BAB 6
“HA, yang kau ni tergesa-gesa nak
jumpa aku kenapa?” tanya Rania sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di hadapan
Fairuz.
“Macam esok tak ada pulak,” sambung Rania lagi.
“Kau oderlah air dulu. Nanti aku cerita,” ujar Fairuz sambil mengacau-ngacau air fresh orangenya menggunakan straw.
Rania merenung sekilas wajah bungkam Fairuz sebelum melepaskan sedikit keluhan.
“Dik, air milo ais satu.” Rania menjerit kepada pelayan kedai itu. Dia kembali menatap wajah Fairuz yang bungkam itu.
“Kau ni kenapa, Yuz? Kau ni mesti ada masalah besar ni. Kalau tak takkanlah carik aku tengah-tengah malam buta macam ni.”
Rania mengerutkan sedikit keningnya sambil matanya tidak putus-putus merenung wajah rakan baiknya itu. Fairuz membalas renungan Rania.
“Papa aku paksa aku kahwin.”
“Apa?! Papa kau paksa kau kahwin?!” tanya Rania separuh menjerit.
Dia juga kelihatan sangat terkejut.
“Shh…Nia, senyap sikit.” Fairuz menunjukkan isyarat jari menyuruh Rania untuk memperlahankan volume suaranya.
“Okey, betul ke apa yang kau cakap ni, Yuz? Kahwin?!”
Sekali lagi Rania bertanya kepada Fairuz. Mungkin dia kurang pasti dan kurang yakin dengan apa yang didengarinya sebentar tadi.
“Ya. Betullah.” Fairuz menganggukkan kepalanya.
“Kahwin dengan siapa?” tanya Rania lagi.
Rania segera mengambil milo ais yang dihidangkan kepadanya. Fairuz menyedut fresh orange sebelum menjawab soalan Rania.
“Nazmi Faiz. Anak Tan Sri Mansor.”
Hampir tersedak Rania apabila mendengar nama yang keluar daripada mulut Fairuz.
“Nazmi tu…bukan ke budak yang hantar kau masa kereta kau rosak hari tu, kan?”
Rania cuba mengingat kembali siapa yang dimaksudkan oleh Fairuz. Fairuz mengangguk kecil.
“So, apa masalahnya? Kau kan dah kenal dengan dia. Dah kawan pun dengan dia. Jadi, baguslah.” Rania mengangkat keningnya.
“Bagus kau kata? Aku tak naklah kahwin dengan dia. Kau tahu kan aku macam mana? Aku tak nak bercinta lagi. Lagipun muka dia macam muka…”
Fairuz mematikan kata-katanya di situ. Dia menundukkan sedikit wajahnya.
“Macam muka siapa? Muka ex-fiancee kau?” tanya Rania serius.
Fairuz mengangguk kecil. Rania menggelengkan kepalanya.
“Yuz, bukannya semua lelaki macam bekas tunang kau tu. Tak semua lelaki macam tu. Aku percaya budak Nazmi tu takkan buat kau kecewa lagi sekali.”
Rania mula meraih jari-jemari Fairuz untuk digenggam.
“Tak, Nia. Aku tak boleh. Aku tak boleh paksa diri aku untuk terima dia, Nia,” rintih Fairuz.
“Mama dengan papa aku paksa aku kahwin dengan dia. Aku dah tolak tapi diorang tetap jugak nak aku kahwin dengan dia. Papa lagilah siap ugut aku kalau aku tak nak kahwin dengan dia. So, sekarang ni aku tak ada pilihan. Nak tak nak aku kena kahwin dengan dia jugak.”
Pandangan mata Fairuz mulai kabur. Perlahan-lahan butir jernih turun membasahi pipi gebunya.
“It’s okay, Yuz.” Rania mengesat air mata yang membasahi pipi Fairuz.
“Kau anggap jodoh kau dah sampai. Kau jalankan je tanggungjawab kau sebagai seorang isteri. Mana tahu lama-lama nanti kau boleh terima dia.
Kalau kau tak suka dengan dia kau jangan minta cerai. Lelaki ni pantang dicabar tau. Depan mama dengan papa kau nanti kau pura-puralah bahagia dan dah terima semua benda ni seadanya.”
Rania mengusap-usap belakang badan Fairuz. Nampaknya Fairuz mula tenang.
“Terima kasihlah atas nasihat kau tu, Nia.”
Fairuz menghadiahkan sebaris senyuman buat rakannya itu.
“Tak ada apalah. Benda kecik je.”
Rania sempat mengenyit mata di hujung katanya menyebabkan Fairuz ketawa kecil.
“Tapi kan aku rasa trendlah sekarang ni.”
Rania memandang wajah Fairuz sambil tersenyum penuh makna. Fairuz mengerutkan dahinya.
“Trend apa?” tanya Fairuz ingin tahu.
Rania hampir tersembur milo ais apabila soalan itu keluar daripada mulut Fairuz.
“Kau ni pun. Trend perempuan tua kahwin dengan lelaki muda. Nak cari pucuk mudalah katakan.”
Rania ketawa. Fairuz menjegilkan matanya.
“Banyaklah kau punya tualah, trendlah. Apa aku ni tua sangat ke, Nia?” Serta-merta meledak ketawa mereka berdua.

0 comments:
Post a Comment