Saturday, 1 August 2015

Novel: Cintaku Hanya Untukmu bab 35



BAB 35


FAIRUZ menekan pedal brek keretanya perlahan-lahan. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum enjin keretanya dimatikan. Malam itu dia sampai di rumah keluarganya. Entah apa yang bakal terjadi dia pun tidak tahu.
        Pintu bahagian pemandu kelihatan terkuak. Fairuz keluar daripada perut kereta sambil menghela nafas panjang. Langkahnya diatur menuju ke pintu utama banglo milik keluarganya.
        Di dada langit kelihatan bintang-bintang bertaburan. Seolah-olah menemani langkah Fairuz.
        Langkahnya terhenti apabila berada di hadapan pintu utama. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Ternyata dia telah mengumpul kekuatan untuk menghadapi kedua-dua orang tuanya. Perlahan-lahan tangannya mendekati pintu utama tersebut.
        Ketukan pintu dari luar ternyata mengejutkan Mak Saleha yang sedang membersihkan dapur. Datin Noora dan Dato’ Johan yang sedang menonton televisyen di ruang atas turut terdengar ketukan tersebut. Jari-jemari Syafiella yang sedang menari di atas papan kekunci l
aptopnya terus sahaja terhenti apabila gegendang telinganya menangkap ketukan pintu tersebut.
        Semua orang di dalam banglo tersebut bagai menunggu bunyi ketukan pintu tersbut. Sememangnya bunyi ketukan pintu itu ditunggu-tunggu olah semua ahli keluarga.
        Mak Saleha segera berlari-lari anak mendapatkan gerangan yang sedang mengetuk pintu itu. Datin Noora dan Dato’ Johan pula berpandangan sesama sendiri sebelum kedua-duanya menuruni anak tangga. Syafiella pula menempelkan dirinya di tepi pintu kamar tidurnya yang terkuak sedikit.
        Pintu utama dibuka dan kelihatan susuk tubuh wanita yang ditunggu-tunggu kepulangannya di luar rumah.
        Sambil tersenyum hambar Fairuz memandang wajah tua Mak Saleha. “Ya, Allah! Yuz!” katanya separuh menjerit kerana terkejut. Mak Saleha terus sahaja mendakap susuk tubuh langsing Fairuz.
        Dato’ Johan dan Datin Noora terus sahaja berlari mendapatkan Fairuz. “Yuz! Kamu dah balik, nak!” Terus sahaja tubuh Fairuz didakap oleh mama kesayangannya.
        “Yuz! Papa risaukan kamu!” Giliran Dato’ Johan pula mendakap tubuh Fairuz. Air mata Datin Noora yang bergenang di sekitar tubir matanya diseka.
        Mak Saleha mengesat air mata yang membasahi pipinya dengan hujung lengan bajunya.
        Fairuz segera meleraikan dakapan erat mamanya. “Mama, papa.” Pandangannya silih berganti antara Datin Noora dan Dato’ Johan.
        Fairuz menarik nafas dalam-dalam sebelum mengeluarkan kata-kata. “Yuz minta maaf sebab Yuz pergi macam tu aje tak beritahu pada mama dan papa. Yuz minta maaf juga sebab buat mama dengan papa risau. Yuz minta maaf.” Dia segera menyalami kedua-dua belah tangan orang tuanya.
        Datin Noora dan Dato’ Johan hanya menganggukkan kepala.
        “Tapi papa dengan mama jangan risau sebab Yuz akan teruskan juga perkahwinan Yuz dengan Nazmi nanti.” Fairuz cuba meyakinkan papa dan mamanya. Hakikatnya hatinya sendiri tidak rela.
        Dato’ Johan mengusap-usap kepala anak sulungnya itu.
        Syafiella hanya bersembunyi di sebalik tangga sahaja. Mendengar perbualan antara Fairuz dan kedua-dua orang tuanya. Giginya diketap geram. Hatinya hancur kerana kakaknya akan meneruskan juga perkahwinannya dengan Nazmi.

FAIRUZ melangkah ke dalam kamar tidurnya. Langkahnya longlai dan lemah. Tidak lama lagi dia bakal diijab kabulkan dengan seorang jejaka yang dia benci. Tidak lama lagi hidupnya bakal bertukar. Statusnya juga bakal bertukar.
        Kedengaran bunyi Blackberry Z30 menjerit meminta diangkat. Bunyi nyaring daripada Blackberry Z30 itu mengejutkannya daripada lamunan. Lantas telefon bimbitnya yang berada di birai katil dicapai. Nama pemanggil dilihat sekilas.
        ‘Budak Gila’. Ternyata Nazmi yang memanggilnya malam-malam begini. Dia merengus kasar sebelum perkataan
answer pada skrin Blackberry Z30 disentuhnya.
        “Helo. Assalamualaikum.” Kedengaran suara lembut Nazmi di hujung talian.
        Fairuz melabuhkan punggungnya di atas birai katil. “Waalaikumussalam. Awak nak apa
call saya malam-malam ni?” Matanya dijelingkan.
        Nazmi yang sedang bersandar di keretanya mula tersenyum. “Saya nak jumpa awak, boleh?” pinta Nazmi.
        Fairuz terus sahaja mendengus kasar. “Nak buat apa jumpa saya malam-malam ni? Awak nak cakap apa pada saya, Nazmi? Tak cukup-cukup ke awak jumpa saya petang tadi di
mall?” Dahinya mula berkerut.
        Nazmi mengeluh kecil. “Awak,
please… sekejap je. Tak lama pun.” Nazmi mula memujuk.
        “Awak ni memang tak faham ke apa yang saya cakap?! Saya tak nak jumpa awak! Faham!” Fairuz mula meninggikan suaranya.
        Nazmi tetap bersabar apabila gegendang telinganya menangkap suara Fairuz yang agak tinggi itu. “Awak, saya dah ada kat depan rumah awak ni. Sekejap je. Tolong turun. Saya nak jumpa awak.”
        Fairuz tersentak seketika. Dia bingkas bangun lalu menuju ke tingkap kaca. Langsir dikuak dan kelihatan Nazmi sedang bersandar pada kereta Mitsubishi Lancer. Langsir kembali ditutup. Bibirnya diketap atas dan bawah.
        “Okey, saya akan jumpa awak tapi sekejap je.” Fairuz memberikan kata putus.
        Nazmi pula tersenyum gembira. Talian terus sahaja dimatikan oleh Fairuz.
        “Yuz! Ada orang nak jumpa Yuz!” Kedengaran suara Mak Saleha memekik dari bawah.
        “Ya, Mak Sal! Yuz turun ni.” Fairuz mempercepatkan langkahnya menuruni anak tangga.
        Pintu utama dibuka dan kelihatan Nazmi sedang bersandar pada keretanya. Fairuz menghela nafas panjang. “Apa sajalah budak ni nak?” Dia mengerutkan dahinya.
        Langkahnya mula diatur menuju ke arah susuk tubuh jejaka comel itu. “Awak nak apa?” soal Fairuz dengan kasar sebaik sahaja dia berada di hadapan jejaka itu.
        Nazmi membetulkan sandaran tubuhnya pada kereta. “Saya nak tanya pada awak. Kenapa awak nak larikan diri?”
        “Saya tak larikan diri. Saya cuma nak tenangkan diri sahaja. Itu pun takkan awak nak tahu?” Laju sahaja Fairuz membela diri. Dia mula berpeluk tubuh.
        Nazmi mengeluh kecil. “Awak, tak perlulah awak nak buat sampai macam tu sekali. Papa dengan mama awak risaukan awak, tau.
Diorang sayang sangat pada awak.”
        “Kalau
diorang sayang sangat pada saya kenapa diorang paksa saya untuk kahwin dengan awak? Kenapa tak pernah faham perasaan saya?” Fairuz memandang tepat ke arah anak mata Nazmi.
        “Kahwin adalah perkara yang tak pernah terfikir dalam kepala otak saya.” Giginya diketap geram. Nafasnya turun naik.
        “Pilihan keluarga itu adalah yang terbaik untuk anak-anak.
Diorang lagi lebih makan garam daripada kita.” Nazmi sedaya upaya memujuk Fairuz.
        “Kalau
diorang lagi lebih makan garam daripada kita kenapa diorang sanggup nak jodohkan saya dengan awak?! Jodohkan saya dengan budak mentah macam awak?!” Jari telujuknya menunjuk tepat ke arah Nazmi. Matanya mencerlung memadang wajah Nazmi.
        “Budak mentah macam awak tak layak nak cakap soal jodoh pada saya.” Jelingan maut dihadiahkan khas buat Nazmi. Dia mula mengatur langkah meninggalkan Nazmi.
        Sambil berpeluk tubuh Nazmi memerhati langkah kaki Fairuz. “Tapi sekurang-kurangnya budak mentah macam saya ni tak buat perkara bodoh macam yang awak buat semalam. Larikan diri daripada masalah.” Kata-kata yang agak sinis itu terkeluar daripada mulut Nazmi.
        Langkah Fairuz terus sahaja terhenti apabila kata-kata daripada Nazmi itu menerjah gegendang telinganya. Marahnya pada sang jejaka itu bertambah. Pintu utama dibuka dan dia segera memboloskan dirinya ke dalam rumah.
        Nazmi pula masuk ke dalam kereta Mitsubishi Lancer. Enjin kereta dihidupkan. Wajahnya diraup sebelum pedal minyak ditekan. Tidak sampai lima minit enjin kereta Mitsubishi Lancer laju membelah kegelapan malam.   
      

0 comments:

Post a Comment