HUDSON menuruni anak tangga. Dia yang
hanya berseluar pendek dan bersinglet itu pantas tersenyum tatkala melihat ibu
kesayangannya sudah berada di meja makan.
Madam Catherine yang sedang enak
menjamu selera itu pantas menoleh ke arah anak tangga. Bibirnya turut menguntum
senyuman. “Morning,
my son.”
Dia mula menyapa anak kesayangannya itu. “Awal my
son bangun.”
Hudson yang masih mamai itu
hanya tergelak kecil. “I’m hungry, mother.” Dia sudah mengambil tempat di
hadapan ibunya.
Madam Catherine yang sedang
menyapu jem di atas roti hanya mengerutkan dahinya. “My son tak kerja hari ini?”
Pelik dia melihat penampilan
anaknya itu pagi ini. Hanya bersinglet dan berseluar pendek sahaja.
Kebiasaannya, waktu-waktu begini Hudson pasti sudah berjaket kulit bersama topi
keledar di tangannya. Berlainan pula hari ini.
Hudson mengambil sekeping roti
yang berada di atas piring itu. “I nak rest kat rumah hari ni. Penat. Lama
sangat tak rehat.” Dia mula tersengih sambil tangannya laju mencapai jem
berperisa stawberi itu.
Madam Catherine hanya mengangguk
kecil. “By the way, Hudson…” Dia memandang wajah
anaknya itu terlebih dahulu sebelum menyambung kata-katanya.
“Do
you get enough sleep last night?” Sebelah keningnya diangkat. “Mother tengok kamu ni macam… tak cukup tidur. Tak cukup
rehat.” Roti yang telah disapu jem tadi disuakan ke dalam mulutnya.
Hudson yang sedang leka menyapu
jem pada roti terhenti seketika tatkala dia mendengar kata-kata ibunya. Pantas
pandangan matanya tertumpu ke arah wajah Madam Catherine. “How… how do you know?” Dahinya kelihatan mula
berlapis. Pisau yang digunakan untuk menyapu jem itu masih erat berada di
tangannya.
Madam Catherine menelan roti
tersebut. Dia hanya tersenyum nipis. “Hudson.” Secawan kopi yang masih panas
itu diambilnya. “How come I don’t
know?”
Kedengaran dia ketawa kecil. Cawan tersebut mula didekatkan ke bibirnya.
“I’m
you mother,
Hudson. Of course I know you so well, my
son.”
Perlahan-lahan kopi yang masih berasap itu dihirupnya.
Hudson terdiam seketika. Air
liurnya ditelan. Nafasnya dihela lemah. Roti yang telah disapu jem itu
diletakkan di atas piringnya. “Mother.”
Pantas Madam Catherine
mengangkat wajahnya. Dia tahu anak kesayangannya itu pasti mempunyai masalah
besar sekarang. “What is it, my
son?” Cawan
tersebut pantas diletakkan di tempatnya semula. “Tell
me.” Nadanya
seolah-olah memujuk.
Hudson mencerunkan pandangannya
seketika. Dia sedang merangka ayat untuk dikeluarkan menjadi kata-kata buat
ibunya. Lama dia mendiamkan diri. “Actually, mother…” Sempat dia menghela nafas
sebelum menyambung kata-katanya. “…I want to get
married soon.”
Madam Catherine pantas bertepuk
tangan sambil tersenyum gembira. Seronok dia jadinya. “Really? Oh, dear
who’s that lucky girl?”
Dia dapat membayangkan pasti gadis pilihan anaknya itu cantik jelita. Lihat
sahajalah anaknya itu. Kacak, macho dan bergaya. Saling tak tumpah
seperti mendiang suaminya dulu.
Hudson mengeluh lemah. Rasa
bersalah mula menyelubungi hatinya. Dia berasa bersalah kerana memberitahu
perkara tersebut kepada ibunya. “We… fall
in love since two and a half years ago. I… propose
her but…”
“But
what?” Pantas
Madam Catherine memotong kata-kata anaknya. Belum pun sempat Hudson
menghabiskan katanya, Madam Catherine pantas mencelah. Nampaknya dia yang tidak
sabar-sabar menerima menantu dan kehadiran orang baru di dalam rumah ini.
“Tell
me.”
Bersinar-sinar kelihatan matanya. Tubuhnya didekatkan dengan meja makan agar
dia dapat mendengar dengan jelas bait-bait kata yang keluar daripada mulut
anaknya.
“But
she doesn’t accept it.
She… need some time
to think.”
Lemah kedengaran suara Hudson. Keningnya mula berkerut.
Riak Madam Catherine pantas
sahaja berubah. Riak wajahnya yang sebelum ini teruja kini kelihatan
berkerut-kerut. Seperti berjuta soalan sedang bersarang dalam benaknya. “Why?”
Hudson mengambil sekotak jus
oren lalu dituangnya ke dalam gelas. Bibirnya dicebikkan. “I tak tahu. Mungkin dia perlukan masa untuk fikirkan
perkara ni. Lagipun I propose dia awal sangat.” Gelas tersebut
didekatkan ke bibirnya.
Madam Catherine hanya ketawa
kecil. “Naughty, anak mother ni.” Tubuhnya cuba dijarakkan daripada meja makan.
“Hudson propose dia awal sangat sebab itu dia terkejut.”
Dia mula bersandar.
Hudson meletakkan kembali gelas
tersebut di atas meja setelah diteguknya jus oren itu. “It’s not about… terlalu awal sahaja.” Roti yang masih berada di
dalam piringnya itu diambil. “Melibatkan soal agama juga, mother.” Serius kedengaran suaranya.
“Agama?” pantas Madam Catherine
bersuara. Dia cuba menyoal. Keningnya mula berkerut. ‘Is she a Muslim? No, no, no! It
can’t be. Tapi…
kalau betul macam mana?’ gerutu hatinya sendirian. “Maksud Hudson?” Sengaja dia
bertanya untuk menyedapkan hatinya.
Hudson menelan cebisan roti
tersebut yang sedari tadi dikunyahnya. “Our
religion is different.
Totally different.”
“Is
she an aties?”
Sekali lagi Madam Catherine bertanya. “Or
a protestant?”
Laju dia mengutarakan soalan buat anaknya.
Hudson yang mendengar pantas
menggeleng kecil. “No.” Dia kemudiannya tergelak
kecil. “She is… a
Muslim.”
Ringkas sahaja jawapannya.
Madam Catherine terdiam
seketika. Ternyata gerak hatinya benar sekali. “Ouh, she
is a muslim!”
Dia cuba berlagak tenang namun, dalam hatinya tiada sesiapa pun yang tahu. “Who… is she?” Dahinya mula berkerut.
“Syafiella Farhani. From Malaysia,” balas Hudson pendek.
Madam Catherine menghela nafas
pendek. “Hudson.” Dia memandang tepat ke dalam mata anaknya itu. “I want to see her. Bawa dia jumpa mother.” Serius kedengaran nadanya.
Berdasarkan riak wajahnya tiada secalit pun senyuman muncul di bibirnya.
Hudson pantas sahaja tersenyum.
“Wow, mother!” Dia ketawa kecil kerana tidak
menyangka yang ibunya itu sudi berjumpa dengan Syafiella. “I thought you’re…” Ternyata tawanya masih bersisa. “Never mind. Bila mother nak jumpa dia?” Dia berbalik
kepada topik yang asal.
“As
soon as possible.”
Madam Catherine mula mengambil cawan yang berisi air kopi itu. “Kalau boleh mother nak kamu bawa dia jumpa dengan mother weekend ni.” Cawan tersebut didekatkan dengan bibirnya.
“Hah?! Weekend ni!” Hudson yang sedang menghirup air kopi itu hampir
sahaja tersembur dek terkejut dengan kata-kata yang baru dikeluarkan oleh
ibunya sebentar tadi.
“Why? Is
it too early?”
Pantas sahaja soalan meluncur keluar daripada kerongkong Madam Catherine.
“No.” Hudson yang sedang
terbatuk-batuk itu pantas menggelengkan kepalanya. “Okay, mother. Weekend ni I bawa dia jumpa dengan you.” Cawan tersebut diletakkan semula di atas meja sambil
wajah ibunya dikerling sekilas.
Madam Catherine tersenyum sinis.
“Okay, then. I’ll
take it as a promise.
Tapi… mother ada syarat sebelum Hudson bawa dia jumpa mother.”
“Syarat?!” Membulat terus mata
Hudson tatkala mendengarkan pernyataan daripada Madam Catherine. “What is it, mother?” Dia memang kenal dengan
ibunya ini. Pasti ada perkara yang tersembunyi yang diselindungkan daripada
mata kasar.
Madam Catherine hanya tersenyum sinis. Matanya
meliar melihat sekeliling jika ada seseorang yang mencuri dengar perbualan
mereka itu. Wajah Hudson kemudiannya dipandang tepat. “Syaratnya…”

0 comments:
Post a Comment