Thursday, 27 July 2017

Novel: Tidak Kuduga Cintamu Bab 1 (part1)

BAB 1


KAKINYA yang lemah dan terasa kebas itu perlahan-lahan melangkah. Menuju ke satu tempat yang dia sendiri tidak pasti. Hujan masih lebat turun membasahi bumi bersama kilat yang kadangkala sabung-menyabung. Bajunya yang sudah basah lencun itu membuatkannya menggigil kesejukan.
Kakinya berhenti melangkah di hadapan sebuah kedai yang kelihatan sudah lama tutup. Sekurang-kurangnya dia ada tempat untuk berteduh. Dia laju melangkah mendekati kedai tersebut. Dia mencangkung di koridor kedai tersebut sambil seluruh badannya menggigil kesejukan.
Dia tiada apa-apa. Yang dia punya hanyalah sehelai baju nipis dan sebuah bagasi besar yang tiada nilai. Dia tidak pasti bagaimana dia harus meneruskan hidup di bumi yang sungguh asing baginya.
Dalam kesejukan yang mencengkam tulang, dia dapat melelapkan mata kerana telah seharian penat merantau di bumi asing ini. Tidak sampai lima saat dia melelapkan mata, telinganya tajam mendengar bunyi derap kaki menuju ke arahnya. Dia diamkan sahaja. Takut dia mahu bersuara.
Bunyi derap kaki tersebut perlahan tetapi semakin lama semakin dekat. Jantungnya semakin lama semakin berdegup kencang. Dia takut jika empunya derap kaki itu mengapa-apakannya. Dalam dia berpeluk tubuh akibat kesejukan yang melampau, air liurnya yang ditelan terasa pahit.
Kemudian, bunyi derap kaki tersebut tiada. Sepertinya, empunya derap kaki tersebut telah menghentikan langkahnya. Dia hanya mampu menutup mata. Tidak mahu dia melihat empunya derap kaki tersebut. Dalam hati dia hanya berdoa supaya dirinya selamat daripada sebarang malapetaka.
“Awak siapa?”
“Syafiella Farhani!!!” Suara tersebut pantas sahaja menyedarkan Syafiella daripada lenanya. Dia pantas terbangun sambil jantungnya berdegup laju. Dadanya dipegang. Matanya terbuka luas. Dia memandang sekeliling.
Kosong. Tiada pun empunya suara yang nyaring dan begitu lantang tadi.
“Fiella! Bila kau nak bangun?!” Sekali lagi suara tersebut memekik. Sepertinya suara tersebut datang dari arah dapur.
Syafiella bingkas bangun daripada katil. Dia melangkah mendekati pintu lalu daun pintu dikuak. Kepalanya dijengukkan ke luar. “Dee kau nak apa? Aku dah bangun ni?” Rambutnya yang kusut masai itu dibetulkan sedikit sambil dia menahan kuapan.
Dyana, rakan serumah Syafiella yang sedang sibuk mengemas dapur pantas menoleh. “Ha bangun pun manusia sorang ni. Kalau tak aku memekik macam tarzan tak adanya bangun. Bangunan runtuh pun kau tak sedar.” Dia, hobinya memang suka membebel. Kalah Mak Cik Jemah yang jual nasi lemak dengan karipap dekat depan pejabat tu.
Syafiella tebalkan telinga sahaja mendengar bebelan Dyana itu. Dia memang sudah sebati dengan perangai mak cik-mak cik Dyana ini. Dia hanya tersengih sambil mengelap sedikit air liur basi yang melekat di pipinya.
“Kau kata kau ada date dengan boyfriend kau tu, Fiella? Dah tu, kenapa tak siap lagi?” Dyana sudah berdiri sambil bercekak pinggang menghadap Syafiella.
Date?” soal Syafiella kembali sambil mengerutkan dahinya. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru. “Hah?! Aku ada date dengan Hudson!” Terbeliak matanya tatkala dia tersedar yang dia sebenarnya ada janji temu dengan buah hati pengarang jantungnya.
Dyana yang melihat hanya menggelengkan kepalanya sahaja. “Itulah kau, Fiella. Malam tadi tidur lambat sangat.”
Syafiella pantas menutup pintu kamar tidurnya. Berdesup dia bersiap bagaikan lipas kudung sahaja. Mandi ala kadar, berus gigi pun ala kadar. Baju pun pakai baju yang sangat-sangat simple. Make up pun hanya sekadar bedak asas dan lipstick sahaja. Itupun rembat Dyana punya sebab Dyana punya make up yang simple tetapi nampak cantik.
Syafiella kelihatan terkocoh-kocoh keluar dari rumah. Terhincut-hincut dia memakai boot coklat tersebut. Snowcap yang berwarna ungun pantas sahaja disarungkan di kepalanya manakala beg kecil hanya disilangkan di bahunya.
“Fiella, take care.” Sempat lagi Dyana berpesan kepada rakannya itu.
Syafiella laju menuruni anak tangga rumah kedai tersebut sambil tangannya ligat menyarungkan sarung tangan yang berwarna hijau muda itu. Dia berlari-lari anak merentasi beberapa buah café dan kedai yang terletak di situ. Apa sahaja yang menghalang laluannya akan dirempuh sahaja. Dia sudah tidak peduli. Yang penting dia perlu sampai ke tempat yang hendak dituju.
Dari kejauhan kelihatan seorang jejaka yang berbadan tegap dan memakai jaket kulit berwarna hitam sedang termenung menghadap Sungai Seine. Dahinya berkerut. Tangannya disulamkan.
Syafiella memperlahankan langkahnya tatkala dia dapat melihat buah hati pengarang jantungnya sedang setia menunggu kehadirannya. Bibirnya diketap atas dan bawah. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya. Air liurnya ditelan. “Macam mana ni? Aku dahlah lambat satu jam. Ish, ini semua sebab overslept.” Dia mula menyalahkan diri sendiri. Kepalanya ditepuk.
Syafiella perlahan-lahan melangkah mendekati jejaka tersebut. Dalam takut-takut dia berlagak berani. Snowcap yang sedikit senget itu dibetulkan. Jantungnya mula berdebar-debar. ‘Fiella, tenang. Dia bukannya makan orang pun. Dia makan nasi macam kau. Eh, silap! Dia bukannya makan nasi. Dia makan spaghetti. Lupa! Boyfriend kau kan Mat Salih!’ Dia cuba berlagak tenang.
Hey, dear!” sapa Syafiella dengan nada yang segembira mungkin tatkala dia mendekati jejaka berbadan tegap dan berjaket kulit itu. “Sorry, I’m late,” beritahunya sambil tersengih seperti kerang busuk. Lengan jejaka tersebut dipegangnya.
Hudson tidak mengalihkan pandangannya. Dia diam membisu. Tiada sebarang respon pun daripadanya.
Syafiella mula mengerutkan dahinya. ‘Sah! Memang dia ni merajuk.’ Nampaknya dia harus memujuk jejaka yang satu ini. Lengan Hudson dipeluk. “Mon che`ri (Sayang)…” panggilnya dalam bahasa Perancis sambil suaranya sengaja dilunakkan. Wajahnya diangkat memandang wajah Hudson yang tidak beriak itu.
“Kenapa sayang merajuk ni? Kan saya dah minta maaf. Tak mahu merajuk-merajuk macam ni. Nanti buruk.” Dia tersenyum sambil dagu Hudson disentuhnya. Semenjak dia tinggal di bumi Paris ini, dia sudah fasih berbahasa Perancis.
Hudson tidak mempedulikan Syafiella. Kaca mata hitamnya dipakai. Dia mula berpaling dan bergerak meninggalkan Syafiella.
Syafiella mula mengerutkan dahinya. ‘Aduh! Susah pulak nak pujuk boyfriend aku sorang ni!’ Pening dia dengan rajukan Hudson itu. Silent Killer. Rajukan ini lebih membunuh daripada rajukan perempuan.
Hudson mula mendekati motosikal berkuasa tinggi miliknya. “I’m not in a good mood today.” Serius sahaja kedengaran nada suaranya. Dia melangkah menaiki motosikal superbike yang berwarna hitam itu. “So, I want to ride.”
What about me? Our date?” Pantas Syafiella menjawab. Sudahlah dia bagaikan manusia yang tak cukup tanah berlari tadi takkanlah nak batalkan janji temu ini. Dahinya berkerut sambil dia berpeluk tubuh memerhati tingkah laku ‘pelik’ kekasih hatinya itu.
Hudson memakai topi keledar. “Fie, aku nak kau ikut aku.” Enjin motosikal sudah dihidupkan. “Kita naik moto ni sama-sama.”
What?!” Membulat terus mata Syafiella tatkala mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut Hudson. “No, no.” Pantas sahaja dia menggelengkan kepalanya. “Takkan kau nak suruh aku naik moto ni? Takkanlah. Aku tak nak!” Matanya dijelingkan sedikit sambil dia mula mengatur langkah pergi dari situ.
Aku nak balik!” Laju dia melangkah pulang ke rumahnya.
Hudson yang menyedari tingkah laku Syafiella itu, segera mengejarnya dengan menaiki motosikal. Sengaja dia memperlahankan motosikalnya untuk membolehkan dia senada dengan langkah Syafiella.
Syafiella yang menyedari kehadiran Hudson, hanya menjelingkan matanya sahaja. “Kalau nak date buatlah cara nak date,” omelnya sambil mulutnya sengaja dimuncungkan.
What you just say?” Hudson menyoal tatkala gegendang telinganya mendengar suara halus keluar daripada mulut Syafiella. “Boleh kau ulang? Aku… tak dengar.” Sengaja dia mendekatkan telinganya dengan Syafiella. Mungkin dia mahu Syafiella mengulang semula percakapannya tadi kerana dia tidak mendengar.
Syafiella yang mendengar hanya tersenyum sinis. “Nothing.” Bersahaja dia menjawab.
“Fie, can you just hop on?” Hudson bersuara lembut. Seakan memujuk. “Teman aku ride untuk hari ini sahaja. S`il vous plait (Please)…” Dia cuba merayu. Ternyata pelat Perancisnya jelas kedengaran.
Syafiella hanya mendiamkan dirinya sahaja. Jika diikutkan hati malas dia mahu menunggang motosikal tersebut bersama Hudson.
“Fie, if you love me just hop on.” Nampaknya Hudson tidak mengalah. Dia mematikan enjin motosikalnya. “PleaseI’m begging you.” Dia merayu. Matanya dikelip-kelipkan seperti anak kecil yang memujuk ibunya untuk membeli permainan.
Syafiella memberhentikan langkahnya. Dia mula berpeluk tubuh sambil matanya dijelingkan ke atas seketika. Malas dia mahu melayan perangai kekasih hatinya yang seperti kanak-kanak itu. “Okay, this time…” Dia memandang wajah Hudson yang sudah mencebik itu. “…aku ikut kau ride.”
Kelihatan Hudson yang macho itu sudah menguntum segaris senyuman gembira. Namun, pantas sahaja dia mengawal riak wajahnya agar tidak terlalu teruja. Control macho katakan.
Syafiella memusingkan badannya menghadap Hudson. “Tapi… jangan bawa motosikal tu laju sangat.” Jari telunjuknya menunjuk lurus ke arah wajah Hudson. Nampaknya dia sudah terlebih dahulu memberi amaran.
Hudson hanya tersengih sambil menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun elok itu. “Just hop on. Aku terima syarat kau tu, Fie.” Topi keledar untuk pembonceng sudah diambil dan disuakan ke arah Syafiella.
Syafiella hanya diam seketika. Dia merenung tajam wajah kekasihnya itu. ‘Bukan boleh dipercayai sangat dia ni.’ Sempat dia mengumpat kekasihnya dalam hati.
Faster please, dear.” Hudson memberikan senyuman manis buat Syafiella. Sebenarnya senyuman tersebut lebih kepada memberikan isyarat agar kekasihnya itu cepat.
Okay.” Syafiella pantas menyambut huluran topi keledar tersebut. Sempat dia membuat mimik muka dan menjelingkan matanya sebelum memakai topi keledar itu.
Hudson sudah menghidupkan enjin motosikalnya. Kaca mata hitam dibetulkan seketika. “Fie, hold me tight,” pesannya tatkala Syafiella sudah membonceng motosikalnya. Sempat juga dia berpesan kepada kekasih hatinya agar keselamatan kekasihnya terjamin. Risau juga dia akan keselamatan buah hati pengarang jantungnya.
Syafiella hanya mengikut sahaja pesanan Hudson itu. Dia tahu Hudson pasti akan mengingkari pesannya tadi. Dia memeluk tubuh kekasihnya sekuat hati. Dia yakin pasti motosikal ini akan membuatnya terbang jika dia tidak memeluk tubuh Hudson sekuat hati.

Hudson terasa pelukan Syafiella yang luar biasa kuatnya itu. Dia tahu pasti kekasihnya itu takut. Dia hanya tersenyum sinis sebelum memulas minyak hingga meter menunjukkan angka 160 km/j. 


0 comments:

Post a Comment