“KAKAK, tunggulah
adik.” Amir berlari-lari anak sambil tercungap-cungap menahan kepenatan.
“Cepatlah. Adik lambat sangat lari. Adik lari macam pondan.” Karina terus-terusan berlari sambil mengejek adiknya.
“Geramnya, adik. Kalau adik dapat kakak, siap kakak.” Amir berlari dengan lebih laju lagi mengejar kakaknya yang sudah berada di hadapannya.
“Cubalah kalau dapat.” Karina mentertawakan adiknya sambil menjelir lidah mengejek adiknya.
Makin geram Amir jadinya apabila kakaknya berbuat begitu kepadanya. Apalagi makin lajulah dia berlari mengejar kakaknya.
Karina dan Amir, dua orang adik-beradik yang sangat rapat. Mereka sangat rapat seperti kembar. Ramai beranggapan bahawa mereka kembar kerana amat rapat bagai isi dengan kuku. Mereka tidak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan pasti salah seorang akan merengek dan menangis tidak mahu dipisahkan. Jarak umur antara mereka tidak jauh, hanya dua tahun sahaja.
Karina berhenti sebentar kerana kepenatan. Amir mengambil kesempatan ini dengan menerkam kakaknya.
“Adik sudah dapat kakak,” kata Amir sambil menerkam kakaknya.
Akibat daripada terkaman itu Karina hilang imbangan lalu jatuh tersembam di atas tanah. Amir menggeletek kakaknya sambil mengekek ketawa. Karina menggeliat-geliat kegelian.
“Adik, kakak geli,” pinta Karina. Dia juga turut sama ikut ketawa. Amir tidak habis-habis menggeletek kakaknya walaupun telah hampir lima belas minit mereka begitu.
“Adik, kakak bangun. Jangan main di atas rumput. Nanti gatal.” Datin Aisyah mula mendekati mereka adik-beradik.
Karina yang menyedari ibunya menghampirinya mula menyuruh adiknya untuk berhenti.
“Adik, mama datang. Mari kita bangun. Nanti mama marah kita.”
Amir ikut sahaja arahan kakaknya sambil membersihkan bajunya yang kotor itu. Datin Aisyah menggeleng kepala sahaja melihat kerenah kedua-dua anaknya itu.
Apa sahajalah budak dua orang ini, gerutu hatinya sambil memerhati dua orang anaknya itu yang sedang tersenyum melihatnya.

“Ya, Allah. Kenapa dengan
dahi adik? Sampai lebam macam ini.”
Serta-merta Karina meletakkan pen yang dipegangnya apabila melihat adiknya yang sedang berkerut-kerut menahan kesakitan.
Karina menyelak rambut adiknya yang menutupi sebahagian dahi adiknya. Dia menyentuh dahi adiknya yang lebam itu. Amir mengaduh kesakitan.
“Sedikit sahaja, kakak. Tadi terjatuh di tangga sekolah semasa mahu balik ke rumah.” Amir menggigit bibir menahan sakit.
Karina mengerutkan sedikit keningnya. Dia ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan oleh adiknya. Karina mengamati lebam adiknya itu.
“Adik tipu kakak. Lebam macam ini bukan sebab jatuh tangga. Adik bergaduh semasa di sekolah siang tadi?” tanya Karina sambil mengusap-usap lebam adiknya itu.
Lama Amir mendiamkan diri. Dia tidak tahu mahu beri alasan yang bagaimana kepada kakaknya. Karina yang menyedari adiknya tidak menjawab pertanyaannya mula merenung dalam-dalam mata adiknya.
“Cuba cakap pada kakak. Adik bergaduh di sekolah siang tadi atau adik ada masalah?” Karina mula mendesak.
Akhirnya Amir akur. Dia harus memberitahu perkara yang sebenar kepada kakaknya. Dia menarik nafas dalam-dalam untuk mencari kekuatan diri.
“Adik bergaduh di sekolah siang tadi dengan Razif. Dia tumbuk adik tapi adik tidak melawan,” jelas Amir.
“Kenapa adik bergaduh dengan Razif? Bukankah Razif itu murid yang paling nakal di dalam kelas adik? Kelas tahun 6.” Karina yang menjadi pendengar setia mula bertanya.
“Dia kata adik langgar dia. Padahal adik tidak sengaja. Adik hanya terlanggar sahaja. Tapi dia kata adik sengaja langgar dia,” cerita Amir dengan panjang lebar.
Karina hanya mengangguk kecil sahaja. Dia mengetap gigi menahan geram. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menyerang Razif yang telah menumbuk adiknya itu.
“Kakak,” kata Amir memanggil kakaknya.
Karina tersentak daripada lamunannya lantas menoleh wajah adiknya yang bungkam itu.
“Adik mahu kakak lakukan satu perkara untuk adik, boleh?” pinta Amir. Nada suaranya kedengaran sayu sekali.
“Apa dia? Kakak akan lakukan apa-apa sahaja untuk adik. Katakan sahaja.” Karina mula mendekatkan diri pada adiknya. Dia merenung kasih wajah adik kesayangannya itu.
Lama Amir mendiamkan diri. Dia menimbang-nimbang sama ada mahu memberitahu pada kakaknya ataupun tidak.
“Kakak janji pada adik jangan beritahu perkara ini pada mama dan papa. Biar kita sahaja yang tahu perkara ini. Kakak janji?” pinta Amir dengan penuh pengharapan sekali.
Dia mula meraih jari perempuan kakaknya itu untuk digenggam. Lama Karina diam seribu bahasa. Dia memandang wajah penuh pengharapan adiknya itu.
“Baiklah. Kakak janji.”
Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Karina. Dia mula mengeratkan genggaman jari-jemarinya. Bibir Amir menguntum senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.
Perlahan-lahan Karina melepaskan genggaman erat jari-jemarinya. Dia bingkas bangun meninggalkan meja belajar mereka berdua dan melangkah ke arah dapur. Amir mengerutkan kening melihat kakaknya.
“Kakak mahu pergi ke mana?” tanya Amir inginkan kepastian. Karina memberhentikan langkahnya.
“Kakak mahu ambil kain lap dan air panas untuk rawat lebam adik.” Dia tersenyum memandang wajah adiknya.

Karina bersendirian
menunggu pemandu peribadi keluarganya untuk menjemputnya. Dia menuggu di pondok
bas di luar kawasan kolejnya. Dia kelihatan begitu resah dan tidak betah
menunggu. Sekejap duduk sekejap berdiri bagai cacing kepanasan lagaknya. Mahu
tidak mahu dia terpaksa menunggu juga.
“Hai, Rina. Seorang sahaja?” sapa Zarul dari belakang.
Zarul, seorang jejaka yang amat menyukai Karina sejak dari bangku sekolah lagi. Zarul gemar mengusik Karina namun, kerap kali dimarahi oleh Amir. Zarul seorang jejaka yang baik tetapi terselit juga sedikit kenakalannya.
Karina terkejut lantas menoleh ke arah Zarul. Zarul yang menyedari Karina menoleh ke arahnya mula menguntum senyuman paling manis untuk gadis yang disukainya. Zarul mula mendekati Karina yang sedang bersendirian.
“Janganlah takut, Rina sayang.”
Zarul mula merapati Karina yang memalingkan mukanya. Karina hanya mematungkan diri sahaja. Zarul mula menyentuh rambut Karina yang dibiar lepas separas bahu itu.
“Apa ini, Zarul?!” Karina menepis kasar tangan Zarul yang mula menyentuh rambutnya.
“Zarul!” tempik Amir keras lalu meluru ke arah mereka berdua.
Zarul yang terkejut melihat Amir bertempik dan meluru ke arahnya bingkas bangun. Amir pantas memegang kolar baju Zarul dari arah belakang.
“Apakah yang kau lakukan pada kakak aku?” tanya Amir dengan suara yang bergetar.
“Aku tidak lakukan apa-apa pada kakak kau, Amir,” kata Zarul dengan suara yang terketar-ketar. Jelas ketakutan berdasarkan riak wajahnya.
Zarul sudah mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengaku kalah. Karina tergelak kecil sahaja melihat Zarul yang ketakutan itu. Amir melepaskan pegangan kolar baju Zarul dan sempat memberi peringatan kepadanya. Zarul berlalu pergi dengan mengambil langkah seribu. Meledak ketawa mereka berdua melihatkan Zarul yang ketakutan itu.
“Lain kali kakak tunggu adik di kawasan kolej kalau kakak habis kelas awal. Kakak harus ingat itu. Tunggu adik di mana?” tanya Amir mahu mengingatkan kakaknya. Dia tersenyum sinis memandang kakaknya.
“Ya, adik. Kakak akan tunggu adik di kawasan kolej sahaja.” Karina tergelak kecil sambil memukul lembut bahu adik kesayangannya itu.

“Papa, boleh kami tanya
sesuatu?” tanya Amir. Dato’ Kamal memandang Amir dan Karina silih berganti.
“Tanya sahaja adik, kakak.” Tenang sahaja Dato’ Kamal nampaknya. Amir memandang kakaknya dan kemudian memandang bapanya.
“Sebenarnya kami mahu minta pendapat papa sahaja.” Amir mula bermain-main dengan jarinya. Dato’ Kamal memandang anak bongsunya dengan seribu kerutan di dahi.
“Apa dia adik, kakak? Katakan sahaja.” Dato’ Kamal mula membetulkan duduknya pada sofa untuk keselesaan dirinya.
“Papa setuju atau tidak kalau kami berdua buka syarikat perkongsian kami berdua?”
Karina laju bertanyakan pendapat daripada bapanya. Dato’ Kamal memicit-micit dahinya tanda sedang berfikir.
“Kenapa kamu berdua mahu buka syarikat perkongsian yang lain sedangkan kita sudah ada Beira-Mar Holding. Beira-Mar Holding itu untuk kita sekeluarga. Kenapa kamu mahu buka syarikat yang lain?”
Dato’ Kamal mula mempersoalkannya. Amir hanya menundukkan wajah sahaja. Dia tidak berani berkata apa-apa.
“Kami mahu berdikari, papa. Kakak dan adik mahu berdikari,” beritahu Karina. Dato’ Kamal memandang wajah penuh pengharapan Karina.
“Kalau adik dan kakak mahu berdikari bukan ini caranya. Kalau kakak dan adik buka syarikat yang lain siapa mahu uruskan Beira-Mar Holding? Papa tidak mahu orang lain uruskan syarikat keluarga kita.”
Dato’ Kamal menggelengkan kepala sambil melepaskan sedikit keluhan. Nampaknya dia sedikit kecewa dengan tindakan kedua-dua anaknya itu. Karina tidak mahu berkata apa-apa lagi. Dia tidak berani membantah kata-kata bapanya.
“Papa tidak setuju dengan cadangan kamu itu. Papa mahu Karina Nazirah dan Amir Nazrul uruskan Beira-Mar Holding,” tegas Dato’ Kamal.
Dia mahu anak-anaknya sendiri yang mewarisi syarikatnya. Karina dan Amir mengangguk tanda setuju. Sedikit sebanyak mereka berdua setuju juga untuk menguruskan Beira-Mar Holding.
“Papa mahu esok pagi kakak dan adik ikut papa ke Beira-Mar Holding. Boleh belajar selok-belok perniagaan. Kalau adik dan kakak cepat belajar papa akan serahkan Beira-Mar Holding kepada kamu berdua secepat mungkin.” Serta-merta berubah wajah bungkam mereka berdua.

“Cik Karina, kita ada
mesyuarat tergempar,” beritahu pembantu peribadinya.
Karina dan Amir sudah menerajui Beira-Mar Holding. Sudah dua tahun Beira-Mar Holding diserahkan kepada mereka berdua. Semakin maju Beira-Mar Holding apabila mereka berdua yang menerajuinya.
Karina yang sedang asyik menaip di komputer ribanyanya terkejut lantas mengangkat wajah memandang pembantu peribadinya.
“Baiklah, Filla. Beritahu pada Encik Amir sekali,” arah Karina bersahaja.
“Cik Karina, Encik Amir tiada. Dia pergi ke tapak projek di Cyberjaya.” Shufilla menyelak helaian buku nota yang berada di tangannya itu.
“Saya terlupa pula.” Karina menepuk dahi.
“Semua orang sudah berada di bilik mesyuarat, Filla?” tanya Karina inginkan kepastian.
“Tidak. Mesyuarat ini hanya melibatkan ahli lembaga pengarah dan beberapa orang staf sahaja.” Shufilla memberitahu majikannya.
“Kalau begitu awak boleh pergi, Filla. Terima kasih.” Shufilla mula bergerak meninggalkan bilik Karina dan menuju ke bilik mesyuarat.
“Maafkan saya Cik Karina kerana tidak memberitahu cik selaku pengarah syarikat tentang mesyuarat tergempar ini,” kata Zafril kepada mereka semua yang berada di dalam bilik mesyuarat.
Dia berdiri lalu memandang hormat ke arah Karina. Karina hanya tersenyum sambil menunjukkan isyarat menyuruh Zafril untuk meneruskannya.
“Seperti yang kamu semua tahu kita berada di sini untuk memberitahu yang Beira-Mar Holding sedang mengalami masalah yang sungguh besar.”
Masing-masing berbisik sesama sendiri. Karina juga terkejut namun, dia dapat mengawal riak wajahnya.
“Syarikat kita hampir kerugiaan sebanyak dua juta ringgit kerana ada antara kita yang pecah amanah.” Hampir semua yang berada di situ terkejut termasuk Karina sendiri.
“Saya tidak tahu siapa tetapi saya dan akauntan syarikat kita, Encik Ikhwan megesyaki Encik Amir.” Serta-merta berubah riak wajah Karina.

“Kau tuduh aku, Zafril,
Ikhwan. Kakak, apa semua ini?” Amir mulai bingung dengan perkara yang berlaku
sekarang ini. Karina tetap diam membisu sahaja.
“Aku tidak menuduh cuma mengesyaki sahaja.”
“Salah. Memang dia yang lakukan. Dia yang gelapkan duit syarikat.”
Laju Zafril memintas kata-kata Ikhwan. Jari telunjuknya menunjuk lurus ke muka Amir. Amir mendengus marah jadinya. Tiba-tiba sahaja dia yang dituduh menggelapkan duit syarikat.
“Apa semua ini, Zafril? Aku tidak gelapkan duit syarikat. Kakak, adik tidak lakukan perkara yang buruk sebegitu.”
Amir mula mendekati Karina. Dia mula meraih perhatian daripada kakaknya namun, Karina tidak mengendahkannya sebaliknya memarahinya.
“Adik mengaku sahajalah. Kakak tidak marah jika adik mengaku di sini. Di hadapan kami bertiga.”
Karina mula mendesak adiknya. Amir menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Orang buat salah tidak akan mengaku.”
Sinis sungguh kata-kata yang dikeluarkan oleh Zafril. Amir naik berang dan mula mendekati Zafril sambil mengepal penumbuk.
“Sudah, Amir,” tempik Karina lalu memegang keras pergelangan tangan adiknya.
“Sekarang kakak mahu adik mengaku cepat. Kalau tidak adik keluar dari sini,” kata Karina dengan nada serius. Matanya mencerlung merenung adiknya.
“Nampaknya kakak pun sudah tidak percaya pada adik sendiri.” Karina mula mengendurkan pegangan erat pergelangan tangan adiknya.
“Kakak lebih percaya orang lain berbanding adik sendiri.” Ternyata Amir masih tetap tenang.
“Amir, aku mahu kau keluar dari sini. Mulai detik ini aku tiada adik yang bernama Amir Nazrul bin Dato’ Kamal.”
Suara keras Karina menempelak gegendang telinga Amir membuatkan dia yang sedari tadi nampak tenang kini mulai geram. Dia mengetap gigi menahan geram yang amat sangat.
“Baiklah kalau itu yang kakak mahu. Adik akan pergi jauh dari hidup Karina Nazirah binti Dato’ Kamal.” Nada suaranya jelas bergetar.
“Satu sahaja yang perlu kakak ingat kebenaran akan terbukti juga suatu hari nanti. Ingat itu Zafril dan Ikhwan.” Amir berlalu pergi sambil sempat memberikan senyuman yang sinis buat Zafril dan Ikhwan.
Karina jatuh terjelopok sebaik sahaja Amir meninggalkan pejabatnya. Dia menangis semahu-mahunya sambil ditenangkan oleh Zafril dan Ikhwan.

Dua minggu ketiadaan
Amir sudah cukup membuatkan hidup Karina menjadi tidak keruan. Makan tidak
kenyang, mandi tidak basah, tidur tidak lena. Ada sahaja perkara yang tidak
kena.
Semenjak itu jugalah Beira-Mar Holding tidak keruan jadinya. Syarikat itu hampir lingkup namun, masih sempat diselamatkan. Karina telah mengetahui siapa yang telah berlaku khianat terhadap Beira-Mar Holding.
Zafril dan Ikhwan yang telah menggelapkan duit syarikat sebenarnya. Mereka kini sedang menghabiskan sisa hidup mereka di tirai besi.
Amir. Amir pula tidak diketahui status dirinya kini. Karina juga sudah puas mencarinya di merata-rata tempat namun, tetap juga menemui jalan buntu. Akhirnya, Karina berputus asa untuk mencari adiknya, Amir.
Dia akur dengan kata-katanya dulu. “Mulai detik ini aku tiada adik yang bernama Amir Nazrul bin Dato’ Kamal.” Ternyata dia amat menyesal dengan kata-kata yang dikeluarkannya dulu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Karina begitu khusyuk menaip sesuatu di komputer riba miliknya. Kedengaran pintu biliknya diketuk bertalu-talu dari luar.
“Masuk,” arahnya ringkas namun, matanya tetap tidak dialihkan daripada skrin komputer riba miliknya.
Perlahan-lahan susuk tubuh itu melangkah mendekati meja Karina.
“Kakak.”
Karina tersentak mendengar perkataan itu. Perkataan yang amat dirinduinya kala ini. Perkataan tersebut bagai menusuk ke tangkai hatinya. Perkataan itu jugalah bagai memberi sinar baru dalam hidupnya yang kini sedang dibelenggu kegelapan.
Serta-merta dia mengangkat wajahnya untuk melihat empunya suara itu. Bagaikan luluh hatinya apabila wajah yang dihadapannya itu ialah wajah orang yang selama ini dirinduinya.
Amir tersenyum memandang wajah sayu kakaknya. Karina merasakan hangat di sekitar tubir matanya. Dia bingkas bangun lalu mendapatkan Amir. Dia merangkul adiknya dengan rangkulan kasih, sayang dan rindu. Amir turut membalas rangkulan erat kakaknya itu.
“Adik, kakak minta maaf. Kakak tidak sepatutnya halau adik. Kakak sepatutnya percayakan adik. Kakak minta maaf, adik,” pinta Karina dalam esak tangisnya.
“Adik sudah lama maafkan kakak. Adik juga salah, kakak. Adik tidak sepatutnya pergi tinggalkan kakak.” Amir menyeka air mata yang mula bertakung di sekitar tubir matanya.
Benarlah kata pepatah melayu dahulu kala, air yang dicincang tidak akan putus. Sama seperti hubungan mereka berdua adik-beradik yang tidak akan putus sampai bila-bila.
Suasana sayu dan sedih mula menerjah mereka berdua saat ini. Amir meleraikan pelukan erat mereka berdua.
“Mulai saat ini, walau apapun rintangan dan masalah yang melanda kita berdua kakak tetap akan berada di sisi adik sampai bila-bila. Kakak janji perkara yang sama tidak akan berlaku pada diri adik lagi.” Karina mengesat air mata yang mula mengalir di pipi adiknya.
“Adik janji juga yang adik tidak akan pergi jauh dari hidup kakak. Adik tidak akan sesekali tinggalkan kakak sendirian. Adik janji itu pada kakak. Adik janji.”

.

0 comments:
Post a Comment