BAB 9
“KENAPA awak selalu mengelak bila saya
ajak awak keluar?” tanya Nazmi setelah mereka berada di jalan raya.
“Saya sibuk.” Fairuz melemparkan pandangannya ke arah jalan raya. Nazmi melepaskan keluhan sambil mengerling sekilas wajah Fairuz.
“Kalau nak dikira saya lagi sibuk daripada awak. Saya main bola ke sana ke mari. Tak kira waktu tapi saya tetap ada masa untuk awak.”
Dia mengeratkan genggaman pada stereng. Fairuz diam. Malas dia mahu berdebat lagi.
Memang benar hubungan mereka semenjak dua menjak ini makin dingin. Fairuz selalu mencipta alasan setiap kali Nazmi mengajaknya keluar. Dia mahu menjauhkan dirinya daripada Nazmi.
“Awak tak suka kahwin dengan saya?” Nazmi kembali bersuara setelah beberapa ketika suasana menghening.
“Ada lagi peluang ke untuk saya kata tak?” Serius nada Fairuz. Nazmi mengerutkan dahi.
“Saya tak kata awak tak ada peluang untuk kata tak tapi…”
“Tapi papa saya tak beri peluang untuk saya kata tak pada perkahwinan kita.” Fairuz pantas memotong kata-katanya.
“Jadi…awak kahwin dengan saya sebab terpaksa?” tanya Nazmi ingin kepastian.
“Ya. Saya kahwin dengan awak atas dasar paksaan dan bukan atas dasar cinta.” Nazmi memicit-micit dahinya.
“Tapi…cinta itu akan lahir selepas kita kahwin nanti. Bukan ke itu yang lebih elok?”
Nazmi memandang wajah Fairuz. Fairuz tetap berpaling dan langsung tidak memandang Nazmi.
“Tak! Cinta takkan lahir dalam hati saya untuk awak!” tegas Fairuz. Nazmi melepaskan keluhan berat.
“Kalau awak tak cintakan saya tak apa. Tapi saya akan buat awak jatuh cinta pada saya.”
Fairuz terkejut lantas memandang wajah Nazmi. Tatkala itu senyuman nakal terukir pada bibir Nazmi. Fairuz terkesima seketika tatkala melihat Nazmi. Dia pantas melarikan pandangannya ke bahu jalan.
‘Aku tak kisah kalau kau tak cintakan aku, Fairuz tapi aku akan buat kau jatuh cinta pada aku.’

RANIA
mengatur langkah menuju ke bilik majikannya merangkap rakan baiknya, Fairuz.
Dia erat memegang sejambak bunga ros merah yang memang kebiasaanya untuk
Fairuz.
Rania menolak daun pintu bilik Fairuz. Rania melepaskan keluhan sambil menggelengkan kepalanya apabila melihat Fairuz sedang termenung sambil menongkat dagu.
‘Ish, dia ni tak habis-habis lagi ke fikir pasal masalah tu?’ Rania mula mendekati Fairuz yang sedang melayani fikirannya itu sendiri.
“Nah, bunga ros untuk kau.” Rania meletakkan jambangan bunga ros merah itu di hadapan Fairuz.
Fairuz tersedar daripada lamunannya lantas segera memandang wajah rakannya yang sudah duduk di hadapannya itu.
“Aku tengok semenjak dua menjak ni kau asyik termenung. Kau ada problem lagi ke selain daripada yang hari tu?”
Rania merenung wajah bungkam rakannya itu. Fairuz mengambil jambangan bunga ros merah itu dan diletakkan di tepi mejanya. Rania melepaskan sedikit keluhan.
“Tak,” jawab Fairuz sepatah.
“Habis tu apa?” Rania mengerutkan dahi.
“Aku takut, Nia. Nazmi setuju pasal perkahwinan ni, Nia.” Fairuz kembali memandang wajah Rania.
“Baguslah kalau macam tu. Kau tak perlu risau pasal dia. Apa yang kau nak takutkan?” tanya Rania.
Fairuz menghela nafas sebelum kembali berkata-kata.
“Aku takut kalau dia betul-betul sayangkan aku, cintakan aku. Nanti dia tak boleh nak lepaskan aku.”
Fairuz mula meraih jari-jemari perempuan Rania untuk digenggamnya.
“Kau nak minta dia lepaskan kau ke? Jangan, Yuz. Aku dah cakap dengan kau haritu jangan minta dia lepaskan kau. Nanti mama dengan papa kau marah.” Rania mula mengeratkan genggaman jari-jemarinya.
“Aku tak boleh bagi cinta aku pada dia. Dia kata dia nak buat aku jatuh cinta pada dia, Nia. Kalau sampai aku jatuh cinta pada dia, habislah aku. Aku takut aku akan dikecewakan untuk kali yang kedua. Aku tak sanggup, Nia. Aku tak sanggup,” rintih Fairuz.
“Yuz, kau dengar sini. Tak semua lelaki dalam dunia ni macam bekas tunang kau tu. Mungkin Nazmi Faiz ikhlas cintakan kau. Kau tak perlu risau, Yuz.”
Rania mula menguntum senyuman.
“Sekarang kau kena tolong aku.”
Fairuz mula meleraikan genggaman erat jari-jemarinya itu tadi. Rania menjongketkan sedikit keningnya.
“Tolong apa?” tanya Rania inginkan kepastian.
“Tolong aku fikirkan jalan supaya aku tak kahwin langsung dengan Nazmi ataupun dengan mana-mana lelaki lain.”
Fairuz mulai berdiri sambil berjalan-jalan mengelilingi mejanya.
“Yuz, kau ni degil betul. Kau kahwin je dengan Nazmi tu. Kau tak payah nak cari jalanlah, apalah.”
“Tak. Aku tetap tak nak kahwin dengan dia atau dengan mana-mana lelaki lain, Nia. Aku dah serik, Nia. Aku dah serik.”
Laju Fairuz memintas kata-kata Rania.
“Kau tahu tak apa akibatnya kalau kau tak nak kahwin dengan dia?” tanya Rania mengingatkan Fairuz.
“Tahu,” jawab Fairuz sepatah. Rania mula berdiri sambil mendekati Fairuz.
“So, aku tak nak kau susah nanti. Nak tak nak kau kena ikut jugak cakap papa kau. Kahwin dengan Nazmi Faiz tu.”
Fairuz menggigit bibir mendengar kata-kata Rania.
“Tak apalah, Yuz. Aku pergi sambung kerja aku dulu. Nanti tak pasal-pasal papa kau nampak mati aku. Sekejap, kau fikir-fikirkanlah dulu sebelum nak buat keputusan nanti. Aku tak nak hidup kau susah, Yuz.”
Rania mula mengatur langkah meninggalkan bilik Fairuz.
“Nia, tunggu,” panggil Fairuz.
Langkah yang diatur oleh Rania terhenti seketika tatkala Fairuz memanggilnya. Dia menoleh memandang Fairuz.
“Aku…aku terima nasihat dan cadangan kau. Aku akan kahwin dengan Nazmi Faiz walaupun aku terpaksa.”
Fairuz mula mengukir senyuman hambar. Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Fairuz namun, amat bermakna buat Rania.
Rania menarik nafas lega.
‘Alhamdulillah. Terima juga nasihat aku kalau tak, aku tak tahu nak buat apa lagi.’
“Baguslah.” Sepatah sahaja jawapan yang diberikan oleh Rania namun, penuh bermakna.
Rania turut membalas senyuman Fairuz itu tadi. Dia kembali mengatur langkah menuju ke biliknya pula.
Sebaik sahaja Rania menarik daun pintu tersebut sempat dia menoleh ke belakang.
“By the way, congratulations on your wedding.” Sempat dia mengenyit mata di hujung kata. Fairuz hanya mampu mengukir senyuman yang dia rasakan sendiri agak kelat.

0 comments:
Post a Comment