BAB 5
“ADIK,” panggil Tan Sri Mansor sebaik
sahaja Nazmi melangkah masuk ke dalam rumah. Nazmi mula mendekati papa
kesayangannya yang sedang duduk di atas sofa.
“Ada apa, pa?” tanya Nazmi sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah papanya.
Tan Sri Mansor melemparkan sebaris senyuman buat anak bongsunya itu.
“Papa nak bincang sesuatu dengan adik.”
Tan Sri Mansor memandang wajah Nazmi dengan pandangan mata yang serius.
“Bincang apa, pa?” tanya Nazmi sambil mengerutkan dahinya.
“Papa nak adik buat keputusan dengan sebaik-baik mungkin. Papa tak nak adik menyesal nanti.”
Tan Sri Mansor menepuk-nepuk bahu Nazmi. Nazmi memandang wajah papanya dengan berjuta kerutan di dahi.
“Keputusan? Menyesal? Apa ni, pa? Adik tak fahamlah.”
Nazmi nampaknya semakin pening kepala memikirkan kata-kata tersirat papanya. Tan Sri Mansor hanya ketawa kecil.
“Adik relaks. Bertenang. Papa cuma nak adik setuju atau tidak dengan cadangan papa ni.”
Tan Sri Mansor menarik nafas dan kemudian menghembuskannya perlahan-lahan.
“Cadangan apa, pa?” Laju sahaja soalan yang meluncur keluar daripada mulut Nazmi. Tan Sri Mansor tersenyum lagi.
“Cadangan papa ni ada kena mengena antara hidup dengan mati.”
“Antara hidup dengan mati, pa. Papa sakit ke?” tanya Nazmi cemas. Dia sudah memegang tangan, kaki dan dahi Tan Sri Mansor.
“Tak. Papa sihat. Papa tak sakit. Papa cuma nak adik kahwin dengan pilihan papa. Itu je,” kata Tan Sri Mansor sambil mengalihkan tangan Nazmi daripada terus-terusan memegang dahinya.
Tan Sri Mansor ketawa kecil melihat reaksi cemas yang ditunjukkan oleh anaknya itu.
“Nasib baik tak ada apa-apa. Cuma nak adik kahwin je.”
Nazmi melepaskan sedikit keluhan.
“Hah?! Apa?! Kahwin?!” bentaknya.
“Papa biar betul. Adik baru umur 22 tahun. Adik tak puas enjoy lagi dah kena pegang title suami orang. Lepastu jadi bapak orang. Kahwin dengan pilihan papa pulak tu. Tak nak! No! Adik tak nak!”
Nazmi mula berdiri. Tan Sri Mansor tersenyum lagi melihat reaksi yang ditunjukkan oleh anaknya. Mungkin dia sudah agak Nazmi akan memberikan reaksi yang sebegitu rupa.
“Kalau papa kemaruk sangat nak bermenantukan menantu perempuan suruh ajelah alang tu kahwin cepat-cepat. Lagipun alang tu kan dah bertunang. Ini nak suruh adik kahwin pulak.”
Nazmi tidak habis-habis memarahi papanya. Tan Sri Mansor mula berdiri dan menenangkan anaknya itu.
“Papa bukannya kemaruk sangat nak bermenantukan menantu perempuan. Papa cuma teringin nak jodohkan anak papa dengan anak kawan papa tu. Nak jodohkan dengan alang, dia dah bertunang. Jadi papa jodohkanlah dengan adik.”
“Jadi papa jadikan adik ni mangsa keadaan. Macam tu?”
Nazmi memandang papanya dengan muka yang merah padam. Nampaknya keadaan menjadi semakin tegang. Tan Sri Mansor melepaskan keluhan berat.
“Tak. Papa cuma nak kahwinkan adik dengan Fairuz Farisha, anak Dato’ Johan. Pemilik Maya Holding.”
Sepantas kilat Nazmi memandang wajah papanya.
“Betul ke papa nak kahwinkan adik dengan Fairuz Farisha? Betul ke?” tanya Nazmi seakan mendesak sambil memegang bahu papanya.
‘Betul ke apa yang aku dengar tadi?’
Tan Sri Mansor mengerutkan sedikit keningnya. Mungkin pelik dengan reaksi Nazmi. Manakan tidak tadi marah sekarang teruja pula.
“Betullah. Ini gambarnya.”
Tan Sri Mansor menunjukkan gambar Fairuz di dalam telefon bimbitnya. Nazmi terus mengambil telefon bimbit papanya. Dia mengamati gambar tersebut.
‘Ya Allah! Betullah Fairuz bidadari aku,’ getus hati kecilnya.
Nazmi memberi kembali telefon bimbit itu kepada papanya. Dia tersenyum girang dan hatinya sangat seronok kala ini. Nazmi mula mengatur langkah menuju ke biliknya di tingkat atas.
“Jadi apa keputusannya adik?”
Baru sahaja dia mengatur langkah papanya sudah terlebih dahulu bertanya soalan cepumas itu kepadanya. Nazmi berpaling memandang papanya sambil menguntum senyuman keterujaan.
“Keputusan adik positif.” Nazmi kembali mengatur langkah menuju ke biliknya.
“Alhamdulillah.” Tan Sri Mansor menarik nafas lega.
“Adik-adik. Tadi bukan main marahlah, tak naklah. Ini jadi pulak. Tak apalah asalkan jadi,” kata Tan Sri Mansor sambil menggelengkan kepalanya.

0 comments:
Post a Comment