BAB 30
“JADI, projek di Janda Baik tu akan
bermula minggu hadapan. Saya lantik awak, Azim sebagai ketuanya.” Fairuz
memandang wajah jejaka yang berwajah kacukan Arab yang berada di hadapannya.
Jejaka yang bernama Azim itu hanya mengangguk sahaja. Akur dengan arahan majikannya.
Fairuz mengalihkan pandangannya kepada gadis yang berkulit putih dan berbadan agak gempal yang duduk bersebelahan dengan Azim. “Mimi, saya nak kamu jadi penolong kepada Azim. Kamu dan Azim kena pastikan projek di sana berjalan dengan lancar.”
Gadis yang bertudung litup itu hanya mengangguk. “Baiklah, Cik Fairuz. Saya dan Azim pasti akan bekerjasama dalam projek ini.” Mimi memberikan keyakinan kepada Fairuz.
“Cik Fairuz jangan risau kami berdua akan pastikan projek di Janda Baik ini akan siap pada waktu yang ditetapkan.” Kini giliran Azim pula memberikan kata-kata yang meyakinkan kepada Fairuz.
Fairuz memandang wajah Azim dan Mimi silih berganti. Nampaknya Fairuz yakin yang mereka akan memberikan sepenuh komitmen kepada projek kali ini. “Kalau begitu projek itu akan bermula pada minggu hadapan.”
Fairuz memberikan arahan kepada perkejanya. Azim dan Mimi hanya mengangguk tanda faham.
“Ada apa-apa nak tanya, Azim dan Mimi?” Fairuz memandang wajah mereka berdua silih berganti.
Jejaka yang memakai baju kemeja berwarna putih itu hanya menggeleng perlahan. Nampaknya dia sudah faham dengan arahan yang diberikan oleh Fairuz. Gadis yang duduk di sebelahnya juga kelihatan menggeleng kepalanya.
“Tak ada,” jawab mereka hampir serentak.
Fairuz mengangguk sambil berkata, “Baiklah, kalau ada apa-apa masalah pasal projek tu kamu berdua boleh jumpa saya. And another thing, Mimi.” Pandangannya berlaih kepada gadis yang manis berbaju kurung itu.
Gadis tersebut terus memandang wajah Fairuz.
“Make sure setiap minggu hantar laporan tentang projek tu di atas meja saya, okey. Saya nak tengok perkembangan tentang projek itu pada setiap minggu.” Fairuz bersahaja sahaja ketika memberikan arahan kepada pekerjanya.
Mimi hanya mengangguk faham. “Baiklah, Cik Fairuz. Saya akan hantar laporan tersebut pada setiap minggu.” Mimi mengikut sahaja arahan daripada Fairuz.
“Cik Fairuz akan melawat ke tapak projek ke?” Jejaka yang agak segak dan tampan itu sudah bertanyakan kepada Fairuz.
Fairuz hanya tersenyum. “Tengoklah keadaan nanti.”
Fairuz berkira-kira mahu melihat tapak projek itu secara senyap-senyap. Dia tidak akan memberitahu yang dia akan melawat ke tapak projek itu. “Kalau tak ada apa-apa kamu berdua boleh sambung kerja balik.”
Azim dan Mimi bingkas bangun daripada duduknya. Sambil mengucapkan terima kasih mereka berdua melangkah keluar dari bilik Fairuz.
Fairuz menarik nafas lega. Lega kerana projeknya yang di Janda Baik itu telah diserahkan kepada yang bertanggungjawab melaksanakannya. Pantas Fairuz menyerahkan projek itu kepada pekerjanya yang bertanggungjawab sebagai penyelia tapak projek.
Dia mengerling sekilas pada jam tangan miliknya. Pukul 10:05 pagi. Masih awal lagi.
Jambangan bunga ros yang berada di tepi mejanya dipandang. Masih tiada petunjuk siapakah gerangan yang memberikannya jambangan bunga ros itu kepadanya.
Dia mula bergerak ke almari yang menempatkan fail miliknya. Perlahan-lahan sebuah fail dikeluarkan daripada almari itu. Dia membelek-belek helain kertas yang berada di dalam fail tersebut.
“Assalamualaikum.” Tiba-tiba sahaja ada suara yang memberi salam kepadanya dari luar. Seakan-akan suara tersebut amat dikenalinya.
Dia segera menoleh ke arah suara tersebut. Ternyata satu susuk tubuh wanita yang amat disayangingnya sudah tersembul di muka pintu.
Fairuz membuntangkan matanya. Terkejut dengan kedatangan secara mengejut wanita itu.
“Wa…wa…waalaikumussalam.” Tergagap-gagap dia menjawab salam daripada wanita itu. Fail yang berada di tangannya diletakkan di atas meja.
Wanita itu mula melangkah mendapatkan Fairuz.
“What a surprise, mama! Yuz tak sangka pun mama nak datang office Yuz.” Fairuz mula duduk sambil melemparkan senyuman buat mamanya.
Datin Noora yang mengenakan baju kaftan bersama tudung hanya tersenyum riang. “Mama saje datang kat office Yuz ni nak buat surprise. Nak tengok anak mama ni buat kerja ke tak?” Datin Noora sudah mengambil tempat di hadapan Fairuz.
Fairuz hanya ketawa kecil. “Mama, anak mama ni workerholic tau.” Sengaja Fairuz membangga diri.
“Mama ni datang papa tahu tak? Pak Man hantar ke?” Fairuz memandang wajah mamanya.
“Tahu. Mama datang dengan Farah,” kata Datin Noora bersahaja.
Fairuz terdiam seketika. Nama Farah mula bermain di kepalanya. Seingatnya Datin Noora tidak mempunyai kawan yang bernama Farah melainkan daripada kalangan datin.
“Farah? Siapa Farah? Ini mesti anak kawan mama, kan? Anak Auntie Aishah? Tak pun anak Auntie Zah?” Fairuz memberikan andaian. Sengaja dia meneka siapakah gerangan Farah yang dimaksudkan.
Datin Noora laju menggeleng. “Takkan kamu tak ingat. Farah bakal kakak ipar kamu. Kakak Nazmi.” Datin Noora memberikan penjelasan.
Fairuz tersntak. Farah. Ya, dia masih ingat pertemuannya dengan wanita yang dimaksudkan oleh mamanya iaitu kakak kepada Nazmi beberapa hari lepas. Dahinya berkerut.
“Mama buat apa datang sini dengan Kak Farah?” tanya Fairuz inginkan kepastian.
Datin Noora hanya tersenyum penuh makna. “Mama datang sini nak ajak Yuz pergi shopping. Nak suruh Yuz temankan mama pergi shopping.” Sengaja Datin Noora bermain teka-teki dengan anak sulungnya.
Dahi Fairuz makin berkerut jadinya. “Shopping? Kenapa ajak Yuz? Bukan Kak Farah ada nak temankan mama?” Makin pelik pula dia jadinya. Tidak pernah-pernah mamanya mengajaknya untuk beli-belah.
‘Jangan, jangan…’ hatinya mula membuat andaian sndiri. Dia menganggap bahawa perkara ini mesti ada kena-mengena dengan perkahwinannya.
“Nak pergi shopping barang hantaranlah. Banyak lagi nak kena buat.” Datin Noora kelihatan bersahaja. Dia sengaja datang ke pejabat Fairuz agar dia dapat mengajak Fairuz untuk membeli-belah.
Ternyata telahannya benar. Dia tidak mahu mengikut mamanya membeli barang perkahwinan. Kepalanya berputar idea-idea. “Mama, Yuz minta maaf. Yuz memang tak boleh pergi hari ni. Yuz banyak kerja. Meeting sana sini. Appointment berlambak.”
“Yuz jangan nak tipu mama. Mama dah tanya Rania. Yuz free hari ni.” Datin Noora memandang tepat ke arah anak mata Fairuz. Kedengaran suaranya tegas sekali.
“Mama tak kira apapun alasan Yuz hari ni Yuz kena ikut mama jugak,” tegas Datin Noora. Matanya memandang tepat wajah Fairuz yang nampaknya sedang gusar.
“Mama tahu kan Yuz dah serahkan semua urusan perkahwinan Yuz pada mama. Jadi Yuz tak nak ambik tahu pasal benda ni lagi.” Fairuz masih lagi memberikan alasan. Dia sebolehnya tidak mahu mengikut mamanya.
Datin Noora mengeluh kecil. “Memang Yuz dah serahkan semuanya pada mama. Tapi tak bermakna Yuz boleh lepas tangan macam tu aje.” Datin Noora tetap juga tidak mengalah. Dia sedaya-upaya mahu memujuk anaknya yang sulung itu.
Fairuz membuang pandang ke arah luar tingkap. “Yuz tak nak perkahwinan ini berlaku. Jadi kenapa Yuz tak boleh lepas tangan pulak? Sedangkan mama dan papa yang beria-ia nak Yuz kahwin.” Fairuz masih juga tidak berputus asa. Dia tidak mahu mengalah.
Datin Noora hanya menggelengkan kepalanya. “Yuz, kalau Yuz masih bersikap macam ni mama takkan teragak-agak untuk cakap pada papa. Mama akan cakap pada papa yang Yuz akan dihalau dari rumah dan akan dipecat dari Maya Holding.”
Datin Noora mula mengugut Fairuz. Nafasnya turun naik. Dia marah dengan sikap Fairuz yang terlalu mementingkan perasaan sendiri.
Fairuz terdiam seketika. Bibirnya diketap. Pandangannya dicerunkan. Dia takut kalau-kalau dia tidak diterima oleh keluarganya sendiri.
“Okey, Yuz akan ikut.” Akhirnya Fairuz memberikan kata putus.
Datin Noora tersenyum lega. Fairuz mengemaskan mejanya dan mula mengambil tas tangan miliknya. Datin Noora pula bingkas bangun daripada duduknya. Mereka mula mengatur langkah meninggalkan bilik Fairuz.

FAIRUZ, Farah dan Datin Noora sedang
seronok membeli-belah di sebuah pusat beli-belah yang terkemuka di ibu negara.
Farah dan Datin Noora yang seronok membeli-belah hantaran dan barang
perkahwinan Nazmi dan Fairuz.
Fairuz pula hanya menuruti sahaja. Pelbagai jenis baju dan tas tangan dicuba oleh Fairuz. Pelbagai jenis minyak wangi dan juga alat solek ditata rias oleh Fairuz. Hampir kesemua jenis kasut bertumit tinggi disarungkan oleh Fairuz.
“Nazmi tak ikut sekali ke?” tanya Datin Noora sambil melangkah menuju ke bahagian kedai makan.
Farah yang berada di sebelah hanya menggeleng. “Tak. Dia sibuk dengan training dia. Lagipun dia kata malam ni ada perlawanan persahabatan. Maklumlah dia kan pemain bola sepak. Sibuk memanjang kat padang tu.”
Fairuz yang berada di sebelah Datin Noora menghela nafas lega. ‘Nasib baik budak tu tak ikut. Kalau tak…’ Hatinya mula berkata-kata. Dia merasa lega dan sedikit gembira kerana Nazmi tidak mengikutinya membeli-belah barangan pengatin.
Mereka sama-sama menghayun langkah menuju ke bahagian kedai makan.
“Yuz tunggu sini dengan Kak Farah. Mama nak pergi washroom sekejap,” pinta Datin Noora. Dia menyerahkan beg kertas kepada Fairuz.
“Auntie pergi washroom kejap.” Sempat Datin Noora meminta diri daripada wanita ayu yang memakai paloza labuh berwarna kelabu bersama cape berwrna ungun lembut dan shawl glitter berwarna gold. Farah hanya mengganguk.
Datin Noora segera ke tandas yang berada tidak jauh dari situ.
Farah dan Fairuz jalan beriringan menuju ke kedai makan. Mereka melabuhkan punggung di atas kerusi yang di sediakan. “Bila Kak Farah balik Johor Bahru?” tanya Fairuz memulakan perbualan. Rasa kekok segera dibuang jauh-jauh. Farah pula yang terasa kekok apabila Fairuz memanggilnya ‘Kak Farah’.
“Tak payahlah nak panggil Kak Farah. Panggil angah aje, okey?” Farah mula membetulkan panggilan Fairuz terhadapnya.
Fairuz perlahan-lahan mengangguk. “Okey, a.n.g.a.h.” Satu-satu dia menuturkan perkataan ‘angah’.
Farah menghadiahkan senyuman buat bakal adik iparnya itu. “Angah balik lusa. Dah dekat seminggu angah ada kat sini. Angah datang sini pun sebab nak bantu apa yang patut pasal majlis perkahwinan nanti.”
Farah memandang wajah Fairuz. Mulut Fairuz membulat membentuk huruf ‘O’.
“Angah nak tanya Fairuz sikit boleh?” Farah mula meminta izin untuk bertanya kepada Fairuz.
Fairuz hanya mengangguk sambil menghadiahkan sebaris senyuman buat Farah. “Boleh.” Farah memandang tepat wajah bakal adik iparnya.
Nafasnya ditarik perlahan-lahan sebelum mengeluarkan kata-kata. “Betul ke Fairuz setuju dengan perkahwinan ni?”
Pertanyaan itu sekali lagi menerjah gegendang telinga Fairuz. Dia tersentak seketika. Entah kali ke berapa gegendang telinganya didatangi soalan tersebut. Dia juga sudah malas mahu menjawab soalan tersebut. Rasa muak pun mula menyelubungi dirinya.
Namun, bakal kakak iparnya itu tidak boleh tahu tentang keterpaksaannya menerima perkahwinan ini. Masalah yang dihadapinya biarlah dia dan Nazmi sahaja yang tahu.
Pandangan matanya dicerunkan. Lama dia mendiamkan diri. Dia tidak tahu mahu memberikan jawapan yang bagaimana.
Farah yang melihat Fairuz hanya mendiamkan diri mula mengerutkan dahi. “Fairuz, ada yang tak kena ke?” Farah mula bertanya untuk mengurangkan kesangsian yang bersarang di dalam benaknya.
Fairuz mangangkat wajah memandang wajah Farah. Kepalanya laju digeleng.
Makin bertambah kerutan di dahi Farah jadinya. “Habistu kenapa? Angah minta maaf kalau perkahwinan ini menghalang Fairuz. Perkahwinan ini yang menghancurkan masa depan Fairuz. Angah tahu susah untuk kita terima jodoh pilihan keluarga. Tapi mungkin jodoh pilihan keluarga itu yang terbaik untuk kita.”
“Bukan macam tu, angah.” Pantas dia memotong kata-kata Farah. Dia memandang tepat wajah Farah.
Nafasnya ditarik dalam-dalam. “Yuz setuju dengan perkahwinan ini. Perkahwinan ini mungkin yang terbaik untuk Yuz. Perkahwinan ini tak akan membawa sebarang keburukan pada Yuz.” Fairuz sedaya-upaya cuba untuk memberikan kata-kata yang meyakinkan kepada Farah.
Sebenarnya apa yang diperkatakan sangatlah berbeza dengan kata hatinya. ‘Angah, sebenarnya perkahwinan ini yang akan menghancurkan masa depan Yuz. Sebenarnya Yuz tak setuju pun dengan perkahwinan ini.’
Mendirikan rumah tangga tidak ada dalam kamus hidupnya. Perkahwinan tidak pernah terfikir di benaknya. Hatinya yang telah hancur pasti tidak akan bercantum kembali. Hatinya telah tertutup untuk berkongsi hidup dengan manusia yang bernama lelaki.
Farah tersenyum lega. Lega dapat mendengarkan penjelasan yang meyakinkan daripda Fairuz. “Baguslah kalau macam tu. Lega angah dengar.”
Farah juga turut mengurut dadanya. “Angah harap Fairuz dapat jaga Nazmi dengan sebaiknya. Angah harap Fairuz dapat membimbing dia menjadi seorang suami yang baik. Maklumlah Nazmi tu muda lagi. Angah harap dengan adanya Fairuz nanti Nazmi tak akan sibuk lagi. Dia akan ada masa dengan family.”
Jelas sekali Farah amat mengharapkan Fairuz dapat menjadikan Nazmi seorang lelaki yang baik. Farah juga mengharapkan Fairuz akan menjadikan adiknya itu seorang yang mementingkan keluarga.
Fairuz merasa sungguh tertekan kala ini. Dia tidak tahu apa yang bakal dijawabnya bagi meyakinkan Farah.
Fairuz tidak sanggup menghambakan dirinya demi seorang lelaki lagi. Dia tidak sanggup menanggung luka di hati kerana seorang lelaki. Namun, dengan kehadiran Nazmi yang bakal menjadi suaminya telah mengubah segalanya. Hatinya telah bulat dan tekad yang dia tidak akan jatuh cinta dengan suaminya sendiri.
Fairuz hanya mengangguk kecil. Dia tidak tahu mahu bereaksi apa lagi. Farah sekali lagi tersenyum lega.
“Baguslah kalau Fairuz dah faham. Angah harap perkahwinan Fairuz dan Nazmi akan kekal hingga akhir hayat.”
Begitu tinggi sekali harapan Farah terhadap masjid yang bakal dibina oleh Nazmi dan Fairuz. Sedangkan Fairuz tidak pernah mengimpikan untuk hidup bahagia bersama Nazmi. Malah berumah tangga hingga kekal akhir hayat jauh sekali.
“Wah, rancak betul kamu berdua berborak!” Teguran daripada Datin Noora mematikan terus perbualan mereka.
Farah hanya tersengih sahaja. “Tak adalah rancak sangat auntie. Baru nak berkenal-kenalan.” Farah mula berseloroh.
Fairuz pula hanya mengangguk. Mengiakan kata-kata Farah. “Betul cakap angah tu, mama. Kitorang borak biasa-biasa aje.” Fairuz juga turut tersengih.
Datin Noora hanya tersenyum sinis. “Iyalah tu borak-borak biasa. Takkan borak-borak biasa sampai boleh panggil Farah dengan panggilan yang mesra. Panggil angah lagi tu.” Datin Noora sengaja mengusik anaknya dan Farah.
Farah hanya tergelak kecil. “Saya yang sebenarnya suruh Fairuz panggil saya angah. Senang sikit. Tak lama lagi Fairuz nak jadi adik ipar saya. Kena panggil angah jugak.” Farah mengerling sekilas wajah Fairuz sambil tersenyum penuh makna.
Fairuz hanya mengangguk kecil sambil tersengih sedikit. Buat-buat suka.
“Eh, jomlah kita jalan lagi. Banyak tempat yang nak kena pergi ni,” ajak Datin Noora. Farah bingkas bangun begitu juga dengan Fairuz.

LEWAT petang itu Fairuz begitu penat.
Balik sahaja daripada pusat beli belah itu terus sahaja dia merebahkan dirinya
di atas katil. Terlelap dia seketika. Baru setengah jam dia melelapkan mata dia
dikejutkan dengan sayup-sayup suara azan Maghrib.
Dia terus gagahkan juga dirinya ke bilik air menunaikan tanggungjawab terhadap yang Maha Esa. Tuala yang disangkutkan dicapai dengan segera. Kakinya dihayun menuju ke bilik air.
Tiba-tiba sahaja kedengaran Blackberry Z30 miliknya berdering. Dia segera mencapai telefon bimbit miliknya yang terletak di atas meja soleknya. Skirn telefon bimbitnya dikerling sekilas.
Tertera nama pemanggil, ‘Budak Gila.’ Rupanya Nazmi yang menelefonnya lewat petang itu. Dia merengus kasar.
“Apa yang budak ni nak?” gumamnya sendirian. Pantas Blackberry Z30 dicampak ke tengah katil. Langkahnya disambung menuju ke bilik air.
“Tak angkat? Kenapa?” Nazmi berdecit sedikit. Dia yang sedang bersedia untuk bermain pada malam ini mula mengerutkan dahi. Nombor telefon Fairuz pantas didail kembali.
Fairuz yang sedang membersihkan badannya di dalam bilik air mendengar telefon bimbitnya menjerit minta diangkat.
“Budak ni memang tak faham ke?” Shower di dalam bilik air itu dimatikan. Dia mencapai tuala untuk membaluti tubuhnya.
Di luar kedengaran telefon bimbitnya menyanyi riang. Dia mendengus kasar. Dia pantas melangkah keluar dari bilik air lantas baju tidurnya pantas disarungkan di tubuhnya.
Tangannya pula laju mencapai Blackberry Z30 yang berada di atas katil. Panggilan dijawab tanpa melihat nama pemanggilnya.
“Awak nak apa call saya waktu maghrib macam ni?” Tanpa memberikan salam dan permulaan perbualan Fairuz pantas bertanya dengan nada yang agak kasar.
“Helo! Assalamualaikum.” Kedengaran suara seorang wanita yang jarang menerjah ke gendang telinga Fairuz. Fairuz terkesima seketika.
‘Macam mana aku boleh tak perasan ni?’ Dia mula menggigit bibir.
“Wa…wa…waalaikumussalam, Umi Khalida. Umi sihat?” Terketar-ketar suara Fairuz menjawab salam daripada ibu saudaranya itu.
“Alhamdulillah, Yuz. Umi sihat. Yuz sihat?” Kedengaran suara ceria daripada sang pemanggil di sebelah sana.
“Yuz…Yuz…sihat. Alhamdulillah.” Fairuz sedaya-upaya cuba untuk memaniskan suaranya. Dia melabuhkan punggung di atas birai katil.
“Umi kacau Yuz ke?” tanya Umi Khalida inginkan kepastian. Takut pula dia kalau panggilannya itu mengganggu anak saudaranya. Yalah, mula-mula sahaja dia sudah dimarahi.
Fairuz sengaja ketawa kecil. “Tak…tak ada, umi.” Ketawa kecilnya sengaja dibuat-buat.
“Habistu kenapa marah-marah umi tadi?” tanya Umi Khalida lagi inginkan kepastian.
Otak Fairuz berlegar-legar idea untuk memberikan alasan kepada ibu saudaranya itu.
“Tak, umi. Tadi tu ada kawan Yuz yang call. Dia tak berhenti-henti call Yuz dari tadi. Tu…yang Yuz marah dia tadi. Ingatkan dia yang call tapi umi pulak yang call.” Kepalanya yang tidak gatal itu digaru. Ketawa kecil juga menghiasi alasannya yang sengaja direka-reka.
“Umi ingatkan Yuz marahkan umi tadi. Itu yang umi tanya Yuz. Mana tahu kalau-kalau umi ganggu Yuz ke?” Suara Umi Khalida sangat lembut dan penuh dengan sifat keibuan jelas kedengaran.
“Tak ada umi. Yuz tak marahkan umi. Yuz marahkan kawan Yuz tadi. Kenapa umi call Yuz?” Fairuz mula bertanyakan tujuan sebenar Umi Khalida menelefonnya.
“Umi sebenarnya call Yuz ni sebab nak ucap tahniah atas perkahwinan Yuz. Umi tak sangka Yuz akan kahwin dengan bekas tunang Yuz dulu.”
Fairuz tersentak seketika. Dia bakal berkahwin dengan bekas tunangnya? Tak mungkin. Dia sebenarnya akan berkahwin dengan pilihan hati ibu dan bapanya.
“Tak, umi. Yuz bukan kahwin dengan bekas tunang Yuz tu.” Pandangannya dicerunkan. Kepalanya digeleng beberapa kali.
“Habistu dengan siapa?” Umi Khalida pantas bertanya.
Setahunya Fairuz tidak pernah pun bertunang atau menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki lain selain bekas tunangnya itu.
Fairuz mendiamkan dirinya seketika. Dia sekali lagi diasak dengan pertanyaan yang sukar untuk dijawabnya.
“Pi…pi…pilihan mama dengan papa.” Perlahan-lahan Fairuz menuturkan kata-kata itu kepada ibu saudaranya. Suaranya juga direndahkan sedikit.
Umi Khalida hanya mengangguk. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Fairuz, namun perasaan tersebut pantas dibuangnya jauh-jauh.
“Umi juga nak minta maaf pada Yuz sebab umi dengan abi tak dapat datang majlis Yuz.” Pantas Umi Khalida menukar topik perbualan mereka.
“Tak apa umi. Majlis Yuz ni pun sederhana je. Umi kat mana sekarang?” Fairuz mula bertanya keadaan Umi Khalida. Maklumlah ibu saudara dan bapa saudaranya itu selalu berpindah-randah ke luar negara kerana tuntutan kerja.
“Umi dengan abi sekarang ni ada di Afrika. Bulan depan abi kena pindah ke kedutaan Stolkholm di Sweeden. Terpaksalah umi dengan abi pindah ke Sweeden bulan depan. Majlis Yuz tu bulan depan, kan?” beritahu Umi Khalida dengan penuh lemah-lembut.
“Ha’ah, umi. Majlis tu lebih kurang dalam sebulan lebih lagi. Laa…Abi Syafawie kena pindah kerja lagi ke? Bukan baru setahun ke abi kerja di Afrika tu? Takkan dah kena tukar, kot?” Fairuz mula mengerutkan dahinya.
“Ha’ah Yuz nampaknya macam itulah, tapi Yuz jangan risau. Umi dah suruh anak-anak umi datang ke majlis Yuz. Umi suruh Balqis dengan Adam datang ke majlis Yuz nanti.”
“Tak apa, umi. Yuz tak kecik hati pun kalau umi dengan abi tak datang. Yuz faham keadaan umi dengan abi.” Fairuz sedaya upaya memberikan kata-kata yang meyakinkan supaya ibu saudaranya itu tidak risau tentang ketidakhadiran mereka ke majlisnya nanti.
“Baguslah kalau Yuz dah faham keadaan umi dengan abi. Sekali lagi umi dengan abi minta maaf.” Kelihatan Umi Khalida tersenyum lega.
“Umi tak payah minta maaf pun. Yuz faham.” Fairuz mula berdiri dan bergerak ke tingkap.
“Lega umi rasa bila Yuz dah faham. Umi nak ke pasar ni. Jangan lupa kirim salam pada papa dan mama Yuz.” Umi Khalida mula meminta izin untuk mengakhiri perbualan mereka.
“Insyaallah. Sampaikan salam Yuz juga pada abi dan anak-anak umi.” Fairuz kelihatan menganggukkan kepalanya.
“Insyaallah. Assalamualaikum, Yuz.”
“Waalaikumussalam.” Talian dimatikan sebaik sahaja Fairuz menjawab salam daripada Umi Khalida.
Dia menarik nafas lega. Lega kerana terpaksa berpura-pura dengan ibu saudaranya itu.
“Ini semua kau punya pasal.” Dia membaling Blackberry Z30 miliknya ke tengah katil. Giginya diketap geram.
Sejadah yang digantung dibentangkan. Telekung yang berada di penyidai disarungkan. Dia telah bersedia untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa.
Niat solat pada waktu Maghrib dilafazkan sebelum takbir diangkat. Dia mengabdikan diri pada Yang Maha Pencipta.
Telekung dibuka setelah solat fardu Maghrib selesai. Sekali lagi Blackberry Z30 miliknya berbunyi riang menandakan ada sms masuk. Dia segera mencapai telefon bimbit miliknya yang berada di tengah katil.
‘Budak Gila’. Tertera nama Nazmi yang mengirimkan sms tersebut kepadanya. Fairuz mendengus kasar sebelum dia melihat sms yang dikirim oleh Nazmi.
Kenapa tak jawab call?
Ternyata Nazmi mahukan sebab mengapa Fairuz tidak menjawab panggilan telefonnya tadi.
“Suka hati aku nak jawab call kau ke tak,” gumam Fairuz sendirian. Giginya diketap geram sebelum jarinya laju menyentuh perkataan ‘Delete Message’ pada skrin telefon bimbitnya.
“Dengan mesej kau sekali aku tak suka.” Blackberry Z30 itu dibaling kembali ke tengah katil.

0 comments:
Post a Comment