BAB 3
“HELLO! You lambat lagi ke nak sampai?”
tanya Sabrina sebaik sahaja pemanggil di sebelah sana menjawab panggilannya.
Matanya melilau melihat pelanggan yang berada di dalam restoran itu. “Oh, jalan
jam?!” Tubuhnya disandarkan. “Okey, I tunggu you. Cepat sikit. I ada kerja nak buat ni. Bye.” Pantas panggilannya
dimatikan. Telefon pintarnya dimasukkan semula ke dalam tas tangan.
Kedengaran Sabrina berdecit
sedikit. “Lambat betullah dia ni. Aku dahlah ada banyak kerja. Ramai lagi patient yang aku kena rawat dekat klinik tu,” omelnya sambil
mengacau-ngacau jus tembikai yang berada di hadapannya dengan menggunakan
straw.
Sudah hampir setengah jam
Sabrina menunggu namun, kelibatnya tidak juga muncul-muncul. Dia sudah mula
tidak sabar. “Mana dia ni?” Jam tangan yang terlilit di pergelangan tangannya
dikerling sekilas. “Typical Malay betullah dia.” Matanya
dijelingkan sedikit sambil dia berpeluk tubuh.
“Maaf, lambat,” kata Afiq sebaik
sahaja dia sampai di meja makan tersebut. Dia yang sedikit termengah-mengah itu
cuba untuk mengukir senyuman. Dia mengambil tempat di hadapan Sabrina yang
sudah lama menunggu.
“Sampai pun.” Sabrina memberikan
jelingan kepada Afiq. “Kenapa lambat sangat? Dah lebih setengah jam I tunggu you.” Gelas yang kosong itu
diketepikan.
“Sorry, Rina. I tahu I lambat.” Afiq mula meminta
maaf. Dia tahu dirinya bersalah. “Jalan jam. Parking pun tak ada. Ini pun I terpaksa park kereta I jauh.” Dia mula menjelaskan perkara sebenar.
Sabrina memandang wajah Afiq.
“Okey, kali ni I terima alasan you.” Anak rambutnya dikuak.
Bibir Afiq mula menguntum
senyuman. Dia memandang wajah tunangnya itu. “You kenapa nak jumpa I waktu-waktu macam ni?” Kedua-dua belah tangannya mula
diletakkan di atas meja. Dahinya berkerut. “Macam esok tak ada pulak.”
Sabrina diam seketika.
Pertanyaan daripada tunangnya itu cuba dihadam sebaiknya. “Oh, I ada hal penting nak beritahu you!”
“Hal penting?” Afiq pantas
bertanya. “Hal penting apa?” Sebelah keningnya kelihatan terangkat sedikit.
“Sebenarnya…” Sabrina mula
menyeluk tas tangan berwarna ungu gelap yang berada di atas ribanya. Ada
sesuatu yang berada di dalam tas tangan tersebut yang perlu ditunjukkan kepada
Afiq.
Afiq hanya menanti dengan penuh
sabar. Dia mendiamkan dirinya sahaja. Pandangannya dibuang ke arah pelanggan
lain yang berada di dalam restoran tersebut.
“I ada benda nak beri pada you.” Sabrina mula mengeluarkan sesuatu daripada tas tangan
tersebut. Bekas kecil yang diperbuat daripada kaca sudah berada di dalam
genggamannya. “Nah…” Bekas tersebut sudah diletakkan di atas meja. “I nak pulangkan semula benda ni pada you.” Senyuman sinis terselit di hujung katanya.
“Pulangkan?” tanya Afiq dengan
nada yang pelik. Dia memandang wajah tunangnya dan bekas kecil yang berada di
atas meja itu silih berganti. “Pulangkan apa ni you? I tak faham.” Kepalanya
digelengkan beberapa kali. Berdasarkan riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia
mahukan penjelasan daripada Sabrina.
Sabrina pantas menyuakan bekas
kaca tersebut kepada Afiq. “You tak payah pura-pura tak faham. You bukalah bekas tu. Tengok isi dalamnya. Lepastu baru you faham apa yang I cakap sekarang ni,” jelasnya
dengan nada sinis.
Afiq yang masih tidak faham itu
perlahan-lahan mengambil bekas kaca tersebut. Dia membuka penutup bekas
tersebut untuk mengetahui isi dalamnya.
Terdapat sebentuk cincin
bertatahkan batu berlian terletak elok di dalam bekas tersebut. “Cincin?”
Pantas dia bertanya sambil sejuta kerutan di dahi jelas terbentuk.
“Yes, it
is a ring.”
Sabrina menganggukkan kepalanya. Dia mula bersandar pada kerusi.
“So?” Afiq menutup kembali bekas
kaca tersebut. Dia memang tidak faham apa yang berlaluk sekarang ini. Otaknya
bercelaru. Terlalu banyak sangat perkara yang dia fikirkan hari ini sehinggakan
dia masih tidak faham kaitan cincin tersebut dengan tunangnya.
“Dr Nur Sabrina Danisha binti Dr
Lukman Hakim, please explain
to me. I still don’t get it.” Keningnya juga kelihatan
berkerut.
Sabrina mengeluh lemah. Dia mula
mendekatkan dirinya dengan meja. “You masih tak faham lagi ke?”
Rambutnya yang berwarna blonde itu disebakkan ke belakang.
“Cincin tu cincin pertunangan
kita. Jadi, bila I pulangkan cincin tu pada you tandanya I nak minta putus. Full stop.”
Afiq kelihatan tersenyum herot.
Bekas kaca yang berada di dalam genggamannya itu diletakkan semula di atas
meja. “You nak minta putus?” Sekali lagi
dia bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Sabrina menghela nafas panjang.
Dia memalingkan wajahnya seketika. Enggan dia melihat wajah Afiq. “Yup.” Dia kemudiannya memandang kembali wajah Afiq.
“I tahu you dah tak ada perasaan pada I.” Ada senyuman sinis di hujung
katanya. “Sebab itu I minta kita putuskan pertunangan
kita ni. Buat apa kita nak teruskan hubungan kita ni kalau you pun dah tak cintakan I?”
Afiq hanya tertanya kecil.
“Hebatlah you ni, Rina. You boleh tahu I dah tak ada perasaan pada you.” Dia tidak menyangka yang Sabrina akan memutuskan
pertunangan mereka dahulu. “Mana you tahu?”
“Guess
what? I have supernatural power.” Meledak tawa Sabrina.
“Hah?! You biar betul?!” Terkejut Afiq saat dia mendengarkan
kata-kata Sabrina itu tadi. Tertinggi suara pula dia jadinya. Biar benar bekas
tunangnya ini mempunyaI kuasa yang sebegitu rupa. ‘Impossible,’ detik hatinya.
“No, just
joking.”
Ternyata tawa Sabrina masih bersisa. “I tahulah. Cara layanan you pada I, cara you cakap dengan I jelas menunjukkan yang you memang dah tak ada perasaan pada I. You memang dah tak cintakan I.”
Afiq tersenyum. “Hebat betullah you ni. Tak boleh simpan rahsia langsung.” Kepalanya
digelengkan.
Sabrina hanya tertawa kecil. “I tak kisah kalau you putuskan pertunangan kita.”
Anak rambutnya dikuak. “I takkan meroyan macam perempuan
kat drama tv tu. I anggap kita tak ada jodoh.
Walaupun kita dah bercinta hampir dua tahun, kalau you bukan jodoh I buatlah apa cara sekalipun pasti you takkan kahwin dengan I.” Kakinya sudah disilangkan.
Afiq menganggukkan kepalanya. Sebagai tanda dia
bersetuju dengan kata-kata bekas tunangnya itu. “Betullah apa yang you cakap tu, Rina.” Memang benar apa kata Sabrina itu.
Jodoh rahsia Yang Maha Berkuasa. Tiada siapapun makhluk di bumi ini yang
mengetahui siapakah jodoh mereka.

0 comments:
Post a Comment