BAB 10
FAIRUZ mula bergerak ke sinki sambil
membawa gelas kaca lutsinar untuk dicuci. Paip air di sinki tersebut dipulas
lemah. Fairuz mengeluh lemah tatkala teringatkan keluarga Nazmi datang
bertandang ke rumahnya bersama rombongan meminang beberapa minggu lalu. Otaknya
kini teringat akan perkara tersebut. Perkara yang harus diterima olehnya ketika
ini. Terus ingatannya melayang.
Kereta Audi meluncur laju memasuki perkarangan banglo mewah milik Dato’ Johan sekeluarga. Dahinya dikerutkan sedikit tatkala sepasang matanya tertancap pada dua buah kereta yang turut berada di perkarangan rumah banglo itu. Salah sebuah kereta itu amat dikenalinya. Perasaan hairan kian memuncak.
‘Takkan papa beli kereta lagi? Ah, mungkin kawan lama papa.’ Dia mula menyedapkan hatinya.
Tanpa membuang masa dia keluar daripada kereta sambil membawa beg bimbit dan tas tangannya. Sebelum melangkah masuk ke dalam banglo tersebut sempat dia melihat penampilannya terlebih dahulu.
Rambutnya yang sedikit serabai disisir rapi, blaus berlengan pendek berwarna biru lembut bersama seluar slack berwarna biru gelap dibetulkan kedudukannya. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya dia mula mengatur langkah memasuki banglo milik keluarganya.
“Walaupun dah tahu tentang perkara ini kami tetap juga mengikut adat. Maklumlah kita ini orang Melayu. Penuh dengan adat istiadat.”
Suara tersebut mematikan langkah Fairuz. Segera dia memberhentikan langkahnya.
‘Apa adat ni?’ Hatinya berkata sesuatu.
Kepalanya kini ligat memproses perkara yang sedang dibincangkan oleh papanya. Berbagai persoalan bermain dalam benaknya kini namun, dibuang jauh-jauh.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang perbincangan papanya segera dia menyambung langkahnya untuk masuk ke dalam banglo milik keluarganya.
Sebaik sahaja kakinya melangkah setapak ke dalam banglo tersebut, Fairuz sudah pun dikejutkan oleh suara Datin Noora, mama kesayangannya.
“Inipun tuan punya badan dah balik. Apa-apapun kita kena tanya tuan punya badan.”
Belum pun sempat Fairuz memberikan salam buat semua tetamu yang berada di situ Datin Noora terlebih dahulu memperkenalkan Fairuz kepada tetamu tersebut. Disebabkan suara mamanya yang terlebih ramah memperkenalkannya di hadapan semua tetamu Fairuz terus berpaling ke arah semua tetamu tersebut.
Hampir terlopong mulutnya tatkala melihat tetamu tersebut. Masakan tidak keluarga Nazmi Faiz juga menjadi salah seorang tetamu tersebut. Oleh sebab terkejut Fairuz hanya berdiri kaku di situ.
“Apa yang tercegat kat situ marilah duduk sekali. Boleh kita bincang sama-sama.”
Dato’ Johan sudah menepuk-nepuk sofa kosoang bersebelahan dengan Nazmi.
‘Bincang? No! Jangan cakap pasal….’ Tidak habis-habis lagi Fairuz membuat andaian.
“Kami nak bincang pasal perkahwinan kamu dengan Nazmi Faiz. Cepatlah duduk sekali,” arah Datin Noora.
Seakan mengetahui andaian Fairuz, Datin Noora segera mengarahkan Fairuz yang sedari tadi berdiri kaku di situ. Fairuz segera memberikan senyuman yang sedikit hambar buat tetamu tersebut.
Sambil meletakkan beg bimbit di tepi sofa tersebut Fairuz segera bergerak menuju ke sofa seperti yang telah diarahkan oleh papanya. Duduk di sebelah Nazmi Faiz, bakal pengantin lelaki dan bakal suaminya.
“Assalamualaikum, semua.” Fairuz sekadar berbahasa sambil memberikan senyuman yang agak hambar.
Tatkala punggungnya ingin dilabuhkan, pandangan matanya bertemu pandangan mata bakal suaminya itu.
Pandangan mata Nazmi seakan menguntum senyuman manis buat bakal isterinya dan seakan berkata, “Hai, bakal isteriku. Awak nampak cantik hari ni.”
Memang benar pandangan mata Nazmi menyatakan yang dia ingin sekali memiliki hati gadis ini.
Tidak pula pandangan mata Fairuz. Pandangan mata Fairuz seakan membenci bakal suaminya dan berkata, “Kau ni siapa? Aku tak nak kahwin dengan kau.”
Pantas Fairuz melarikan pandangan matanya ke arah dua orang lelaki dan dua orang perempuan itu.
Dahinya dikerutkan sedikit kerana dia langsung tidak mengenali tetamu tersebut. Menyedari kerutan di dahi Fairuz, segera Dato’ Johan memperkenalkannya pada Fairuz.
“Yang ini Mak Cik Ton, pembantu rumah. Yang sebelah dia pulak, Ameera Fateha, tunang abang Nazmi. Yang sebelah dia tu, Nazirul Fahmi, abang Nazmi. Dan akhir sekali, Tan Sri Mansor, papa Nazmi.”
Seorang demi seorang Dato’ Johan memperkenalkan tetamu tersebut kepada anak sulungnya itu.
Fairuz segera bersalaman dengan Mak Cik Ton dan Ameera Fateha. Dia hanya tersenyum dan bertanyakan khabar pada Nazirul Fahmi dan Tan Sri Mansor. Maklumlah bukan muhrim.
“Sekarang kita kena tanya juga pada empunya badan. Walaupun kita dah tahu jawapan mereka tapi kita kena tanya juga sekali lagi pada empunya badan. Mana tahu tukar fikiran pula. Setuju atau tidak?”
Mak Cik Ton sudah bertanyakan soalan yang menyebabkan Nazmi dan Fairuz berpandangan sesama sendiri.
Nazmi tersenyum sedikit dan kemudian dia mengalihkan pandangannya pada Mak Cik Ton, Tan Sri Mansor, Ameera, Nazirul, Datin Noora dan Dato’ Johan. Perlahan-lahan dia menarik nafas sebelum memberikan jawapan yang pasti ingin didengari oleh semua tetamu yang berada di sini.
‘Tolong, Nazmi jangan katakan setuju.’
Fairuz sudah berdoa supaya Nazmi tidak bersetuju dengan ‘perkahwinan dirancang’ ini.
“Pa, adik tak tukar fikiran. Adik setuju dengan perkahwinan ni,” kata Nazmi sambil tersenyum.
“Alhamdulillah.” Hampir serentak mereka mengucapkan syukur ke Hadrat Illahi.
‘Aduh, kenapa setuju?’ Fairuz sudah menepuk dahi tanda tidak senang dengan jawapan yang diberikan oleh Nazmi sebentar tadi.
Nazmi yang sedar akan perubahan air muka Fairuz mula berbisik ke telinganya.
“Hei, awak tak suka ke saya nak jadi suami awak?” tanya Nazmi.
Fairuz mula merenung tajam ke arah Nazmi.
“Awak rasa?! Fikirlah sendiri. Saya malas nak jawab.”
Fairuz menarik muka daripada terus-terusan menghadap wajah jejaka yang bakal menjadi suaminya itu.
‘Naik menyampah aku dengan budak ni,’ gerutu hatinya.
Nazmi melepaskan sedikit keluhan. ‘Nampaknya aku kena berusaha keras,’ detik hatinya.
“Yuz, macam mana?” Kini giliran Dato’ Johan pula bersuara.
Semua mata memandang ke arah Fairuz. Menanti jawapan yang akan keluar daripada mulut bakal pengantin perempuan.
Fairuz menundukkan sedikit wajahnya. Dengan teragak-agak dan dalam keterpaksaan Fairuz hanya mengagguk kecil.
“Baguslah kalau macam tu. Empunya badan dah setuju senanglah kerja kita nak buat perancangan.” Nazirul mula tersenyum lega.
‘No. This is not good at all. I’ll suffer a lot.’ Fairuz sudah mulai resah.
Memikirkan ‘perkahwinan dirancang’ yang bakal berlangsung. Dahinya mula berkerut-kerut seribu.
“Eh, Yuz. Kamu ni okey ke? Berkerut aje mama tengok.” Datin Noora yang menyedari kerutan di dahi anak sulungnya itu mula menegurnya.
Fairuz memandang wajah Datin Noora sambil tersenyum hambar.
“Emm…Yuz okey, mama. Betul Yuz okey. Teruskan perbincangan tadi,” ucap Fairuz sambil kembali berlagak bersahaja.
Datin Noora hanya mengangguk.
“Bila tarikh nak langsungnya majlis ni?” tanya Dato’ Johan kepada tetamu yang berada di situ.
“Kalau boleh dua bulan lagi. Sebabnya Nazmi ni sibuk. Main bola tak kira masa,” cadang Tan Sri Mansor.
Cadangan Tan Sri Mansor dibalas dengan anggukan oleh Dato’ Johan dan Datin Noora.
“Dua bulan lagi? Cepatnya!” celah Fairuz seakan tidak berpuas hati.
“Papa kata benda baik kenalah buat cepat-cepat. Tak elok kalau kita tangguh-tangguh. Am I right, papa?”
Nazirul cepat sahaja membidas kata-kata bakal adik iparnya sambil memandang Tan Sri Mansor.
Tan Sri Mansor hanya mengangguk dan memberikan senyuman buat anaknya itu. Menandakan kata-kata Nazirul itu benar.
‘Perkahwinan aku ni benda baik ke?’ Hatinya seakan tidak berpuas hati.
“Okey, kalau macam tu kita tetapkan tarikhnya. Bila Nazmi free? Tak terikat dengan sebarang jadual perlawanan dan latihan?”
Mak Cik Ton mengerling sekilas wajah Nazmi.
‘Tak boleh jadi ni.’ Fairuz memandang wajah Nazmi.
“Wait. I need to talk to him for a while.” Fairuz laju memaut lengan Nazmi sambil bangun daripada duduknya.
Nazmi tersentak lantas memandang wajah Fairuz.
“Hah?!” Keningnya kelihatan terjongket sedikit.
“Jom. Kita bincang kat luar sekejap.”
Fairuz menarik lengan Nazmi menyebabkan Nazmi segera bangun.
“Sekejap, ye,” pinta Fairuz sambil tersengih.
Datin Noora dan Dato’ Johan hanya menggelengkan kepala. Fairuz berjalan laju sambil menarik lengan Nazmi menuju ke perkarangan rumahnya.
“Awak nak bincang apa lagi?” tanya Nazmi ingin tahu.
Fairuz pula melepaskan pegangan lengan Nazmi dengan kasar.
“Kalau iyapun tak suka tak payahlah macam ni.” Nazmi mengusap-usap lembut lengannya yang dipegang kejap oleh Fairuz.
“Saya nak tanya. Kenapa awak setuju?” tanya Fairuz sambil merenung tajam wajah Nazmi.
“Setuju? Mestilah saya setuju sebabnya saya memang nak kahwin dengan awak.”
Nazmi membalas renungan Fairuz dengan secalit senyuman. Fairuz mula berpeluk tubuh.
“Saya tak kira. Awak kena batalkan juga perkahwinan kita ni,” tegas Fairuz sambil matanya mencerlung memandang Nazmi.
Sepantas kilat kerutan di dahi Nazmi bertambah.
“Kenapa nak kena batal pulak. Bukan ke awak pun setuju sama?” Fairuz menghela nafasnya.
“Saya setuju sebabnya papa saya. Kalau saya tak setuju masaklah saya…”
“Kena marah? Macam tu?” Fairuz mengendurkan sedikit kemarahannya itu.
“Kalau macam tu awak nak suruh saya batalkan. No way, man,” sambungnya.
Nazmi sudah menunjukkan isyarat jari yang dia tidak akan sesekali membatalkan perkahwinan tersebut. Fairuz menggigit bibir menahan rasa geram.
“Kalau awak tak nak tak apa.” Fairuz menjeling tajam ke arah Nazmi.
“Saya boleh pergi batalkan sendiri. Saya tak peduli. Saya nak batalkan juga!” Nada suaranya mula meninggi.
Fairuz mula melangkah masuk ke dalam rumahnya. Nazmi yang menyedari Fairuz meninggalkannya cuba untuk menyambar pergelangan tangannya.
“Tunggu, Fairuz.” Panggilan Nazmi tidak diendahkan oleh Fairuz.
Dia tetap juga melangkah laju masuk ke dalam rumahnya. ‘Ish, degil betul perempuan ni,’ detik hatinya.
“Tunggu.” Sekali lagi Nazmi memanggilnya namun, tidak diendahkan langsung oleh Fairuz. Nazmi mengeluh kecil.
“Fairuz Farisha, I said wait.”
Serta-merta langkah laju Fairuz terhenti dan serentak itu pergelangan tangannya dipegang erat olah Nazmi. Kelihatan Nazmi menghela nafas lega.
“Awak jangan buat keputusan terburu-buru. Nanti…”
“Saya tak kisah. Yang penting saya tak nak perkahwinan ni berlaku. Nazmi, let me go.”
Laju sahaja kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Fairuz.
“No, saya tak akan lepaskan selagi awak kata awak TAK NAK BATALKAN perkahwinan kita.”
Kedengaran perkataan TAK NAK BATALKAN itu ditekankan sedikit. Perkataan tersebut telah menyebabkan Fairuz semakin menggelegak marahnya. Dia menggigit bibir sambil cuba untuk melepaskan pegangan erat pergelangan tangannya.
“Nazmi, lepaskan saya. Saya tak kira saya nak…”
“No, I wouldn’t let you go.” Sekali lagi Nazmi bertegas tidak mahu ‘perkahwinan dirancang’ ini dibatalkan oleh Fairuz.
Semakin marah Fairuz nampaknya apabila diperlakukan begitu oleh Nazmi. Sepantas kilat dia berpaling menghadap wajah Nazmi. Matanya bertemu mata Nazmi. Belum pun sempat dia bersuara Nazmi terlebih dahulu mengeluarkan kata-kata.
“Awak kena fikir betul-betul sebelum…”
“Saya dah lama fikir benda ni dan jawapannya tidak and Nazmi, I said let me go!”
Nada suaranya mula bergetar. Matanya mencerun memandang pergelangan tangannya yang dipegang kejap oleh Nazmi.
“Kan saya dah cakap saya ta…”
“Yes, you would.” Matanya membulat memandang wajah Nazmi.
“No, I wouldn’t,” tegas Nazmi.
“Yes, you would.” Pandangan matanya memanah anak mata Nazmi.
“No, I wouldn’t.” Nazmi cuba melarikan anak matanya daripada terus-terusan memandang mata Fairuz.
“Yes, you would!” tegasnya.
Fairuz sudah menarik kasar pergelangan tangannya menyebabkan Nazmi terpaksa meleraikan pegangan erat pergelangan tangan Fairuz.
Sempat juga Fairuz memberikan jelingan maut buat Nazmi sebelum dia berpaling. Fairuz kembali mengatur langkahnya menuju ke dalam rumahnya.
“Okey, tapi awak kena fikirkan baik-baik sebelum buat keputusan ini.”
Langkah lajunya terhenti sebaik sahaja gegendang telinganya menangkap suara Nazmi.
“Awak kena fikirkan apa akibatnya yang akan awak terima bila awak buat keputusan ni.” Tenang sahaja kedengaran suara Nazmi itu.
Lama Fairuz mendiamkan diri. Mungkin sedang memikirkan kata-kata yang dikeluarkan oleh Nazmi tadi.
“Haish, kamu berdua ni. Apa yang dibincangnya lagi? Mai masuk dalam. Semua orang dah lama tunggu kamu berdua ni.”
Kedengaran suara Mak Cik Ton menempelak gegendang telinga mereka berdua. Mak Cik Ton sudah bercekak pinggang di muka pintu sambil melambaikan tangan tanda memanggil Nazmi dan Fairuz masuk.
“Emm…tak ada apa Mak Cik Ton.”
Nazmi segera mencapai pergelangan tangan Fairuz dan ditariknya menuju ke arah Mak Cik Ton. Fairuz yang terkejut dengan tindakan bakal suaminya mula menjeling tajam.
“Apa yang tak adanya. Cepat masuk dalam,” arah Mak Cik Ton.
Nazmi hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Mak Cik Ton pergilah masuk dulu. Nami…Nami ada benda nak cakap sikit dengan dia. Sekejap je…janji.”
Nazmi sudah mengangkat sebelah tangannya isyarat yang dia berjanji manakala sebelah tangannya memegang kejap pergelangan tangan Fairuz. Mak Cik Ton hanya menggelengkan kepalanya sambil bergerak meninggalkan mereka berdua. Menyedari kelibat Mak Cik Ton sudah hilang Fairuz segera merentap pergelangan tangannya daripada terus-terusan dipegang oleh Nazmi.
“Tak payah nak over sangat depan Mak Cik Ton.” Fairuz mula berpeluk tubuh.
“Kita bukan mahram,” sambungnya sambil berpeluk tubuh.
“Apa yang awak nak cakap dengan saya?” sambungnya lagi.
“Oh, macam mana?” Nazmi sudah mengangkat sebelah keningnya sambil mendekatkan wajahnya pada wajah Fairuz.
Fairuz mula menarik nafas dalam-dalam untuk mencari kekuatan diri. Lama Fairuz mendiamkan diri dan akhirnya dia mula memberikan keputusannya.
“The result is…saya TAK AKAN BATALKAN perkahwinan kita.” Nazmi menarik nafas lega sambil mengurut-urut dadanya yang bidang itu.
Terasa tubir matanya panas tatkala mengeluarkan kata-kata tersebut. Hampir sahaja empangan air matanya itu pecah namun, dek ego perempuannya menguasai diri dia tabahkan juga. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki yang bernama Nazmi Faiz itu. Air liur yang ditelan kini dirasakannya kelat.
“Puas hati awak?” Fairuz segera melangkah masuk ke dalam rumahnya itu.
‘Yes, dapat jugak aku kahwin dengan dia. Susah betul nak dapatkan dia. Tak apalah kalau dia tak suka. Sekurang-kurangnya antara dia dan aku dah ada ikatan yang kuat.’
Nazmi mula tersenyum-senyum sendiri. Fairuz yang menyedari Nazmi berkelakuan begitu mula menjulingkan matanya ke atas.
‘Fikir aku suka dengan benda ni? Jangan haraplah.’
“Oh, another thing Mr. Nazmi Faiz Mansor, the football player.”
Kata-kata Fairuz itu menyebabkan lamunan Nazmi terhenti. Dia segera mengangkat wajah dan memandang Fairuz yang berpaling menghadapnya.
“Awak akan terima akibatnya nanti.”
Segera kerutan di dahi Nazmi bertambah. Fairuz tidak menghiraukan kerutan yang berada di dahi Nazmi dan segera melangkah menuju ke ruang tamu tempat perbincangan tersebut.
“Yuz, kenapa membazir ni?” Teguran Mak Saleha mematikan terus lamunan Fairuz. Akhirnya dia kembali ke alam nyata.
Paip air yang sedari tadi terbuka ditutup oleh Mak Saleha. Fairuz mengesat air mata yang mulai memenuhi tubir matanya seraya memandang Mak Saleha yang sedang sibuk menyusun pinggan mangkuk ke dalam rak.
“Gelas yang kat tangan kamu tu dah basuh ke belum?” Fairuz tersentak dengan pertanyaan daripada Mak Saleha. Matanya terus sahaja mencerun memandang gelas dan sedari tadi berada di tangannya.
“Oh, sudah.” Fairuz memberikan gelas tersebut kepada Mak Saleha.
Terasa tubir matanya semakin menghangat. Dia pantas menyeka air mata yang cuba untuk menyentuh pipinya itu. Sekali lagi dia mengeluh lemah.
“Mak Sal tengok kamu asyik termenung je. Kenapa, Yuz?”
Mak Saleha memberhentikan tugasnya menyusun pinggan mangkuk dan merenung wajah yang agak bungkam Fairuz. Fairuz yang menyedari pembantu rumah itu merenung wajahnya mula menghadiahkan sedikit senyuman.
“Emm…tak. Tak ada apa-apa, Mak Sal,” beritahu Fairuz.
Wajah tua Mak Saleha seakan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Fairuz. Kerutan di dahi tuanya mula kelihatan.
Sambil menghela nafas dia berkata, “Mak Sal kenal Yuz dah lama. Dari Yuz sebesar tapak tangan Mak Sal sampai besar Mak Sal jaga Yuz. Jaga makan minum Yuz dan keluarga Yuz. Jangan nak bohong Mak Sal, Yuz. Mak Sal lebih banyak makan garam daripada kamu. Mak Sal dulu pernah jadi macam kamu. Mak Sal tahu mesti Yuz ada masalah. Cuba beritahu Mak Sal.”
Jari-jemarinya yang berkedut itu mula menggenggam jari perempuan Fairuz. Anak matanya mula merenung anak mata Fairuz. Pandangan yang redup daripada seorang wanita tua seakan mengerti yang Fairuz sedang dibelenggu masalah.
Fairuz menundukkan wajahnya sedikit. Lama dia mendiamkan diri dan akhirnya dia mula bersuara.
“Mak Sal…” panggil Fairuz. Kedengaran suaranya sedikit perlahan.
Mak Saleha terus sahaja memandang wajah Fairuz yang nampaknya sudah diangkat sedikit.
“Mak Sal pernah lalui tak perkara yang sama Yuz lalui? Kahwin dengan pilihan keluarga?” Fairuz menguak anak rambutnya yang menutupi dahi.
Mak Saleha meleraikan genggaman erat jari-jemarinya. Dia mula melangkah menuju ke kerusi. Fairuz hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Mak Saleha. Dia melabuhkan punggungnya sebelum wajahnya bertemu wajah Fairuz.
“Dulu keluarga yang menentukan jodoh kita. Mak bapak yang pilih jodoh kita. Mak Sal dulu pun kahwin atas pilihan keluarga. Pada mulanya Mak Sal tak terima tapi setelah arwah abah dan mak Mak Sal pujuk baru Mak Sal terima. Suami Mak Sal baik orangnya. Kami bahagia sampailah…”
Mak Saleha tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila kelihatan butir-butir jernih mula membasahi pipinya. Fairuz segera menarik sebuah kerusi dan melabuhkan punggung berdekatan dengan Mak Saleha.
Kelihatan Mak Saleha mengesat air matanya dengan menggunakan hujung lengan Baju Kurung Kedahnya. Fairuz mula mengusap-usap belakang badan Mak Saleha.
“Mak Saleha cuma teringatkan arwah suami.”
Kelihatan butir-butir jernih tidak lagi keluar daripada tubir matanya.
“Pasal kes Yuz ni sama macam Mak Sal. Lebih kurang aje.”
Jari-jemari tuanya sekali lagi meraih jari-jemari perempuan Fairuz untuk digenggam. Kemudian dia kembali meyambung kata-katanya.
“Yuz, terima sahaja pilihan mama papa.” Nadanya seakan memujuk.
Fairuz menoleh ke kiri sambil menggigit bibirnya. ‘Kenapa semua suruh aku terima budak Nazmi tu? Baik sangat ke dia?’ gumam hatinya seakan tidak berpuas hati. Kemudian dia kembali memandang wajah tua Mak Saleha.
“Memang Yuz cakap pada diorang Yuz terima tapi…”
Fairuz tidak dapat meneruskan kata-katanya. Rasanya tidak sanggup untuk dia mengatakannya sekali lagi. Entah kali ke berapa dia mengatakannya itu. Wajahnya ditundukkan sedikit. Lama dia mendiamkan diri dan akhirnya dia mengangkat wajah.
“…hati Yuz tetap tak boleh nak terima dia. Mulut sahaja kata terima tapi…hati tetap tak terima. Rasa cinta tak ada untuk dia, Mak Sal. Apatah lagi rasa sayang? Jauh sekali.”
Wajahnya yang mulai keruh ditatap oleh Mak Saleha. Tangannya yang tua itu mula mengusap-usap lembut lengan Fairuz. Sambil menggelengkan kepala dia mula mengeluarkan kata-kata.
“Yuz, memang sekarang Yuz kata tak terima tapi lama-kelamaan pintu hati Yuz akan terbuka untuk terima dia sebagai suami. Kalau ikutkan hati Yuz sekarang ni semua benda tak akan jadi. Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.”
Dia kembali mengeratkan genggaman jari-jemarinya dan dibawa ke paha tuanya.
‘Lama-kelamaan aku akan terima dia? No way, man. Never in a million years.’ Sekali lagi hatinya membidas kata-kata dan nasihat Mak Saleha.
“Ingat pesan Mak Sal, Yuz.” Mak Saleha cuba memberi ingatan kepada Fairuz.
Oleh sebab tidak mahu mengecewakan Mak Saleha dia hanya mengangguk kecil. “Bagus, Yuz.” Kepala Yuz diusap lembut.
Rasa sayang dan kasih terhadap wanita tua itu tidak berbelah bahagi. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan semua orang Fairuz sanggup menerima Nazmi Faiz sebagai suaminya walaupun jauh di sudut hatinya dia amat tidak menyukai jejaka tersebut.

0 comments:
Post a Comment