Cakap pasal panas ni aku ada satu cerita nak cerita kat korang semua ni. Sorry, lari tajuk sekejap. Tak apa, kan? Kalau korang tak bagi pun aku tetap nak cerita jugak. Aku rasa minggu lepas kot tapi tak pastilah berapa tarikhnya and hari apa.
Tiba-tiba aku bangun pagi nak pergi kelas ni, TAK ADA ELEKTRIK weiiiiiiiii bilik aku!!! Pehhhhh!!! PANAS NAK MAMPUS weiiiiii!!!! Ya Allah! Memang aku hmmm.... (Paham-paham lah ye) Lepastu aku pun mandi and bersiap nak ke kelas. Aku fikir bilik aku je yang tak ada elektrik rupanya bilik lain pun sama. Satu aras dengan aku. Adalah bilik classmate aku yang lain. Hmmm... tak apalah. Reda. Nak buat macam mana, kan? Kalau aku pandai betulkan bolehlah aku betulkan. Ini sepatah haram pasal elektik pun aku tak tahu. Even TRANSISTOR and KAPASITOR tu pun aku tak tahu macam mana rupanya. Padahal time Form 3 or Form 2 dulu dah belajar.
Okey sambung balikkk... Balik kelas tu pun aku buat aduan sebab aku tak tahan. Aku ni memang selalu buat aduan. Orang lain hmmm haram nak buat aduan. Tak prihatin langsung. Aku tak tahan panasnya sebab aku takut malamnya aku nak tidur GUANO? ( dah KELATE PULOK aku ni haishh) takkan nak tidur sambil bukak pintu, tingkap semua. Hishhh.... seram aku! Tak pepasal free2 je OMI datang RATAH aku... hishhh!!!! TAK NAKKKK!!!!!
Alhamdulillah... maghrib tu ada PEKERJA GFM tu datang and betulkan. Rupa-rupanya salah satu lampu kat bilik aku tu rosak... so kiranya bilik aku lah yang puncanya.. tak pelah... asalkan kipas boleh hidup. And sampai sekarang aku dengan roomate aku tak berani nak bukakk lampu yang select tu even dah dibetulkan sebab takut perkara yang sama berulang kembali.
Okay, back to my tittle above. Agak lamalah juak aku tak post something kat blog ni sebab aku kan student sooo memang busy lah. Mana nak kejar testnya, quiznya, kelasnya and assingments yang menggunung-gunung banyaknya. So, hari ni baru ada kesmpatan.
Aku tulis blog pun sebab ada lahh CLASSMATES aku ni bising. Suruh aku dokkk update blog. Tanya bagai haishhh....
"Lela, bila nak update blog?" "Lela, dah update blog ke belum?" "Lela, nanti masukkan nama aku tau."
Beria betullah budak-budak ni suruh aku update blog. Gila popular betul diorang ni haishhh.... hahahah.... bangga lah MUKA and NAMA korang terpampang kat blog aku, kat google semua tu? Hah? Bangga? hahahha Gurau jeee....
Okay, back to our story. Sorry laa, aku banyak membebel and melalut hari ni. Maklumlah dah lama tak melalut hahahha
Majlis Anugerah Dekan (MAD) ni berlangsung pada hari Khamis, 26 Februari 2015. Pukul 11 pagi sampai pukul 1 tengah hari. Dia ada beberapa sesi tapi kitorang budak-budak DAIS, AC120 dari FAKULTI PERAKAUNAN ni dapat sesi yang kedua.
MAD ni buat kat AUDITORIUM FASA 1. Pehhh!!! Jauh aku menapakkk. Sudahlah panas. Tak bawak payung pulak tu. Daripada bilik dah bermake-up sampai je Audi( macam kereta Audi lah pulak tapi bukan kereta Audi tau hahaha) tu dah cair make up sebab panas hahaha ( tapi aku tak pakai make up ye! Aku natural! Hakhakhak)
Aku sampai Audi tu dengan berpeluh-peluhnya satu badan dengan sakit kepala sebab panas dengan peningnya sebab tak sarapan lagi, duduklah dalam aircond tu. Duduk diam-diam ( tak diam sebenarnya gelak-gelak dengan classmate yang lain) sambil berkira-kira tak nak datang kelas ELC pukul 2 petang nanti. HaH! Nampak tak jahatnya! Walaupun dah dapat dekan still jahat lagi. Well biasalah KAMI bukannya MALAIKAT hahahha
Malas aku nak bebel lagi korang tengok lah gambar yang sempat DIKUTIP ( dikutip! Hahahhah tak boleh blahhh) masa majlis tu hmmm...
![]() |
| Acah-acah candid semua ni. Poyo... padahal tak tahu nak buat gaya apa |
![]() |
| Inilah muka-muka budak-budak dekan kelas aku sem lepas, AC1202B. Hope sem depan dekan lagi. Amin |
![]() |
| Dari depanng: Effa, Tina Aku (Terselit), Azim (pakai spek), Ashraf (suka selit waktu gadis-gadis nak selfie) |
![]() | ||||
| Dari kiri: Ashraf, Effa, Aku, Alia, Azim Depan: Fatin |
![]() |
| With GEGIRLS YANG AWESOME and YANG JELITA |
![]() |
| muka bahagia dapat nasi free heheh |
![]() |
| Lilitan shawl hasil daripada tgok tutorial dekat youtube |
![]() |
| Ini HADIAH untuk PEMBACA, PEMINAT SETIA serta PENYOKONG NOVEL, CERPEN and BLOG AKU, ceriitumerah.blogspot.com. Ini juga HADIAH untuk PARENTS aku, BONIRA BINTI MESUMAN and PAIDI BIN MUSTANGIN |
Okay, aku rasa cukuplah setakat ini sahaja. Doakan kejayaan kami semua and yang lainnya. Terima kasih kerana sentiasa menyokong and membaca tanpa jemu blog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih juga kerana sudi singgah dan baca blog seorang yang baru merangkak dalam bidang penulisan ni. Jangan lupa terus sokong aku dari belakang. Doakan aku dapat siapkan NOVEL CINTAKU HANYA UNTUKMU and seterusnya dapat diterbitkan suatu hari nanti.
TERIMA KASIH SEMUANYA. Aku SAYANG korang sangat-sangat.
Assalamuaikum......













.jpg)

0 comments:
Post a Comment