Thursday, 1 January 2015

Novel: Cintaku Hanya Untukmu bab 27

BAB 27


SYAFIELLA masuk ke dalam kamar tidur Fairuz. Kelihatan Fairuz sedang khusyuk berdoa selepas selesai menunaikan solat fardu isyak.
        Perlahan-lahan Syafiella melangkah mendekati katil Fairuz. Dia melabuhkan punggungnya di atas birai katil. Selesai berdoa Fairuz memalingkan wajahnya.
        “Kenapa, Fiella?” tanya Fairuz sambil membuka telekungnya. Syafiella hanya tersenyum sambil memerhatikan kakaknya yang sedang melipat telekung dan sejadah.
        “Fiella nak…cakap
something dengan kakak.” Fairuz kemudiannya menyidai telekung dan sejadah itu di tempat yang disediakan.
        “Kakak duduk sebelah Fiella.” Syafiella menepuk-nepuk tempat di sebelahnya.
        Fairuz melabuhkan punggung di sebelah adiknya. Syafiella merenung wajah kakaknya.
        “Kak,” panggil adiknya.
        Suaranya mendayu dan manja sekali. Fairuz membalas renungan adiknya itu. Syafiella kelihatan menundukkan wajahnya sedikit. Rasanya tidak sanggup untuk dia mengeluarkan kata-kata.
        “Kakak terima ke perkahwinan kakak dengan…dengan Nazmi?”
        Akhirnya dia mengeluarkan juga kata-katanya. Fairuz mula berpaling apabila soalan tersebut diajukan kepadanya. Dia sudah penat dan muak dengan soalan tersebut. Ikutkan hati malas dia mahu menjawab pertanyaan adiknya itu.
        “Kakak terpaksa terima.”
         Ringkas sahaja jawapan yang diterima oleh Syafiella. Dia tersentak lantas memandang wajah kakaknya.
        “Terpaksa?” katanya separuh berbisik. “Kenapa?” tanya Syafiella yang inginkan jawapan.
        Fairuz sempat menghela nafas sebelum menjawab pertanyaan adiknya. “Sebab papa ugut kakak.”
        Bibirnya mula digigit untuk menahan rasa sebak di dada. Pandangan matanya mulai kabur.
        Syafiella yang menyedari perubahan pada riak wajah kakaknya mula meraih jari-jemari perempuan Fairuz untuk digenggam.
        “Kak, Fiella minta maaf. Fiella tak bermaksud na…”
        “
It’s okay, Fiella.” Laju sahaja Fairuz memotong kata-kata adiknya. Kelihatan jari-jemarinya menyeka air mata yang bertakung di sekitar tubir matanya.
        “Kak, kalau kakak tak nak kahwin dengan Nazmi tu…Fiella boleh ganti tempat kakak. Fiella boleh kahwin dengan Nazmi tu. Fiella sanggup, kak,” ujar Syafiella seakan memujuk.
        Padahal ada udang di sebalik batu. Sepantas kilat Fairuz merenung wajah adiknya. Perlahan-lahan dia mengusap lembut wajah adiknya.
        “Tak payah Fiella nak ganti tempat kakak. Fiella tak payah kahwin dengan Nazmi tu. Biar kakak sahaja yang kahwin dengan dia tu. Fiella muda lagi. Jauh lagi perjalanan Fiella,” beritahu Fairuz.
        Syafiella mengalihakan jari-jemari kakaknya daripada terus-terusan mengusap lembut wajahnya.
        ‘Alamak, tak nak pulak kakak aku ni,’ desis hatinya.
        “Tapi kak, Fiella tak nak tengok kakak terseksa. Fiella tak nak hidup kakak terseksa. Fiella tak sanggup tengok hidup kakak hancur. Fiella lagi sanggup tanggung semuanya, kak.”
        Sengaja dia mengeluarkan kata-kata yang mengaharukan itu kepada kakaknya untuk menguatkan keyakinan Fairuz. Lebih hebat lagi air mata mula turun membasahi pipi Syafiella. Fairuz pantas mengesat air mata yang turun membasahi pipi adiknya.
        “Fiella, kakak hargai kesanggupan Fiella tu. Tapi Fiella tahu kan apa akibatnya kalau Fiella buat macam tu?”
        Kelihatan butir-butir jernih mula turun membasahi pipi Fairuz. Syafiella hanya mengangguk kecil sambil menyambung kembali kata-katanya.
        ‘Aku dah gagal ke?’ Hatinya berdetik.
        “Tapi kak, Fiella tak kisah semua tu. Fiella tak nak hidup kakak menderita.”
        Dalam sedu-sedan yang dibuat-buat Syafiella cuba memujuk kakaknya. Sekali lagi kata-kata penuh kepura-puraan itu keluar daripada mulut Syafiella. Fairuz membawa Syafiella ke dalam pelukannya.
        “Fiella, biarlah kakak yang buat semua ni. Fiella jangan bahayakan diri demi kakak, okey.” Fairuz meleraikan pelukannya.
        “Dah, Fiella tak payah pening kepala fikir pasal masalah kakak.” Lengan adiknya diusap.
        Syafiella mengetap gigi sambil mengangguk kecil. ‘Nampaknya kali ini aku gagal. Lambat-laun nanti Nazmi kau pasti jadi milik aku.’
         

KATA-kata adiknya itu masih terngiang-ngiang di telinga Fairuz. Dia juga tertanya-tanya bagaimana adiknya boleh terfikir untuk membuat kerja gila sebegitu. Sambil meyisir rambut kerutan di dahinya semakin ketara. Memikirkan kata-kata adiknya yang satu itu.
        Aktiviti menyisir rambut terhenti tatkala gegendang telinganya menangkap jeritan daripada telefon bimbitnya. Dia segera mendapatkan Blackberry Z30 yang terletak di atas katilnya. Tanpa melihat nama pemanggilnya dia terus menyentuh punat ‘
answer’.
        “Helo, assalamualikum.” Kedengaran suara Fairuz di hujung talian.
        “Helo, waalaikumussalam.” Suara tersebut pantas membalas salam dan sapaan daripada Fairuz.
        “Awak nak apa
call saya malam-malam buta macam ni?” tanya Fairuz sedikit kasar. Dia sudah mengetap bibir menahan geram.
        “Saja nak dengar suara bakal isteri saya. Kenapa? Salah ke?” Kedengaran suara Nazmi di hujung talain.
        Patutlah Fairuz berangin semacam. Rupa-rupanya Nazmi yang menelefonnya malam-malam begini.
        “Kalau awak
call saya setakat nak cakap macam ni baik tak payah!” Fairuz sudah mula berpeluk tubuh.
        “Baik cakap apa yang awak nak cakap pada saya!” ugut Fairuz seakan tidak berpuas hati.
        Kedengaran Nazmi mengekek ketawa. Tiada sebarang perkataan yang didengari oleh Fairuz daripada pemanggil di sebelah sana.
        “Kalau tak ada.
Bye.”
        Terus talian dimatikan oleh Fairuz tanpa sempat memberi peluang kepada Nazmi untuk berkata apa-apa.
        “Kejap, awak. Jangan
off, kan. Helo, Fairuz! Fairuz!” Nazmi cuba untuk melarang namun, Fairuz terlebih dahulu mematikan talian.
        “Dia
off kan pulak. Ish, susah betul perempuan ni.” Nazmi berdecit sedikit.
        Fairuz membaling Blackberry Z30nya ke tengah katil. “
Call aku setakat macam tu buat apa? Ingat aku ni apa? Kemaruk sangat kat dia. Tolonglah.” Fairuz menjulingkan matanya sambil mencebikkan bibir.
         Baru sahaja dia ingin mencapai sikat yang terletak di meja soleknya sekali lagi Blackberry Z30 menjerit minta diangkat. Melihat sahaja nama pemanggilnya Fairuz membaling kembali telefon bimbitnya.
        “Dia ni tak faham bahasa agaknya,” kata Fairuz pada dirinya sendiri sambil menyisir rambutnya yang semakin panjang itu.
        “Tak angkat?” gumam Nazmi sendirian sambil cuba untuk menelefon Fairuz sekali lagi.
        Sudah banyak kali Blackberry Z30 miliknya menjerit minta diangkat. Sampai naik rimas Fairuz dibuatnya. Dia merengus sambil menghempas kasar sikatnya.
        “
Okay, fine. Aku jawab.” Hatinya sudah terbakar kala ini.
        Sempat dia menjulingkan matanya ke atas sebelum menjawab panggilan telefon daripada bakal suaminya itu.
        “Helo, Encik Nazmi Faiz Mansor. Awak nak apa?”
        Pantas dia bertanya sambil suaranya sedaya upaya cuba untuk dimaniskan.
        “Angkat pun. Ingatkan Cik Fairuz Farisha Johan tak nak angkat tadi. Naik patah jari saya
touch number Cik Fairuz Farisha Johan.”
        Nazmi tersenyum lega tatkala Fairuz menjawab panggilannya. Fairuz duduk dibirai katil sambil menghela nafas dengan kasar.
        “Cepatlah awak nak apa?” tanya Fairuz. Nada suaranya seakan-akan bosan.
        “Kalau tak saya
off nanti,” sambungnya.
        “Kejap. Janganlah
off dulu. Saya ada benda penting nak cakap kat awak.” Nazmi memandang ke luar tingkap.
        “Apa dia?” soal Fairuz kasar. Dahinya dikerutkan sedikit.
        Lama Nazmi mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu perkara yang penting itu kepada Fairuz.
        Fairuz yang meyedari tiada sebarang suara daripada si pemanggil mula berdecit.
        “Tadi awak kata nak cakap benda penting. Sekarang diam pulak. Awak nak cakap ke tak? Kalau tak nak saya
off. Kalau nak saya bagi awak sat…”
        “Okey, okey saya cakap.”
        Pantas Nazmi memotong kata-kata Fairuz. Dia mula menarik nafas. Panik barangkali apabila mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut Fairuz.
        “Esok, saya nak bawak awak keluar…boleh?”
        “Nak buat apa?” Pantas Fairuz menyoal kembali.
        “Nak beli cincin kahwin kita.”
        “
No!” Sepatah perkataan sahaja yang dibalas oleh Fairuz.
        Namun, sepatah perkataan itu telah membuatkan Nazmi kecewa. Nazmi mengeluh.
        “
Why?” soal Nazmi seakan-akan kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Fairuz. 
        Fairuz mula bangun daripada duduknya.
        “
I said no! And the answer is no! You don’t have right to ask me back,” tegasnya.
        Nazmi sudah memicit dahinya.
        “Okey, awak, dengar. Kakak saya suruh kita pergi beli cincin untuk perkahwinan kita. Dia suruh saya dan awak pergi beli cincin nikah tu. Dia suruh kita berdua pergi sebabnya takut nanti tak muat nak sarung kat jari awak masa nikah nanti. Saya kena tanya awak jugak dulu. Saya tak nak jadi macam hari tu. Masa kita pergi butik pengantin tu. Awak kata saya tipu awak,” terang Nazmi dengan panjang lebar.
        Fairuz menguak anak rambutnya ke belakang.
        “Kalau macam tu awak
sorang saje yang pergi. Saya ada banyak kerja kat office tu. Bertimbun-timbun. Meeting and appointment dengan client penuh.”
        Berbagai-bagai alasan diberikan oleh Fairuz bagi mengelakkannya keluar bersama Nazmi.
        “Saya lagi sibuk. Esok saya terpaksa
training bola sepak half day sebabnya nak beli cincin ni.”
        Nazmi menghela nafas sambil menyisir-nyisir rambutnya menggunakan jari.
        “Awak tak payah nak bagi alasan. Esok saya tahu awak ikut sekali,” sambungnya.
        “
No! Saya tak akan ikut and I don’t want.” Sekali lagi Fairuz enggan mengikut Nazmi.
        “Kakak saya ikut nanti. Nanti kalau dia tahu yang awak tak ikut apa pulak dia kata. Awak nak ke dia tahu pasal hubungan dingin kita?” pujuk Nazmi. Sengaja dia menggunakan nama kakaknya itu bagi memancing Fairuz.
        Fairuz mendiamkan diri seketika. Menimbang-nimbang sama ada ingin mengikut Nazmi keluar bersamanya esok.
        “Kalau macam tu…esok saya ikut. Tapi dengan syarat.” Akhirnya Fairuz memberikan jawapan yang positif kepada Nazmi.
        “Apa dia?” tanya Nazmi pantas.
        “Emm…esok kita pergi beli cincin sahaja. Lepastu saya nak balik
office and awak pun…boleh sambung training bola. Ingat! Pergi beli cincin sahaja!” Fairuz sudah berpeluk tubuh. Nadanya kedengaran keras dan tegas.
        “Okey.” Itu sahaja jawapan yang diberikan oleh Nazmi. Senyuman terukir di bibir Nazmi.
        “Dah tak ada apa-apa, kan?
Okay, bye.”
        Talian telefon dimatikan oleh Fairuz. Dia tersenyum sinis sambil membaling telefon bimbitnya di atas katil.
        Nazmi pula berbaring di atas katilnya sambil memeluk bantal peluk. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.

0 comments:

Post a Comment