BAB 13
NAZMI dan Fairuz melangkah masuk ke
dalam butik pengantin milik pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat. Nazmi menggenggam
erat jari perempuan Fairuz. Fairuz yang menyedari perbuatan Nazmi itu mula
menepis kasar jarinya.
“Kenapa awak bawa saya kat tempat ni?” soal Fairuz tidak berpuas hati. Nazmi memandang wajah Fairuz.
“Kita nak bincang pasal wedding kita. Tak lama lagi kita nak naik pelamin. Takkan awak dah lupa tak lama lagi kita dah nak kahwin.”
Nazmi tersenyum. Fairuz melepaskan pegangan erat jarinya.
“Saya tak nak! Saya nak balik!” bentak Fairuz sambil cuba untuk berpatah balik dan berlalu dari situ. Nazmi cuba mengejar Fairuz.
“Awak, janganlah buat macam ni,” pujuk Nazmi sambil cuba untuk mencapai pergelangan tangan bakal isterinya itu.
Fairuz tetap juga melangkah laju.
‘Ish, dia ni,’ gumam Nazmi dalam hati.
“Fairuz, janganlah macam ni.” Dahi Nazmi dikerutkan sedikit.
Fairuz tetap juga berjalan menonong.
“Awak kata kita nak pergi makan je. Awak tak kata pun nak pergi butik ni. Awak dah tipu saya,” beritahu Fairuz.
Laju sahaja kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut Fairuz. Nazmi berdecit sedikit.
Sebenarnya Nazmi ingin membawa Fairuz ke butik pengantin ini. Dia sengaja mereka alasan makan tengah hari untuk memancing Fairuz. Ajak makan tengah hari pun susah inikan pula ke butik pengantin.
Dengan kebolehan yang dimiliki oleh pemain bola sepak kebangsaan ini Nazmi cuba memintas langkah laju Fairuz. Bagai sedang berebut bola dengan pihak lawan tidak sampai tiga saat Nazmi sudah berada di hadapan Fairuz.
Serentak itu langkah laju Fairuz serta-merta terhenti. Nazmi tersenyum lega.
“Kalau saya cakap nak ke butik mesti awak tak nak, kan? Nak ajak pergi makan pun susah inikan pula nak ke butik.”
Nazmi menjongketkan keningnya sedikit. Fairuz menjeling tajam ke arah Nazmi sambil berpeluk tubuh.
“Betul tak?” Sengaja dia mendekatkan wajahnya ke wajah Fairuz.
Ketinggian yang dimiliki oleh Fairuz menyamai ketinggian yang dimiliki oleh Nazmi. Hanya separas telinga Nazmi sahaja ketinggian Fairuz.
Dengan berani Fairuz menolak bahu Nazmi. Tolakan daripada Fairuz itu menyebabkan Nazmi terdorong ke belakang sedikit.
“Saya tak nak wedding kita ni pun berlaku. Awak je yang nak, kan? So, awak pergilah masuk dalam butik tu sorang-sorang. Saya tak nak. Saya nak balik office.”
Langkah laju daripada Fairuz mula diatur disulami dengan senyuman sinis.
“Awak, tunggulah.” Sedaya upaya Nazmi mula mengejar langkah laju Fairuz.
Nasib baik dia seorang pemain bola sepak. Tidak sampai sesaat Nazmi pantas berada beberapa sentimeter sahaja di belakang Fairuz.
“Laa…kat sini rupanya. Adik buat apa kat situ? Penat angah dengan Datin Noora tunggu kat dalam,” sapa Farah Nazirah, kakak kedua Nazmi sambil tersenyum penuh mesra.
Sapaan daripada Farah itu mematikan drama sebabak antara Nazmi dan Fairuz. Nazmi terpaku seketika tatkala melihat kakak keduanya sedang mengatur langkah menuju ke arah mereka berdua.
Fairuz pula secara automatiknya berpaling ke belakang menghadap susuk tubuh wanita yang tidak dikenalinya itu sambil mengecilkan matanya.
“Siapa perempuan tu? Girlfriend awak ke?” tanya Fairuz yang berbisik ke telinga Nazmi.
Nazmi menggelengkan kepalanya sambil berbisik kembali ke telinga Fairuz. “No. She is my second sister.”
Mulut Fairuz membulat membentuk huruf ‘O’.
“Awak tak dengar ke tadi dia panggil saya ‘adik’ dan dia bahasakan diri dia ‘angah’?” sambungnya.
“Adik?” katanya tetapi tidak terkeluar suaranya.
“Err…angah dah lama tunggu ke? Sorrylah adik lambat,” kata Nazmi sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Fairuz hampir tergelak apabila mendengar Nazmi membahasakan dirinya sebagai ‘adik’.
‘Dah besar pun panggil adik,’ getus hati kecilnya.
Farah tersenyum memandang adik bongsunya itu.
“Kalau adik ni semuanya lambat,” katanya sambil menggelengkan kepala.
“Angah bila balik? Tak nampak pun semalam.”
Nazmi mengerutkan dahinya apabila melihatkan Farah sudah tercegat di hadapannya hari ini.
Seingat dia Farah belum pulang ke rumah papanya semalam sewaktu dia singgah sebentar sebelum memulakan latihan bola sepaknya.
“Baru subuh tadi angah sampai,” beritahu Farah.
Farah memandang wajah Fairuz dengan pandangan yang sukar untuk dijelaskan.
“Yang ini mesti bakal adik ipar angah, kan?” tanya Farah.
Nazmi dan Fairuz berpandangan sesama sendiri sebelum keduanya-duanya mengangguk seia sekata.
Walaupun agak berat bagi Fairuz untuk mengakuinya itu namun, perkara ini harus dilaluinya. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia membuka pintu hatinya bagi menerima cinta sang jejaka bernama Nazmi Faiz Mansor.
Farah cuba mendekati Fairuz. Tanpa segan silu Fairuz bersalaman dan mencium tangan bakal kakak iparnya itu.
“Cantik.”
Hanya satu perkataan yang mampu diucapkan oleh wanita yang bertudung, sederhana tinggi dan berkulit kuning langsat itu. Fairuz yang dipuji sebegitu tertunduk menahan malu. Nazmi tersenyum bangga apabila bakal isterinya dipuji sebegitu rupa.
“Dahlah. Jom masuk ke dalam. Datin Noora dah lama tunggu kat dalam tu.”
Farah menarik tangan Fairuz menuju ke dalam butik pengantin tersebut. Dengan terpaksa Fairuz menuruti kehendak bakal kakak iparnya itu. Nazmi membontoti mereka berdua. Lega hati Nazmi apabila kakaknya dapat menerima Fairuz dengan seikhlas hati.

DATIN
Noora sedang rancak berbual bersama pereka fesyen terkenal itu, Hatta Dolmat
bersama dengan perunding perkahwinan, Hidayah Nasir. Sesekali Farah menyampuk
perbualan mereka yang lebih berkisar tentang perkahwinan antara Fairuz dan
Nazmi.
“Datin, saya rasa yang ini lebih elok sebabnya trend sekarang macam ni,” ujar Hidayah Nasir, perunding perkahwinan mereka sambil menunjukkan gambar pelamin di dalam katalog.
Datin Noora mengamati gambar tersebut sambil mencuit siku Fairuz.
“Yuz,” panggil Datin Noora.
Fairuz yang sedang termenung tersentak seketika. Lantas wajahnya memandang wajah mamanya.
“Yuz, nak tema yang macam ni?” tanya Datin Noora sambil menunjukkan foto yang berada di dalam katalog tersebut.
Fairuz mengamati seketika foto tersebut. Ikutkan hati malas mahu memikirkan tentang perkahwinan ini.
“Yuz, ikut sahaja apa kata mama. Yuz tak kisah. Mama suka?” Dia kembali meletakkan katalog tersebut di atas meja. Datin Noora mengeluh kecil.
“Kita tanya dia, dia tanya kita pulak,” omel Datin Noora sambil mengambil kembali katalog tersebut dan disuakan kepada Farah dan Nazmi yang duduk berhadapan dengan mereka.
“Farah, cuba tengok ni,” arah Datin Noora.
Farah segera mengambil katalog tersebut sambil mengamati foto tersebut. Dahinya dikerutkan sedikit.
“Kalau Farah, Farah tak suka tema ni sebabnya ini macam terlalu English sangat. Farah suka yang Japanese dan ada sikit-sikit elemen Melayu.” Farah menyerahkan katalog kepada Nazmi.
“Adik suka tema ni?” tanya Farah. Nazmi menyambut katalog tersebut sambil mengamati foto tersebut.
“Adik tak kisah.” Ringkas sahaja jawapan daripada Nazmi membuatkan Farah dan Datin Noora segera mengerutkan dahi.
“Siapa yang nak kahwin sekarang?” tanya pereka fesyen mereka, Hatta Dolmat. Datin Noora dan Farah menuding jari ke arah Nazmi dan Fairuz.
“Kalau tak nak yang itu kamu boleh pilih tema kamu sendiri dan bincang dengan kami. Kami boleh tolong.”
Hidayah Nasir tersenyum memandang mereka. Lama mereka mendiamkan diri dan akhirnya bersuara.
“Saya suka warna tiffany green and blue,” kata Nazmi dan Fairuz serentak.
Kata-kata yang serentak itu membuatkan Nazmi dan Fairuz berpandangan sesama sendiri tetapi Fairuz memberikan jelingan tajam buat Nazmi.
‘Budak ni sibuk aje nak suka sama warna dengan aku,’ gumam Fairuz dalam hati.
‘Ish, dia ada chemistry ke dengan aku. Kalau macam tu baguslah.’ Hati Nazmi sudah bertaman dan berbunga.
“Kalau macam tu kita pilih tema ini untuk resepsi nanti. Emm…Hatta boleh tolong ambilkan katalog yang kat atas meja tu tak?” arah Hidayah Nasir sambil tersenyum penuh hormat ke arah Hatta Dolmat yang duduk bersebelahan dengannya.
Hatta Dolmat mengangguk dan segera bergerak ke meja seperti arahan Hidayah Nasir tadi.
Sememangnya gadis tersebut tidak pernah lekang daripada senyumnya. Dari kedatangan mereka sehingga ke perbincangan senyumannya juga tidak luntur-luntur. Mungkin mahu menjaga hati pelanggan ataupun memang begitu perangainya.
Berlainan dengan Hatta Dolmat yang lebih banyak bersikap serius dan professional.
Hatta Dolmat datang sambil membawa beberapa buah katalog. Katalog tersebut diletakkan di atas meja serentak dengan itu dia melabuhkan punggungnya.
Hidayah Nasir terus mencapai sebuah katalog lalu dia segera menyelak helaian muka surat tersebut.
“Hah, yang ini tema dia tepat dengan warna yang Nazmi dan Fairuz pilih tadi. Tema ini English Garden. Tapi kalau nak tambah Melayu sikit pun boleh.” Sekali lagi tangannya ligat menyelak helaian muka surat tersebut.
“Ha, macam ni. Dia guna baju Melayu dengan baju kurung moden.” Jarinya sudah menuding foto pada katalog tersebut.
“Kalau Nazmi dan Fairuz nak design baju sendiri pun tak apa,” ujar Hatta Dolmat memberikan cadangan.
Nazmi dan Fairuz merenung foto tersebut. Nampaknya Fairuz terpaksa bekerjasama dengan Nazmi untuk menjayakan majlis perkahwinan mereka yang tidak diingini oleh Fairuz sama sekali.
“Yuz, mama suka yang English Garden tadi,” beritahu Datin Noora.
“Dik, angah suka yang ada Melayu sikit tu,” beritahu Farah.
Nazmi dan Fairuz berpandangan sesama sendiri. Mana yang sepatutnya mereka pilih. Perkahwinan mereka sepatutnya mereka membuat pilihan yang terbaik untuk majlis perkahwinan ini. Hidayah Nasir dan Hatta Dolmat tersenyum menunggu jawapan mereka.
“Saya nak tema English Garden tapi…”
Belum pun sempat Fairuz menghabiskan kata-kata kelihatan Datin Noora menghela nafas lega. Jawapan yang diberikan oleh Fairuz itu menyebabkan Farah membulatkan matanya.
“Saya tak nak pakai gaun, saya nak pakai baju kurung moden macam ni.” Jari telunjuk Fairuz menunjuk lurus ke arah meniqueen yang tersarung baju kurung moden berwarna tiffany itu.
Hatta Dolmat pantas mengalihkan pandangannya pada meniqueen tersebut.
“Saya tak nak banyak sangat manik. Kalau boleh dekat bahagian dada sahaja. Masa hari nikah itu saya nak pakai baju kurung moden jugak tapi warna putih,” beritahu Fairuz.
Kelihatan Hatta Dolmat dan Hidayah Nasir mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham dnegan kehendak Fairuz.
“Make sure tak banyak manik,” beritahu Fairuz lagi.
Nazmi hanya mendengarkan sahaja kehendak Fairuz.
‘Pasal baju aku tak nak cakap pun,’ gumam hatinya sambil mencebikkan bibir.
“Awak macam mana pulak, Nazmi?” tanya Hatta Dolmat. Pertanyaan tersebut menyebabkan Nazmi mengangkat wajahnya.
“Oh, saya nak pakai baju tuksedo warna hitam. Masa nikah tu macam biasalah, baju Melayu.”
Nazmi tersenyum memandang pereka fesyen dan perunding perkahwinan tersebut. Fairuz hanya memandang wajah Nazmi dengan pandangan yang kosong sekosong perasaannya terhadap jejaka tersebut.
“Fairuz nak pakai layah yang meleret atau…”
“Saya nak veil yang separas pinggang sahaja.”
Pantas Fairuz memberitahu kehendaknya. Farah dan Datin Noora hanya berdiam diri sahaja.
“Okay, kalau macam tu senanglah kerja kita, Dayah.” Hatta Dolmat memberikan senyuman buat Hidayah Nasir.
“Kalau tak ada apa-apa lagi kami nak balik,” ujar Datin Noora seraya mahu bangun daripada duduknya.
“Rasanya tak ada apa-apa lagi.” Hidayah Nasir memberitahu. Seperti biasa ada secalit senyuman terbit di bibirnya.
Kelihatan Nazmi dan Farah mula bangun daripada duduk mereka. Setelah mengucapkan terima kasih mereka berempat mengatur langkah keluar.
“Emm…dik, angah teringin nak kenal dengan bakal adik ipar angah tu.” Farah menyiku lengan Nazmi sambil menjuihkan bibir ke arah Fairuz yang sudah berjalan di hadapan mereka bersama Datin Noora.
Nazmi memandang wajah Farah. “Nak kenal?” Kelihatan dahinya berkerut sedikit.
Farah menganggukkan kepala. “Angah ajak dia makan malam malam ni boleh tak?” tanya Farah sambil keningnya terangkat.
Nazmi mengunci mulutnya. Lama mulutnya terkunci, diam membisu seribu bahasa.
‘Bagus jugak idea kakak aku ni tapi…dia nak ke? Dia tu bukannya senang,’ detiknya dalam hati.
Diam Nazmi itu membuatkan Farah menyiku lengan adiknya itu.
“Dengar tak apa angah cakap tadi?” tanya Farah separuh berbisik namun jelas di telinga Nazmi.
Pertanyaan daripada Farah itu mematikan lamunan Nazmi.
“Ah, ya. Adik dengar.” Nazmi memandang wajah Farah.
Farah pula mengerutkan sedikit dahinya. ‘Lambat betullah adik aku ni,’ gerutu hatinya.
“Dah tu pergilah beritahu dia,” ujar Fairuz sambil menolak bahu Nazmi sedikit ke hadapan.
Nazmi terpinga-pinga sebentar. Mungkin tidak faham apa yang cuba dilakukan oleh Farah, kakaknya itu. Tangannya dinaikkan sedikit sementara dahinya tercalit sedikit kerutan.
Farah yang melihat reaksi daripada Nazmi mula menggelengkan kepalanya. ‘Asyik menghadap bola dengan rumput kat padang tu jadi lambat sikit agaknya adik aku ni nak faham apa yang aku cakap tadi,’ gumamnya.
Farah segera mengejar langkah Datin Noora dan Fairuz yang berada di hadapan mereka sedikit.
“Datin,” panggil Farah.
Serentak itu Datin Noora dan Fairuz memberhentikan langkahnya seraya berpaling ke belakang. Farah terus memberikan senyuman meleret buat mereka berdua.
“Datin, free tak malam ni?” tanya Farah sambil sedaya-upaya cuba untuk menyatakan tujuan sebenarnya.
Datin Noora mengerutkan sedikit dahinya. Matanya dijulingkan ke tepi tanda mahu mengingat rancangannya hari ni.
“Saya rasa tak ada. Awak tak payahlah panggil saya datin panggil saya auntie lagi elok dan rapat rasanya. Tak lama lagi kita nak jadi keluarga.”
Datin Noora sudah memandang Fairuz dan Nazmi dengan pandangan yang penuh makna. Fairuz yang berada di sebelah Datin Noora sudah menarik muka.
‘Keluarga?! Eee…tolonglah! Fikir aku nak sangat kahwin dengan adik kau tu. Kalau kau nak tahu adik kau tu yang tergila-gilakan aku,’ bentak hatinya. Cuba membantah kata-kata mamanya.
“Oh, kalau macam tu elok sangatlah, datin eh silap auntie.” Farah sudah bertepuk tangan tanda teruja. Datin Noora juga mula tersenyum tapi diselangi dengan sedikit kerutan di dahi.
“Kenapa ye, Farah?” soal Datin Noora ingin tahu.
Farah yang dihadapan Datin Noora sudah tersenyum. Nazmi di sebelah dikerling sekilas sebelum mengeluarkan kata-kata.
“Saya ni sebenarnya nak berkenalan dengan keluarga auntie dengan lebih dekat.” Sempat Farah membetulkan kedudukan tudungnya yang sedikit senget itu di kepalanya.
“Saya ingat nak ajak auntie sekeluarga dinner dengan keluarga saya di rumah papa saya. Malam ni.” Tenang sahaja Farah menuturkan kata-katanya. Serentak itu Fairuz membuntangkan matanya.
“Dinner? Malam ni?” soalnya separuh berbisik namun, tidak dapat didengari oleh sesiapa di situ.
“Elok sangatlah tu, Farah. Auntie pun memang nak kenal lebih dekat dengan keluarga kamu tu sebelum jadi keluarga besar eloklah kita berkenal-kenalan dulu, betul tak?” Datin Noora kelihatan sangat teruja dengan cadangan daripada Farah itu. Dia sudah tersenyum gembira.
“Baguslah kalau auntie dah setuju. Fairuz macam mana pulak?” tanya Farah inginkan kepastian dan serentak itu Farah memandang wajah Fairuz yang semakin mencuka itu.
“Oh, kalau mama okey Yuz pun okey juga.”
Fairuz sudah memberikan senyuman yang hambar buat bakal kakak iparnya itu. Sempat juga dia memberikan jelingan tajam buat Nazmi apabila mata mereka bertemu.
Nazmi pantas melarikan anak matanya daripada terus-terusan menerima jelingan tajam daripada bakal isterinya itu.
Farah dan Datin Noora jalan beriringan sambil rancak berbual manakala Nazmi dan Fairuz berjalan di belakang mereka berdua.
“Ini semua mesti idea awak, kan?” tanya Fairuz separuh berbisik namun, nadanya lebih keras.
Nazmi segera memandang wajah Fairuz yang berada di sisinya.
“Tak ada kerja saya nak rancang dinner ni semua. Ini semua idea kakak saya, Farah. Kalau saya nak pun saya tak naklah dinner dua family macam ni. Tak best. Tak ada privacy. Lebih baik saya bawa awak pergi candle light dinner berdua sahaja.” Tatkala itu senyuman nakal terbit di bibir Nazmi.
Fairuz merengus kasar. Marah dengan perbuatan Nazmi itu.
“Kalau yang itu awal-awal lagi saya dah tolak.” Fairuz mula berpeluk tubuh sambil matanya kembali memandang ke hadapan.
“Yakin?” duga Nazmi seakan menguji kesabaran Fairuz.
“Yakin seratus peratus,” tegas Fairuz.

0 comments:
Post a Comment