BAB 32
DATIN Noora mundar-mandir
di dalam kamar tidurnya. Kelihatan dia tidak senang duduk. Telefon bimbitnya
digenggam erat. Nombor telefon Fairuz didail berkali-kali, namun talian tidak
dapat disambungkan. Sebelah tangannya diletakkan di dahi.
Dato’ Johan yang sedang enak diulit mimpi terjaga apabila menyedari isterinya tiada bersebelahan dengannya.
“Awak ni kenapa?” tanya Dato’ Johan sambil matanya terpisat-pisat dek terkena cahaya lampu yang silau.
Datin Noora memandang wajah suaminya. Dia segera mendapatkan suaminya yang sedang bersandar pada kepala katil. Punggungnya dilabuhkan di sisi suaminya.
“Abang, saya risaulah,” rintih Datin Noora.
Dato’ Johan menahan kuapannya. “Kenapa?”
“Yuz, bang. Yuz tak balik-balik. Dah lewat sangat ni. Dia tak pernah buat macam ni.” Pantas dia menjawab pertanyaan daripada suaminya. Riak wajahnya menunjukkan yang dia amat risau akan anak sulungnya itu.
Dato’ Johan menegakkan badannya. “Yuz tak balik-balik?! Dia pergi mana?” Mata Dato’ Johan membuntang. Terkejut dengan berita yang diperkatakan oleh isterinya.
Datin Noora menggeleng kepala. “Saya tak tahulah, bang. Tadi bila saya terjaga saya tengok pintu bilik dia terbuka sikit. Bila saya tengok dalam bilik dia tak ada. Saya risaulah, bang. Saya takut kalau dia kena apa-apa,” cerita Datin Noora. Tubir matanya mula bergenang.
Dato’ Johan memandang wajah risau isterinya. “Dah call dia?”
“Dah, tapi dia tak angkat. Abang, saya takut dia kena culik.” Datin Noora begitu risau dengan keadaan anak sulungnya itu.
Dato’ Johan mengetap bibir. “Dah call Nazmi? Mana tahu dia ada dengan Nazmi takpun dia ada beritahu Nazmi dia nak ke mana?” Dato’ Johan memberi cadangan.
Datin Noora pantas menurut. Tangannya laju mendail nombor telefon Nazmi. Telefon bimbit tersebut dilekapkan ke telinganya.
Nazmi yang sedang tertidur itu terjaga sebaik sahaja iPhone 5s miliknya bergetar di dalam kocek seluar pendeknya. Pantas dia menyeluk kocek seluarnya.
Panggilan tersebut dijawab tanpa melihat nama pemanggilnya terlebih dahulu. “Helo.” Kedengaran suara serak Nazmi.
“Helo, Nazmi.” Segera Datin Noora menjawab sapaan daripada Nazmi. Dia bingkas bangun daripada duduknya.
Kedengaran suara tersebut amat asing menerjah gegendang telinga Nazmi. Dia segera membetulkan duduknya di atas kerusi. “Ini siapa, ye?” Dahinya dikerutkan.
“Ini Auntie Noora. Mama Fairuz.” Datin Noora hampir terlupa memperkenalkan diri dek perasaan panik menguasai diri.
Nazmi mula tersenyum. “Oh, auntie. Kenapa call saya malam-malam ni? Macam cemas aje, auntie.” Nazmi mula bertanya tujuan Datin Noora menelefonnya lewat malam begini. Dia juga mendengar suara Datin Noora yang sedikit cemas itu.
Datin Noora memandang Dato’ Johan yang sedang memerhatikannya itu. Nafasnya ditarik perlahan-lahan sebelum mengeluarkan kata-kata. “Nazmi, Yuz ada dengan Nazmi tak?” tanya Datin Noora.
Nazmi hampir tertawa apabila mendengarkan soalan daripada Datin Noora itu. ‘Fairuz ada dengan aku? Tak masuk akal langsung.’ Dia menggeleng-gelengkan kepala.
Datin Noora tidak mendengar jawapan daripada pemanggil di sebelah sana. Jantungnya berdegup laju.
“Tak ada auntie. Saya dekat dalam bas ni. Saya baru balik dari Jakarta. Main bola,” beritahu Nazmi.
Datin Noora mengetap bibir menahan kerisauan yang sedang bersarang dalam diri. “Yuz ada call Nazmi? Beritahu apa-apa?” Pantas Datin Noora menyoal kembali.
“Tak ada auntie. Dia tak call saya pun.” Nazmi menjawab pertanyaan daripada Datin Noora dengan tenang sekali. ‘Dia call aku? Tak ada maknanya,’ detik hati kecilnya.
“Kenapa, ye auntie?” tanya Nazmi inginkan kepastian.
Datin Noora duduk semula di sisi suaminya. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Tubir matanya telah pecah. Air mata mula turun melalui pipinya.
“Nazmi, auntie tak tahu ke mana Yuz pergi. Sampai sekarang dia tak balik-balik. Dia tak pernah balik lewat macam ni. Auntie risau. Auntie takut dia diapa-apakan. Auntie rasa Yuz… Yuz hilang.” Dalam sedu-sedan Datin Noora memberitahu perkara yang sebenar kepada Nazmi.
“Hah?! Hilang?! Fairuz hilang?!” kata Nazmi separuh menjerit.
Fakhri yang berada di sebelahnya juga turut terjaga. Mendengar suara Nazmi yang sedikit kuat itu.
Buntang mata Nazmi jadinya. Terkejut dia dibuatnya. “Auntie, betul ke apa yang auntie cakap ni? Auntie dah check seluruh rumah? Mana tahu dia ada kat dalam bilik air ke? Cuba auntie tengok.”
Nazmi mula mengawal rasa risaunya. Dia menyuruh Datin Noora mencari Fairuz di dalam rumah banglo tersebut.
Datin Noora mula bergerak ke arah tingkap. Semakin laju air mata yang turun. “Nak check macam mana? Kereta dia pun tak ada. Tadi dia ada keluar lepas balik kerja tapi auntie tak tanya dia nak ke mana. Auntie dah banyak kali call dia tapi tak dapat. Sampai sekarang dia tak balik-balik. Dah pukul dua pagi kereta dia pun tak ada.”
Datin Noora menyelak langsir yang menutupi tingkap kaca di dalam kamar tidurnya. Ternyata kereta Audi milik Fairuz tiada di perkarangan rumah banglo tersebut.
“Okey, auntie relaks. Saya dalam perjalanan balik ni. Esok saya datang sana. Nanti saya cuba call Fairuz.” Nazmi mula memujuk Datin Noora agar tidak terlalu risau.
Datin Noora mengesat air mata yang membasahi pipinya. “Nazmi, tolong auntie, ye. Uncle dengan auntie risau sangat dengan keadaan Yuz. Auntie takut dia kena culik. Tak lama lagi kamu berdua nak bernikah.” Datin Noora mula memberikan harapan.
“Insyaallah, auntie. Fairuz akan selamat. Nanti saya try call dia. Assalamualaikum.” Talian dimatikan sebaik sahaja salam daripada Nazmi dijawab.
“Kenapa, bro?” Fakhri yang berada di sebelah mula bertanya. Headphone yang berada di telinga ditanggalkan.
Nazmi memegang erat iPhone 5s miliknya. “Fairuz. Bakal isteri aku hilang.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Nazmi.
Fakhri terkejut. “Hilang?!” katanya separuh menjerit. Wajah Nazmi dipandang.
Nazmi mengangguk sambil tangannya laju mendail nombor telefon Fairuz. “Ha’ah hilang. Mama dia beritahu aku. Aku risau. Takut dia diapa-apakan.” Telefon bimbitnya dilekapkan di telinga.
Fakhri bersandar pada kerusi. Dia memandang wajah rakannya yang nampaknya sedang risau itu. Dia faham keadaan Nazmi itu. “Relaks, bro. Aku yakin Fairuz kau tu tak akan apa-apa.” Dia mula menenangkan Nazmi.
Nazmi berdecit setelah panggilannya tidak dapat disambungkan ke telefon Fairuz. Tangannya mendail lagi nombor telefon Fairuz.
Fakhri hanya mendiamkan diri. Dia tahu rakannya itu sedang risau.
Dato’ Johan memandang wajah Datin Noora. Sebelah keningnya sudah terangkat. “Macam mana?”
Datin Noora laju menggeleng kepala. Air mata yang membasahi pipi itu dikesat. Dato’ Johan mula turun daripada katil. Dia mendapatkan isterinya.
“Sudahlah tu, mungkin Yuz pergi tenangkan diri dekat mana-mana. Lepas 24 jam kalau Yuz tak balik lagi kita buat laporan polis, okey.”
Dato’ Johan mula menenangkan isterinya. Bahu isterinya dipaut. Datin Noora hanya mengangguk.
Suasana di dalam Bas FAM yang membawa pasukan Harimau Muda A pulang ke Wisma FAM sangat menghening. Masing-masing sedang nyenyak tidur dek kepenatan menentang Pasukan Garuda, Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi. Hanya Nazmi sahaja yang tidak dapat melelapkan mata. Dia risau akan keadaan Fairuz.

PINTU bilik Syafiella diketuk bertalu-talu. Syafiella yang
sedang nyenyak tidur terjaga. Selimut tebal yang membaluti tubuhnya
ditanggalkan. Dia mula turun daripada katil sambil matanya terpisat-pisat.
Pintu dikuak dan kelihatan wajah kedua-dua ibu bapanya tersembul di muka pintu. Mata Syafiella yang tadinya kecil tiba-tiba membulat dek terkejut ibu dan bapanya berada di hadapannya.
“Mama, papa, kenapa ni?” tanya Syafiella. Telapak tangan sebelah kiri menutup mulutnya yang sedang menguap.
“Fiella kamu tahu tak mana Kak Yuz pergi?” tanya Datin Noora dengan cemas.
“Kak Yuz?!” Terkejut Syafiella jadinya. “Kenapa dengan kakak?”
Dato’ Johan memandang Datin Noora sebelum mengeluarkan kata-kata. “Kakak kamu tu keluar lepas balik kerja tadi sampai sekarang tak balik-balik lagi. Papa dengan mama tak tahu kakak kamu tu pergi ke mana. Yuz ada call Fiella? Ataupun dia ada beritahu Fiella dia nak ke mana?” Dato’ Johan mula bertanya untuk mendapatkan maklumat tentang ‘kehilangan’ Fairuz.
Syafiella menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. “Tak ada, pa. Takkanlah kakak tak balik lagi? Mama dah cuba call dia?” Matanya digosok-gosok perlahan.
“Dah, tapi dia off phone. Nazmi pun mama dah call tapi dia tak tahu apa-apa. Mama tak tahu nak cari kat mana? Mama risau dengan keadaan Yuz.” Datin Noora mula meluahkan rasa risau.
“Dah tanya pada Mak Sal?” Syafiella memandang wajah orang tuanya itu silih berganti.
“Dah, tapi Mak Sal pun tak tahu. Kereta Yuz pun tak ada. Macam mana ni, bang?” Datin Noora mula meraih simpati suaminya. Dia memandang wajah suaminya.
Syafiella mula mengerutkan dahi. Mencari idea bagaimana mahu menyelesaikan ‘kehilangan’ Fairuz itu. Bibirnya diketap atas dan bawah.
“Fiella, mana mama nak cari kakak kamu tu? Tak lama lagi Yuz dah nak kahwin.” Datin Noora mula memegang tangan Syafiella. Dato’ Johan memegang bahu isterinya sambil mengelus-elus lembut.
‘Kahwin? Bagus juga kalau kakak aku hilang. Kalau kakak tak balik seminggu lagi mesti perkahwinan tu tetap diteruskan juga. Untung-untung papa suruh aku jadi coverline. Ganti tempat kakak aku. Dapat aku kahwin dengan Nazmi. Eee… seronoknya!’ Dia mula melonjak kegembiraan atas ‘kehilangan’ Fairuz.
Dia memandang wajah Datin Noora. Cuba untuk mengawal keseronokannya atas ‘kehilangan’ kakaknya.
“Mungkin kakak buat macam ni sebab tak nak kahwin dengan Nazmi. Yalah, kakak pun tak setuju perkahwinan ni berlangsung, kan?” Sebelah keningnya diangkat. Pandangannya beralih kepada wajah papanya.
Dato’ Johan terdiam. Giginya diketap. “Papa yakin Yuz tak akan berani buat perkara bodoh macam tu.” Matanya mencerlung memandang wajah Syafiella.
Pegangan tangannya dileraikan oleh Syafiella. Dia mengeluh kecil. Ternyata kata-kata Dato’ Johan itu begitu yakin. Dia tidak boleh berbuat apa-apa.
“Papa, cuba call kawan kakak. Kak Rania. Secretary kakak dekat office tu. Mana tahu kakak ada dengan dia?” Syafiella cuba memberikan cadangan.
Dato’ Johan dan Datin Noora berpandangan sesama sendiri.

“KAU dengan Syafiq macam
mana?” tanya Fairuz sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas kerusi di
ruangan dapur.
Rania yang sedang membancuh air itu hnaya mengangkat bahu. “Entahlah.” Bibirnya turut dicebikkan.
“Entah? Macam mana boleh entah pulak? Korang berdua bergaduh ke?” Fairuz mengerutkan dahinya.
Rania meletakkan sudu di dalam sinki. Dua biji mug yang berisi nescafe itu dibawa ke meja.
“Tak adalah. Aku pun tak tahu nak jawab macam mana.” Rania pantas menggeleng. Punggungnya dilabuhkan di hadapan Fairuz. Mug tersebut disuakan kepada Fairuz.
“Takkan kau nak biarkan dia pergi macam tu je?” Giliran Fairuz pula bertanya. Mug tersebut disuakan ke mulutnya.
Rania hanya merenung meja tersebut dengan pandangan yang kosong. “Tak adalah aku nak biarkan dia pergi macam tu aje. Cuma… dia sibuk terbang ke sana sini. Aku pun tak tahu bila masa yang sesuai untuk cakap benda ni.” Pandangannya diangkat memandang wajah Fairuz.
“Kau cari masa yang sesuai untuk cakap terus terang pada dia. Takkanlah pilot tak ada cuti?” Sebelah kening Fairuz kelihatan terangkat.
“Bila dia free, aku sibuk. Bila aku free, dia sibuk. Itu aje. Mak aku kat kampong tu pun dah bising. Dia syik tanya bila aku nak kahwin dengan Syafiq.” Rania menyuakan mug yang berisi nescafe itu ke bibirnya.
“Mana mak kau tak bising? Yalah, korang couple dah tiga tahun lebih, kan?” Fairuz memandang wajah Rania sambil tersenyum.
Rania meletakkan kembali mug tersebut. Dia mengangguk kecil.
“Kalau kau kahwin nanti aku bagi kau cuti sebulan. Suka hatilah kau nak buat apa dengan cuti sebulan tu. Kalau kau nak apply cuti sebab nak pergi honeymoon pulak bila-bila aku boleh approvekan.” Fairuz mula memberikan kata-kata semangat untuk kawan baiknya, Rania.
Mata Rania mula bersinar-sinar apabila mendengarkan cuti yang bakal diberikan oleh Fairuz itu. Senyumannya terukir lebar.
“Betul ke, Yuz? Habistu siapa yang nak uruskan kerja kau kalau aku sebagai secretary kau tak ada? Papa kau tak marah ke?” Rania mula menunjukkan rasa risau pada wajahnya. Dia risau kalau-kalau cutinya nanti bakal menjejaskan reputasi syarikat.
Fairuz menghirup air nescafe panas itu perlahan-lahan. Mug tersebut diletakkan semula di atas meja.
“Betullah, takkan aku nak tipu kau pulak. Fatin kan ada. Apa gunanya personal assistant, kan? Lagipun aku ni bukan macam papa aku, CEO. Papa aku takkan marah kau punya. Aku yakin.” Fairuz mula memberikan keyakinan. Bertambah seronok Rania jadinya.
“Ye ke? Kalau macam tu aku suruh abang pilot aku cepat-cepat masuk meminang.” Rania mula tersenyum nakal.
“Amboi, gatalnya kawan aku ni!” Fairuz turut tersenyum.
“Tapi ada satu syarat.” Fairuz menunjukkan isyarat jari hadapan wajah Rania.
Rania yang sedang menghirup air nescafe itu terkejut. “Apa dia?” Dia meletakkan kembali mug tersebut di atas meja.
Fairuz tersenyum penuh makna. “Kau kena jadi pengapit aku masa aku kahwin nanti, boleh?”
Rania mula tersenyum. “Kalau itu kau tak suruh pun aku sukarela.”
Fairuz mula meraih jari-jemari Rania untuk digenggam. “Betul, Nia?” tanya Fairuz inginkan kepastian.
Rania turut mengeratkan lagi genggaman jari-jemari mereka. “Apa guna kawan baik, kan?” Sebelah keningnya diangkat.
Ketawa mereka berdua berderai.
“Kau kata nak lepaskan tension, kan?” tanya Rania.
Fairuz yang sedang menghirup air nescafe panas itu hanya mengangguk.
“Esok hari Ahad. So, esok kau ikut aku. Aku nak bawa kau tempat-tempat yang boleh menenangkan jiwa kau. Nak?” Rania mula tersenyum memandang Fairuz.
Fairuz mengerutkan dahinya. “Nak pergi mana?”
Senyuman Rania penuh makna sekali. “It is a surprise for you.” Air nescafe yang tinggal setengah itu dihirupnya lagi.
Fairuz hanya mengerutkan dahi namun, terselit senyuman kecil di bibirnya.
“Macam mana, bang?” Datin Noora bertanya kepada suaminya.
Dato’ Johan hanya menggeleng sambil cuba untuk mendail nombor telefon Rania. “Tak jawab. Asyik voice mail, je.” Dia berdecit.
Datin Noora duduk semula di birai katil. Dia memegang kepalanya. Perasaan risaunya terhadap Fairuz makin membuak-buak.
Rania mengambil telefon bimbitnya yang berada di sofa. Skrin telefon bimbitnya dilihat.
‘6 missed call? Siapa yang missed call aku ni?’ detik hatinya. Skrin telefon bimbitnya disentuh lagi.
Tertera nama ‘Dato’ Johan (Work)’. ‘Kenapa dato’ call aku malam-malam buta ni? Jangan… jangan….’ Hatinya mula beranggapan.
Dia segera pergi ke arah Fairuz yang sedang membasuh mug di sinki. “Yuz, mama dengan papa kau tahu tak yang kau ada kat sini?” tanya Rania sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
Kepala paip ditutup oleh Fairuz. Jarinya yang masih basah itu dilap. Badannya dipusingkan menghadap Rania yang sedang merenungnya. Dia hanya menggeleng.
Rania menghela nafas. “Patutlah, papa kau call aku banyak kali.”
Fairuz terkejut. “Papa aku call kau?”
Rania mengangguk. Fairuz segera mendapatkan Rania.
“Nia, kau kena tolong aku. Kau beritahu papa aku yang aku tak ada dengan kau. Kau beritahu kau tak tahu aku kat mana, okey?” Dia memegang bahu Rania. Digoncangnya bahu rakannya itu.
Rania memandang wajah Fairuz. “Kenapa, Yuz? Kau tahu tak papa dengan mama kau risau keadaan kau. Dia takut kau diapa-apakan. Dahlah tengah-tengah malam. Kau tu perempuan. Mestilah diorang risaukan kau.” Rania mula memberikan nasihat kepada Fairuz.
Fairuz menundukkan pandangannya. “Buat masa sekarang ni aku malas nak berhadapan dengan diorang. Aku nak tenangkan fikiran aku. Kalau aku marah papa dengan mama aku lagilah aku berdosa. Lebih baik aku sejukkan hati aku dulu.” Fairuz mula memberikan penjelasan.
Rania hanya mengeluh. “Ikut suka kaulah. Kalau kau rasa itu yang terbaik buat kau, aku sokong. Tapi kau kena beritahu mereka yang kau selamat. At least kau mesej papa dengan mama kau, okey?” ujar Rania. Dia cuba untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Fairuz hanya mengangguk dan segera mencapai Blackberry Z30 miliknya.
Telefon bimbit Dato’ Johan berbunyi menandakan ada sms yang masuk.
Papa, Yuz selamat. Papa dengan mama tak payahlah nak risau. Buat masa terdekat ni, Yuz tak nak balik. Yuz nak tenangkan diri dulu.
Ternyata sms tersebut daripada Fairuz. Dato’ Johan dan Datin Noora berasa lega tetapi mereka masih tertanya-tanya di manakah Fairuz berada.

0 comments:
Post a Comment