BAB 15
NAZMI segera memanjat anak tangga
untuk ke biliknya. Derapan langkahnya kedengaran deras. Sepertinya dia sedang
berang.
Mak Cik Ton yang sedang berada di dapur memberhentikan aktiviti masaknya. Senduk yang sedari tadi berada di tangannya diletakkan. Dahinya dikerutkan sedikit.
Farah melangkah masuk menuju ke dapur. Mak Cik Ton yang menyedari kehadiran Farah mula mengangkat wajahnya.
“Kenapa dengan adik kamu tu, Farah? Si Nami tu,” tanya Mak Cik Ton sambil kembali mengambil senduknya.
Farah mengeluh perlahan. “Entahlah, Mak Cik Ton. Farah pun tak tahu. Farah cakap pasal mummy dengan along…tiba-tiba dia naik marah.” Farah mula mengambil tempat duduknya.
Mak Cik Ton mula tersenyum herot. “Hmm…padanlah. Kamu cakap pasal mummy dengan along kamu tu. Memang dia tak suka dari dulu sejak perkara tu berlaku. Pantang sebut nama mummy dengan along kamu tu mesti naik marah. Mak Cik Ton dah tahu perangai dia.” Mak Cik Ton sudah mengacau lauk asam pedas ikan pari yang menjadi kegemaran Nazmi.
Farah mengerutkan sedikit dahinya. “Dulu tak ada pulak macam ni.” Dia sudah membuka tudung saji. Melihat lauk pauk di bawahnya.
“Dulu memang tak ada dia buat perangai macam ni. Tapi sejak dua menjak ni makin benci pulak dia dekat mummy dengan along kamu tu. Mungkin dia dah besar, dah tahu perkara yang sebenar. Dulu kita boleh tipu dia senang-senang.” Mak Cik Ton mematikan api dapur.
Farah segera mengangguk. “Mungkinlah agaknya, Mak Cik Ton.” Farah menutup kembali tudung saji tersebut.
“Mak Cik Ton, sayur campur dengan ayam goreng berempah ke lauk untuk malam ni?” tanya Farah ingin mengubah topik. Satu per satu lauk yang yang berada di bawah tudung saji disebutnya.
“Eh, asam pedas ikan pari sekali. Mak Cik Ton masak khas untuk Nami.”
Farah kembali mengerutkan sedikit keningnya. Segera dia menuju ke arah peti sejuk. Pintu peti sejuk itu dibuka. Mak Cik Ton yang menyedari perbuatan Farah mula mengerutkan dahi.
“Kamu cari apa Farah?” tanya Mak Cik Ton sambil memindahkan lauk asam pedas ikan pari itu ke dalam mangkuk.
Farah sedang menyelongkar peti sejuk itu.
“Cari kangkung.” Ringkas sahaja jawapan daripada Farah namun, tangannya masih ligat menyelongkar peti sejuk tersebut.
Mak Cik Ton yang sedang meletakkan mangkuk berisi asam pedas ikan pari kegemaran Nazmi mula mengintai-intai Farah yang sedang tertunduk-tunduk.
“Ada rasanya kangkung dalam peti tu. Cari ajelah. Kamu nak masak apa, Farah?” tanya Mak Cik Ton sambil melabuhkan punggungnya.
“Nak masak kangkung goreng belacan.” Farah yang sedang ligat menyelongkar peti sejuk mula mengeluarkan seikat kangkung daripada bahagian bawah, tempat menyimpan sayur-sayuran. Pintu peti sejuk mula ditutup.
Sambil membawa sebuah besen yang kecil dan sehelai surat khabar, Farah mula melabuhkan punggungnya di hadapan Mak Cik Ton untuk menyiang sayur tersebut.
“Dulu masa kecik-kecik mummy selalu masakkan kitorang sayur kangkung ni. Farah pun suka sayur ni sampai sekarang. Kalau dulu Nazmi yang paling suka sayur ni. Pantang nampak sayur ni mesti habis dua pinggan licin dia makan,” cerita Farah sambil ketawa kecil.
Mak Cik Ton kelihatan tidak begitu senang dengan cerita Farah. Air muka tuanya itu kelihatan keruh seperti Nazmi tadi.
“Farah, Mak Cik Ton rasa tak payahlah kamu masak sayur kangkung goreng belacan ni?” tegah Mak Cik Ton. Lembut tapi kedengaran tegas juga.
Wajahnya segera diangkat merenung wanita yang sudah separuh usia itu. Kerutan di dahi jelas kelihatan pada wajah cantiknya itu.
“Kenapa Mak Cik Ton? Ada apa-apa yang tak kena ke?” tanya Farah inginkan kepastian. Rambutnya yang hanya separas bahu itu diikat kemas.
“Mak Cik Ton takut nanti adik kamu tu buat perangai bila dia nampak lauk ni. Yalah, kamu sendiri jugak yang cakap mummy kamu selalu masak lauk ni, kan?”
Segala aktiviti menyiang sayur terhenti. Keluhan kecil kedengaran keluar daripada mulut Farah.
Mak Cik Ton hanya memandang tanpa sebarang kata-kata keluar daripada mulut tuanya itu. Dia memang sudah masak dengan perangai Nazmi itu. Pantang jika diingatkan tentang mummy dan alongnya yang kini menetap di Sydney, Australia pasti marahnya naik.
“Tak apa, Mak Cik Ton. Farah masak sikit aje lauk ni untuk Farah. Lagipun Farah teringin sangat nak makan lauk kangkung goreng belacan ni. Rasanya macam mengidam pulak.”
Ketawanya terhambur. Mak Cik Ton juga ikut ketawa sambil tersenyum lega.
“Suka hati kamulah, Farah. Mak Cik Ton tak halang tapi kalau Nami dapat tahu pandai-pandai kamulah, ye. Dia tu adik kamu.” Dia membetulkan duduknya agar lebih selesa.
“Lain macam aje bunyinya tadi, Farah. Mengidam, ye?” sambungnya dengan nada mengusik.
Farah tersenyum sambil tangannya ligat menyiang sayur kangkung tersebut. “Harap-harapnya macam tulah, Mak Cik Ton. Lagipun Si Kimi tu dah nak masuk tiga tahun. Memang patut pun dia terima adik baru.”
“Eh, betul ke?” tanya Mak Cik Ton dengan teruja.
Laju sahaja soalan cepumas itu meluncur keluar daripada mulut tuanya itu. Nampaknya wanita tua ini yang terlebih teruja.
“Tak adalah, Mak Cik Ton. Farah dah lama tak makan lauk ni sebab Abang Danny tak makan.” Dia mula membawa besen kecil berisi sayur kangkung yang telah siap disiang ke sinki untuk dibasuh.
Mak Cik Ton mengekori langkah Farah dengan matanya. “Kamu tinggal sini sampai Nami kahwin, ke?”
Kepala paip mula dipulas oleh Farah. “Eh, tak adalah. Kalau tunggu sampai Nazmi kahwin lama tu. Sebulan lebih lagi. Minggu depan Farah balik JB. Farah datang sini sebabnya nak tengok-tengok persiapan kahwin Nazmi.”
Mak Cik Ton mengangguk kepala perlahan.
“Alang yang suruh Farah datang sini. Yalah, kat dalam rumah ni semuanya lelaki. Semuanya sibuk. Mana ada masa nak buat persiapan. Nasib baik Farah tak kerja, jadi surirumah. Lagipun Abang Danny outstation seminggu.” Tangannya direnjis-renjiskan sebelum kepala paip ditutup.
“Kenapa Mak Cik Ton tanya macam tu pada Farah?” Badannya dipusingkan menghadap wanita tua itu.
Mukanya kelihatan muram sedikit. “Ingatkan Farah balik lambat lagi. Bolehlah Mak Cik Ton ada kawan nak berborak. Yalah, kat dalam rumah ni semuanya lelaki. Manalah Mak Cik Ton ada kawan nak bersembang. Diorang tu sibuk memanjang. Jarang melekat kat rumah. Lagi-lagi adik kamu yang bongsu tu. Jarang ada duduk kat rumah. Asyik di padang saje,” keluh Mak Cik Ton perlahan.
Farah hanya tersenyum melihat Mak Cik Ton. Sememangnya sunyi jika berada di dalam banglo mewah ini sendirian.
“Alah, Mak Cik Ton. Janganlah macam ni. Nanti tiga hari sebelum Nazmi kahwin Farah datang sini lagi.” Farah mula mendekati wanita tua itu.
Dia terfikir juga mungkin kehadiran bakal adik iparnya itu akan menyerikan banglo mewah ini sekaligus menceriakan hari-hari wanita tua ini.

0 comments:
Post a Comment