MALAM itu Hudson tidak dapat
melelapkan matanya. Dia resah. Setiap kali dia kelopak matanya tertutup,
bayangan wajah Syafiella pasti berlegar-legar di sekitar ruangan matanya.
Kelopak matanya kembali terbuka. Dia memandang sekeliling. Gelap. Badannya
dipusingkan ke sebelah kanan.
Kali ini Hudson mencuba sekali
lagi. Perlahan-lahan kelopak matanya cuba untuk ditutup. Lama dia menutup
kelopak matanya itu.
“Dear, I love you.” Syafiella mengenyit mata ke
arah Hudson. Dia juga kelihatan memberikan flying
kiss khas buat
Hudson.
“Oh,
my God!” Terus
sahaja Hudson membuka kelopak matanya. Dia segera bangun daripada
pembaringannya. Wajahnya diraup seketika. Entah mengapa malam ini bayangan Syafiella
sentiasa mengganggunya.
Hudson menghela nafas panjang.
“Fie, why you’re always running in my mind?” Dia bersandar pada kepala
katil. “Are you a runner or what?” Dahinya berkerut. Rambutnya
disebakkan ke belakang.
“Atau… aku yang banyak sangat
fikir pasal dia ke?” Hudson mula tertanya-tanya sendirian. Dia mendiamkan
dirinya seketika. Sebagai tanda dia sedang berfikir. “Ah, stop it Hudson!” Dia mula mengambil bantal peluknya. “Kau
terlalu sayang dan cintakan dia.” Dia berbaring semula di atas katil.
Hudson memeluk bantal tersebut
erat-erat. Bayangan kekasih hatinya masih melekat dalam benaknya. “Fie, kenapa
kau tak terima lamaran aku terus? Kenapa kau perlukan masa untuk berfikir?”
Dahinya berkerut.
Dia mula berfikir sebab kekasih
hatinya itu memerlukan masa untuk berfikir lamarannya siang tadi. “Or… she
had someone else in her heart?” Bibirnya diketap atas dan bawah.
Segala persoalan tersebut mula
bersarang dalam benak Hudson. Dia jadi resah. Hatinya tidak tenang. Mungkin si
kekasih hati bakal dikebas oleh orang lain?
“Ah, tak mungkin!” Dia pantas
menepis perasaan negatif tersebut jauh-jauh. Selama hampir dua tahun setengah
dia berpacaran dengan Syafiella, belum pernah si kekasih hati curang
terhadapnya. Jauh sekali bermain kayu tiga di belakangnya.
“Hudson, you must think positive!” Hudson pantas menenangkan
hati dan jiwanya yang mulai resah itu. “Kau tak perlu risau. Mungkin betul apa
yang Fie cakap tu. Dia perlukan masa untuk berfikir. It is too early for her.” Bahu sebelah kanannya yang
dicacah tatu berbentuk salib itu digarunya.
“Give
her some time and relax.” Hudson menghela nafas. Dia tidak perlu mendesak Syafiella untuk
menerima lamarannya. Dia juga perlu belajar erti sabar bermula dari sekarang.
Seeloknya, dia yang perlu belajar Islam jika benar-benar ingin menjadikan
Syafiella yang halal buatnya.
“Yes, you
can but… it’s hard to say. In Islam you
cannot simply change your religion without knowing anything about our religion. You
must learn.”
“Okay, I’ll
learn about Islam.
I promise.”
Tiba-tiba sahaja Hudson
teringatkan satu janjinya siang tadi. Jantungnya berdebar. Dia menelan liur. “Damn, I have promise
to her!”
Dahinya ditepuk seketika. Mungkin perkara ini yang membataskan Syafiella untuk
menerima lamaran daripada Hudson. Perbezaan agama.
Dalam kesamaran cahaya lampu,
Hudson merenung tasbih salib dan kitab bible yang berada di atas meja sisinya.
Dia mengeluh lemah. ‘Boleh ke aku…?’ getus hati kecilnya. ‘Boleh ke aku buang
semua ni nanti?’ Rantai salib yang setia tergantung di lehernya sejak kecil
lagi digenggamnya erat.
Antara cinta dan agama. Sukar
untuk dia membuat keputusan. Memang sejak kecil lagi ibunya menerapkan
unsur-unsur keagamaan dalam kehidupan seharian.
Gereja memang menjadi rumah
kedua buat mereka sekeluarga. Tasbih salib sentiasa berada di tangannya. Kitab
bible juga menjadi bahan bacaan lazim buatnya. Malah, pernah suatu hari dia
bercita-cita mahu menjadi Paderi suatu hari nanti. Namun, itu semua dulu.
Kini, dia harus memilih haluan hidupnya sendiri.
Dia hanya layak memilih salah satu. Sama ada Syafiella ataupun Catholic.

0 comments:
Post a Comment