk erat tubuh badannya.
        “Kau datang sorang sahajakah, NADIHA?” aku bertanya kepadanya sambil memanjangkan leherku seperti seekor zirafah.
        “Tak. Aku datang dengan suami aku,” jawabnya. Aku mengerutkan dahiku. “Mana suami kau?” tanyaku sambil mataku melilau-lilau mencari orang yang diperkatakan.
        “Itu dia,” jawabnya sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah susuk tubuh yang sedang menuju ke arah kami.
        “Ha, apa? JAD AJWAD suami kau! Nampaknya dapat juga kau capai impian kau ya, NADIHA.” Aku membeliakkan mataku apabila mendapat tahu NADIHA bersuamikan JAD AJWAD.
        Aku menyapanya sejurus selepas dia mendekati kami berdua. NADIHA hanya tersenyum manis apabila mendapati aku terkejut mendapat tahu berita tersebut. Aku menjemput mereka bedua untuk duduk di meja yang disediakan. Mereka berdua berjalan ke arah meja tersebut sambil berpegangan tangan penuh kemesraan. NADIHA memang meminati JAD AJWAD sejak dari bangku sekolah lagi. Walaupun mereka berlainan kelas, namun NADIHA tetap menyimpan perasaan terhadapnya. Akhirnya tercapai juga impian NADIHA.

ADA lagi sembilan orang belum sampai, getus hatiku. Tiba-tiba aku terdengar suara yang seakan keanak-anakakkan menyapaku dari arah belakang.
        “Hai, SUHAILA!” Sepertinya suara itu amat aku kenali suatu masa dahulu.
Aku mengalihkan pandanganku ke arahnya sambil menyapanya.
        “Hah, kau ke SITI AISYAH?” Aku hampir terlopong apabila melihat perubahan yang berlaku ke atas dirinya.
        “Ya, aku lah SITI AISYAH. Kenapa? Tak percaya ke?” Dia sudah memusing-musingkan badannya yang dibaluti baju kebaya itu.
        “Wah, ayunya kau! Dulu kau tak pernah macam ini.” Aku berpelukan dengannya sambil menitiskan air mata kegembiraan.
        “Eh, kau kata kau datang dengan HANUM, tapi mana dia?”
        Aku mengerutkan sedikit dahiku.
“Tu ha.” Bibirnya memuncungkan ke arah satu susuk tubuh wanita yang amat anggun.
        Lenggok langkahnya persis seorang model. Liuk tubuhnya dapat mengiurkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Halus mulus kulit wajahnya bak aktres di layar perak.
        “Hai,” sapanya sambil tangannya dihulur tanda mahu bersalaman denganku.
        Aku menyambut salamnya sambil mataku tidak putus-putus melihat perubahan yang berlaku ke atas dirinya.
        “HANUM, apa rahsia kau sampai kau jadi langsing dan lawa macam ini?” tanyaku untuk mendapatkan rahsianya.
        “Ada la. Nanti kita cerita di dalam.”
        Dia berlalu pergi sambil mengajak AISYAH untuk duduk di meja yang disediakan. AISYAH dan HANUM, dua orang rakanku yang dahulunya tidak seperti yang aku lihat sekarang. Perubahan drastik yang berlaku ke atas diri mereka berdua membuatkan aku terkejut besar melihatnya. 

HMM… ada lagi yang tak datang, getus hati kecilku sambil berpeluk tubuh. Tiba-tiba ekor mataku dapat menangkap satu susuk tubuh yang sedang menuju ke arahku. Susuk tubuh tersebut amat aku kenali dahulu tetapi tidak sekarang. Aku tidak pasti sama ada apa yang aku lihat itu dia ataupun bukan. Langkah kakinya persis seorang lelaki yang sangat kacak yang boleh mencairkan hati wanita yang melihatnya. Kacak wajahnya seperti pelakon pujaan ramai. Aku hampir ternganga apabila melihat susuk tubuh itu. Figura tersebut menuju laju ke arahku sambil bibirnya menguntum senyuman dan menuturkan salam.
        “Assalamualaikum,” katanya ringkas.
        “Waalaikumussalam. Ini siapa?” tanyaku inginkan kepastian.
        “Tak kan kau tak kenal? RAHIMEY?” jawabnya sambil menunjukkan wajahnya yang kacak itu.
        “Oh, kau rupanya. Kenapa kau berubah sangat-sangat ni? Eh, kau datang sorang ke?” kataku.
        “Ada la rahsianya. Haah aku datang sorang sebab isteri aku, INSYIRAH outstation,” katanya sambil mengangguk-anggukkan kepala.
        Aku turut tersenyum dan menjemputnya untuk duduk di meja bersama rakan-rakan yang lain. Akhirnya impiannya untuk mengahwini INSYIRAH tercapai juga. RAHIMEY memang sudah suka akan INSYIRAH tetapi cintanya tidak dilayan. RAHIMEY juga telah banyak sangat berubah.

LAMBAIAN dan sapaan daripada seorang wanita yang amat aku kenali mengejutkanku daripada lamunanku. Aku segera menoleh dari arah mana arah suara tersebut.
        “Oh, AFIQAH. Hai,” sapaku.
        Aku membalas lambaiannya dengan senyuman manis terukir di bibir mungilku. Dia segera berlari-lari anak menuju ke arahku dan segera memelukku.                                                           “Hai, SUHAILA! Lamanya tidak berjumpa. Rindu sangat,” katanya sambil menyeka air mata dek kerana terharu.
        Aku tidak mampu berkata apa-apa dan hanya mampu mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Dia meleraikan pelukannya sambil menghulurkan sekeping kad walimatulurus kepadaku. Aku menyambutnya dengan seribu pertanyaan bermain di mindaku.
        “Siapa yang nak kahwin?” tanyaku sambil mataku ligat membaca isi kandungan kad itu.
        Dia hanya tersenyum malu tatkala aku bertanyakan soalan tersebut kepadanya.
        “La kau nak kahwin dengan FAIZ SAFWAN rupanya.” Aku mengangkat kepala sambil bibir mungilku menguntum senyuman yang manis. Dia hanya menganggukkan kepala sahaja.
        Dapat juga kau capai impian kau nak kahwin dengan FAIZ SAFWAN, getus hati kecilku.
        “Tahniah.”
        Itu sahaja yang dapat aku ungkapkan kepadanya tatkala mendapat berita yang dia akan mendirikan sebuah masjid pada minggu ini.
        “Sama-sama. Doakan majlis kami berjalan dengan lancar,” katanya dengan penuh harapan.
        Dia berlalu pergi ke arah meja yang disediakan sambil bibirnya tidak putus-putus memohon aku berdoa untuk kebahagian mereka. AFIQAH memang meminati FAIZ SAFWAN sejak dari bangku sekolah lagi. Teringat juga aku sewaktu FAIZ SAFWAN hendak berlepas ke Jordan. Sanggup dia membuat countdown semata-mata untuknya. Aku hanya menggelengkan kepala tatkala mengingati kenangan tersebut.

“MANALAH pasangan suami isteri ni?” aku bermonolog sendirian sambil mundar-mandir tidak tentu hala. Pandangan mataku tertumpu ke arah dua figura yang amat aku kenali suatu masa dahulu. Seorang lelaki dan seorang wanita. Kelihatan mereka berdua ialah pasangan suami isteri yang sangat mesra. Dua figura itu menuju ke arahku.
        “Eh, ALIA dengan ISKANDAR! Pasangan merpati dua sejoli,” sapaku sebaik sahaja mereka mendekatiku.
        Kelihatan ALIA sedang tercungap-cungap kepenatan kerana dia sedang membawa bebanan yang berat. ALIA sedang berbadan dua!
        “Hai, SUHAILA!” kata mereka serentak. ISKANDAR amat teruja apabila berjumpa denganku.
        “Sayang, cepatlah duduk,” kata ALIA sambil memegang pinggangnya kerana kepenatan membawa bebanan.
        “Eh, ISKANDAR! Bawa isteri kau itu di meja sana. Suruh dia duduk. Cepat,” arahku cemas.
        ISKANDAR segera mendapatkan isterinya untuk duduk di meja yang disediakan. Aku mengekori sahaja ke mana mereka pergi. ISKANDAR menarik kerusi lalu menyuruh ALIA untuk duduk. Aku melabuhkan punggungku bersebelahan dengan ALIA.
        “ISKANDAR, kenapa kau benarkan ALIA pergi majlis ini? Kan aku kata tidak mengapa kalau ALIA tidak pergi. Dah la ALIA tu sarat mengandung anak sulung. Jaga ALIA baik-baik,” bebelku panjang lebar.
        “Bukannya aku tak halang dia. Dah halang dah tapi dia ni degil sangat. ALIA kata nak jumpa dengan kau,” balasnya sambil tangannya memegang belakang badan isteri kesayangannya itu.
        Isterinya itu diusap dengan penuh kasih sayang dan kemesraan. ALIA hanya tersenyum mendengarkan jawapan suaminya itu. Aku berlalu pergi dan membiarkan sahaja mereka berdua. ISKANDAR dan ALIA memang pasangan yang secocok. Mereka sudah suka sama suka sejak dari bangku sekolah lagi.

MANA pasangan yang terakhir ni? getus hati kecilku. Aku sedari tadi asyik melihat-lihat sama ada mereka yang aku maksudkan itu sudah sampai ataupun belum. Selepas lima belas minit menunggu, akhirnya muncul juga orang yang aku maksudkan. Mereka berdua jalan beriringan sambil berpegangan tangan penuh kemesraan menuju ke arahku. Mereka juga mengenakan busana yang sama indah dan sama cantik.
        “Hai, AZHANI dan AZRA’IE!” kataku sambil melambaikan tangan kananku.
        Lambaianku disambut dengan senyuman yang terukir di bibir mereka berdua. AZHANI segera mendapatkanku. Aku bersalaman dan berpelukan dengannya. Ternyata AZHANI telah banyak berubah. Dia sudah mengenakan tudung yang agak labuh menutupi dada.
        “AZHANI, lama kita tidak jumpa sejak kau kahwin dengan AZRA’IE dan kau pindah rumah ikut AZRA’IE,” kataku dalam esak tangisku.
        “SUHAILA, aku pun dah lama tak jumpa kau,” katanya dalam nada esakan.
        AZRA’IE yang sedari tadi asyik berdiri bersebelahan dengan isterinya hanya mampu mengusap-usap badan isterinya. Ternyata kasih sayang yang diberikan kepada AZHANI tidak dapat dinafikan lagi. Aku meleraikan pelukan erat kami sambil menyeka air mata yang sudah berlinangan. Aku menjemput mereka berdua untuk duduk di meja yang disediakan. Aku mengekori sahaja pasangan merpati dua sejoli itu. Akhirnya dapat juga AZHANI dan AZRA’IE disatukan dalam ikatan tali perkahwinan.          

AKU melabuhkan punggungku di atas sebuah kerusi bersebelahan dengan mereka. Aku dikelilingi oleh rakan-rakan kelasku dahulu. Mereka semua sedang rancak berbual mengenai kehidupan masing-masing. Aku hanya memerhatikan sahaja tingkah laku mereka. Rindu sungguh suasana dahulu.
        “Aku rasa kita kurang seorang la.” AFIQ NORAZMAN sudah mengira kami yang duduk mengelilingi meja bulat itu.
        “Haah la. Aku rasa kita ada 12 orang je. Kita 13 orang kan. Kau rasa siapa yang tiada?” kata ISKANDAR sambil menggaru-garu kepala tanda mahu mengingati siapa yang tidak hadir lagi.
        “SUHAILA, betul ke ada kurang seorang?” tambah ISKANDAR sambil mengangkat keningnya.
        Aku hanya menggaru-garu kepala apabila ISKANDAR mengajukan soalan tersebut kepadaku. Suasana di dalam dewan itu kecoh kerana masing-masing memperkatakan siapa yang belum lagi hadir di majlis itu. Masing-masing menggaru-garu kepala.

DERINGAN telefon bimbit milikku membuatkan aku tersedar daripada lamunanku. Apabila aku melihat pada skrin telefonku tertera nombor yang aku tidak kenali. Eh, ada video call, getus hatiku. Aku pun menjawab video call tersebut.
        “Hello,” kata pemanggil tersebut.
        Sepertinya aku amat kenal dengan suara dan raut wajah pemanggil tersebut. Aku terdiam seketika. Rakan-rakanku yang lain sudah mengerumuniku.
        “Eh, HAIFA SABIAN!” jerit AZHANI.
        Jeritan itu membuatkan aku mengingati kembali siapa pemanggil tersebut. HAIFA hanya mampu mengangguk-anggukkan kepala sahaja sambil menitiskan butir-butir air mata.
        “HAIFA kau ok tak di sana? Bila kau nak balik? Seronok tak di sana? Kau dah dapat jodoh ke?”
        Bertubi-tubi sungguh soalan yang diajukan oleh rakan-rakanku kepada HAIFA SABIAN. Kecoh sungguh suasana di dalam dewan tersebut. ALIA yang sarat mengandung juga tidak ketinggalan melepaskan peluang bertanya khabar kepada HAIFA SABIAN.
        “Aku ok, jangan risau. Sekarang di Manchester tengah musim bunga. Cantik sangat pemandangan di sini. Cuba tengok belakang aku. Cantik kan?”
        Dia menunjukkan pemandangan di belakangnya. Perkara itu membuatkan semua rakan-rakanku menjerit kegembiraan.
        “Aku balik tahun hadapan. Tahun ini semester akhir. Pasal jodoh tu dah ada tapi aku dapat mamat mat salleh,” katanya sambil tersenyum menahan malu.
        “Wah, seronoknya di sana!” kata HANUM, NABILA, NADIHA dan AISYAH.              
        “Mana kau tahu kami buat reunion?” Aku sudah mengerutkan dahiku.
        “Ala, dunia ni kan kecik aje. Okayla aku nak pergi ni, bye,” katanya sambil melambaikan tangan.
        “Jangan lupa beritahu tarikh kau balik sini.”
        Aku mengingatkan HAIFA SABIAN. Lambaian HAIFA SABIAN disambut mesra oleh semua rakan-rakanku.
        HAIFA, akhirnya dapat juga kau capai impian kau, kan, getus hati kecilku sambil aku menyimpan kembali telefon bimbit milikku.

SUASANA di dalam dewan tersebut kembali tenang. Semua sudah mulai duduk di tempat duduk masing-masing semula.
        “Korang sharela cerita. Kita mula dengan AFIQ NORAZMAN dan isterinya NABILA HUSNA.”
        Jari telunjukku sudah mula menunjuk ke arah mereka berdua.
        “Aku sekarang dah jadi usahawan yang sangat berjaya. Aku usahakan kilang pembekal tisu yang terbesar di Malaysia. Aku juga dah lima tahun kahwin dengan NABILA HUSNA. Anak aku pun dah ada empat orang. Pasal matlamat aku nak anak lima belas orang itu aku batalkan sebabnya ekonomi tak stabil,” katanya sambil tergelak kecil.
        “Aku sekarang jadi surirumah tangga sepenuh masa. Kadang-kadang aku tolong abang AFIQ di kilang dia,” kata NABILA HUSNA sambil menggenggam erat tangan suaminya, AFIQ NORAZMAN.
        “Aku pulak jadi isteri sepenuh masa. Dulu aku nak jadi Engineer tapi tak kesampaian tapi suami aku pula jadi Engineer. Tak apa aku reda. Buat masa terdekat ni kami belum sedia nak timang cahaya mata sebab abang JAD selalu outstation walaupun dah dua tahun kahwin. Lagipun sekarang kami bahagia sangat.”
        JAD AJWAD memeluk mesra bahu isterinya sambil memberi senyuman yang paling manis kepada isteri kesayangannya itu. NADIHA yang menyedari perbuatan suaminya itu hanya mampu menundukkan pandangannya sahaja. Malu barangkali diperlakukan begitu oleh suaminya di khalayak ramai.
        “Aku dengan HANUM usahakan jamu mak dara. Ala jamu yang laris tu. Kami juga ada jual alat solek dengan barangan kosmetik. Kami share partner. Rahsia kami jadi macam model ni sebab amalkan jamu ini. Pasal jodoh kami tak sedia lagi sebabnya kami tengah sibuk uruskan perniagaan ini,” kata AISYAH sambil menepuk bahu HANUM.
        “Patutlah kau berdua macam model.”
        Mereka hanya tergelak kecil sahaja.
        “Aku sekarang jadi peguam syariah di Shah Alam. Akhirnya, dapat juga aku kahwin dengan INSYIRAH tapi sekarang dia outstation. INSYIRAH pandai jaga aku sebab tu aku jadi handsome macam ini. Dah tiga tahun kahwin, INSYIRAH tak pernah lupa makan minum dengan pakai aku. Alhamdulillah, syukur dapat isteri macam tu. Anak pun dah ada seorang,” kata RAHIMEY sambil menadah tangan tanda kesyukuran.

“AKU dah berjaya buka taska tapi baru permulaan. Aku dah berpunya. Hari Ahad ini aku kahwin. Nah, ini kad jemputannya. Jangan lupa datang, ya,” kata AFIQAH sambil mengedarkan kad jemputan perkahwinannya.
        “Aku dah berjaya buka kilang ais-krim. Ais-krim aku laku sampai di Jepun. Sekarang aku dah jadi businessman yang sangat berjaya. Aku kahwin dengan ALIA tahun lepas. Alhamdulillah, kami dah dikurniakan anak. Sekarang ALIA sarat mengandung. Dua bulan lagi lahirlah anak ini.
        ALIA pula dah jadi photographer yang terkenal. Buat masa sekarang, aku tak benarkan dia ambil gambar sebab dia mengandung. Tapi jangan risau, aku jaga ALIA elok-elok. SUHAILA, terima kasih sebab sponsor majlis perkahwinan kami. Majlis itu perfect,” kata ISKANDAR sambil mengusap perut ALIA yang sedang memboyot itu.
        “Aku pula jadi usahawan kerepek ubi dengan kentang. Sekarang kerepek tu dieksport ke seluruh dunia. Aku kahwin dengan AZHANI ni sebab pilihan mak ayah tapi tak tau pula yang dia memang suka aku dan aku memang suka dia. Dah nak masuk dua tahun kami kahwin,” katanya sambil mencubit pipi AZHANI.
        “Aku dah jadi ustazah di KISASS. Betullah apa yang AZRA’IE cakap tu. Sebenarnya aku ada surprise nak beritahu korang dan AZRA’IE,” kata AZHANI mengejut.
        “Sebenarnya aku hamil dua bulan. Sengaja nak beritahu di sini biar semua orang tahu,” kata AZHANI.
        AZRA’IE memeluk dan mencium AZHANI tanda sangat gembira atas berita itu. AZHANI yang menyedari tindakan spontan suaminya itu hanya memukul lembut lengan suaminya. Kami bertepuk tangan sambil mengucapkan tahniah.

“SUHAILA, cepatlah cerita pasal diri kau,” kata mereka serentak.
        “Okay, aku cerita. Aku sekarang dah buka dua butik dekat area-area sini. Aku juga dah jadi wedding planner untuk majlis kahwin. Yang gabenor tu aku tak kesampaian sebabnya aku tak layak. Aku juga ada tulis novel.”
        “Pasal jodoh?” tanya AZHANI.
        “Pasal jodoh tu aku dah ada yang punya. Aku dah bertunang. Kalau tak ada aral melintang, hujung tahun ini aku kahwin,” kataku sambil tersenyum menahan malu.
        “Ha, dah tunang! Dengan siapa?” tanya mereka serentak.
        “Aku tahu mesti dengan JAMIL, kan?” kata ALIA.
        Aku menggelengkan kepala.
        “Mesti AMAN, kan?” kata AFIQ NORAZMAN.
        Aku juga menggelengkan kepala.
        “Habis tu, siapa?” tanya AFIQAH ingin tahu.
        Aku hanya tersenyum lalu menoleh ke belakang dan memanggil seseorang yang berada di belakang sana. Aku melambaikan tanganku tanda aku memanggilnya untuk ke sini. Dia berjalan menuju ke arahku sambil tersenyum. Mereka sedang menanti penuh debaran. Apabila dia tiba di meja kami, aku perkenalkan dirinya.           
        “Ha, inilah dia tunang aku. Ini semua kawan-kawan saya,” kataku sambil berdiri bersebelahan dengannya. “Ha, apa? NAZMI FAIZ MANSOR,”.   
 






0 comments:

Post a Comment