Friday, 1 June 2018

Novel: Tidak Kuduga Cintamu Bab 4 (part 3)

DR Lukman Hakim mengerutkan dahinya. Dia memandang wajah isterinya. “Macam mana ni, Zah? Wedding planner kita dah tempah. Kad jemputan kita dah mula edarkan. Tiba-tiba anak kesayangan awak tu putuskan pertunangan dia. Habistu macam mana sekarang ni?”
Puan Faezah mengeluh lemah. Dia menundukkan pandangannya seketika. “Tak tahu, bang.” Kepalanya digelengkan.
Dr Lukman Hakim yang mendengar jawapan daripada isterinya itu, mula mengetap gigi menahan geram. “Tak tahu, tak tahu.” Nadanya kedengaran keras. “Habis apa yang awak tahu? Awak tak jaga anak awak ke, Zah? Sepatutnya awak tahu perkara ni terlebih dahulu daripada saya.”
Puan Faezah mengangkat wajah. Memandang wajah suaminya. “Kenapa abang nak salahkan saya pulak?” Giliran dia membela diri.
“Anak abang tu orang bukannya lembu. Kalau lembu bolehlah saya ikat. Ini orang. Takkanlah saya nak tambat dia kat tiang seri tu pulak?” Suaranya yang agak lembut itu tidak menampakkan yang dia sedang marah. Hanya kata-katanya sahaja yang berbisa.
Dr Lukman Hakim mula bangun daripada duduknya. “Orang nak kahwin dia pun nak kahwin. Orang nak bertunang dia pun nak bertunang.” Dia mula berpeluk tubuh sambil wajahnya dipaling daripada menghadap isterinya.
“Suruh bertunang dengan pilihan kita, dia tak nak. Bila dah bertunang dengan pilihan hati dia…” Dia memandang wajah isterinya. “…macam ini pulak jadinya. Ish, serabut kepala saya dengan perangai anak kesayangan awak ni!” Kepalanya pantas digelengkan. Pening dia memikirkan masalah anaknya itu.
Puan Faezah menjelingkan matanya sedikit. “Macamlah abang tak tahu anak kesayangan abang tu.” Mulutnya dimuncungkan. “Suka hati dia buat keputusan sendiri. Kalau dia dah tak nak, waktu tu juga dia cakap yang dia tak nak.”
Kedengaran deruman enjin kereta masuk ke perkarangan rumah teres dua tingkat itu. Puan Faezah dan Dr Lukman Hakim berpandangan sesama sendiri. Mata masing-masing mula membulat.
“Zah, budak bertuah kesayangan awak tu dah balik.” Dr Lukman Hakim pantas mengambil tempat duduk semula di atas sofa bersebelahan dengan isterinya. “Saya nak brainwash dia cukup-cukup.”
Sabrina menguak daun pintu. Kasut tumit tinggi 5 inchi itu ditanggalkan dan diletakkan di dalam rak kasut yang telah disediakan. Rambutnya berwarna blonde dan panjang itu disebakkan ke belakang.
“Baba dengan mama tak tidur lagi?” Dia mula menyapa ibu bapanya yang sudah sedia menunggunya di ruang tamu. Dia mula tersenyum.
Dr Lukman Hakim menyorot susuk tubuh anaknya itu. Dress pendek atas lutut yang ketat membaluti tubuh anaknya itu. Ketat, sendat dan padat jadinya.
Jika ada mata jejaka yang menyorot ke arah Sabrina, pasti jejaka itu akan meleleh air liurnya dek liuk tubuh anaknya yang menggoda itu. ‘Memang belanja habis dia ni,’ getus hati kecilnya.
Dia kedengaran berdehem seketika sebelum memulakan kata-kata. “Kamu pergi mana?”
Sabrina menutup daun pintu tersebut. Dia tersenyum herot saat mendengar pertanyaan daripada bapanya itu. “Baba takkan tak tahu?” Dia memandang wajah Dr Lukman Hakim. “Rina pergi enjoy dengan some of my few friends yang baru balik dari Ireland, London, Aussie.” Kedengaran dia ketawa kecil.
Dr Lukman Hakim tidak mahu bertentang mata dengan anaknya itu. “Kamu… pergi night club?” Dia mula berpeluk tubuh. Serius kedengaran nada suaranya.
Puan Faezah pula hanya diam membisu. Dia tidak mahu berkata apa-apa. Biarlah suaminya yang menguruskan anaknya yang liar itu.
“Baba…” Sabrina mula melangkah mendekati bapanya. “Kenapa hari ni baba banyak sangat tanya? Selalu baba tak pernah tanya pun pada Rina. Baba tak ambil peduli pun pada Rina. So, suka hati Rina nak pergi mana. Night club ke kelab dangdut ke pusat snooker ke…”
“Dr Nur Sabrina Danisha binti Dr Lukman Hakim!” Bergema suara Dr Lukman Hakim disegenap ruang tamu rumah tersebut. “I’m asking you, Rina!” Dia memandang wajah Sabrina. “Boleh tak Rina jawab elok-elok? Doktor jenis apa kamu ni?”
Pantas riak wajah Sabrina berubah. Masam mencuka. “Oh, okey. Sekarang baba nak pertikaikan kelulusan Rina pulak?” Dia mula berpeluk tubuh. “Okey, tak apa. Rina tahu. Baba jadi macam ni mesti sebab kes Rina putuskan pertunangan Rina dengan Afiq? Betul tak?” Sebelah keningnya kelihatan terangkat. Ada senyuman sinis di hujung katanya.
Dr Lukman Hakim hanya diam membisu. Ternyata anaknya itu bijak meneka. Kepalanya dianggukkan. “Ya, Rina.”
Sabrina pantas tersenyum herot. “Dah agak dah.”
“Kenapa Rina putus dengan Afiq?” Giliran Puan Faezah mula bersuara. “Baba dengan mama dah upah wedding planner, catering semua.”
Sabrina ketawa kecil. “Come on, baba, mama.” Wajah kedua-dua ibu bapanya itu dikerlingnya sekilas. “Kami tak ada jodoh lagipun Afiq dah tak cintakan Rina.” Dia mula melangkah mendekati anak tangga.
“Senang kamu cakap, Rina.” Puan Faezah mula mengetap giginya menahan geram. “Semua perisapan tu nak buat apa?” Dia mula mengalihkan pandangannya ke arah anaknya yang berada di muka anak tangga.
Sabrina yang mendengar hanya ketawa kecil. “Yang baba dengan mama buat persiapan semua tu kenapa?” Dia memandang ibu dan bapanya yang berada di sebelah kirinya. “Ada Rina suruh? Tak ada, kan? Jadi, baba dengan mama uruskan semua tu. Rina nak naik atas nak tidur.” Dia mula memanjat anak tangga.
Dr Lukman Hakim mengetap gigi menahan geram. Anaknya ini sudah melampau! “Rina, weekend ni kita pergi Kelantan, kampong Afiq. Kita bincang baik-baik. Kalau putus pun… putus secara baik.” Dia cuba mengawal suaranya agar tidak terlalu tinggi. Dia tidak mahu menengking anaknya. Namun, ada getaran pada suaranya.

Sabrina yang mendengar hanya menjulingkan matanya ke atas seketika. “Whatever, baba.” 

0 comments:

Post a Comment