BAB 11
DATIN Noora perlahan-lahan menolak
daun pintu bilik Fairuz. Kelihatan Fairuz sedang duduk bersandar pada kepala
katil sambil membaca sebuah novel. Datin Noora segera menghadiahkan sebaris
senyuman apabila Fairuz mengangkat wajahnya sebaik menyedari Datin Noora
memasuki bilik tidurnya.
“Boleh mama masuk?”
Datin Noora mula meminta izin untuk masuk ke dalam bilik tidur anak sulungnya itu. Fairuz tersenyum hambar.
“Mama dah masuk pun.” Datin Noora tergelak kecil lalu menutup daun pintu tetapi terkuak sedikit.
Perlahan-lahan Datin Noora mengambil tempat duduk di atas katil sebelah Fairuz. Fairuz menutup novelnya dan meletakkan di atas meja kecil di tepinya.
“Boleh mama tanya sesuatu pada Yuz?” Datin Noora mula merenung wajah Fairuz. Fairuz membalas renungan penuh makna mamanya.
“Boleh.” Fairuz pantas mengangguk. Datin Noora menarik nafas dan kemudian menghembuskannya perlahan-lahan.
“Betul ke Yuz terima perkahwinan yang dirancang ini seikhlas dan setulus hati Yuz?”
Fairuz pantas mengalihkan pandangannya daripada terus-terusan memandang wajah mamanya. Air mata mula bertakung di sekitar tubir matanya.
“Apa boleh buat kalau Yuz kata Yuz tak terima?”
Fairuz pantas menyeka air mata yang sudah bertakung di sekitar tubir matanya. Datin Noora mula meraih jari-jemari anak sulungnya itu untuk digenggam.
“Yuz, mama mengaku memang tak boleh buat apa-apa kalau Yuz kata tak terima. Papa memang berkeras nak Yuz kahwin dengan Nazmi Faiz.”
Fairuz melepaskan sedikit keluhan sebelum mengeluarkan kata-kata.
“Nak tak nak Yuz kena hadapi semua ni, ma. Yuz terpaksa juga kahwin dengan Nazmi walaupun tiada sebarang cinta dalam hati ini untuk dia.”
“Tapi Yuz kena ikhlas dengan semua benda yang sudah terjadi. Yuz kena reda.”
Datin Noora mula memujuk anak sulungnya itu. Fairuz memandang wajah mamanya.
“Macam mana nak ikhlas kalau Yuz sendiri tak terima perkahwinan ni? Macam mana nak reda kalau Yuz sendiri tak rela? Yuz terpaksa terima perkahwinan ni demi papa dan mama. Yuz tak nak papa halau Yuz. Sebagai anak sulung Yuz terpaksa buat apa yang mama dan papa nak. Yuz tak nak dikatakan anak yang derhaka.”
Datin Noora melepaskan sedikit keluhan.
“Mama dengan papa hanya nak yang terbaik untuk Yuz.”
Datin Noora seolah memujuk.
“Tapi mama dengan papa sendiri tahu apa yang terbaik untuk Yuz? Papa dengan mama tahu yang perkahwinan ni akan membawa kebaikan pada Yuz? Mama tahu? Atau papa yang tahu?” tanya Fairuz dengan nada seakan tidak berpuas hati akan ‘perkahwinan dirancang’ ini.
Datin Noora mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang hendak diperkatakan lagi.
“Sudahlah, ma. Yuz malas nak fikir pasal benda ni lagi. Mungkin Allah memang tentukan perkara ni.”
Fairuz mengangkat bahu tanda mungkin ketentuannya memang begitu. Datin Noora mula bangun dan ingin keluar dari bilik tidur Fairuz.
“Mama,” panggil Fairuz.
Panggilan tersebut mematikan langkah Datin Noora. Dia berpaling memandang anak sulungnya itu.
“Yuz serahkan semua urusan perkahwinan ni pada mama.”
Fairuz mula mengukir senyuman walaupun agak hambar. Perlahan-lahan Datin Noora menguntum senyuman.
“Mama akan pastikan wedding Yuz jadi yang paling terbaik dalam sejarah.”
Datin Noora melangkah keluar dengan hati yang lega. Barangkali lega dengan keputusan yang dibuat oleh Fairuz, bersetuju berkehwin dengan Nazmi Faiz.
Fairuz menggigit bibir sambil air mata mula bertakung. Jauh dalam lubuk hatinya dia tidak mahu perkahwinan ini berlaku. Dia tidak mahu Nazmi Faiz menjadi suaminya mahupun lelaki lain kerana hatinya telah tertutup untuk menerima cinta daripada kaum sang Adam.

0 comments:
Post a Comment