BAB 31
LEBIH kurang dalam masa
seminggu lagi Fairuz bakal diijab kabul dengan jejaka yang bernama Nazmi. Semua
persiapan telah banyak dilakukan. Datin Noora yang paling sibuk menyiapkan
persiapan perkahwinan anak sulungnya itu. Fairuz pula hanya buat tak tahu
sahaja.
Fairuz keluar daripada perut kereta sebaik sahaja kereta Audi berhenti di perkarangan rumah banglo keluarganya. Kereta Peugeot milik papanya sudah sedia ada berada di perkarangan rumah banglo tersebut.
Dia mula mengatur langkah menuju ke pintu utama rumah banglo itu. Hari ini dia pulang agak lewat sedikit disebabkan kerjanya yang bertimbun dan ingin disiapkan secepat mungkin.
Walaupun dia bekerja di bawah syarikat milik papanya namun, tidak bermakna dia boleh sambil lewa sahaja. Dia ingin membuktikan kepada papanya bahawa dia boleh menerajui Maya Holding.
Pintu dibuka dari dalam. Mak Saleha yang membuka pintu untuk Fairuz. Fairuz hanya tersenyum. Mak Saleha membalas senyuman daripada Fairuz sebelum menutup semula pintu utama tersebut.
Kelihatan beberapa dulang hantaran yang telah siap dihias cantik berada di atas meja di ruang tamu utama. Beberapa buah dulang telah dihias dengan begitu cantik sekali oleh perancang perkahwinan, Hidayah Nasir.
Sememangnya warna tiffany blue and green menghiasi dulang hantaran tersebut. Bunga-bunga hidup yang digunakan menaikkan lagi seri keindahan hiasan tersebut. Pelbagai jenis gubahan digunakan bagi menyerlahkan lagi kecantikan hantaran tersebut.
Fairuz terpaku seketika tatkala matanya menangkap dulang-dulang hantaran yang telah siap dihias. Dia seperti tidak percaya yang dia bakal menjadi isteri orang tidak lama lagi. Isteri kepada jejaka yang comel dan muda bernama Nazmi Faiz Mansor.
Entah kenapa apabila teringatkan yang dia bakal berkahwin hatinya membara tiba-tiba. Sememangnya dia tidak menerima perkahwinan ini dengan seikhlas hati.
Dulang hantaran yang dihias cantik itu sudah tidak menarik di mata Fairuz. Dulang hantaran yang digubah dengan indah sekali nampak buruk di mata Fairuz. Gubahan hantaran itu dipandang jelak oleh Fairuz. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia memijak-mijak gubahan hantaran tersebut.
Matanya dipejamkan seketika kerana amat sakit melihat keindahan gubahan hantaran tersebut.
‘Cantik mana pun hantaran kahwin aku, aku tetap tak akan terima Nazmi sebagai suami aku.’ Ternyata hatinya telah nekad dan bulat.
Kakinya laju mendaki anak tangga menuju ke kamar tidur. Dari jauh lagi kedengaran Datin Noora sedang berbual melalui telefon.
“Make sure lauk yang awak masak tu kena dengan tema kahwin anak saya.” Datin Noora sudah berkata dengan lantang sekali.
Perlahan-lahan Fairuz menaiki anak tangga tersebut.
“Okey, berapa saya kena bayar awak?” Kedengaran suara Datin Noora lagi. Pasti dia sedang berbincang tentang perkahwinan Fairuz.
Langkahnya semakin laju dihayun. Kelihatan Dato’ Johan sedang membaca akhbar manakala Syafiella pula sedang menonton televisyen di ruang tamu bahagian atas. Datin Noora pula sedang berdiri sambil tangannya erat memegang telefon bimbit.
Fairuz menarik nafas sebelum berjalan melintasi mereka.
“Yuz lambat balik hari ni?” tanya Dato’ Johan. Matanya masih memfokuskan pada akhbar yang dibacanya.
Fairuz yang ingin membuka pintu kamar tidurnya menoleh ke arah papanya. Sambil tersenyum sedikit dia berkata, “Banyak kerja hari ni, pa. Tak lama lagi Yuz nak cuti. Jadi, hari ni selesaikan kerja mana yang boleh biar tak bertangguh,” beritahu Fairuz.
Helaian akhbar yang berada di tangannya diselak. “Baguslah kalau macam tu.”
Fairuz memulas tombol pintu biliknya. Dia segera memboloskan dirinya ke dalam kamar tidurnya.
Perlahan-lahan pintu ditutup. Badannya disandarkan pada pintu bilik tersebut. Kepalanya dipegang. Rasa tertekan kian memuncak di dalam dirinya. Matanya dipejamkan seketika. Nafasnya ditarik dan dihembuskan perlahan-lahan.
“Yuz, esok ikut mama pergi spa.” Kedengaran suara Datin Noora dari luar.
Fairuz hanya mendiamkan diri sahaja. Dia malas mahu menjawab soalan daripada mamanya.
Datin Noora yang tidak mendengar suara daripada Fairuz segera mengetuk pintu. “Yuz, dengar tak apa yang mama cakap tadi?” tanya Datin Noora.
Fairuz berdecit sedikit. “Ya, mama. Yuz dengar,” jawab Fairuz dengan nada malas.
“Lepas pergi spa kita pergi hotel. Tengok ballroom. Lepastu kita pergi… bla… bla… bla.” Panjang sungguh bebelan daripada mamanya.
Fairuz yang berada di dalam memegang kepala. Tension memikirkan perkahwinan yang bukan atas kerelaan dirinya.
“Okey, mama.” Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Fairuz bagi meyainkan mamanya.
Dia terasa sangat tertekan kala ini. Beg tangannya dan beg sandangnya dicampak ke atas katil dengan kasar. Dia sudah tidak peduli dengan badannya yang letih dan melekit itu. Purse dan Blackberry Z30 dikeluarkan daripada beg tangannya. Dia mahu keluar sebentar mengambil angin untuk menenangkan dirinya.
Tombol pintu dipulas dan dibuka. Kelihatan Datin Noora sedang sibuk berbual-bual di telefon bimbit. Dato’ Johan dan Syafiella pula tidak kelihatan. Mungkin mereka sudah masuk ke dalam bilik masing-masing. Fairuz laju melangkah menuruni anak tangga.
Tidak sampai lima minit dia sudah berada di tempat duduk bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan. Pedal minyak ditekan dan kereta Audi milik Fairuz meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah banglo milik keluarganya.
Keretanya laju dipandu mengikut gerak hatinya yang sedang laju membara. Dia tidak tahu ke mana arah tujunya. Dia ikut sahaja kata hati mahu ke mana.
Stereng kereta membelok ke kawasan perumahan teres dua tingkat di Damansara. Hatinya terasa ingin ke rumah rakan baiknya itu. Meluahkan isi hati yang sedang memberontak ini.
Pedal brek ditekan apabila kereta Audi miliknya berhenti di hadapan sebuah rumah. Blackberry Z30 dicapai. Segera nombor telefon rakan baiknya itu didail.
“Helo, Nia. Kau ada kat rumah ke?” tanya Fairuz setelah Rania berada di talian.
“Ada. Kenapa?” Rania kelihatan mengerutkan dahinya.
“Aku nak datang rumah kau, boleh?” Fairuz mula meminta izin.
“Boleh. Bila kau nak datang?” Kedengaran suara Rania yang sedikit ceria itu.
Fairuz mula tersenyum. “Aku dah ada kat depan rumah kau ni.”
“Hah?! Kau biar betul?!” Jelas kedengaran suara Rania terkejut.

“TERKEJUT aku tiba-tiba je kau
datang rumah aku.” Rania menutup pintu rumahnya.
Fairuz hanya tersenyum hambar. “Saje aku nak buat surprise kat kau.” Dia mula melangkah menuju ke sofa. Punggungnya dilabuhkan.
Rania melabuhkan punggung di sebelah rakannya. “Kau ada masalah ke? Sampai malam-malam macam ni cari aku.” Dia memandang wajah Fairuz.
Dia kenal benar dengan rakannya yang satu itu. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Fairuz mencerunkan pandangannya. Sememangnya tujuannya ke sini untuk meluahkan isi hatinya.
“Aku ingat nak tidur rumah kau, boleh? Malam ni je.” Fairuz mengangkat wajahnya. Memandang wajah Rania. Soalan Rania tadi dibiarkan berlalu tanpa jawapan.
Rania menghela nafas. “Boleh. Kalau kau nak tinggal kat rumah aku ni pun boleh. Aku tak kisah. Tapi… Yuz…”
Pandangan matanya beralih kepada wajah Fairuz. “…kenapa? Kau… kau ada masalah besar ke dengan family kau?” Rania mengerutkan dahinya. Pandangannya seolah-olah meraih Fairuz untuk mennerangkan sesuatu.
Fairuz membuang pandang ke arah anak tangga. Kedengaran keluhan kecil keluar daripada mulutnya. Terasa berat mahu menceritakan perkara yang sebenar. Nafasnya dihela panjang.
“Aku… aku tension dengan mama aku.” Pandangan matanya beralih kepada wajah Rania.
“Tension? Kenapa? Pasal perkahwinan kau?” tanya Rania inginkan kepastian.
Pandangan Fairuz dicerunkan. Perlahan-lahan dia mengangguk kecil.
“Kau tahu kan aku tak nak perkahwinan ni berlaku?” Dia memandang wajah rakannya lagi.
Rania mengangguk. Mengiakan kata-kata Fairuz. “Jadi?” Sebelah keningnya diangkat.
“Mama aku asyik cakap pasal majlis aku. Itu ini. Aku stress. Aku tension. Jadi aku datang sini sebabnya aku nak tenangkan fikiran aku. Aku nak lupakan sementara perkara tu.” Anak rambutnya dikuak.
Riak wajah Rania terus berubah. “Jadi kau nak lari daripada perkahwinan kau? Macam tu?” tanya Rania. Kali ini kedengaran suaranya sedikit serius.
Fairuz pantas menggeleng. “Tak, Nia. Aku tak lari daripada perkahwinan tu. Aku datang sini cuma nak tenangkan fikiran. Nak lupakan sekejap soal itu. Itu aje.”
Sedaya-upaya dia menerangkan tujuannya datang ke sini. Pasti rakannya itu telah salah faham.
Kerutan di dahi Rania bertambah. Ternyata dia tidak setuju dengan tindakan rakannya itu. “Jadi kenapa kau perlu buat macam ni? Walau macam mana pun kau kena hadapinya juga.”
“Nia, aku akan hadapinya. Ya, aku akan kahwin dengan Nazmi Faiz walaupun hati aku tak seikhlasnya menerima dia dalam hidup aku. Perkahwinan itu akan tetap berlaku juga walaupun aku tak menginginkannya berlaku. Aku tetap akan hadapinya, Nia.” Fairuz mula merintih.
Jari-jemari perempuannya mula meraih jari-jemari Rania untuk digenggam. Cuba untuk meraih simpati. Cuba untuk berkongsi masalah dan perasaan. Butir-butir jernih mula bertakung di sekitar tubir matanya.
“Cuma… aku nak kau sentiasa ada di sisi aku. Kaulah satu-satunya kawan yang aku ada untuk berkongsi perasaan dan emosi aku. Kaulah satu-satunya orang yang memahami perasaan aku.
Kau juga yang selalu memberi aku semangat supaya aku hadapi perkahwinan yang tak aku inginkan. Kau selalu ada bila aku perlukan sokongan. Aku…aku perlukan kau sekarang untuk aku tenangkan fikiran. Untuk bagi aku semangat supaya aku boleh hadapi perkara ini dengan tenang.”
Genggaman jari-jemarinya semakin erat. Air mata perlahan-lahan turun melalui lekuk pipinya.
Rania membawa genggaman erat tersebut ke pahanya. Dia memandang wajah Fairuz.
“Aku… aku minta maaf sebab salah sangka pada kau. Aku ingatkan kau nak larikan diri daripada perkahwinan ini. Yalah, kalau kau buat perkara yang bukan-bukan sampai perkahwinan tu batal hidup kau akan susah juga nanti. Aku tak nak hidup kau susah.” Pandangannya dicerunkan. Memandang genggaman erat jari-jemari mereka.
“Aku… aku akan sentiasa ada di sisi kau bila kau perlukan aku, Yuz.” Dia memandang wajah Fairuz kembali.
Fairuz juga turut mengangguk. Air mata tidak henti-henti mengalir melalui lekuk pipinya. Senyuman kecil terukir di bibirnya.
“Yuz, dah. Jangan menangis lagi.” Pantas jari-jemari Rania mengesat air mata yang membasahi pipi Fairuz.
“Nanti tak cantik. Tak lama lagi kau nak jadi raja sehari, kan? Hilang seri nanti.” Rania mula berseloroh.
Tisu yang berada di atas meja dicapai dan diberikan kepada Fairuz. Fairuz menyambutnya sambil mengesat sisa-sisa air mata yang membasahi pipinya.
“Kau ni dah mandi ke belum?” tanya Rania setelah tangisan Fairuz reda.
“Belum.” Fairuz menggelengkan kepala.
Rania tersenyum herot. “Patutlah ada bau masam tadi. Dah sekarang kau pergi mandi. Lepastu kita boleh borak lagi.” Rania mula menyuruh Fairuz.
“Suka hati kau je ada bau masam.” Fairuz mula bangun daripada duduknya. Mulutnya sengaja dimuncungkan.
“Alah, kawan aku ni pun dah nak jadi bini orang pun nak manja-manja lagi. Pergi mandi nanti aku buatkan air untuk kau. Kita borak lagi.” Rania bingkas bangun sambil membawa Fairuz ke tingkat atas.

0 comments:
Post a Comment