“Sayang, tunggu abang balik.” Serta-merta bibir mungilku
menguntum senyuman lega. Sudah lama aku menantikan saat ini. Saat yang aku
tunggu akan tiba juga tidak lama lagi. Saat yang begitu mengujakanku kala ini.
Saat yang mungkin tidak akan aku sia-siakan.
Aku mula bersiap-siap mahu menjemputnya di lapangan terbang tambang murah, LCCT. Aku mahu dia melihatku dengan pandangan mata yang penuh dengan kerinduan, cinta, kasih dan sayang. Aku mahu dia melihatku sebagai seorang yang sungguh sempurna sekali.
Sempurna. Ya, semua orang menginginkan pasangan hidup yang sempurna. Sama seperti aku. Aku juga menginginkan seorang jejaka yang sempurna mendampingi hidupku. Seorang jejaka yang sempurna di mata wanitaku dan mungkin di mata semua orang yang melihatnya.
Aku mahu dia nanti mempunyai mata yang menggoda apabila memandangku. Aku tidak mahu dia yang terlalu kacak kerana aku takut nanti aku pula yang akan menanggung deritanya. Aku mahu dia memandang aku seorang sahaja. Aku lebih suka jejaka yang comel berbanding jejaka yang kacak. Jejaka yang apabila aku melihatnya seolah-olah aku melihat Hero Malaya pujaan ramai, Aaron Aziz. Hanya aku yang merasakannya itu dan bukannya satu Malaysia.
Aku tidak mahu jejaka yang tinggi lampai seperti Aiman Hakim Redza tetapi cukup setakat 1.67 meter sahaja. Kerana apa?! Kerana aku pun tidaklah tinggi sangat. Aku risau ketinggian akan menjadi penghalang antara kami berdua. Sekaligus menampakkan aku seperti adiknya bukan pasangannya.
Aku tidak mahu kulitnya secerah Ashraf Muslim sebaliknya lebih elok jika dia berkulit kuning langsat sahaja. Aku takut ianya akan menjadi perbezaan besar buat kami berdua.
Aku tidak mahu dia sentiasa ada di depan mata kerana takut aku akan bosan melihatnya hari-hari. Aku mahu dia sibuk dengan pekerjaannya. Mungkin kalau dia seorang ahli sukan pun tidak mengapa atau…aku lebih suka kalau dia seorang pemain bola sepak. Tidak kira dia bermain untuk kelab apa asalkan pekerjaan tetapnya adalah seorang PEMAIN BOLA SEPAK. Kalau dia seorang pemain bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya besar kemungkinan aku akan laju menyambarnya.
Kamu semua mesti nak tahu kenapa aku lebih memilih ahli sukan?! Mahu tahu kenapa?! Sebabnya mereka semua jejaka yang kuat dan sihat dari segi fizikal, stamina dan mental. Aku tidak kira jika dia bukannya seorang juruterbang seperti Adam Mukhriz dan bukannya ahli perniagaan seperti Zain Hakimi kerana kekayaan tidak semestinya menjamin kebahagiaan hidup.
“Hello, sayang. How’s your day today?” Aku mahu dia menelefon bertanya khabarku walaupun dirinya jauh dari diriku. Tidak semestinya setiap hari tetapi kalau boleh sekerap yang mungkin.
Aku mahu dia memahami tugasku dan aku juga memahami tugasnya. Aku mahu dia menerima kekuranganku ini; I’m not good in home-making skill. Aku mahu dia faham tugasku sebagai seorang wedding planner dan penulis novel…Insyaallah. Aku faham jika dia seorang pemain bola sepak yang sentiasa training tidak mengira masa dan bermain tidak mengira penat lelah.
“Sayang, doakan abang. Abang ada game malam ini. Wish me luck.” Aku mahu dia berkata begitu kepadaku. Aku juga akan sentiasa mendoakan kejayaannya.
“Sayang, I love you with all my heart. I always beside you.” Aku tidak mahu dia sentiasa mengucapkan itu kepadaku. Aku tidak mahu dia yang terlalu romantik; sentiasa memberi bunga ros merah sebanyak 24 kuntum, memberi coklat besar berbentuk hati, memberi hadiah barang kemas, menyanyikan lagu cinta dan mengucapkan ayat-ayat cinta supaya menjadi teman seharianku. Cukup sekadar, “Take care of yourself. Don’t be sad. I’ll be home soon.” Bagiku ayat itu sudah cukup membuai perasaanku.
Aku mahu dia beri perhatian kepadaku, menjaga aku ketika aku sakit dan sentiasa menjadi pendorongku dari belakang. Pendorong untukku terus menjadi seorang penulis novel. Aku mahu dia menjadi peneman di sampingku tidak kira semasa senang ataupun susah. Mencintai aku seadanya walaupun terdapat kekurangan pada diriku. Menyayangiku setiap detik waktu dalam hidupnya. Mengasihiku sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri ataupun lebih lagi.
Perlahan-lahan aku melangkah menuju ke balai ketibaan LCCT untuk menjemputnya pulang. Aku lihat dia bersama rakan sepasukannya sudah tiba sambil menolak troli menuju ke arah keluarga masing-masing. Aku lihat dia melambai ke arahku sambil melemparkan senyuman buatku. Senyuman itu yang aku rindu selama ini. Aku balas lambaiannya dengan lambaiaan penuh kerinduan daripadaku. Dia segera mendapatkanku.
Bagiku dialah jejaka yang paling sempurna di mata wanitaku ini. Dialah jejaka yang dapat menggetarkan hati wanitaku. Bagiku dia bukannya Mr. Perfect ataupun Mr. Right tetapi cukuplah sekadar Mr. Good Enough.

0 comments:
Post a Comment