BAB 26
PAGI mula menyapa bumi manakala
malam sudah lama mengucapkan selamat tinggal buat sang bumi. Matahari mula
mengambil alih tugas sang bulan yang sudah berjaga sepanjang malam untuk
penduduk bumi yang tercinta. Bintang sudah lama menyembunyikan kerlipannya yang
cantik sebaik sahaja bulan meninggalkan sang bumi.
Tatkala matahari menunjukkan wajahnya, manusia mula bangun daripada lena. Bangun untuk menunaikan kewajipan terhadap Yang Maha Pencipta. Bangun untuk memulakan kehidupan mereka hari ini. Bangun untuk mencari rezeki yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Mengetahui.
Bila langit gelap bertukar cerah, waktu itulah mata manusia mulai terbuka setelah ditutup untuk sementara waktu. Dato’ Johan dan keluarganya turut tidak ketinggalan melakukan rutin harian yang sama.
Kelihatan Dato’ Johan menuruni anak tangga sambil mengancingkan lengan baju kemejanya. Datin Noora dan Mak Saleha pula sedang sibuk menyiapkan sarapan. Dato’ Johan mengambil tempat duduk di meja makan.
Tidak lama kemudian Datin Noora keluar sambil membawa semangkuk nasi goreng manakala manakala Mak Saleha menatang dulang yang berisi teko dan beberapa biji cawan.
“Selamat pagi, abang.” Datin Noora meletakkan mangkuk yang berisi nasi goreng di hadapan suaminya sambil menghadiahkan senyuman yang paling manis buat suami tercinta.
Dato’ Johan membalas senyuman isterinya. “Morning, my lovely wife,” ucapnya penuh romantik.
Walaupun telah berpuluh-puluh tahun mendirikan rumah tangga namun, sifat cinta masih belum pudar lagi walaupun dimamah usia. Malahan lebih bertambah.
Datin Noora melabuhkan punggung di sebelah suaminya. Mak Saleha sudah menuangkan air kopi kegemaran majikannya ke dalam cawan. Datin Noora laju menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggannya dan suaminya.
Mata Dato’ Johan meliar melihat ke tingkat atas rumahnya. Sepertinya dia sedang mencari sesuatu sahaja. Dahinya dikerutkan sedikit.
Kelihatan Syafiella sedang terkocoh-kocoh menuruni anak tangga sambil membetulkan kedudukan blaus yang dipakainya. Rambutnya yang dilepaskan begitu sahaja disisir rapi.
“Papa, mama, morning.” Syafiella segera mendapatkan mama dan papanya di meja makan. Senyuman yang tercalit sedikit di bibirnya dihadiahkan buat kedua-dua orang tuanya.
“Morning, Fiella.” Serentak Dato’ Johan dan Datin Noora membalas ucapan selamat daripada anak bongsunya itu.
“Fiella, tak sarapan dulu dengan kami?” tanya Datin Noora apabila melihatkan Syafiella segera menuju ke dapur.
Syafiella yang sudah membuka pintu peti sejuk mula menoleh. “Mama, Fiella dah lambat ni.” Sekotak susu Morigold HL dicapainya.
Datin Noora menyuakan sepinggan nasi goreng kepada suaminya. “Pukul berapa Fiella balik dari pusat futsal malam tadi? Mama tak dengar pun.”
Syafiella yang sedang meneguk susu itu tersentak. Pusat futsal. Tiba-tiba ingatannya melayang kepada perbualannya dengan Nazmi. Kata-kata Nazmi malam tadi masih terngiang-ngiang di benaknya.
Kotak susu tersebut dimasukkan kembali ke dalam peti sejuk. Bibirnya yang sedikit comot akibat terkena susu itu dikesat dengan menggunakan tisu.
Mak Saleha yang berada di dapur hanya mendiamkan diri. Dia tahu yang Syafiella balik lewat malam tadi. Pukul dua pagi baru Syafiella mengetuk pintu rumahnya. Entah ke mana Syafiella agaknya selepas ke pusat futsal itu.
Syafiella terdiam. Dia memandang Mak Saleha. Takut pula Mak Saleha akan memberitahu perkara sebenar kepada mama dan papanya.
Sebenarnya selepas Syafiella ke pusat futsal dia pergi ke rumah kondominium rakannya. Meluahkan perasaannya. Dia tidak boleh terus ke rumah. Dia perlu menenangkan perasaannya dahulu sebelum pulang ke rumah.
Datin Noora yang menyedari soalannya berlalu tanpa jawapan mula mengerutkan dahinya.
“Fiella, mama tanya ni? Fiella dengar tak mama cakap apa tadi?”
Syafiella tersedar ke alam nyata setelah teguran mamanya menerjah masuk ke gegendang telinganya.
“Ha, ya mama. Fiella dengar.” Dia mula mengatur langkah ke arah mama dan papanya yang sedang menikmati sarapan di meja makan.
“Macam mana mama dengan papa nak dengar Fiella balik kalau papa dengan mama tidur lena kat dalam bilik?” Keningnya dijongketkan sebelah.
Dato’ Johan dan Datin Noora ketawa kecil. Begitu juga dengan Syafiella.
“Mama, papa, Fiella dah lambat ni. Fiella pergi dulu. Assalamualaikum.” Syafiella segera menuju ke arah muka pintu.
“Waalaikumussalam,” jawab mereka berdua hampir serentak.
Dato’ Johan yang sedang enak menguis nasi goreng di dalam pinggannya tiba-tiba terhenti. Sedari tadi dia mencari-cari sesuatu. Syafiella yang sedang menyarungkan kasut di muka pintu dipandangnya.
“Fiella, kakak kamu mana?” tanya Dato’ Johan.
Syafiella tersentak seketika. ‘Kakak aku?’ Skirt labuhnya dibetulkan sedikit. Dia berpaling menghadap papanya. Kedua-dua belah bahunya diangkat.
“Fiella tak tahu. Mungkin dah pergi office kot. Kereta dia tak ada.” Sempat juga dia mengerling ke arah perkarangan rumah banglo tersebut.
Memang benar hanya kereta Suzuki Swift miliknya dan Peugeot milik papanya sahaja yang berada di dalam garaj. Kereta Audi kepunyaan Fairuz tiada di situ.
Dato’ Johan mengerling sekilas pada jam tangan yang terlilit di pergelangan tangannya. “Awalnya,” katanya separuh berbisik.
Tidak lama kemudian enjin kereta Suzuki Swift sudah menderum laju meninggalkan rumah banglo tersebut.
Datin Noora mengerutkan dahinya. “Abang, kenapa? Pasal Yuz ke?” Datin Noora mula bertanya kepada suaminya. Mana tahu kalau-kalau dia boleh membantu.
Dato’ Johan yang mahu menghirup kopi panasnya mula mengangguk kecil. “Abang tertanya-tanya Yuz pergi mana?” Kopi panas tersebut dihirupnya perlahan.
“Yuz awal-awal lagi dah pergi office, bang. Dia kata ada meeting penting. Abang tak tahu ke? Takkan Yuz tak beritahu pada abang?” Datin Noora menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.
Cawan berisi kopi diletakkan semula di atas meja. Kepalanya digeleng. “Tak ada pulak. Mungkin meeting dia dengan project yang dia handle sendiri agaknya.” Dato’ Johan cuba membuat andaian sendiri.
Datin Noora yang sedang menguis-nguis pinggan yang berisi nasi goreng tersebut mula mengangkat wajah. “Bang, cakap pasal Yuz ni, saya ada benda nak cakap dengan abang.” Datin Noora memulakan bicara.
Dato’ Johan memandang wajah isterinya. “Apa dia?” soal Dato’ Johan tegas. Dia tahu pasti tentang perkahwinan anaknya itu.
Datin Noora mengetap bibir. Anak rambutnya dikuak. “Abang, saya risaulah.”
“Risau pasal apa?” Pantas Dato’ Johan menyoal kembali.
Datin Noora membuang pandang ke arah anak tangga. Rasa bersalah dia mahu meluahkan rasanya terhadap Fairuz kepada suaminya.
“Risau pasal perkahwinan Yuz nanti.” Matanya kembali memandang wajah suaminya. Jelas risau berdasarkan daripada riak wajahnya.
Dato’ Johan melepaskan sedikit keluhan. “Kan abang dah cakap pada awak sebelum ni. Tak ada benda yang nak dirisaukan. Yuz tu budak baik. Walau apapun yang berlaku perkahwinan antara dia dan anak Tan Sri Mansor tu tetap akan berlangsung.” Dato’ Johan cuba meyakinkan isterinya. Nadanya kedengaran tegas dan penuh berpendiriaan.
Pandangan mata Datin Noora dicerunkan. Memandang pinggan yang masih bersisa nasi goreng.
“Itu saya tahu tapi bang saya takut Yuz akan buat perkara yang tak masuk akal sampai perkahwinan tu tak terjadi. Mana tahu Yuz tiba-tiba lari dari rumah? Tak pun dia upah orang untuk batalkan perkahwinan dia dengan anak Tan Sri Mansor tu?” Matanya kembali tertumpu kepada suaminya. Mula meraih agar Dato’ Johan memberikan jawapan yang positif.
Dato’ Johan pantas menggelengkan kepalanya beberapa kali. “No, no. Yuz takkan berani buat macam tu. Lagipun abang dah ugut dia kalau dia tak teruskan perkahwinan ni. Dia akan dibuang dari Maya Holding dan akan dihalau dari rumah ini.” Dato’ Johan ligat berkata-kata untuk meyakinkan isterinya.
Datin Noora tetap juga begitu. Risau dengan perkara yang tidak diingini berlaku.
“Abang yakin Yuz takkan berani buat benda yang bukan-bukan. Awak tak perlu risau abang akan pastikan yang perkahwinan ini akan tetap berlangsung walau macam mana keadaan sekalipun. Dan abang jamin Yuz akan tetap teruskan perkahwinan ni walaupun hati dia tak terima.” Yakin sungguh kata-kata daripada Dato’ Johan.
Sedikit sebanyak Datin Noora mempercayai kata-kata yang penuh yakin daripada suaminya. Dia hanya mengangguk sambil mendoakan supaya majlis perkahwinan anak sulungnya berjalan dengan lancar.

KERETA Audi menderum laju membelah
kesunyian di pagi hari. Awal-awal lagi Fairuz sudah menghayun langkah
meninggalkan banglo milik keluarganya. Pagi-pagi lagi tayar kereta Audi sudah
bergolek laju meninggalkan perkarangan banglo tersebut.
Fairuz masih lagi memandu. Dia sebenarnya tidak tahu arah tuju. Masih awal lagi jika dia ingin melangkah kaki ke Maya Holding.
Tidak sanggup rasanya dia hendak berlama-lama di dalam banglo itu. Rasa marahnya terhadap kedua-dua orang tuanya masih lagi berkumpul di sekitar hatinya. Tetapi dia pendamkan sahaja.
Berdosa jika menghamburkan kemarahan terhadap kedua-dua orang tua yang telah bersusah payah membesarkan kita. Terpaksalah dia menanggung deritanya seorang diri.
Hatinya sudah bulat dan tekad. Walaupun perkahwinan itu berlaku tetapi dia tetap tidak akan menerima Nazmi sebagai suaminya.
Hatinya pedih dan sakit apabila seorang lelaki yang selama ini dicintai dan disayangi sepenuh hati mengkhianatinya.
Sebulan sebelum mereka disatukan sang jejaka memutuskan tali pertunangan yang diikat sejak tiga bulan yang lalu. Alasannya mudah sekali. Ada perempuan yang lebih dia cintai.
Rupa-rupanya selama ini kasih, sayang dan cintanya tidak dihargai. Disia-siakan sebegitu sahaja. Hatinya sangat pedih dan sedih namun, dia masih tidak dapat melupakan peristiwa tersebut.
Kotak mindanya masih menyimpan memori peristiwa pahit itu. Kerana peristiwa itulah hatinya sudah tertutup untuk menerima manusia yang bernama lekaki menerjah masuk ke dalam hidupnya.
Setereng kereta digenggam erat olehnya. Pedal minyak ditekan. Dahinya berkerut seribu. Nafasnya turun naik. Perasannya berkecamuk dengan pelbagai perasaan.
Perbualan antara Datin Noora dan dia masih terngiang-ngiang di benaknya. Masih tidak dapat dia melupakan perbualan yang antara dia dan mamanya. Tentang perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Kereta Audi membelok ke bahu jalan. Pedal brek ditekan. Pegangan erat pada setereng keretanya dikendurkan. Dia menghela nafas panjang. Enjin kereta dimatikan serta-merta. Pintu kereta di bahagian pemandu dibuka.
Fairuz keluar daripada perut kereta. Nampaknya dia tidak boleh memandu ke pejabat. Fikirannya berkecamuk. Fokusnya hilang entah ke mana.
Dia mula bergerak ke tepi keretanya. Tubuhnya disandarkan. Dia memicit-micit dahinya. Skirt pendek paras lutut bersama pepplum tersarung di tubuhnya. Dia berpeluk tubuh. Dahinya dikerutkan.
Terus ingatannya melayang terhadap satu peristiwa. Peristiwa yang berlaku kira-kira beberapa bulan lalu.
“Helo! Assalamualaikum, Yuz.” Kedengaran suara Dato’ Johan di talian.
Fairuz tersenyum lega. “Waalaikumussalam, pa. Kenapa papa call?” Fairuz yang sedang menuju ke tempat letak kereta menjawab salam daripada papanya. Dahinya dikerutkan.
“Yuz kat mana ni?” tanya Dato’ Johan inginkan kepastian.
“Yuz kat tempat letak kereta ni. Kenapa, pa? Ada apa-apa pasal our new project ke?” Langkah Fairuz semakin menghampiri kereta Audi miliknya.
Dato’ Johan mula bergerak menuju ke tingkap di biliknya. Dahinya dipicit beberapa kali. “Yuz nak pergi mana?”
Fairuz menekan punat unlock pada kunci keretanya. “Yuz nak pergi site dekat Petaling lepastu Yuz ada appointment dinner dengan client baru kita tu.” Pintu kereta Audi dibuka.
“Kenapa, pa? Ada apa-apa yang tak kena ke kat site yang Yuz nak pergi ni?” Dahi Fairuz dikerutkan sedikit. Takut pula dia kalau-kalau ada yang tak kena dengan tapak projek yang ingin dilawatinya nanti.
Dato’ Johan mengeluh kecil. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu perkara tersebut kepada anaknya. “Yuz papa nak kamu cancel appointment dinner tu.”
Fairuz yang sedang memboloskan dirinya ke dalam kereta terkejut. Tangannya terus berhenti daripada menutup pintu di bahagian pemandu.
“Why, pa? Kenapa tiba-tiba je ni? Papa tahu tak dia client penting. Dialah yang akan support tender kita di Singapura nanti. Kalau Yuz tak pergi jumpa dia macam mana kita nak bincang pasal tender tu? Macam mana kita nak yakinkan company dia, pa? Papa tak nak ke bisnes kita maju sampai ke Singapura? Papa tak nak?” Pantas tangannya menutup pintu kereta di bahagian pemandu. Dahinya dikerutkan.
Dato’ Johan mengeluh perlahan. “Papa dah suruh Azra’ie untuk jumpa client kita malam ni.”
Fairuz tersentak seketika. “Pa, kenapa suruh Azra’ie? Papa, Azra’ie tu bahagian operation. Kenapa papa suruh dia untuk jumpa client kita? Papa tak percaya pada Yuz ke?” Laju sahaja soalan meluncur keluar daripada bibirnya.
Dato’ Johan duduk semula di kerusinya. Dia menarik nafas seketika. “Bukan macam tu, Yuz. Papa nak kamu balik awal hari ni. Ada perkara penting papa nak bincang dengan kamu di rumah nanti.” Tenang sahaja kedengaran suara Dato’ Johan di hujung talian.
“Perkara penting?” Kerutan di dahi Fairuz makin bertambah.
“Ya, perkara penting. Papa tak kira kamu kena balik awal hari ni. Ada benda penting yang nak papa bincang dengan kamu. Perkara ni pasal masa depan kamu.”
Makin bertambah kerutan di dahinya. Dia tidak tahu apa yang bakal dibincangkan oleh papa kesayangannya itu. “Tapi, pa…”
“Tak ada tapi, tapi. Papa nak kamu balik awal hari ni. Faham?!” Tegas kedengaran suara Dato’ Johan.
Fairuz tiada pilihan. Dia terpaksa mengikut kata-kata papanya. “Baik, papa. Yuz balik awal malam ni. Tapi, pa perkara apa yang pent…”
“Bye. Assalamualaikum.” Talian terus dimatikan oleh Dato’ Johan tanpa sempat memberi peluang kepada Fairuz untuk menghabiskan kata-katanya.
Fairuz tertanya-tanya. Apakah perkara penting yang akan dibincangkan oleh papanya itu? Rupa-rupanya perkara penting itu berkaitan dengan perkahwinannya dengan Nazmi. Dato’ Johan memaksa Fairuz untuk berkahwin dengan pilihan keluarga iaitu, Nazmi.
Tidak terlintas langsung di dalam benaknya untuk berkahwin dengan Nazmi ataupun mana-mana lelaki. Hatinya telah tiada perasaan untuk perkara seperti itu.
“Cik, kereta rosak ke?” Sapaan daripada suara yang tidak dikenalinya itu menyedarkan Fairuz ke alam nyata. Kedengarannya seperti suara seorang wanita.
Dia pantas menoleh ke arah suara tersebut. Sambil tersenyum hambar dia berkata, “Tak. Tak ada.” Kepala Fairuz turut juga digelengkan untuk meyakinkan wanita itu.
Kelihatan juga kereta Myvi milik wanita itu sudah berada di belakang kereta Audi miliknya.
Wanita tersebut tersenyum lega. “Ingatkan kereta cik rosak. Boleh saya tolong tadi.”
Fairuz mula bergerak ke pintu bahagian pemandu. Senyuman yang sedikit sumbing itu terukir di bibirnya buat wanita tersebut. “Tak ada apa-apa. Cuma berehat sekejap tadi. Penat sangat memandu. Itu yang rehat sekejap.”
Wanita itu juga kelihatan mula meninggalkan Fairuz. “Kalau macam tu saya pergi dulu, ye?” Wanita itu sudah memboloskan dirinya ke dalam kereta. Fairuz hanya mengangguk.
Tidak sampai lima minit kereta Myvi tersebut menderum laju meninggalkan Fairuz yang sedang berkecamuk fikirannya.

KELIHATAN Farah sedang leka melayani
kerenah anak sulungnya itu, Hakimi. Hakimi leka bermain bola sepak bersama
Farah di halaman rumah banglo mewah itu. Hakimi menyepak bola Farah
menyambutnya. Farah menyepak Hakimi pula yang menyambut. Begitulah aktiviti dua
beranak itu.
Nazmi pula sedang melangkah laju menuju ke pintu utama. Kasut sukan pantas disarungkan di kakinya. Seluar pendek paras lutut dan t-shirt putih tersarung elok di tubuhnya. Cap berwarna hitam sememangnya setia berada di atas kepalanya. Beg sukannya digalas. Kunci kereta dikeluarkan daripada poket seluar pendeknya.
“Adik!” panggil Farah setelah matanya dapat menangkap susuk tubuh adiknya yang sedang melangkah menuju ke garaj kereta.
Nazmi pantas menoleh ke arah susuk tubuh badan kakaknya yang sedang melayani kerenah satu-satunya anak saudara yang dia ada. “Ada apa, angah?” Nazmi pantas bertanya.
Farah pula sudah melambai-lambaikan tangannya. Tanda menyuruh Nazmi untuk menghampirinya.
Nazmi mengerling sekilas pada jam tangan yang terlilit di pergelangan tangannya. Jam menunjukkan ke angka 7:30 pagi. Jam 8:45 pagi dia mesti berada di gymnasium. Takut pula dia jika terlambat nanti. Pasti jurulatih kecergasannya akan memarahinya.
“Adik dah lambat ni.” Nazmi memberikan alasan. Dia berharap kakaknya itu faham.
Farah mengeluh kecil. Dia mula berjalan menuju ke arah Nazmi. Hakimi pula sedang leka bermain bola sepak.
Nazmi menekan punat unlock pada kunci keretanya. Beg sukannya diletakkan di tempat duduk belakang.
“Adik, nak pergi mana ni?” tanya Farah inginkan kepastian. Dia sudah berada di sisi Nazmi.
“Nak pergi gym. Ada physical training kat sana.” Pintu kereta sudah ditutup.
Farah menggigit bibir. Tanda sedang berfikir. “Full ke?”
Nazmi memandang wajah kakaknya. “Tak adalah full dekat gym. Lepas physical training kat gym kitorang training kat padang.” Nazmi bersandar pada kereta Mitsubishi Lancer miliknya.
“Esok?” Farah bertanya lagi. Dahinya dikerutkan.
Mata Nazmi dijulingkan ke tepi. Tanda sedang mengingati jadual latihan bola sepaknya. “Esok ada. Full time dekat padang.”
Matanya beralih kepada wajah kakaknya. “Ni angah tanya pasal jadual training adik kenapa? Ada apa-apa ke? Ke angah nak ikut adik training? Kalau angah nak ikut tak boleh. Nanti coach adik marah.”
Pintu kereta di bahagian pemandu sudah dibuka. Nazmi sudah memboloskan dirinya ke dalam perut kereta. Farah pantas menahan pintu kereta daripada ditutup oleh adiknya.
“Adik, angah serius ni. Angah tak main-main.” Muka serius Farah memandang ke arah Nazmi.
Nazmi tidak berani bertentang mata dengan Farah. Matanya membulat memandang wajah adiknya.
Nazmi keluar daripada perut kereta. “Okey, adik serius.” Takut pula dia dengan wajah serius kakaknya itu. Kedua-dua belah tangannya diangkat. Lagaknya seperti sudah mengaku kalah di medan perang.
Farah bercekak pinggang. “Adik sedar tak yang tak lama lagi adik tu nak jadi suami orang? Tak lama lagi adik nak jadi papa orang.”
Nazmi hanya mengangguk. Dia sedar yang tidak lama lagi dia akan bertukar status. Daripada bujang kepada berkahwin.
“Adik sedar tapi nak buat macam mana? Adik memang busy. Jadual training bola adik padat. Adik memang tak boleh nak elak.” Nazmi sedaya-upaya memberikan alasan yang kukuh agar kakaknya itu mengerti kedudukannya kini.
Farah mengggeleng laju. Bukan itu yang dia hendak perkatakan kepada adiknya yang bongsu itu.
“Angah bukan nak cakap pasal schedule training bola adik yang padat tu. Angah faham kerjaya adik sebagai seorang pemain bola sepak. Dan bakal isteri adik nanti memang dah faham kerjaya adik. Angah cuma nak cakap pasal persiapan perkahwinan adik ni. Banyak benda tak settle lagi, kan?” Farah menjongketkan keningnya.
Nazmi mengangguk. “Memang banyak lagi.” Nazmi bersandar pada keretanya.
Farah menguak anak rambutnya. “Angah datang sini sebab nak bantu persiapan perkahwinan adik. Nak harapkan papa dengan alang? Harapnya sampai tahun depan baru jadi majlis adik ni.” Farah mula berseloroh.
“Tahun depan belum tentu siap. Entah-entah sampai berjanggut agaknya adik ni baru majlis tu nak jadi.” Giliran Nazmi mula menokok tambah.
Farah ketawa diikuti juga dengan Nazmi.
“Cincin nikah dah beli ke belum?” tanya Farah setelah tawanya reda.
Nazmi pantas menggeleng.
“Esok pergi beli.” Farah mula menyuruh adiknya.
Nazmi terkejut. “Esok?! Esok adik ada training.”
“Esok adik ambiklah training half day. Cakap dekat coach adik yang adik ada emergency. Bila lagi nak beli? Tulat angah dah nak balik JB.” Pantas Farah memintas kata-kata adiknya.
Nazmi berpeluk tubuh. Lama dia mendiamkan diri. Akhirnya dia mengangguk. Setuju dengan cadangan kakaknya.
Farah tersenyum lega. “Baguslah kalau macam tu. Ajak Fairuz sekali, ye?” Sekali lagi Farah memberikan cadangan.
Nama Fairuz menjadi halwa telinganya. Nazmi terdiam seketika tatkala gegendang telinganya menangkap nama gadis merangkap bakal isteri yang amat dicintainya.
Hatinya sudah terpaut dengan raut wajah cantik gadis itu. Walaupun gadis itu tidak menerima cintanya namun, Nazmi tetap berusaha mahu mengubah hati gadis itu agar terpaut padanya.
Wajah gadis yang dicintainya kini menghiasi ruangan matanya. Jelingan tajam gadis itu menusuk terus ke dalam jantungnya. Kata-kata kasar yang dihamburkan kepadanya menjadi halwa telinganya. Bibir Nazmi perlahan-lahan menguntum senyuman.
Farah pelik melihat adiknya yang tersengih-sengih seperti kerang busuk itu. Tangannya dilayang-layangkan di hadapan wajah adiknya.
“Adik, kenapa sengih-sengih ni?” Dahinya dikerutkan sedikit namun, terselit juga senyuman yang sinis.
Nazmi tersedar kembali ke alam nyata. Matanya dikelip-kelipkan berulang kali. “Tak ada angah.” Sengihannya masih setia melekat di bibirnya.
Farah tersenyum sinis. “Iyalah tu tak ada apa. Bila angah sebut nama Fairuz je asyik sengih. Bila dengar nama Fairuz cepat senyum.” Farah mula mengusik adiknya. Ternyata kata-kata Nazirul itu benar. Nazmi memang benar-benar setuju dengan pilihan hati papanya.
Usikan daripada Farah itu membuatkan Nazmi tertunduk menahan malu. Kepalanya digelengkan beberapa kali. “Angah ni. Adik baru kenal dia, kot.” Wajahnya diangkat memandang wajah kakaknya.
Farah tersenyum sinis. “Iyalah tu. Sekali pandang dah terus jatuh hati. Cinta pandang pertama.” Usikan Farah makin menjadi-jadi.
Nazmi menundukkan pandangannya lagi. Malu apabila diperkatakan begitu oleh kakaknya. Memang benar dia telah jatuh hati dengan gadis yang bernama Fairuz dengan hanya sekali pandang sahaja. Betullah apa yang dikatakan oleh Farah. Cinta pandang pertama.
“Adik nanti call Fairuz, ye? Beritahu dia yang esok kita nak beli cincin nikah untuk dia dan untuk adik sekali.” Farah mula bertukar topik.
Nazmi membetulkan capnya. Dalam benaknya kini terfikir idea bagi memujuk Fairuz untuk mengikutinya membeli cincin nikah pada keesokan harinya.
“Okey, malam nanti adik call dia.” Nazmi menganggukkan kepalanya.
“Make sure dia ikut sekali. Kalau tak takut dia tak mahu cincin nikah yang kita pilih nanti.” Farah memberikan peringatan.
Nazmi akur. Dia harus menyusun ayat-ayat yang hebat bagi meyakinkan bakal isterinya itu. “Okey, adik akan call dia malam ni.” Nazmi meyakinkan kakaknya.
“Yang angah pagi-pagi buta kat luar ni kenapa?” sambung Nazmi.
Farah membuang pandang ke arah anaknya yang sedang leka bermain bola sepak. “Kimi suruh angah temankan dia main bola sepak. Itu yang angah ikut main sekali. Nak jadi macam pak sunya. Pemain bola sepak.” Bibirnya dijuihkan ke arah Nazmi.
Nazmi hanya mencebik. “Angah, adik pergi dulu. Dah lambat ni.”
Nazmi menyalami tangan Farah. Kaca mata hitam yang disisipkan di leher bajunya dipakai. Tangannya laju membuka pintu kereta di bahagian pemandu.
“Pak su!” panggil Hakimi.
Nazmi yang mahu menutup pintu kereta berhenti seketika apabila mendengarkan panggilan daripada anak saudaranya, Hakimi.
Hakimi berlari mendapatkan Nazmi sambil erat memegang bola. “Pak su nak pergi mana? Tak nak main bola dengan Kimi ke?” Anak kecil itu berdiri di sebelah Farah. Bibirnya dicebikkan.
Nazmi tersenyum memandang wajah yang sedikit muram Hakimi. “Pak su nak pergi main bola. Hari ni pak su tak boleh nak main dengan Kimi. Pak su sibuk. Lain kali pak su main dengan Kimi, okey.” Nazmi mula memujuk anak kecil itu.
Farah mengusap-usap bahu anaknya. Hakimi mula tersenyum riang. “Nak pergi main bola? Nak ikut. Kimi nak ikut pak su pergi main bola.” Pantas anak kecil itu terlompat-lompat riang.
Farah menundukkan pandangan. Memandang ke arah anaknya. “Kimi tak boleh ikut. Pak su nak pergi kerja.” Giliran Farah pula memujuk.
Raut wajah Hakimi yang riang bertukar muram sedikit. “Pak su kata tadi nak main bola tapi mummy kata pak su nak pergi kerja pulak.” Bibirnya dicebikkan sedikit. Bola yang berada di tangannya dibaling ke bawah.
Nazmi mengeluh seketika. “Kerja pak su main bola. Jadi, pak su kena pergi kerja dan kerja pak su tu main bola.” Perlahan-lahan Nazmi menuturkan kata-katanya agar anak kecil itu faham dan mengerti.
Farah juga mengangguk. “Ya, Kimi. Kerja pak su main bola. Lain kali pak su main bola dengan Kimi, okey.” Giliran Farah pula memujuk anak kecil itu. Kepala anaknya diusap-usap sayang.
Perlahan-lahan Hakimi mengangguk. Mengiakan kata-kata daripada Farah dan Nazmi.
“Angah, adik pergi dulu. Kimi, pak su pergi dulu. Bye. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusslam, adik. Drive elok-elok.” Farah sempat berpesan kepada adiknya.
Pintu kereta di bahagian pemandu ditutup. Enjin kereta dihidupkan. Tidak sampai lima minit kereta Mitsubishi Lancer meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah banglo mewah itu.
Ternyata Nazmi memang menerima Fairuz. Nazmi memang setuju dengan perkahwinan ini. Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan oleh Farah. Adiknya itu sememangnya menerima perkahwinan ini. Farah melangkah masuk ke dalam rumah banglo mewah itu. Menyertai Nazirul dan Tan Sri Mansor yang sedang bersarapan di ruang makan.
Setereng kereta erat di dalam pegangan Nazmi. Bibirnya perlahan-lahan menguntum senyuman. “Fairuz Farisha.” Tiba-tiba nama gadis itu terkeluar daripada mulutnya.

0 comments:
Post a Comment