Thursday, 27 July 2017

Novel: Tidak Kuduga Cintamu Bab 2

BAB 2


SYAFIELLA turun daripada motosikal tersebut dengan wajah yang cemerut. Topi keledar yang dipakainya pantas sahaja ditanggalkan. “I’ve told you, Hudson.” Topi keledar tersebut diletakkan di atas motosikal dengan kasar.
Jangan bawa laju-laju. Aku takut.” Jelingan yang agak tajam sempat diberikan kepada si kekasih hati sambil jarinya ligat membetulkan rambutnya yang sudah serabai itu.
Hudson yang baru turun daripada motosikal itu hanya tergelak kecil. “Janganlah takut, Fie. You must trust me.” Dia mula memujuk Syafiella.
You must trust me.” Syafiella mengajuk semula kata-kata Hudson sambil membuat mimik muka yang menjengkelkan. “Kalau dah bawa moto macam hantu, macam ghost rider, sampai bila-bila pun aku tak percaya.”
Dia mula berpeluk tubuh. Kali ini jelingan maut dihadiahkan khas buat Mr Hudson Smith. Wajahnya dipalingkan. Enggan menghadap wajah kekasihnya.
Hudson hanya tersenyum. Kelihatan dia tenang sahaja menangani Syafiella yang kuat merajuk ini. “Fie, kau jangan pandang rendah pada aku. Kau tengok je aku bawa moto macam ghost rider tapi sebenarnya ride aku tahap Valentino Rossi tau.” Dia mula membangga diri. Jaket kulit yang dipakainya mula dibetulkan sambil menyebak rambutnya ke belakang agar kelihatan lebih macho.
Syafiella yang mendengar hanya tersenyum herot. “Aku rasa Valentino Rossi pun malu nak mengaku kau kawan dia kalau dia tengok cara kau ride tadi.” Berdekah-dekah dia ketawa. Giliran dia pula mengenakan kembali Hudson.
Hudson yang mendengar hanya mendiamkan diri. Nampaknya sang kekasih hati sudah mengenakannya kembali. Dia mula melangkah mendekati Syafiella yang separuh mati mentertawakannya. “Funny?” soalnya tatkala dia sudah berada di hadapan Syafiella.
“Hah? Of course funny.” Syafiella ketawa lagi. “Kalau tak kelakar, aku takkan gelak separuh mati macam ni.” Selamba sahaja dia mengenakan Hudson. Seronok betul dia hari ini. Dapat juga dia membalas dendam.
Hudson pula yang panas hati. Dia hanya menjeling sahaja melihat ‘keseronokan’ Syafiella mentertawakannya. “Whatever, Fie.” Wajahnya dipalingkan seketika. Malas dia mahu melihat Syafiella yang separuh mati mentertawakannya. “By the way, I’ve good news to tell you,” beritahunya cuba untuk mengalih topik.
Serta-merta tawa Syafiella terhenti. “Good news?” Snowcapnya dibetulkan sambil sebelah keningnya kelihatan terangkat. “What is it, dear?” soalnya penuh minat.
Hudson mendiamkan dirinya seketika. Otaknya ligat memikirkan ayat. Kedengaran dia berdehem seketika sebelum memulakan bicara. “Guess what, Fie?” Dia memandang wajah Syafiella.
What?” Syafiella pantas bertanya. Nampaknya dia sudah tidak sabar mahu mendengar berita daripada Hudson. “Tell me, Hudson.” Lengan Hudson dipegangnya tanda dia teruja mahu tahu berita gembira tersebut.
Bibir Hudson mengukir sedikit senyuman nipis. “I’ve got an offer. A job offer.” Tersekat kata-katanya di situ.
Then?” Syafiella pantas memotong.

“Aku… diberi pilihan sama ada Indonesia, Filipina dan Malaysia.” Hudson menelan liurnya seketika. Sengaja dia memasukkan unsur-unsur suspen dalam katanya. “AndI’ve choose Malaysia.”
Melopong mulut Syafiella jadinya tatkala mendengar kata-kata daripada Hudson sebentar tadi. “Malaysia?” soalnya ragu-ragu.
Hudson pantas menganggukkan kepalanya. “Yes, Malaysia.” Dia tersenyum memandang Syafiella.
Congrats, dear.” Syafiella pantas mengucapkan tahniah kepada Hudson. “You deserve it.” Kelihatan dia tersenyum gembira. Dia juga tumpang seronok dengan berita daripada kekasihnya itu. “So, bila kau start?”
Hudson menjelingkan matanya ke tepi seketika sebagai tanda dia sedang mengingati tarikh bermula dia akan bekerja di Malaysia. “Abouttwo more weeks.” Dia kembali memandang wajah Syafiella.
Okay, then.” Syafiella sudah bertepuk tangan. Sepertinya dalam otaknya ligat merencanakan sesuatu buat si kekasihnya. “Jom kita celebrate. Now. Let’s go.”
Pergelangan tangan Hudson sudah dipegang. “Kau cakap je kau nak makan apa, hari ini aku belanja kau.” Pantas sahaja Hudson ditariknya. Dia mahu meraikan berita baik ini bersama Hudson.
Wait.” Hudson bersuara sebelum Syafiella sempat mengheretnya ke cafĂ© dan restoran yang berdekatan.
Syafiella pantas meleraikan pegangannya. Dia memandang wajah Hudson. “Why?” Keningnya mula berkerut.
Hudson memasukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya. Sepertinya dia ada sesuatu yang dia mahu keluarkan daripada koceknya. Perlahan-lahan dia mengeluarkan sesuatu daripada kocek seluarnya.
Syafiella menunggu dengan penuh debar. Direnungnya sahaja perbuatan Hudson itu. Dia menjadi tertanya-tanya. Bibirnya diketap atas dan bawah. Takut pula dia jadinya. Pandangannya dicerunkan.
Sebentuk cincin berada di dalam genggaman Hudson. Dia kemudiannya memandang cincin tersebut dengan senyuman penuh makna. “Fie,” panggilnya dengan panggilan manja.
Pantas Syafiella mengangkat wajah. Memandang wajah Hudson. Kerutan di dahinya kelihatan jelas.
Bibir Hudson masih lagi mengukir senyuman. Dia mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Syafiella. “Fie, aku nak… kau ikut aku ke Malaysia.” Tangan kiri Syafiella sudah dipegangnya.
“Aku nak… kau sentiasa ada di samping aku selepas ni.” Dia cuba bermain dengan kata-katanya. Pandangannya dicerunkan, memandang tangan kiri si kekasih hati.
Syafiella semakin pelik jadinya. Dahinya kelihatan berlapis-lapis. “What…” Air liurnya ditelan. “What do you mean, Hudson? Aku… tak faham.” Dia cuba untuk meminta penjelasan.
Hudson hanya tersenyum. Pertanyaan daripada Syafiella itu tadi dibiarkan berlalu tanpa jawapan. “Aku…” Dia mula melutut sambil tangan kiri Syafiella erat dalam pegangannya.
Syafiella berdebar. Jantungnya berdetak lebih hebat daripada biasa. Dahinya mula berpeluh dingin. Otaknya kosong. Dia tidak boleh berfikir. Cuma matanya sahaja yang mampu bergerak melihat Hudson yang sedang melutut di hadapannya.
“…perlukan seseorang untuk sokong aku waktu di Malaysia nanti. So, I choose you, Fie.” Hudson memandang dalam-dalam anak mata Syafiella.
“Syafiella Farhani…” Kata-katanya terhenti seketika di situ. Nafasnya dihela kemudian ditarik dalam-dalam untuk meraih kekuatan diri. Debar dalam dadanya cuba dikawal. “Will youwill you marry me?” Cincin yang berada di dalam genggamannya disuakan di hadapan Syafiella.
Syafiella terkedu seketika. Dia bagaikan kehilangan kata-kata. Lidahnya kelu. Dia tidak menyangka yang Hudson akan melamarnya pada hari ini. Dia bagaikan patung. Diam, kaku di situ. Lama dia mendiamkan diri.
“Fie, what is your answer?” Setelah lama suasana menghening, Hudson mula bertanya. Malu juga dia lama-lama melutut di hadapan gadis ini. Maklumlah, tempat ini merupakan tumpuan pengunjung. Paris, bandar yang tidak pernah sunyi dengan pengunjung. “Yes or no?” Sebelah keningnya sudah terangkat.
Syafiella mengetap bibir atas dan bawah. “III…” Terketar-ketar dia mahu menjawab. “The answer is…”
Please say yes, Fie. Fie, please say yes. Oh God! Please say yes.’ Jauh di sudut hati Hudson dia mengharapkan jawapan positif daripada Syafiella. Matanya dipejamkan seketika.
Syafiella menarik nafas dalam-dalam sebelum mengeluarkan kata-kata. “The answer isno.” Nafasnya dihela.
No!” Terkejut Hudson jadinya tatkala mendengarkan jawapan yang negatif daripada Syafiella. Dia pantas berdiri. “Why?” Dahinya berlapis. Dia memandang wajah Syafiella.
Syafiella pantas menggelengkan kepalanya. “No. I mean the answer is not no.” Dia sendiri tidak sedar apa yang baru sahaja dia cakapkan tadi. Disebabkan terlalu gementar sehinggakan dia berada di bawah separuh sedar.
Hudson pantas menarik nafas lega. Dadanya diurut berkali-kali. Lega sedikit dia. Sekurang-kurangnya lamarannya tidak ditolak mentah-mentah oleh kekasih sendiri. “So, the final answer?”
I cannot give you the answer now. I need to think.” Syafiella pantas memusingkan badannya dan mula mengatur langkah pergi dari situ.
Why, Fie?” Hudson mula meminta penjelasan. Dia yang menyedari tindakan Syafiella itu, mula mengejarnya. “Tunggu dulu, Fie.” Sempat pergelangan tangan Syafiella disambarnya.
Syafiella pantas menghentikan langkahnya. Dia diam seketika. “We are different, Hudson. We are different.” Dia memusingkan badannya menghadap Hudson.
Different?” Hudson mula bertanya. “Apa yang lainnya? Kau manusia. Aku pun manusia. Kenapa?” Dahinya berkerut.
Syafiella mengeluh lemah. “Our religion, our race is different, Hudson.” Dia memandang wajah Hudson dengan wajah yang sayu. “I’m Muslim and you are…” Pandangannya terarah kepada lambang salib yang berada di dada Hudson. “…Catholic.” Nafasnya dihela.
Hudson yang menyedari pandangan mata Syafiella terarah kepada lambang salib yang berada di dadanya, mula menyorokkan lambang salib tersebut di sebalik jaketnya. “Okay, I know that butI can change my religion. I can convert into Muslim. Right?” Bersungguh-sungguh dia nampaknya mahu memperisterikan Syafiella.
Syafiella diam seketika. Berat dia mahu menjawab. Perlahan-lahan dia menggangguk kecil. “Yes, you can butit’s hard to say. In Islam you cannot simply change your religion without knowing anything about our religion. You must learn.”
Okay, I’ll learn about Islam.” Laju sahaja Hudson memberikan jawapan. “I promise.” Sebelah tangannya sudah diangkat sebagai tanda dia sudah berjanji.
I’m not ready yet, Hudson. I’m not ready yet to get married. It’s too early for me.” Syafiella sengaja mencipta alasan.
Hudson berdecit sedikit. “It’s been almost two and a half year, we’re together. Love each other. Takkan itu pun kau kata awal. Aku nak kita akhiri hubungan kita dengan perkahwinan, Fie.” Giliran dia pula memberikan penjelasan.
Syafiella mula berpeluk tubuh. Dia memandang tepat anak mata Hudson. “I know that, Hudson but…”
Stop it, Fie!” Belum sempat Syafiella menghabiskan kata-katanya Hudson pantas memotong. Jari telunjuknya diangkat sebagai tanda menyuruh Syafiella untuk berhenti berkata-kata. “You give such nonsenses excuses to me.” Kepalanya digelengkan. “Aku tahu… kau dah tak cintakan aku kan, Fie?” Dia cuba menduga isi hati kekasihnya.
Syafiella pantas menggelengkan kepalanya. “No, bukan macam tu.” Pantas jari-jemari Hudson diraih untuk digenggam. “I still love you, Hudson.” Dia menggenggam erat jari-jemari Hudson. Dia diam seketika.
Pandangannya dicerunkan. Memandang jemari wanitanya dan jemari kekasihnya bersatu dalam satu genggaman. “Just Hudson…” Dia mengangkat wajah memandang wajah Hudson. “Please give me some time to think. I need you to understand.”
Hudson diam seketika. Dia cuba berfikir. Pandangannya dicerunkan sedikit. Nafasnya dihela lemah. “Okay, I’ll give you time to think.” Matanya memandang wajah Syafiella. Genggaman jari-jemari tadi dileraikan.
Tangan Syafiella diraih. “Take this.” Cincin tadi diletakkan di dalam genggaman tangan Syafiella. “Aku tahu kau perlukan ini waktu berfikir nanti.” Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman penuh makna.
Syafiella hanya mendiamkan dirinya. Anggukan kecil menjadi balasan. 

0 comments:

Post a Comment