BAB 19
NAZIRUL memanjat anak tangga menuju ke
kamarnya. Sebaik sahaja kakinya melangkah ke ruang tamu di bahagian atas
matanya ternampak Farah yang sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen.
Terdetik hatinya mahu mendekati kakak keduanya itu. Jaket kulit yang dipakainya
diletakkan di bahu sofa.
Farah yang menyedari kehadiran Nazirul mula mengangkat wajah. “Alang, pergi mana tadi?” Mulutnya sedang mengunyah kuaci.
Nazirul mengambil tempat di sebelah Farah. “Semua orang dah tidur ke? Senyap aje.”
Soalan Farah dibiarkan tanpa jawapan. Nazirul memerhati sekeliling ruang tersebut. Kamar Tan Sri Mansor sudah gelap begitu juga dengan kamar Nazmi yang bersebelahan dengan kamar Nazirul.
Farah mengerling jam yang berada di telefon bimbitnya. Satu setengah pagi. Bungkusan kuaci diletakkan di atas meja.
“Dah. Padanlah senyap dah lewat rupanya.” Farah mengikat rambutnya.
Nazirul di sebelah dikerlingnya. “Pergi mana tadi? Balik sampai lewat macam ni. Esok tak kerja ke?” Farah mula membebel. Matanya difokuskan pada siaran tengah malam di televisyen.
Nazirul menghela nafas sebentar. Dia bersandar pada sofa. Menghilangkan penat dan lelahnya memandu kereta. “Jumpa dengan Meera.”
Farah menoleh wajah Nazirul yang kelihatan sedikit penat itu. Dahinya berkerut.
“Jumpa Meera? Lewat malam macam ni? Pergi mana? Sebenarnya, alang pergi mana?”
Muka Farah nampaknya tegang. Mungkin dia marah kerana Nazirul pulang ke rumah lewat malam begini. Tambahan pula keluar berjumpa dengan tunangnya. Nazirul kembali duduk tegak sambil memandang wajah kakaknya.
“Angah, alang jumpa dengan Meera aje. Alang teman Meera pergi beli barang lepastu alang hantar dia balik rumah. Itu aje. Alang tak pergi mana-mana pun.” Nazirul memberi penerangan kepada Farah.
“Betul?” Jari telunjuk Farah menunjuk lurus ke wajah Nazirul.
Badan Nazirul terus berpusing menghadap Farah. “Betul, angah. Alang tak buat benda yang tak senonoh. Takkan angah tak percaya pada alang, kot?” Keningnya terangkat sedikit.
Kedua-dua belah tangannya diangkat. Bagai orang bersalah sahaja lagaknya.
Farah menghela nafas lega sambil menurunkan kembali jarinya. Bimbang juga jika adiknya itu menipu.
Nazirul menurunkan kembali kedua-dua belah tangannya.
Suasana hening menyelubungi mereka berdua. Hanya kedengaran siaran tengah malam televisyen sahaja. Mulut Farah rancak mengunyah kuaci manakala Nazirul pula bersandar pada sofa sambil matanya tenang menghadap skrin televisyen di hadapan.
“Alang, angah nak tanya sikit boleh?” Tiba-tiba soalan terkeluar daripada mulut Farah. Sekaligus menghilangkah keheniangan suasana antara mereka.
Nazirul mengerling wajah kakaknya sekilas. “Apa dia, angah?”
Matanya tetap pada siaran televisyen juga. Siaran tersebut menghiburkan hatinya barangkali.
Farah meletakkan kembali bungkusan kuaci itu di atas meja. Dia menarik nafas. “Alang tak rasa pelik ke dengan papa?”
Pantas Nazirul mengalihkan pandangannya pada Farah. “Papa? Kenapa dengan papa? Papa nak kahwin lagi ke?”
“Ish, alang ni apa? Suka ke kita dapat mummy tiri? Suka ke dapat mummy baru?” Sepantas kilat dia mencubit paha adiknya.
Nazirul mengaduh kesakitan. “Aduh! Sakitlah, angah. Alang teka je. Mana tahu…”
“Dah, dah. Jangan nak mengarut tengah malam ni.” Pantas dia memintas kata-kata Nazirul agar berbalik kepada topik perbualannya tadi.
“Habis tu kenapa dengan papa? Alang tengok biasa je. Makin happy adalah. Nak dapat menantu perempuan baru.” Tangannya mengusap-usap paha kanannya yang dicubit oleh Farah.
Farah memetik jarinya. “Hah, pandai pun adik angah ni. Pasal bakal menantu perempuan baru papa tu.”
“Kenapa dengan bakal adik ipar kita tu? Ada yang tak kena ke? Tapi boleh tahan jugak dia, kan? Cantik kan, dia?” Nazirul cuba mengingati wajah cantik manis Fairuz itu.
Farah geram dengan sikap adiknya itu. Lain yang dibualkan lain pula jawapannya. Makin mengarut. Laju jarinya memiat telinga Nazirul.
“Amboi, dia! Bukan main tengok bakal adik ipar sendiri. Ingat! Awak tu dah ada tunang. Meera tu nak campak mana?” Bibirnya digigit geram. Geram dengan perangai adiknya yang tidak matang itu.
Merah padam telingan Nazirul dipiat oleh Farah. Terkebil-kebil dia menahan sakit akibat piatan berbisa daripada Farah.
“Aduh, angah! Sakitnya. Macam mana Abang Danny boleh tahan dengan angah ek?” Tidak habis-habis lagi Nazirul ini mengarut.
Tangan Farah laju mahu mendarat di pipi Nazirul namun, pantas Nazirul mengalah. “Okey, okey. Alang dah tak nak mengarut lagi.” Ketawanya terhambur sedikit.
“Patutlah tak kahwin-kahwin lagi. Rupanya perangai belum matang,” omel Farah sambil menarik nafas.
Tawa Nazirul semakin mereda. “Apa kena mengena papa dengan bakal adik ipar kita tu? Apa nama dia…” Nazirul cuba mengingati nama bakal adik iparnya itu. Kepalanya yang tidak gatal digaru.
“Fairuz.” Farah menyampuk.
“Ha, ye. Fairuz. Kenapa, angah?” Nazirul pelik dengan pertanyaan daripada Farah.
“Alang tak pelik ke dengan papa. Tiba-tiba je nak kahwinkan adik dengan Fairuz. Lepastu tergesa-gesa pulak tu. Alang tak pelik ke? Selalunya papa takkan buat macam ni.” Dahi Farah kelihatan berkerut.
Jari Nazirul menggosok-gosok dagunya. “Betul jugak tu, angah? Masa alang tanya sebab papa kahwinkan adik dengan anak kawan papa tu, papa cuma cakap dia teringin nak berbesan dengan kawan dia. Papa cakap lagi dia teringin nak menantu perempuan.” Kerutan di dahi Nazirul jelas kelihatan.
“Tapi kan alang, takkanlah itu je sebabnya. Mesti ada satu sebab besar yang tersembunyi ni. Papa mungkin sorokkan sesuatu daripada kita.”
Giliran Farah pula yang berfikir. Macam-macam andaian ligat di dalam kepala otak Farah.
Nazirul menundukkan wajahnya. Nampaknya siaran di televisyen tidak diendahkan oleh mereka langsung. Masalah perkahwinan Nazmi menarik perhatian mereka.
“Adik setuju tak?” Farah mengangkat wajahnya memandang wajah adiknya.
“Papa kata adik seronok sangat dapat tahu yang dia akan kahwin dengan Fairuz. Mula-mula alang tak percaya tapi…bila papa cakap adik setuju sangat, alang percayalah jugak. Tapi angah, takkan senang-senang je adik tu boleh terima Fairuz. Sedangkan perempuan-perempuan lain yang dah lama dia kenal pun dia tak layan.”
Nazirul menelan air liur namun, kali ini otaknya berjalan dengan lancar memikirkan masalah ini. Bagai memikirkan masalah yang sedang membelenggu Syarikat Beira-Mar Sdn. Bhd. sahaja lagaknya.
Farah memicit-micit dahinya. “Beira-Mar tak ada apa-apa masalah ke?” Tiba-tiba sahaja dia teringatkan syarikat milik keluarganya itu.
Nazirul pantas menggeleng. “Setahu alang tak ada apa-apa. Syarikat keluarga kita tu elok-elok aje.” Nazirul pantas menyangkal andaian daripada Farah itu.
Farah masih ragu-ragu. Dia tidak yakin yang Nazmi menerima jodoh yang ditetapkan oleh keluarganya itu.
“Alang, betul ke adik setuju?” Sekali lagi Farah bertanya.
Nazirul pantas mengangguk. “Betul, angah. Adik setuju. Alang takut yang adik tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sebaiknya. Yalah, adik tu muda lagi. Busy main bola ke sana ke sini. Jarang ada kat rumah. Masa dia habis kat padang bola aje. Kahwin bukan perkara main-main, kan?” Keningnya dijongketkan.
Farah dan Nazirul risau akan adik bongsunya itu. Takut-takut kalau adiknya itu tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sebaiknya.
Tambahan pula adiknya itu seorang pemain bola sepak kebangsaan. Selalu sahaja berkelana di luar negara. Jarang-jarang berada di rumah. Kadang-kadang Hari Raya pun di padang juga.
Farah mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Tak apalah, angah. Nanti kalau ada masa alang cakap dengan adik. Man to man talk. Pasal papa tu tak payah risaulah. Mungkin papa tak sorokkan sesuatu daripada kita. Dah, angah tak payahlah risau. Nanti kalau adik dah kahwin pandailah dia nak cover family dengan kerjaya dia.”
Nazirul cuba menenangkan Farah. Bahu Farah digoncangnya perlahan.
Farah yang mendengarkan kata-kata nasihat daripada Nazirul mula mengangkat wajah. Bibirnya tersenyum kelat.
Nazirul lega dengan senyuman yang terbit di bibir Farah namun, jauh di sudut hatinya dia masih memikirkan tentang perkahwinan Nazmi dan Fairuz serta papanya.
Dia mula berdiri sambil tangannya mencapai jaket kulit yang tersidai di bahu sofa.
“Alang nak tidur. Mengantuk.” Tangan kirinya menutup mulutnya yang terbuka luas kerana menguap. Langkahnya lambat-lambat menuju ke kamar.
Sempat dia berpaling menghadap kakaknya sebelum masuk ke kamar. “Angah, pergilah tidur. Dah lewat ni. Dah pukul dua pagi.” Mata Nazirul merah kerana menahan ngantuk.
Farah tetap juga tidak bergerak daripada duduknya itu. Nazirul mula mengeluh apabila melihatkan Farah tetap duduk di situ juga.
“Angah, dengar tak apa alang cakap? Pergi tidurlah, angah. Esok angah kena bangun pagi buat breakfast. Nanti anak angah nangis nak susu.”
Nazirul membaling jaket kulitnya ke arah Farah. Tepat mengena muka Farah. Farah terkejut seraya membaling kembali jaket kulit tersebut ke arah Nazirul.
Nazirul menyambutnya sambil matanya menangkap jelingan Farah. Nazirul buat-buat muka bodoh dan selamba.
Farah ketawa kecil dan mula berdiri. Televisyen ditutup.
“Okey, okey. Angah tidur. Caring jugak adik angah ni, ye?” Farah tersenyum sambil memandang Nazirul yang memboloskan dirinya ke dalam kamar.

FAIRUZ masih tidak dapat melelapkan
mata. Walaupun telah hampir setengah jam dia berada di dapur tetap juga matanya
tidak terasa mengantuk. Walaupun siang tadi dia penat kerana pergi ke butik
perkahwinan malam pula ke rumah bakal keluarga mertuanya namun, matanya tidak
terasa berat.
Sudah hampir dua gelas air Bliss berperisa strawberry itu diteguk namun, masih tidak dapat membantunya.
Hatinya macam ada yang tak kena. Gelas kaca di hadapannya dipandang sepi. Hatinya tidak tenang seperti selalu. Perasaannya bercelaru.
“Memang betul saya sayangkan, saya cintakan awak. Saya jatuh hati dengan awak sejak pertama kali kita berjumpa. Sejak saya tolong awak masa kereta awak rosak dulu.”
Kata-kata daripada Nazmi terngiang-ngiang di benaknya. Kata-kata ini telah membuatnya tidak tenang. Hatinya tidak terbuai langsung dengan pengakuan yang dibuat oleh Nazmi. Hatinya langsung tidak tersentuh tatakala Nazmi menuturkan kata-kata itu kepadanya.
Dia seolah-olah telah muak dengan kata-kata basi itu. Terlalu banyak kata-kata itu menyusup masuk ke dalam telinganya. Terlalu banyak sehinggakan dia sudah jemu dengan kata-kata itu.
Perkataan ‘cinta’ dan ‘sayang’ itu langsung tidak menusuk ke dalam hatinya. Dia sudah terbiasa dengan perkataan itu. Kerana perkataan itulah dia merana. Kerana perkataan itu jugalah hidupnya kini menderita. Kerana perkataan itu jugalah dia takut untuk bercinta lagi dan menerima kehadiran kaum Adam dalam hidupnya.
Ingatannya melayang-layang terhadap peristiwa dua tahun yang lalu. Sewaktu dia sedang diulit bahagia bersama seorang jejaka yang bakal menjadi suaminya. Seorang jejaka yang telah menjadi bekas tunangnya kini.
“Abang sayangkan Yuz. Abang cintakan Yuz.” Jejaka tersebut meraih jari-jemari perempuan Fairuz untuk digenggam.
Fairuz mengangkat wajahnya seraya membalas renungan Hilmi. Renungan daripada Hilmi amat menusuk kalbunya. Meragut jantung hatinya. Sesungguhnya dia amat sayangkan jejaka itu.
“Betul, abang sayang dan cintakan Yuz?” tanya Fairuz sambil matanya tidak pernah lepas merenung wajah kacak Hilmi.
Jari-jemari perempuan Fairuz didekatkan ke bibirnya. “Betul. Abang memang sayang dan cintakan Yuz sepenuh hati abang. Abang sayangkan Yuz lebih daripada abang sayangkan diri abang sendiri.”
Jari-jemari perempuan Fairuz dikucup. Fairuz merasa kehangatan kucupan daripada Hilmi. Kehangatan cinta yang disemai oleh Fairuz dan Hilmi mekar dalam hati masing-masing.
Hilmi memegang jari manis Fairuz yang tersarung cincin pertunangan mereka. Cincin tersebut diusap-usap lembut.
“Ini tanda cinta kita. Ini tanda sayang dan cinta abang terhadap Yuz. Ini bukti yang abang memang sayang dan cintakan Yuz sepenuh hati abang.”
Kedengaran nada suara tunangnya begitu lembut dan mendayu. Kadang-kala membuai perasaan.
Fairuz diam seribu bahasa. Dia seolah-olah kehilangan kata-kata. Kata-kata yang keluar daripada mulut tunangnya sangat membuai perasaan, jiwa dan hatinya. Terharu dia diperlakukan begitu oleh jejaka yang dia paling sayangi dan cintai kala ini.
Tubir matanya terasa panas. Butir-butir jernih mula memenuhi sekitar tubir matanya.
Hilmi memegang jari manis Fairuz yang tidak tersarung cincin. Dia merenung jari manis itu.
“Dan tak lama lagi akan ada tanda kat sini. Tanda yang cinta kita kekal dan bersatu. Tanda yang sayang kita tiada penghujungnya. Tanda yang kasih kita tiada batasnya. Tanda yang kesetiaan akan menjadi teman hidup kita. Dan juga tanda yang abang akan memiliki Yuz buat selama-lamanya.”
Hilmi memandang wajah Fairuz dengan pandangan mata yang menggoda.
Fairuz memadang pandangan mata Hilmi dengan pandangan yang redup. Giliran Fairuz mula meraih jari-jemari lelaki Hilmi untuk digenggam.
“Abang, Yuz nak cakap sesuatu.” Kata-katanya terhenti di situ. Terasa tubir matanya mahu pecah.
Hilmi menanti dengan sabar.
Mata Fairuz mencerun memandang bangku yang mereka duduk kemudian kembali memandang wajah Hilmi. Dia menarik nafas dalam-dalam. Lambat-lambat dia mengeluarkan kata-kata.
“Actually, I…I…love you so much, abang. Yuz cintakan abang sampai akhir hayat. Tak ada sesiapa yang Yuz cinta selain daripada abang. Tak ada yang mampu curi hati Yuz kecuali abang.” Butir-butir jernih turun membasahi pipi gebunya.
Hilmi hanya membiarkan sahaja.
Fairuz mengeratkan genggaman jari-jemarinya.
“Abang…” Matanya mencerun memandang jarinya dan jari Hilmi yang sudah bercantum.
Lambat-lambat matanya kembali menatap wajah kacak tunangnya.
“Abang…Yuz nak abang jadi teman sepanjang hidup Yuz. Yuz nak abang jadi peneman hidup Yuz. Yuz tak nak orang lain. Yuz nak abang.”
Semakin laju butir-butir jernih turun membasahi pipi gebunya. Dia biarkan sahaja air mata itu.
“Yes, I will! Yes, I will!” Hilmi cuba untuk meyakinkan Fairuz.
Masih segar diingatannya walaupun telah hampir tiga tahun peristiwa itu berlaku.
Sewaktu ketika dulu perkataan ‘sayang’ dan ‘cinta’ itu menjadi peneman hidupnya. Menjadi pembina semangatnya. Menjadi kegembiraan buatnya. Namun, semuanya sudah tidak menjadi sekarang.
Perkataan tersebut ibarat racun dalam hidupnya. Perkataan itu yang dulu membuai perasaannya kini telah menghancurkan perasaannya.
Akibatnya cintanya terhadap jejaka yang telah menjadi bekas tunangnya, dia memberi sepenuh hati dan jiwanya kepada jejaka tersebut. Akhirnya dia yang merana kerana cinta.
Sangkanya jejaka itu setia rupanya telah berpaling tadah tatkala tarikh pernikahannya semakin hampir.
Kini, dia sudah serik dengan semua itu. Dia sudah tidak ada hati lagi untuk menyemai cinta. Dia sudah tiada hati untuk memberi cintanya kepada sang jejaka.
Kerana terlalu kecewa dia sampai takut untuk bercinta lagi. Kerana terlalu kecewa dia tidak boleh menerima jejaka lain dalam hidupnya. Dan kerana terlalu kecewa juga dia tidak akan menerima Nazmi sebagai suaminya.
Air matanya turun membasahi pipinya. Kali ini air mata kekecewaan dan kesedihan bukannya kegembiraan seperti tiga tahun dulu.
Dia beranggapan semua lelaki adalah sama. Pandai mengucapkan kata-kata cinta tetapi tidak mampu untuk mempertahankannya dan merealisasikannya.
“Ah, semua lelaki sama!” teriaknya.
Marah, bengang, geram, kecewa, sedih semuanya bercampur menjadi satu dalam hati Fairuz.
Gelas kaca di hadapannya diketepikan dengan kasar sehinggakan terjatuh ke bawah.
“Prangg!” Gelas kaca tersebut pecah berderai.
Bunyi nyaring itu mengejutkan Mak Saleha yang sedang nyenyak tidur di dalam kamar bersebelahan dengan dapur.
Fairuz segera mengutip serpihan kaca yang bertaburan itu.
“Ya Allah, Yuz! Kenapa boleh jadi macam ni?” Mak Saleha segera mendapatkan Fairuz yang sedang bertinggung sambil mengutip serpihan kaca yang berderai itu.
Air mata Fairuz tidak berhenti-henti keluar. “Mak Sal, biar Yuz yang buat. Yuz yang pecahkan. Biar Yuz yang buat.” Dalam sedu-sedan Fairuz menghalang Mak Saleha daripada mengutip serpihan kaca itu.
Mak Saleha hanya menggelengkan kepalanya. Dalam benaknya ligat mengatakan yang Fairuz sedang menghadapi masalah.
Sedang mengutip serpihan kaca itu tiba-tiba terasa jari telunjuknya pedih. Dia mengangkat jari telunjuknya. Cecair berwarna merah mengalir dari hujung jari telunjuknya.
Mak Saleha yang melihat membulatkan matanya. “Yuz, dah. Kan Mak Sal cakap biar Mak Sal yang buat. Degil betul, budak ni.”
Dia segera mengangkat tubuh Fairuz dan dibawanya ke sinki untuk membasuh jarinya yang terkena luka.
Air mata tidak henti-henti turun membasahi pipi gebunya. Pedih terkena serpihan kaca tidak dirasakan olehnya sebaliknya pedih di hatinya lebih menyakitkan.

0 comments:
Post a Comment