BAB 14
PETANG itu Nazmi tidak pergi ke padang
sebaliknya hanya menjalani latihan ringan sahaja di perkarangan rumah banglo
mewah kepunyaan papanya, Tan Sri Mansor.
Sesekali bola di kakinya berguling mengelilingi kon-kon kecil yang telah diletakkan di situ. Nazmi sesekali berlari sambil membawa bola mencelahi kon-kon yang tersusun rapi dalam satu baris. Bola tersebut kemudian disepak lagi dan kemudiannya kembali di kakinya.
Begitulah rutin hariannya jika tidak pergi ke padang menjalani latihan bola sepak bersama rakan sepasukannya, Harimau Muda A. Bola tersebut kemudiannya dilambung sebelum disambut dengan menggunakan kepalanya. Dengan kepakaran yang ada pada dirinya, khidmat Nazmi sering ditangih oleh jurulatih untuk beraksi di atas padang menjadi kesebelasan utama.
“Pak su, nak main jugak.” Anak kecil lelaki itu sudah menjerit memanggil Nazmi.
Segera dia mengalihkan pandangan matanya ke arah anak kecil lelaki itu yang berada di muka pintu. Bersama senyuman yang mesra segera dia memanggil anak saudaranya itu.
“Marilah Kimi. Main dengan pak su.” Nazmi segera memanggil anak kakak keduanya itu, Hakimi yang berumur tiga tahun.
Hakimi sudah bertepuk tangan sambil sudah bertepuk tangan sambil berlari menuju ke arah Nazmi yang sedang mengimbangi bola. Dengan berkaki ayam Hakimi segera mendapatkan Nazmi.
“Eh, Kimi. Pergi pakai kasut tu. Nanti luka kaki tu.” Nazmi menyedari Hakimi hanya berkaki ayam mula memberikan peringatan buatnya.
Hakimi mula cemerut. “Tak nak. Kimi nak main jugak.” Dia cuba merampas bola yang berada di tangan Nazmi.
“Kalau Kimi nak main bola dengan pak su, Kimi kena pakai kasut kalau tak pak su tak nak main dengan Kimi. Pak su main sorang-sorang.” Nazmi mula menyorokkan kembali bola tersebut dan kembali mengimbangiinya.
Hakimi mula berjalan menuju ke arah muka pintu. Selesai memakai kasut, Hakimi segera berlari mendapatkan Nazmi yang sedang berlari mencelahi kon-kon tersebut sambil membawa bola.
“Ha, kan elok Kimi pakai kasut macam ni.” Nazmi mengusap lembut kepala Hakimi.
Dia mula tersenyum. “Pak su, nak main.” Hakimi mula merayu.
Nazmi memberikan bola tersebut kepada Hakimi.
“Kimi nak jadi macam pak su. Pemain bola sepak.” Hakimi mula menyepak bola tersebut.
“Kimi selalu tengok pak su dalam tv main bola. Mummy dengan daddy selalu cakap pak su pandai main bola. Pak su main bola hebat. Kimi cakap dengan daddy dengan mummy Kimi nak jadi macam pak su.”
Nazmi yang sedang menyusun kon-kon tersebut tersentak. Mendengarkan cita-cita anak saudaranya itu yang mula menjadikannya sebagai sumber inspirasi dan ingin mengikut jejak langkahnya. Nazmi mula tersenyum memandang Hakimi yang sedang menyepak bola.
“Mummy dengan daddy Kimi tak marah Kimi ke nak jadi macam pak su?” tanya Nazmi yang mula mendekati anak kecil itu.
Sememangnya keluarga merupakan pendorong utama kepada sesuatu kejayaan.
Sewaktu kecil dahulu dia masih ingat lagi yang Tan Sri Mansor bermati-matian menyuruhnya untuk meninggalkan minatnya itu. Sejak berumur enam tahun lagi Nazmi sudah berminat dengan dunia bola sepak. Akhirnya Tan Sri Mansor akur dengan kehendak anak bongsunya itu. Menjadi seorang pemain bola sepak bukan mewarisi empayar perniagaannya, Syarikat Beira-Mar Sdn. Bhd. dan kini abangnya yang ketiga, Nazirul Fahmi mula membantu papanya.
Memang sejak dulu lagi kakak keduanya itu, Farah Nazirah tidak menghalang cita-citanya itu sebagai seorang pemain bola sepak malahan menjadi pendorong jatuh bangunnya Nazmi sebagai seorang pemain bola sepak. Maka, tidak hairanlah jika Farah selalu memuji persembahannya ketika di atas padang.
Danial, suami Farah juga begitu, menjadi penyuntik semangat kepada Nazmi. Malahan, abang iparnya yang seorang itu memang seorang penyokong tegar pasukan kebangsaan. Setiap kali pasukan kebangsaan bertanding dan Nazmi turut sama diturunkan pasti ada kata-kata semangat daripadanya sebelum memulakan perlawanan.
Hatinya sudah sebati dengan dunia bola sepak. Hatinya juga sudah terpaut dengan bola sepak.
Ya, seperti terpaut hatinya pada seorang gadis yang bakal menjadi isterinya tidak lama lagi. Fairuz Farisha. Hatinya sudah terpaut pada gadis itu sejak pertemuan pertama mereka itu ketika kereta kesayangan Fairuz rosak.
Usia tidak menghalang Nazmi untuk mengahwini Fairuz walaupun atas pilihan keluarga. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Jodoh yang telah ditetapkan oleh keluarga sangat diterima oleh Nazmi.
“Pak su,” panggil Hakimi sambil memuncungkan mulutnya.
Panggilan daripada anak kecil itu segera mengembalikan dirinya ke alam nayata. Segera dia mengalihkan pandangannya pada Hakimi yang sedang erat memegang bola.
“Pak su tak nak main dengan Kimi ke?” tanya Hakimi sambil memeluk erat bola tersebut. Mulutnya dimuncungkan.
Nazmi segera mengangguk sambil mendepangkan tangannya. “Cepatlah Kimi sepak. Pak su tangkap.”
Nazmi sudah berlagak seperti seorang penjaga gol. Kelihatan dua kon telah diletakkan di kiri dan kanan Nazmi. Nampak seperti tiang gol.
Hakimi mula meletakkan bola tersebut di atas rumput. Hakimi berlagak seperti mahu membuat sepakan penalty yang menetukan kemenangan atau kekalahan pasukan tersebut.
Perlahan-lahan dia mula menyepak bola tersebut dan dek tidak mahu menghampakan anak kecil tersebut Nazmi berpura-pura tidak dapat menangkap kemas bola tersebut.
“Gol!!!” teriak Hakimi sambil bertepuk tangan.
Nazmi berpura-pura menepuk dahinya. “Aduh, pak su kalah dengan Kimi. Nampaknya Kimi lagi hebat dari pak su. Maknanya Kimi boleh jadi macam pak su.” Nazmi mula memberikan kata-kata semangat kepada anak saudaranya sambil mengusap kepalanya.
Hakimi tersenyum puas kerana dapat mengalahkan pak sunya, Nazmi.
“Kimi!” laung Farah dari dalam rumah.
Laungan daripada Farah itu mematikan detik gembira Hakimi. Mungkin dia mendengar teriakan daripada anaknya yang seorang itu.
“Mummy, Kimi kat sini!” jawab Hakimi pula sedikit lantang. Farah mula tercari-cari arah suara anaknya itu.
“Angah, Kimi ada dengan adik kat depan!” Kini, giliran Nazmi pula melaung.
Farah sudah keluar dan berada di muka pintu. Matanya meliar di sekeliling perkarangan rumah banglo mewah itu yang agak luas.
Segera dia meluru ke arah Nazmi dan Hakimi dengan wajah yang cemas. “Eh, Kimi jangan kacau pak su tengah berlatih main bola.”
Lantas anak kecil itu segera ditarik dan dibawa ke wakaf kecil yang berada di sudut perkarangan tersebut. Hakimi merengek-rengek mahu bermain bola sepak bersama Nazmi.
“Angah, adik tak training bola. Adik tengah main dengan Kimi. Biarlah, angah. Dia nak jadi macam pak sunya ni.” Nazmi mula tersenyum memandang Farah yang sedang memegang erat anaknya itu.
Perlahan-lahan Nazmi mula melangkah mendekati mereka. “Kimi, pergi main sana. Kata nak jadi macam pak su, kan?” Nazmi tersenyum bangga sambil memandang anak kecil itu.
Hakimi mula bertepuk riang sambil berlari menuju ke arah bola tersebut. Nazmi mula mengelap peluh yang sememangnya memenuhi dahi dan lehernya. Farah memandang wajah Nazmi.
“Angah tengok, adik ni rajin betul kan training bola hari-hari. Kalau tak kat padang kat rumah. Pagi-pagi lagi adik dah bangun buat streching dan latihan sikit-sikit. Petang pulak training berat sikit. Kalau dah training kat Wisma FAM, Kelana Jaya tu dah tak ingat rumah dah.”
Nazmi mula ketawa kecil mendengarkan kata-kata daripada kakaknya itu. “Angah, dah memang kerja adik macam ni. Nak buat macam mana? Adik kenalah selalu training, stretching apa semua sebab nak kekalkan stamina. Kalau tak habislah stamina adik.” Dia mula meneguk air 100 Plus itu.
Farah sekali lagi memandang wajah Nazmi tanpa berkelip. Hatinya gundah saat ini. Memikirkan perkahwinan adiknya yang bakal berlangsung kira-kira sebulan lebih lagi.
Mampukah Nazmi yang semuda ini memikul tanggungjawab berat sebagai seorang suami dan ketua keluarga? Mampukah Nazmi mengatur jadualnya supaya kerap bersama keluarga? Nazmi sangat susah untuk meluangkan masanya bersama keluarga kerana terikat dengan jadual ketat sebagai seorang pemain bola sepak. Pelbagai persoalan mula bersarang di minda Farah ketika ini.
Nazmi yang menyedari pandangan kakaknya itu mula mengerutkan dahi. Tangannya dilayangkan di hadapan Farah. “Angah, mengelamun, ya?”
Farah tersedar ke alam nyata. Matanya dikelipkan berkali-kali.
“Apa yang angah fikirkan sampai pandang adik tak berkelip mata?” tanya Nazmi ingin tahu.
“Tak ada apa.” Farah cuba mengelak. Pandangannya segera dialihkan pada Hakimi yang sedang riang mengejar bola.
Nazmi menyebakkan rambutnya yang seperti Justin Bieber semasa awal kemunculannya itu ke belakang.
“Angah, dah siap masak untuk dinner malam ni?” tanya Nazmi mula mengubah topik. Tidak tahu apa yang ingin dibualkan.
“Tinggal lagi sikit aje. Mak Cik Ton tolong habiskan. Masa angah tengah syok masak tu tiba-tiba dengar Kimi jerit. Itu yang terbantut terus angah nak masak.” Farah mula ketawa halus. Menenangkan hatinya yang kini sangat risaukan masa depan adiknya kelak.
“Angah, alang dengan papa dah tahu pasal dinner dengan family Fairuz tu malam ni?” Nazmi mula membetulkan duduknya.
Farah mengangguk sambil berkata, “Sekejap lagi baliklah diorang tu. Angah dah cakap jangan nak bertapa dekat pejabat tu lama sangat. Nanti kita ada dinner dengan keluarga bakal isteri adik.” Farah tersenyum sambil ingatannya kembali pada wajah gadis yang bakal menjadi suri hati adiknya.
Nazmi mengeluh perlahan sambil membuka kasut bolanya. “Angah, best tak kahwin?”
Tiba-tiba soalan tersebut terpacul keluar daripada mulut Nazmi. Farah memandang wajah adiknya sambil mengerutkan dahi.
“Kenapa adik tanya macam tu? Tak sabar nak kahwin ke?” duga Farah sambil tersenyum sinis. Sengaja dia menduga isi hati adiknya itu.
‘Apa kena dengan adik aku ni? Penat sangat main bola ke? Tiba-tiba tanya soalan macam tu,’ gumam hati Farah.
Stoking bola yang setia berada di kakinya dicabut perlahan.
“Tak ada apa. Cuma adik nak tahu je. Sebelum adik kahwin ni kenalah tahu selok-belok rumah tangga daripada pakar dulu.” Nazmi ketawa kecil.
Farah juga ikut ketawa mendegar kata-kata Nazmi.
“Hmm…entahlah, dik. Angah pun tak tahu macam mana nak cakap pasal alam rumah tangga ni. Best memang best. Tapi beban dan tanggungjawab kita bertambah. Dari hidup solo dah berdua. Tapi takkan nak berdua je. Mestilah nak bertiga, berempat berlima….
Best tu kalau kita dapat kahwin dengan orang yang kita sayang, yang kita cinta. Tapi kalau jodoh pilihan keluarga kenalah berusaha untuk bina dan pupuk cinta dalam rumah tangga tu. Cinta dan kasih sayang tu merupakan pelengkap kepada sebuah rumah tangga.”
Panjang lebar nasihat daripada Farah. Lagaknya seperti sedang memberikan ceramah ketika kursus kahwin.
“Fuhh…angah. Hebatnya. Macam tengah bagi motivasi pagi kat tv. Nampaknya Abang Danny kena up pangkat angah. Bukannya jadi surirumah sepenuh masa dah,” seloroh Nazmi.
Ketawanya meledak kuat. Farah jadi hairan melihat Nazmi yang sedang mentertawakannya.
“Eh, budak ni. Orang bagi nasihat dia gelakkan pulak.”
Tangannya laju memiat telinga Nazmi. Perbuatan Farah itu membuatkan Nazmi mengaduh kesakitan.
“Aduh, sakitlah angah. Dah lama angah tak piat telinga adik. Nampaknya masih berbisa lagi piatan telinga angah ni, ya?” usik Nazmi.
Makin galak dia mengusik Farah. Hakimi yang sedang seronok bermain nampaknya tidak terganggu langsung dengan drama sebabak tanpa skrip lakonan Nazmi dan Farah. Ketawa Farah akhirnya terhambur juga.
Tiba-tiba ketawa mereka berdua terhenti. Suasana hening menjengah mereka berdua.
“Apa agaknya khabar mummy dengan along kat Sydney tu, ya?” tanya Farah tiba-tiba memecah keheningan antara mereka berdua.
Air muka Nazmi tiba-tiba berubah. Riak wajahnya yang ceria bertukar keruh. Giginya diketap tanda sedang menahan geram.
“Malaslah adik nak cakap pasal diorang tu. Entah-entah diorang tak pernah nak ingat kita kat sini. Kita aje yang asyik ingat diorang kat sana tu. Selama ni kalau diorang ingat kita, mesti diorang datang jenguk kita kat Malaysia ni sekali-sekala. Ini tidak. Jangankan jenguk, call jauh sekali.”
Rahangnya juga kelihatan timbul. Marahnya ternyata masih bersisa walaupun telah bertahun lamanya peristiwa hitam itu berlaku. Ingatannya masih segar. Farah ternyata marah dengan sikap yang ditunjukkan oleh Nazmi.
“Dik, tak baik cakap macam tu. Walaupun diorang macam tu tapi diorang masih sebahagian daripada kita. Darah daging kita sendiri,” nasihat Farah sambil memandang wajah Nazmi yang nampaknya semakin berang.
“Dahlah, ngah. Adik malas nak dengar pasal diorang. Telinga adik ni panas bila dengar pasal diorang.”
Nazmi sudah pun berdiri sambil tangan kirinya menjinjit kasut bola manakala tangan kanan memegang botol 100 Plus. Langkahnya deras menuju ke arah muka pintu.
Farah hanya menggelengkan kepalanya melihat sikap yang ditunjukkan oleh adiknya apabila mendengar tentang along dan mummy mereka.
Hakimi yang menyedari Nazmi mula melangkah masuk ke dalam rumah mula melaung memanggilnya.
“Pak su! Pak su nak pergi mana?” Laungannya tidak diendahkan sama sekali oleh Nazmi.
Langkahnya juga tetap seperti tadi menuju ke dalam rumah.
“Kimi, mari sini,” panggil Farah sambil melambaikan tangan ke arah anaknya itu.
Hakimi segera mendapatkan mummynya yang berada di wakaf kecil itu sambil tangannya erat memeluk bola.
“Mummy, kenapa dengan pak su? Pak su tak nak kawan dengan Kimi ke?” tanya Hakimi yang berada di pangkuan Farah.
“Tak. Pak su penat main bola.” Farah mencerun memandang wajah anaknya sambil mengusap-usap lembut rambut Hakimi yang lebat itu. Dia sengaja mencipta alasan supaya anak kecil itu lebih mengerti.

0 comments:
Post a Comment